Bab 37

Drama Series 9550

"KAU dah nak balik.Cepatnya.Tinggallah sehari lagi."kata Deeja.Dia baru nak lepas rindu dekat Qayra.Entah bila pula dapat jumpa.

"Aku tak boleh cuti lama.Nanti aku datang lagi.Lagipun aku tak nak kacau lah kau dengan abang Zain."usik Qayra.

"Mana ada kacaunya."seloroh Zain ketika itu mereka sedang duduk makan sarapan pagi.

Qayra senyum.Lagipun baru dua bulan dia bekerja menggantikan pekerja yang bercuti bersalin.Ada lagi sebulan untuk dia kerja disitu.

"Bas bertolak pukul berapa?"tanya Zain lagi.

"Pukul 12."

"Tak nak jumpa Aus dulu ker?"tanya Zain.Semalam Zain tahu Aus ada berjumpa dengan Qayra.Siap bawa balik ke rumah barunya lagi.Aus ada cakap bila Qayra balik sini dia akan tunjukkan rumah baru mereka.Tapi air muka Aus keruh sewaktu hantar Qayra.Mesti Qayra belum berbaik lagi dengan Aus.

Qayra menggeleng.

"Biar aku hantar Qayra."Aus tiba-tiba muncul di situ.

"Ayah ajak Aus masuk.Aus jemputlah sarapan."kata ayah Deeja.

Emak Deeja bangun mengambil pinggan kosong.

"Makan Aus."pelawa emak Deeja.

"Terima kasih makcik."

Ahli keluarga Deeja yang lain sudah selesai makan.Tinggal Deeja,Zain dan Qayra di meja makan.

"Biar aku hantar Qayra.Lagi pun dia tanggungjawab aku.Maaflah Deeja susahkan kau dan Zain."tutur Aus sambil lirik mata ke arah Qayra.

Qayra hantar isyarat gelengan kepala tanda tidak mahu Aus hantarkan.Namun Aus berkeras juga.Deeja dan Zain terpaksa mengalah kerana mereka juga ada kerja yang belum selesai.Maklumlah baru selesai kenduri semalam jadi ada perkara yang harus dibereskan sebelum mereka berangkat berbulan madu ke Pulau Phuket.

Akhirnya Qayra terpaksa ikut Aus.
Qayra rasa macam nak lompat keluar saja dari kereta Aus Tak pasal mati mengejut terseret atas jalan.Dah la hutang dia pada keluarga Aus masih belum habis.

"Kenapa berhenti dekat sini.Saya nak balik cepat takut tertinggal bas."Qayra dah agak mesti Aus mahu melencong ke arah lain.Firasatnya tepat bila Aus membawanya ke rumah semalam.

"Tak apa abang hantarkan sampai sana."

"Rugilah..saya dah beli tiket."Qayra mendengus geram.

"Abang bayar 5 kali ganda harga tiket tu."Aus tawar menawar.

Mentang-mentang ada duit berlagak,cemuh Qayra.

"Saya boleh balik sendiri."Qayra tidak mahu mengalah.

"Biar abang jalankan tanggungjawab abang. Abang akan hantar Qayra sampai depan pintu rumah.Abang nak pastikan Qayra balik dengan selamat sampai dekat sana."

"Saya lagi selamat kalau awak tak hantar."kedengaran perlahan namun jelas di pendengaran Aus.

"Abang bimbang keselamatan Qayra."

Qayra mendengus.

"Tunggu kejap abang nak ambil barang."Aus keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.

Setelah melihat Aus hilang dalam rumah,Qayra cepat membuka pintu kereta.Beg pakaian di ambil dari bonet kereta.Dia mahu lari sementara ada peluang.Dia tidak mahu Aus tahu di mana dia tinggal.

Kalut dia menarik beg roda dengan menyilang beg.Sampai depan pagar besi dia cuba membuka namun gagal.

"Kenapa tak boleh buka pulak ni."runggut Qayra sambil cuba menggoncang pintu pagar besi setinggi 6 kaki itu.

"Nak buka pagar kena tekan remote dekat sini."kata Aus sambil menayang remote kecil di tangannya.

Qayra terkulat malu di situ.Plan tidak menjadi.

"Bukalah saya nak keluar."desak Qayra

"Kalau berani datang dekat ambil remote.Abang tak marah.Come."gamit Aus seperti memanggil anak kecil.

Qayra berjalan perlahan menuju ke arah Aus.Dalam hati dah berbagai rentak yang keluar.Nak tunjuk berani.

Aus masih berdiri tegak menanti.Semakin dekat dan dekat dan dekat lagi.

Qayra baru nak capai,Aus terus masukkan remote pagar ke dalam kocek seluarnya.

"Hrmm..ambillah.."Aus senyum simpul.

Memang taklah Qayra nak seluk ambil kat situ.Tersilap seluk kan naya.

"Tolonglah jangan main-main.Saya nak balik.Esok saya kerja.Dah pukul 11 ni.Nanti bas tinggal saya."bentak Qayra.

"Abang dah cakap kan nak hantar.Qayra nak lari buat apa.Lari macam mana pun abang dapat tahu juga.Qayra ingat abang tak tahu kat mana Qayra tinggal.. dengan siapa.Tempat kerja Qayra semua abang tahu."

Qayra terkedu sebentar.Macam mana Aus tahu?

"Kenapa sibuk pasal saya lagi.Jangan ambil tahu pasal saya!"marah Qayra.

"Mana boleh abang tak ambil tahu.Qayra isteri abang.Abang nak perbaiki hubungan kita.Dah dua bulan Qayra pergi tiba masanya untuk pulang."

"Saya tak nak tinggal sini.Saya dah ada kehidupan sendiri."balas Qayra.

"Abang perlukan Qayra untuk jadi pelengkap hidup abang."Aus maju ke hadapan Qayra dan terus memeluk tubuh Qayra.Qayra meronta.

"Abang sayangkan Qayra."ucap Aus dan terus melepaskan pelukan.

"Masuk.Abang hantarkan."Aus membuka pintu kereta dan beg pakaian Qayra dimasukkan kembali ke dalam bonet.

Qayra terdiam sepanjang perjalanan.Dia sudah kehilangan kata.Ucapan Aus berulang kali menyatakan sayang masih diragui.Adakah benar kasih Aus makin berputik padanya.Kini dia pula buntu.

Tak payah bagi alamat Aus sudah berhenti betul-betul depan rumah sewanya.Bohonglah kalau Qayra tak terkejut cuma disembunyikan riak itu.Kan Aus ada cakap tadi dia tahu di mana tempat tinggal Qayra.

Pelik Qayra kalau Aus tahu kenapa dia tak datang cari.

"Abang akan datang lagi.Jaga diri baik-baik."pesan Aus sebelum pergi.

"Maksu, macam mana Aus tahu Qayra dekat sini."Itu soalan pertama Qayra bila Maksu Suria menelefonnya.

"Dah banyak kali dia datang cari Qayra tak sampai hati maksu nak sorok lagi."suara maksu mengendur.Serba salah.Dua-dua anak saudara dia sayang.Dia nak tengok mereka bahagia.

"Tak apa lah maksu.Qayra bukan marah maksu.Cuma Qayra tak nak dia cari Qayra lagi."
"Dah dua bulan Qayra.Maksu tengok dia betul-betul sayangkan Qayra.Dia tahu Qayra duduk dengan Aira dekat sana.Maksu rasa dia boleh saja paksa Qayra balik tapi dia tak nak paksa.Dia cakap dengan maksu dia tak nak Qayra pergi lagi jauh."

Maknanya selama dua bulan ini Aus tahu mengenai dia.

"Entahlah maksu.Qayra ingat dah selesai semua.Apa yang dia nak dari Qayra pun tak tahu."jujur Qayra penat dengan semua yang berlaku dalam hidup dia.

"Dia nak Qayra lah.Qayra masih isteri dia."maksu tertawa kecil di hujung sana.

"Tapi maksu...Qayra tak boleh terima dia."balas Qayra dengan sepenuh keyakinan.

"Cuba Qayra tanya hati Qayra sekarang.Siapa Aus dalam hati Qayra?Mungkin sekarang Qayra menidakkan tapi hati Qayra tak kan bohong."

Betul apa kata maksu.Seribu kali Qayra menidakkan,sejuta kali hati mengiyakan.Tetapi dia cuba tahan perasan dan buang sejauh yang mungkin.Sepatutnya dia tidak boleh berlembut hati dengan Aus.Setiap kali berdoa dia minta Allah jauhkan dia dari Aus tapi apa yang jadi sebaliknya.Dia tak tahu adakah patut dia buka pintu hati untuk terima Aus?Kalau Aus tak ikhlas macam mana?

Qayra buntu.Tidal terfikir akan berada dalam situasi begini.Sepatutnya Aus dengan dia sudah bawa haluan masing-masing.

Seminggu sudah berlalu sejak Aus menghantarnya pulang.Tiada tanda-tanda Aus akan datang balik atau menghubunginya.Qayra berasa lega.Cuma kadang terlintas juga mengenai Aus.Tertanya bila semua ini akan berakhir.

Tak kan sepanjang hidup Qayra kena larikan diri dari Aus.Ini bukan jalan penyelesaian masalah malah menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada.Macam mana dengan masa depan dia nanti.

Lumrah hidup manusia diciptakan berpasangan.Tak mustahil satu hari nanti masing-masing akan berjumpa dengan orang yang selayaknya untuk dicintai.Tak kan masa tu baru dia nak cari Aus untuk selesaikan hal mereka.

Eh.. apa aku merapu ni.Setakat ini belum ada lagi lelaki yang cuba-cuba dekat dengan dia.Tak payah fikirlah buat serabut kepala.

Pintu di ketuk.Terjengul wajah Aira bersama sengihan.

Qayra kecilkan mata.Sudah mengagak tujuan Aira mencarinya.

"Ni mesti nak pinjam tudung kan."teka Qayra.Aira geleng sambil senyum sengih.

"Tak nak pinjam apa pun.Cuma nak bagitahu abang Aus ada dekat luar."

Melopong mulut Qayra.Baru fikir dah sampai.Macam boleh baca fikiran pulak.

"Cepatlah kak Qayra.Kesian abang Aus tu.Dah la panas dekat luar."gesa Aira bila Qayra buat lambat-lambat.

Hairan juga Qayra bila Aus muncul di waktu hampir ke tengahari.

"Laa..dia nak apa pulak."gerutu Qayra.

"Nak jumpa isteri dia lah."Aira senyum-senyum.

Qayra bangun mencapai tudung sarung laju kaki dihayun ke arah pintu.

"Perlahan jalan tu.Cik abang tak lari mana pun."usik Aira bersama sisa ketawa.

Qayra jeling sekilas.Dia menutup kembali pintu rumah.Aus sedang tersenyum manis menanti.

"Nak apa lagi?"nada Qayra sedikit marah.

"Assalamualaikum."ucap Aus.

"Waalaikumusalam."jawab Qayra perlahan Termalu.Sergah sangat tadi.

"Abang nak ajak Qayra makan tengahari."

"Tak nak.Kenapa datang lagi?"

"Nak jumpa Qayra lah.Jom teman abang makan."

Qayra masih mematung.

"Qayra tak kesian ker.Abang datang jauh nak ajak Qayra temankan abang makan."

"Dah la datang tak bagitahu.Saya malas nak keluar."

"Okey abang minta maaf.Lain kali abang nak datang abang bagitahu dulu.Tapi kali ni kita makan sama bole tak?hmm..."Aus cuba memujuk.

Lain kali.Maknanya dia akan datang lagi.Tu la mulut kau Qayra gatal sangat.Ini dah macam bagi peluang untuk Aus datang lagi.
Inilah dikatakan mulut menafi tapi hati...

"Abang rindukan Qayra."ucap Aus sambil pandangan mata menikam mata Qayra.

"Kenapa awak tak reti putus asa?Apa sebenarnya yang awak nak dari saya?Tak cukup benci awak selama ni.Awak sengaja nak permainkan persaan saya lagi."marah Qayra.Dia cuba mengawal suara dari terdengar dek meja sebelah menyebelah.

"Demi Allah abang tak pernah bohong.Abang sayangkan Qayra.Cintakan Qayra."ucap Aus bersungguh.

Lali sudah Qayra mendengar ucapan yang sama.Tak reti penat langsung mulut Aus.Mulut dengan tuan sama saja.Mahu tak mahu Qayra terpaksa ikut juga kehendak Aus untuk membawanya keluar.Dia tahu kalau menolak Aus pasti berdegil dan menunggu di situ.

Aira bagi isyarat ibu jari tanda suka.Tapi Qayra tak suka.Geram lagi ada.Melebar senyuman Aus bila Qayra tidak membantah.

Mereka makan bersama sambil berbual.Kebanyakannya tentang perasaan Aus pada dia.Nak menidakkan macam mana lagi.Aus benar-benar sayang pada dia.Dulu kemain punya benci lagi Aus pada dia.

Qayra macam mana pula?Dah mula tertarik pada Aus atau masih tidak dapat menerima.Jujur Qayra masih sukar untuk menerima bulat-bulat.Dia takut keyakinan akan memakan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience