"SUKA lah kau!"Kata Aus sambil mengheret Qayra masuk ke biliknya.
Sampai saja dekat rumah tadi,Aus tengah silang tangan ke tubuh sambil menyandar di pintu rumah Qayra.
Tak sempat nak buka pintu rumah terus Aus tarik tangan masuk ke dalam hingga naik ke tingkat atas.
"Sakit lah.Awak ni dah kenapa!"Marah Qayra.Pergelangan tangan berasa sakit akibat cengkaman tangan Aus.
"Kenapa kau keluar dengan dia?"
"Suka hati saya lah nak keluar dengan siapa pun."jawab Qayra.
"Kau sengaja kan nak buat aku cemburu."
"Tak ada masa saya nak buat awak cemburu."
Qayra melawan setiap bait kata yang keluar dari mulut Aus.
"Kau suka lah dia pegang tangan kau."Mencerlung mata Aus memandang Qayra.Atas bawah atas bawah.
"Kenapa awak nak kisah.Hal saya tak ada kena mengena dengan awak."
Aus capai tangan Qayra.Laju saja Qayra menepis.
"Oh!Aku pegang tak boleh.Dia boleh pulak."turun naik nafas Aus.Laju.
"Awak ni dah kenapa?Boleh tak jangan cari pasal.Saya tak nak gaduh dengan awak.Jadi jangan nak sibuk pasal saya.Hal saya tak ada kena mengena dengan awak."Qayra tak peduli dia tidak mahu berdiam lagi.
Mata Aus tepat memandang Qayra.
"Cakap apa tadi.Tak ada kena mengena.Kau dah lupa siapa aku.Aku suami kau!"suara Aus bergema seluruh ruang bilik.
Bosan Qayra mendengarnya.
"Boleh tak kita selesaikan saja sekarang.Awak pun tahu kan kita macam mana.Tak kesian ker dekat Daria.Dia masih setia tunggu awak."
"Sekarang ni aku tengah cakap pasal kita.Bukan pasal dia!"marah Aus.
"Saya nak cakap macam mana lagi.Kita tamatkan semua ni sekarang,habis cerita.Awak boleh terus kahwin dengan Daria.Tak ada guna awak terus 'ikat' saya macam ni."
"Kau dengan Wajdi,macam tu?"
"Tak payah awak nak kisah pasal saya.Awak tu kenapa susah sangat nak lafaz cerai.Saya tak nak terikat lagi dengan awak.Bila dah selesai semuanya senang awak nak kahwin dengan Daria."
Aus telan liur.Bibir di ketap.Semudah itu Qayra meminta benda yang dia tak ingin buat.
"Aku tak akan."nafasnya masih tidak menentu.Turun naik dengan laju.
"Saya bukan minta duit ringgit awak pun.Kenapa susah sangat.Awak boleh hidup bahagia dengan Daria.Dia kekasih awak.Dia cintakan awak!"
"Kau dengan Wajdi!?"Sindir Aus.
"Haah..saya dengan Wajdi."Jawab Qayra dengan geram bila nama Wajdi asyik dikaitkan.
"Jangan mimpi kau nak kahwin dengan dia!"merah mata Aus.
"Apa awak ni?Saya tak faham dengan perangai awak.Awak nak apa lagi dari saya.Tak cukup lagi awak dah gunakan saya.Dengan siapa pun saya nak kahwin itu hak saya.Awak tak perlu masuk campur.Awak dah ada Daria."
"Kau jeles kan?"Aus raup mukanya menghilangkan amarah.
"Tak ada masa saya nak jeles.Saya dah ada Wajdi."Jawab Qayra dengan berani.
Sikit pun Qayra tidak cemburu dengan Aus.Dia tahu lambat laun Aus akan kembali bersama Daria.Memang patut pun.Dari bangku sekolah bercinta tak akan nak siakan macam tu saja.
Ucapan Qayra buatkan Aus bertambah sakit hati.Gigi berdetap detup berlaga.
Qayra tahu Aus makin marah tapi dia memang mahu buat Aus begitu.Senang dia nak pergi dari sini.
Melihat Aus duduk di katil sambil meletak kepala atas tangan,Qayra terus mengambil barang-barangnya dan menuju ke pintu.Dia cuba buka pintu namun tidak berjaya.Dia mengalih pandangan ke arah Aus.
"Saya nak keluar.Buka pintu ni."Bila masa Aus menguncinya pun dia tidak perasan.
Aus melangkah ke arah Qayra.Sangka Qayra,Aus mahu buka kan pintu namun tidak begitu.Aus ambil barang Qayra dan menghempasnya ke atas kerusi panjang.
Terbeliak mata Qayra.
"Saya nak keluar!"bentak Qayra.
Aus mendekati Qayra.Sekali lagi tangan Qayra di tarik.Kali ini dia menarik Qayra masuk ke dalam bilik mandi.
"Saya tak nak!Saya nak balik!"jerit Qayra.Dia cuba mencapai dinding.Namun tenaga Aus ternyata lebih kuat dari dia.Sekali sauk saja tubuh Qayra telah berada dalam bilik mandi.
Takut juga Qayra bila membayangkan Aus bertindak di luar kawalan.
"Saya tak nak mandi!"
Malangnya Aus terus membuka paip air.Qayra yang tak sempat lari terkena pancutan paip air hujan.Separuh bajunya basah.Aus menggosok tangan kanan Qayra.Tidak dipedulikan Qayra yang meronta-ronta.Siap sabun lagi tangan Qayra.
"Awak ni dah gila ker!?"jerit Qayra bersama bunyi deruan air.
"Sekarang memang aku nak buat gila.Kau degil sangat kan."Aus terus membilas tangan Qayra.Tidak dipedulikan tudung dan baju Qayra yang basah.
Qayra terus meronta.Aus capai tuala dan mengelap tangan Qayra.Kedua belah tangan pulak tu.
"Aku tak nak ada kesan kotor dari tangan dia lekat dengan tangan kau!"
Qayra dah terlopong.Untuk apa Aus membasuh tangan dia.Sebab Wajdi terpegang tadi.
Ditarik Qayra keluar dari bilik mandi.
"Awak memang dah gila.Awak tengok habis basah baju dan tudung saya.Saya nak balik!"
"Tak boleh!"
Aus menuju ke almari bajunya.Dicapai sehelai tshirt.
"Ambil ni.. salin."Aus hulur baju.
Qayra enggan ambil.
"Baik kalau kau tak nak.Biar aku yang salin untuk kau."
Melihat Aus berjalan ke arahnya terus Qayra ambil dan berlalu masuk ke bilik mandi dengan hati yang sakit.Mulut tak henti menyumpah nama Aus.
Tak sampai lima minit,Qayra keluar.Tudungnya yang basah di ganti dengan tuala.
"Tak perlu nak selindung rambut kau."Aus tarik tuala.Melorot tuala jatuh ke bahu Qayra.Qayra tak sempat nak capai.
"Awak ni dah kenapa.Saya benci awak!Awak tak ada hak buat saya macam ni!"
"Siapa kata aku tak ada hak."Aus terus menghampiri Qayra.
Qayra dah telan liur.Sedikit takut.Sudah la tak ada siapa di rumah.Kak Pah juga mengikut Puan Fatin ke luar bandar.
"Dari hujung rambut sampai hujung kaki kau,hak aku!Aku tak akan benarkan orang lain sentuh kau."
"Huh!Awak memang menyakitkan hati."kata Qayra dengan kuat.
"Sekali lagi dia sentuh tangan kau,aku tak akan teragak-agak untuk basuh satu badan kau."bisik Aus ke telinga Qayra buatkan bulu romanya merembang.
"Awak boleh pulak.Saya tak kisah pun Daria nak pegang ker peluk awak sebab awak dia yang punya."balas Qayra.
"Tapi aku kisah."Aus senyum senget.
Tangan Qayra dicapai dan di angkat ke dua belah pipi.
"Aku lebih suka kau yang sentuh aku."Aus paksa tangan Qayra sentuh pipinya.
Qayra rasa mahu pitam.Kenapa dengan Aus.Sengaja mahu mempermainkan perasaan dia.Ingat dia mudah tertipu.Tatapan mata Aus di pandang dingin.Dia tak akan tertipu dengan permainan Aus.
Tangannya direntap kuat.Dia menjauhi Aus.
"Kenapa kau takut dengan aku?"tanya Aus melihat Qayra menjauh.
"Buat apa saya nak takut dengan awak."
"Kau takut jatuh cinta dengan aku?"Aus senyum.
"Eeiii.. tak ada masa lah nak fikir pasal tu."
Qayra menyandar di dinding berdekatan pintu.
"Kalau aku cakap...aku suka kan kau."
"Saya tak suka!"jawab Qayra dengan lantang.Dia tidak mahu mudah melatah.Dia tahu Aus sengaja mempermainkan hati dan perasaan dia.
Aus masih lagi senyum.
"Boleh tak awak buka pintu ni.Saya nak balik."
"Tak boleh.Malam ni aku nak kau tidur sini."
"Saya nak balik.Saya tak selesa pakai baju ni."
"Aku tengok okey saja.Lagipun aku suka kau pakai baju aku.Ada bau aku kan."Aus sengih.
Malas Qayra nak jawab.Qayra betul-betul tak faham dengan perangai Aus.Tadi bukan main Aus marah dia.Mengamuk mengalahkan singa hilang anak sekarang dah jadi kucing parsi pula.Janga cakap otak Aus dah tak betul.Risau juga Qayra bila berduaan dengan orang mental.Macam-macam boleh jadi.Cepatlah balik Kak Pah!
Terfikir juga Qayra takut Aus mengapakan dia.Dekat rumah sekarang hanya mereka berdua.Baik dia diam dari menjawab kang tak pasal terjadi benda yang tak sepatutnya.Tengok mata Aus merah tadi pun dia dah kecut sebenarnya tapi dia buat-buat berani.Nasib Aus tak buat sesuatu diluar jangkaan.Aduh Qayra apa kau dah buat ni!
Dia sudah lenguh berdiri.Terus duduk bersandar di dinding menanti Aus bukakan pintu.
"Aku nak mandi jap.Hah!jangan cuba nak buka pintu.Sebab aku bawak kunci sekali."Aus tunjukkan kunci bilik di tangan.
Satu persatu butang baju kemeja di tanggalkan depan Qayra.Qayra mengalih pandangan ke arah lain.
"Tak berdosa pun kalau kau tengok."Aus ketawa kecil dan berlalu ke bilik air.
Qayra mengeluh.Tidak tahu niat sebenar Aus menahannya di sini.Qayra sandar badan di dinding sambil julurkan kaki.Naik lenguh badan menunggu Aus siap mandi.Qayra menongkat kepala atas tangan.Saat ini Qayra rasa mengantuk sangat.Dia tidak mahu terlelap di sini.
Hampir setengaj jam baru Aus selesai mandi.Bau wangi sabun bercampur syampu harum semerbak.Aus terus melangkah ke arah almari mendapatkan pakaian.
Saat dia kalih pandang pada Qayra baru dia tahu Qayra sudah tertidur.Kesian pula dia tengok Qayra terlentok di tepi dinding.
Perlahan di angkat tubuh Qayra dan diketakkan ke atas katil.Dia tersenyum.Ini bukan kali pertama dia mengangkat Qayra.Mudah saja dia mencepung tubuh Qayra.Tak berat mana pun.
Tuala yang menutupi rambut Qayra dia letak ke tepi.Selimut di tarik bagi menyelimuti seluruh tubuh Qayra.
Aus tersenyum sambil menolak sedikit rambut Qayra.Nampak sangat Qayra kepenatan dan dia sengaja mendera mental Qayra.
Perasaan dia kepada Qayra semakin hari semakin mendalam.Dia juga rasa pelik akan perubahan diri.Dulu dia bencikan Qayra sekarang perasaan itu bertukar menjadi sesuatu yang lain..sayang.Ya dia suka dan sayang pada Qayra.
Dia akui dia cemburu melihat Qayra dengan mana-mana lelaki.Dengan Zain pun dia cemburu apa ntah lagi dengan Wajdi.Tetapi kebelakangan ini Zain dilihat sibuk mengejar Khadeeja.Yang paling dia risaukan sekarang adalah Wajdi.Berangin dia bila Wajdi memegang tangan Qayra.Dia cemburu hingga bertindak di luar kawalan.Dia tidak boleh mengawal diri dari rasa cemburu yang meluap lagi.
Tadi pun dia terpaksa keluar dengan Daria sebab mama yang plan.Dia ingatkan mama yang tunggu di restoran tadi untuk makan bersama.Alih-alih Daria yang datang.Jujur dia cakap,dia langsung tiada perasaan pada Daria.Perasaan yang dulu mekar kini menghilang begitu saja.
Buat masa sekarang dia hanya mahu mendekati Qayra.
QAYRA tersedar saat terasa tubuhnya dihimpit sesuatu.Nyenyak sungguh tidurnya.Bila teringat kejadian semalam terus Qayra buka mata.Nasib dia tidak menjerit.Wajah Aus begitu dekat dengannya.Mereka berkongsi bantal dan selimut yang sama.Bingkas Qayra selak selimut.Dia masih pakai baju Aus.Sedikit lega.
Perlahan dia turun dari katil sambil mata memerhati ke arah Aus.Masak dia kalau Puan Fatin dapat tahu.Segera Qayra mengambil barang-barang dia dan cuba membuka pintu.Lega bila pintu tidak berkunci seperti semalam.Terjengket dia berjalan keluar hingga ke bawah.
Laju kakinya keluar ikut pintu dapur dan menyelinap masuk ke rumahnya.Turun naik nafasnya menahan sesak di dada.Sempat dikerling jam di dinding.Pukul 3.40 pagi.Pintu di kunci dan di selak dari dalam.Bimbang ada yang menceroboh.Siapa lagi kalau bukan Aus.
Pukul 7 pagi Qayra telah sampai di ladang.Selepas Subuh,Qayra terus keluar rumah.Bimbang bertembung dengan Aus.
"Qayra minggu depan Maksu Suria jemput kenduri.Boleh kita pergi sekali."beritahu Encik Rosli.
"Boleh juga.Semalam maksu ada call bagitau.Qayra ingat nak pergi sebelum kenduri.Boleh tak abah?"
"Macam tu Qayra pergi dengan Aus.Nanti abah bagitau dia."
"Eh.. tak pa abah.Nanti Qayra cakap sendiri."
Qayra mula mengatur rancangan.Ini adalah masa yang sesuai untuk dia pergi dari sini.
Share this novel