"ABANG Zain!"panggil Qayra bila nampak Zain mahu masuk ke dalam kereta.
Zain berpaling dan mendekati Qayra.Aus yang tadi ada dalam kereta ikut keluar dan menyandar di pintu.
"Baja yang abang Zain suruh order tu,Qayra dah order.Rasanya kejap lagi diaorang hantar."beritahu Qayra.
"Baguslah.Memang nak guna sangat.Cepat pulak hantar.Selalu abang Zain order lambat nak hantar.Dua tiga hari baru nak hantar.Ni mesti sebab Qayra kan."Zain sengih mahu mengusik Qayra.
"Apa kesitu pula abang Zain ni."
"Ya lah.Kalau perempuan laju saja diaorang buat kerja.Mesti datang cepat nak cuci mata lah tu."usik Zain lagi.
"Dah la.Malas nak layan."Qayra terus masuk ke ofis.Lagi lama dia di situ,lagi sakan Zain menyakat.
Zain kembali ke dalam kereta sambil tersengih kecil.
"Kau ni tersengih-sengih dah kenapa."Aus marah.
"Saja aku kacau Qayra tadi."
"Tu pun kau seronok."
"Mana tak geli hati.Aku order baja tiga hari baru sampai.Qayra order pagi,petang ni dah nak hantar.Boleh pulak cepat hantar.Dengar suara perempuan terus laju buat kerja."
Aus mencebik.
"Encik Kamal tu boleh tahan juga gatal."Kalau bukan sebab dia jual baja Zain pun tak ingin berurusan dengan dia.Lagipun Encik Rosli sudah lama mengenali Encik Kamal sejak dia mula membuka ladang.Usia mereka pun lebih kurang sebaya.
Bukan tak ada kilang baja lain cuma Encik Rosli mahu mengekalkan pertalian persahabatan di samping baja yang dibekalkan sangat bermutu tinggi.Jadi tiada sebab untuk Encik Rosli beli dari kilang baja yang lain.
Baja merupakan unsur penting agar pokok berbunga dengan banyak.Apabila pokok kekurangan nutrien,maka perkara pertama yang akan pokok buat adalah menggugurkan bunga.Jadi penggunan baja pada pokok cili sangat di ambil berat.
"Amboi mana kau tahu."Aus seakan kurang percaya.
"Aku tahu lah."Zain ketawa kecil.
Aus buat muka sebal.Terus ditekan pedal minyak menghala ke arah ladang.Hari ini semua cili yang dikutip akan dijual pada pemborong.Dia mahu memastikan kualiti cili di ladang mereka sentiasa dalam keadaan baik dan bermutu tinggi.
Pelanggan atau pemborong tidak akan membeli cili yang kurang bermutu.Terutamanya bila pokok cili di serang penyangkit.
Serangan penyangkit sangat biasa berlaku pada pokok cili.Antaranya daun pokok akan menjadi kerinting dan meluruh.Kadang bila buah cili merimbun banyak tapi bila tiba hari mengutip hasil buah menjadi busuk dan gugur.Ini kerana lalat buah telah menyerang pokok tersebut.
Kehadiran serangan perosak membuatkan pokok mula menjadi tidak sihat.Penyelesaiannya mudah sahaja dengan menyembur racun organik.Sembur di bahagian bawah daun sebanyak dua kali sehari.Iaitu seawal pagi dan lewat petang.Kekerapan semburan boleh dilakukan sebanyak 3 kali seminggu sehingga serangga hilang dari mata kasar penghilatan kita.
"Ehh.. Deeja buat apa kat sini?"tegur Zain sebaik menghampiri Deeja yang sedang duduk di kerusi taman ofis.
"Tunggu Qayra.Nak ajak dia makan."Khadeeja sedikit menunduk malu untuk memandang wajah Zain.Sudah lama mereka tidak bertemu.Bertahun lamanya.Tentulah rasa janggal.
"Nak pergi makan dekat mana?"Zain labuhkan punggung berhadapan Khadeeja.Gadis itu berpura memandang ke arah lain.
"Qayra cakap nak makan laksa.Dah lama tak makan.Tu datang nak temankan dia."
"Uihh..sedap tu.Abang pun dah lama tak makan laksa.Boleh abang ikut sekali?"tanya Zain.
"Err...kejap tanya Qayra."Khadeeja tidak senang duduk bila Zain tiada tanda mahu pergi dari situ.Malah mahu mengikut mereka pergi makan pula.
"Deeja.."mujur Qayra muncul tepat pada masanya.
"Ehh..abang Zain pun ada."tegur Qayra.
"Deeja cakap nak pergi makan laksa.Abang Zain nak ikut boleh tak?"Zain terus bertanya pada Qayra tanpa segan silu.
Qayra dan Khadeeja berbalas pandangan.
"Boleh..tapi lepas makan laksa Deeja kena hantar Qayra balik sini.Sebab skuter tinggal sini dulu."beritahu Qayra.
"Tak apa tinggal saja sini.Esok pagi sbang Zain singgah ambil Qayra dekat rumah."
"Tak apa ker.Susahkan abang Zain pula."
"Tak susah lah.Sekali jalan juga."Zain beria.Khadeeja hanya mendengar tidak mahu mencelah.
"Macam tu okey.Jom.."
"Abang Zain follow belakang.."Zain terus menuju je keretanya.Laju pula tu.Teringin nak makan laksa juga ker.
Aus yang baru keluar melihat Zain mengekori kereta kawan Qayra.
"Amboi si Zain ni!Tadi bukan kemain mengutuk Encik Kamal.Ni dia pun dua kali lima.Pantang nampak perempuan.Semuanya nak sambar."Aus bercakap sendirian sambil bercekak pinggang.
Dari dalam ofis Aus nampak Zain tersengih-sengih dekat kawan Qayra.Macam ulat bulu naik daun pun ada.Tahu tahu dah mengikut.
"Terima kasih abang Zain belanja kami laksa.Terbalik pulak.Patutnya kami yang belanja."kata Qayra.
"Memang abang nak belanja pun.Korang berdua kan baru saja kerja.Bila-bila nanti korang berdua pula belanja."seleroh Zain.
Dari tadi dia suka tengok Khadeeja yang berkaca mata itu.Dia kenal Khadeeja hanya sebagai kawan Qayra dan tidak lebih dari itu.Terlalu sedikit sangat dia tahu pasal Khadeeja.Kalau boleh dia ingin tahu lebih lagi tentang Khadeeja.Ini juga sebagai satu langkah permulaan untuk dia mengenali gadis ini dengan lebih dekat.
Malu-malu gadis itu mahu menatap wajah Zain.
"Lepas ni ada nak pergi mana-mana ker?"tanya Zain.Saja dia nak tahu rancangan dua gadis di hadapannya.
"Tak ada pula.Deeja kau ada nak beli apa-apa?"
"Tak ada.Lepas ni terus balik rumah sajalah."
"Macam tu bila free kita keluar lagi ya.Best keluar dengan korang."Zain sengih.
Qayra pandang Zain pelik.
"Kawan abang Zain kan ada."duga Qayra.Selalu tu berkepit sama.
"Siapa?Aus?Dia sibuk dengan tunang dia.Kan majlis dah nak dekat."
"Tak kan lah abang Zain tak ada kawan lain.Kawan perempuan?"
Zain senyum.
"Girlfriend pun belum ada lagi."Dia ketawa kecil sambil mata melirik pada Khadeeja.Khadeeja seperti biasa berpaling ke arah lain.
"Ya lah tu.Entah keliling pinggang.Bulan depan dapat kad jemputan."usik Qayra.
"Mana ada.Abang Zain masih mencari.Ya lah dah rupa pun tak hensem.Kerja ladang saja."Zain merendah diri.
"Hmm.. ya lah tu.Tu yang kereta ford besar gedabak tu apanya."
"Kereta tu hutang."
"Ya lah semua orang hutang kereta tapi poket tebal."Qayra kulum senyum.Khadeeja ikut tersenyum mendengar jenaka mereka berdua.
"In Sha Allah.. nanti jumpa lah jodoh abang Zain.Masih sesat lagi tu.Mana tahu dapat kahwin orang dekat sini lagi untung."usik Qayra.Khadeeja hanya menunduk.
Bukan dia tak perasaan lirikan mata Zain kerap singgah ke wajahnya.Mata lelaki itu seolah mengejar setiap inci wajahnya.
"Jomlah kita balik.Esok abang Zain ambil Qayra tau."
"Jom Deeja."
Lega Khadeeja bila Qayra mengajak balik.Entah kenapa jantung dia asyik melompat tiap kali bertembung mata Zain.Cepat di usir agar tidak perasan sendiri.Mana lah orang nak pandang perempuan macam dia.Depan lelaki mesti terkaku tak tahu nak cakap apa.Dia pun mana pernah ada teman lelaki.Masa belajar tak terfikir langsung.Dalam otak hanya fikir nak dapatkan ijazah.Jadi bab perasaan ni memang zero.
Share this novel