"KAK Qayra,malam ni Aira balik lambat sikit tau."kata Aira sambil menyarung kasut kanvas berwarna biru.Tergesa-gesa mahu pergi.
"Jangan lewat sangat.Pesan kat Naim hantar awal sikit.Jangan nak melencong kat lain pulak."pesan Qayra.Naim adalah kawan sekampus Aira.Mula-mula dia kenal Naim sewaktu kenduri Alin.
"Baik kak Qayra.Aira janji balik seawal yang mungkin.Akak nak pesan apa-apa tak?burger ker mee mamak?"
"Tak nak lah.Lauk siang tadi ada lagi."
"Aira pergi dulu lah."
"Hati-hati.Balik awal."pesan Qayra sambil melambai pada Aira yang sudah masuk ke dalam perut kereta.Naim turut melambai pada Qayra.
Setelah mengunci pagar rumah.Qayra menutup pintu dan menguncinya.Dia berjalan masuk ke dapur memanaskan lauk tengahari tadi.Sudah masuk dua bulan dia tinggal bersama Aira di rumah sewa.
Nasib Qayra baik bila dia mendapat tawaran kerja di syarikat kawan Aira.Aira yang masih belajar tinggal bersama Qayra dan seorang lagi rakannya,Sarah.
Kawasan perumahan ini kebanyakkan di sewa oleh pelajar universiti kerana berdekatan kampus dan sangat dekat untuk mereka berulang alik ke kampus.
Mereka hanya tinggal bertiga.Sarah juga bekerja sambilan untuk menampung pengajian yang masih tinggal setahun.Qayra terkenang sewaktu dia menyewa bersama Deeja.Dia dan Deeja juga bekerja sambilan di sebuah kedai makan.Dapat juga menampung kos perbelanjaan harian.
Kehidupan sebagai seorang mahasiswa bukanlah mudah seperti yang dilihat oleh mata masyarakat.Ada kalanya terpaksa menempuh pelbagai liku-liku untuk mengengam segulung ijazah.
Qayra bersyukur berjaya mengharungi segala rintangan.Walaupun Pakcik Rosli banyak membantu dari segi kewangan namun Qayra tetap juga berusaha sendiri.Dapat juga dia menyimpan sedikit wang buat perbelanjaan lain.
Sekarang Qayra sudah berasa lega kerana Aus tidak lagi mencarinya.Kesian Maksu Suria terpaksa berbohong pada Aus dan Pakcik Rosli bahawa dia juga tidak tahu akan keberadaan Qayra.
Untuk apa Aus mencarinya lagi.Dia tidak mahu lagi menjadi isteri Aus.Qayra juga mendapat berita dari teman lama mereka yang Daria akan berkahwin.Tetapi tidak tahu siapa nama bakal suaminya.Dengan siapa lagi kalau bukan Aus.Jadi untuk apa Qayra berharap pada Aus.Mujur hati Qayra tidak cepat melatah dengan kata-kata manis Aus.Kalau tidak sudah tentu dia merana seorang diri.
Hanya Khadeeja saja yang tahu di mana dia berada sekarang.Itu pun setelah puas Qayra menyuruhnya berjanji tidak memberitahu Zain.Semalam Khadeeja menelefon untuk mengingatkannya untuk menghadiri majlis perkahwinan dia dan Zain.Akhirnya,berjodoh juga Khadeeja dan Zain.
Qayra berkira-kira untuk pergi.Memandangkan masa hari bertunang Deeja,Qayra tidak datang jadi dia terpaksa hadir juga.Sudah berkali Deeja memujuk dia.Dia tidak sampai hati mengecewakan satu-satunya kawan baiknya itu.
Ikutkan hati dia tidak mahu menjejakkan kaki ke situ lagi.Apa kan daya dia tidak mahu menghampakan Deeja.Teruja Deeja sewaktu menyambutnya di stesen bas petang semalam.Berpeluk sakan lagak tidak berjumpa bertahun pada hal baru dua bulan.Dia juga rindukan Deeja tapi apa kan daya dia terpaksa pergi.
"Amboi kau! makin berseri-seri.Nampak makin cantik.Ni kalau Aus...opsss sorry.Aku tersilap cakap."Khadeeja menekup mulut sendiri.
"Kau ni jangan sebut nama dia boleh tak."
"Sorry-sorry aku lupa."Deeja sengih.
"Tak apa.Aku okey jer.Esok kau angkat nikah dekat rumah ker masjid?"
"Masjid.Kau teman aku ya.Aku takut.Rasa berdebar ni."pinta Khadeeja.
"Mestilah aku teman.Kau kan kawan baik aku sampai bila-bila.Aku tumpang gembira untuk kau dengan abang Zain."Mestilah dia gembira melihat Deeja dan Zain berkahwin.
"Qayra, kau tak rindu ker nak balik sini.Aku rindu sangat dekat kau.Dua hari ni rasa tak singkat sangat."
"Iya lah tu.Sekarang rindu aku.Esok nak jumpa aku pun payah.Asyik nak berkepit dengan encik suami tersayang kau tu."usik Qayra.
"Eeeii.. kau ni.Aku dah la takut ni."
"Nak takut apanya.Bukan abang Zain nak makan kau."Qayra ketawa kecil.
"Mestilah takut.Lepas ni dah jadi isteri orang.Aku risau tak boleh nak jadi isteri yang baik."
"In sha Allah.. kau boleh.Abang Zain tu sayang sangat dekat kau tau.Aku yakin dia boleh bahagiakan kau."
"Thank you Qayra sebab kau ada dengan aku."ucap Deeja dengan penuh rasa terharu.
"Tak ada apa lah.Kau kan kawan aku.Kawan sampai bila-bila."sambil berpelukan.
Awal pagi Khadeeja sudah siap di hias cantik.Majlis akad nikah akan berlangsung jam sebelas pagi.Qayra memakai baju kurung biru laut.Dia sentiasa duduk dekat sisi Khadeeja bagi menghilangkan rasa gemuruh Khadeeja.
Sampai di perkarangan masjid,pihak pengantin lelaki telah tiba terlebih dahulu.Qayra berjalan beriringan dengan Khadeeja.Dia duduk di sebelah Khadeeja bersama ahli keluarga dan sanak saudara Khadeeja.
Tok kadi sidah bersedia sambil menyemak butiran kedua mempelai.Qayra membetulkan baju serta tudung Khadeeja.Lensa kamera sentiasa di hadapan mereka merakam setiap detik momen indah Khaeeja dan Zain.
Di sebelah kiri sanak saudara Khadeeja,Qayra perasan Puan Fatin turut berada di situ.Dia bersikap bersahaja sambil membetulkan tudung Khadeeja.Saat matanya memandang kepada barisan pengantin lelaki di hadapan,ada sorotan mata sedang memandang ke arah dia.Dia cuba mengelak dari berlaga dengan anak mata itu.
Walaupun dia berasa sedikit tidak selesa dengan keadaan itu dia cepat mengalihkan tumpuan kepada Khadeeja bagi menghilangkan resah di hati.
Dengan hanya sekali lafaz,Khadeeja dan Zain telah selamat diijab qalbul kan.Qayra menguntumkan senyuman buat sahabatnya.Khadeeja dilihat mengelap airmata kesyukuran.Qayra menggengam erat tangan Khadeeja memberi semangat.
Zain bangun menghampiri Khadeeja bagi sesi pembatalan air sembahyang.
Saat Zain mengucup dahi Khadeeja,mata itu melekap lagi pada Qayra.Sekali lagi Qayra mengalihkan pandangan ke arah lain berpura tidak terkesan.Memang dah agak dia akan berada di situ juga.
Setelah selesai,Qayra keluar terlebih dahulu untuk mengambil kasut yang diletakkan di atas rak.Sebentar lagi dia akan mengiringi pengantin ke rumah.Gelabah dia bila kasut tidak jumpa.Cari punya cari rupanya tertindih dengan sepasang kasut lelaki.
Qayra baru nak alihkan kasut itu tetapi satu tangan terlebih dahulu mencapai.
"Maaf."ucap lelaki itu.Qayra angkat kepala dan melihat.Degupan jantung seolah terhenti seketika.Begitu juga dengan reaksi lelaki itu.Terpegun seketika.Sama-sama terkejut.
Qayra cepat mengambil kasut dan pergi.Jantungnya sudah berirama tidak menentu.Dalam ramai orang kenapa kasutnya bertindih dengan kasut Aus.Tidak sangka mereka akan bertemu dalam situasi begini.
Qayra tidak mahu merosakkan mood sendiri dihari bahagia Khadeeja.Terus dia mendapatkan Khadeeja yang sedang bergambar bersama Zain di luar masjid.
Lega dia bila Aus tidak kelihatan di situ.Majlis diteruskan di rumah keluarga Khadeeja.Jamuan makanan disediakan buat para tetamu dan pihak pengantin lelaki.
Dalam kesibukan melayan tetamu Qayra tidak sedari dirinya dihampiri.
"Assalamualaikum.."suara di belakang Qayra.Ketika itu Qayra sedang berbual bersama beberapa orang saudara mara Khadeeja.
Terus rentak hati berirama tidak menentu.Perlahan Qayra berpaling.Niat dia nak lari dari berjumpa dengan Aus.
"Boleh abang jumpa Qayra sekejap?"tanya Aus yang sudah berdiri di hadapan Qayra.
"Errr...cakap kat sini saja lah."Qayra tidak selesa dengan pandangan mata Aus.
"Jom kita duduk dalam kereta.Lagipun orang ramai dekat sini."Aus tunjukkan keretanya di tepi jalan.
Qayra berfikir sejenak.Memang tidak sesuai berbincang hal mereka di rumah orang.
"Tunggu sekejap."Qayra memberitahu Khadeeja.Khadeeja hanya membalas dengan senyuman.
Qayra mengikut Aus masuk ke dalam kereta.Aus terus menghidupkan enjin dan pedal minyak di tekan.Qayra menjadi panik bila kereta bergerak meninggalkan kawasan rumah Deeja.
"Kita nak pergi mana?"tanya Qayra.Dalam hati dah cemas.
Aus hanya diam dan meneruskan pemanduan.Sedikit pun dia tidak mahu berkongsi ke mana hala tuju mereka.
"Saya tak tahu awak nak bawa saya pergi mana.Kita boleh bincang hal kita sekarang."kata Qayra dengan tegas Dia tidak mahu berlengah lagi.
Terbit juga rasa takut tetapi dia yakin Khadeeja akan mencarinya kalau terjadi sesuatu.Sudah tentu Zain juga tahu dia berada dengan siapa sekarang.
Kereta Aus membelok masuk ke sebuah kawasan taman perumahan.Sampai di satu lorong kereta Aus berhenti seketika menunggu pagar automatik terbuka.
Qayra perasan ini kawasan perumahan yang baru siap dibina.Hari-hari mahu ke ladang dia akan melalui kawasan ini.Tidak jauh dari rumah Encik Rosli.
Aus memakirkan keretanya di dalam.Enjin kereta turut dimatikan.Dia keluar dari tempat pemandu dan berjalan ke pintu rumah.Membukanya dengan gugusan kunci di tangan.
Dia berjalan menuju ke kiri kereta membuka pintu di tempat duduk Qayra.
"Jom masuk."kata Aus.Qayra masih lagi tercengang.
"Rumah siapa ni?Nak buat apa datang sini?"tanya Qayra kehairanan dan masih teragak untuk keluar dari kereta.
"Jom masuk dulu."Lembut sahaja Aus tarik tangan Qayra masuk ke dalam rumah.
"Awak hantar saya balik rumah Deeja sekarang."Pinta Qayra.Dia rasa tidak selesa.Pelbagai soalan muncul di benak bercampur perasaan takut.
"Kejap saja.Nanti abang hantar balik.Kita masuk dulu."suara Aus lembut memujuk.
Qayra dah cuak.Kaki tetap ikut melangkah masuk.
"Masuklah."suara Aus kedengaran lembut.
Qayra pandang sekeliling.Rumah memang baru seperti tidak pernah duduk.Qayra berjalan keliling ruang tamu sambil memandang isi dalam rumah.Bau perabot baru pun masih belum hilang lagi.
Pintu ditutup.Qayra terkejut.Sedikit terangkat bahu.
"Duduklah dulu.Kejap abang ambil air."
"Saya tak nak minum."Risau juga dia nak minum.Mana tahu sama dalam drama dekat tv.Letak ubat dalam minuman lepas tu pengsan.Sedar-sedar baju semua hilang.
"Macam tu duduklah.Kalau Qayra nak tengok sekeliling pergilah naik atas."pelawa Aus sambil senyum.
Qayra masih bungkam di sofa biru lembut.Tertanya juga Qayra ini rumah siapa.Tetapi dia tidak mahu bertanya pada Aus.
"Ini rumah kita."beritahu Aus mematikan tanda tanya Qayra.
Qayra hanya diam sambil otaknya ligat memikirkan tentang 'rumah kita'.Maksud Aus ini rumah mereka berdua.Bila dia ada share beli rumah dengan Aus.
"Saya nak balik."Dia tak tahu tujuan sebenar Aus membawanya ke mari.
"Kejap lagi abang hantar Qayra balik rumah Deeja."
Aus terus duduk melutut di lantai.Qayra mahu bangun tetapi Aus menghalang.
"Abang nak minta maaf.Abang tahu Qayra masih marahkan abang.Memang patut Qayra marah.Tapi abang tetap akan berusaha untuk pujuk hati Qayra."
Qayra mengeluh.Aus masih tidak berputus asa.
"Awak tak penat ker.Saya dah penat.Sampai bila nak macam ni.Kita ada haluan masing-masing.Terimalah kenyataan yang kita tak mungkin bersama.Awak dah ada Daria kan."keluh Qayra.Sampai bila nak macam ni.
"Kenyataannya..Qayra masih isteri abang.Isteri Aus Faiq."Aus dia sebentar.
"Bila masa abang kahwin lain.Abang tetap
tunggu Qayra."
"Qayra tahu tak abang bersabar tunggu Qayra balik dekat abang.Abang dah cuba lupakan Qayra tapi tak boleh.Abang pun tak tahu kenapa makin abang cuba lupa makin sakit dalam ni."Aus tunding ke tengah dada sendiri.
"Abang tahu Qayra tak akan percaya.Abang dah buat Qayra terluka sejak dulu lagi.Abang dah sedar.Makin abang bencikan Qayra perasaan tu bertukar menjadi sayang."
"Abang tahu sukar untuk Qayra terima abang.Tapi abang sayangkan Qayra.Abang cintakan Qayra."luah Aus sambil menatap sedalamnya ke dalam mata Qayra.
"Perasaan benci abang selama ini lenyap begitu saja."sayu dan menusuk kalbu suara Aus.
"Qayra bukan merampas tempat Auni."Aus mengesat sedikit matanya yang mula berair.
Qayra tersentak.Aus sudah tahu.
"Maafkan segala salah silap dan dosa abang selama kenal Qayra."Aus cium tangan Qayra.Lembut.Tak sempat Qayra nak tarik.
"Saya tak layak awak.Saya dah lama maafkan awak.Saya cuma nak hidup dengan tenang."pinta Qayra.
"Qayra rasa abang boleh tenang ker selama ni?Abang rasa kehilangan Qayra.Cukuplah untuk dua bulan ni,abang tak nak kita berjauhan lagi.Dah tiba masa kita mulakan hidup baru bersama."
Rasa sesak dada Qayra mendengar segala ucapan yang keluar dari mulut Aus.
"Awak kena fikirkan perasaan makcik.Saya tak nak makcik bertambah benci pada saya.Cukuplah selama ini saya hidup menumpang.Dah tiba masa saya pilih jalan hidup sendiri."
"Perasaan abang macam mana?Abang dah tak tahu nak cakap macam mana lagi.Abang tak boleh hidup tanpa Qayra.Tolonglah faham.."rayu Aus.
"Maafkan saya.Saya tak boleh terima.Hantar saya balik rumah Deeja."
Qayra terus bangun menuju ke pintu.Sementara Aus masih bertekur di lantai dengan wajah sayu.
Share this novel
kesian aus.. urmm.. mtk2 hati qayra terbuka utk terima aus next chapter..