MASUK empat bulan kandungan Qayra,alahannya terus hilang.Rasa ajaib sangat.Betullah apa yang Deeja cakap.Alahan akan hilang dengan sendiri bila sampai waktunya.Qayra dah boleh tidur nyenyak bila Aus dekat sebelah.Dulu boleh lah elak sebab alahan muntah sekarang tidak lagi.
Tersentuh juga hati Qayra melihat kesungguhan Aus.Sanggup Aus tidur beralaskan tilam nipis semata mahu menjaga Qayra.Bukan itu saja Aus akan memastikan Qayra makan terlebih dahulu sebelum dia.
Malah Aus sendiri akan masak walaupun tidak sedap.Qayra sengaja mahu menduga Aus.Dibiarkan Aus berusaha untuk memenangi hati dia semula.Biar Aus rasa serik untuk melukakan hati dia lagi.Andai sudah tertulis Aus bukan jodoh dia lagi.Dia akan cuba berlapang hati untuk menerima.
Di usap perlahan perut yang semakin membukit.Banyak baju lamanya sudah tidak boleh dipakai lagi.Aus sudah membelikan baju baru yang lebih selesa dan longgar.
Qayra turun ke dapur.Jam sudah berginjak ke angka 11.Dia harus masak untuk makan tengahari.Aus akan pulang sebentar lagi.
Tekak Qayra rasa mahu makan sup tulang.Mujur tadi dia sudah keluarkan tulang lembu dari peti sejuk untuk dinyahbeku.
Puas dicari rempah sup.Laci dapur habis dibukanya namun rempah sup tidak kelihatan.Dia membuka pintu kabinet dapur sebelah atas.Mukanya berubah ceria.Bungkusan rempah sup ada di situ.Terjengket dia mahu mencapai namun tidak sampai.
Qayra mengambil kerusi meja makan.Sedikit berat namun digagahi jua.Dia naik ke atas kerusi mencapai bungkusan rempah.
"Sini pun kau.Tinggi sungguh duduk."Kata Qayra dengan gembira.
Saat mahu turun dari kerusi Qayra tidak sedar kakinya memijak di tepi kerusi menyebabkan kerusi senget sebelah.
"Arghhhh!"Jerit Qayra.Tubuhnya pasti akan terhempas ke lantai.
"Sayang!"Serentak dengan itu kedengaran suara Aus.
Qayra hanya mampu memejamkan mata.Dia takut membayangkan kemungkinan bakal terjadi.
"Sayang..sayang."Panggil Aus.
Perlahan Qayra buka mata.Dia melihat Aus di depannya.Di raba perutnya.Tak rasa sakit apa pun.
"Sayang!Ya Allah sayang kenapa panjat." Aus cemas.
Qayra baru perasan dia sebenarnya dalam dukungan Aus.Aus mengendungnya dan duduk kan di sofa.
"Sayang okey tak?Jom kita pergi klinik."Wajah Aus makin berubah cemas
melihat Qayra diam membisu.
"Saya okey."Jawab Qayra setelah Aus menggusap belakang badannya.
"Risau abang.Kan abang dah pesan jangan buat apa."
"Saya nak ambil rempah sup."Qayra masih dalam keadaan terkejut.
"Tinggi tu.Nasib abang sampai tepat kalau tak tahu sayang macam mana.Sayang buat abang takut."dipeluknya Qayra.
"Saya nak masak sup.Kenapa awak letak rempah tinggi sangat."
"Salah abang.Abang minta maaf.Nanti abang letak barang masak semua dekat rak bawah ya.Tapi sayang janganlah panjat kalau tak sampai.Tunggu abang balik."
Aus rasa bersalah memang dia yang susun barang berempah di tingkat atas rak kerana jarang digunakan.
"Awak balik lambat."
"Geram abang dengan sayang ni tau.Ada saja nak jawab."Aus cuit hidung Qayra.
Qayra bangun mahu ke dapur.
"Nak pergi mana pula?"
"Masak."
"Biar abang masak lah."Aus mengekori dari belakang.
"Tak nak.Awak masak tak sedap."Qayra kulum senyum.
"Patutlah sayang selalu makan tak habis.Abang minta maaf.Abang memang tak pandai masak tapi abang cuba."
"Awak tak payah lah ikut saya.Saya nak masak ni."
"Abang nak tolong sayang lah.Mana tahu sayang nak ambil apa lagi.Tak sampai abang boleh tolong ambilkan."
Aus sudah sedia melipat lenggang kemejanya hingga ke paras siku.Mujur meetingnya bersama klien habis awal dan dia tergerak hati untuk balik ke rumah.Kalau lambat sesaat dua dia tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan isterinya.
"Ikut suka awak lah."Qayra meneruskan kerja yang terbengkalai.
"Baby tolong pujuk mama untuk papa.Mama merajuk dengan papa."Sempat Aus mengusap perut Qayra.
"Awak tidur lah sana.Ni bantal saya."Qayra buat muka masam.Tak selesa bila Aus tidur sebantal.Hingga nafas Aus terasa menampar pipinya.Macam mana dia nak tidur.
"Abang sejuk."Aus masih menghimpit.
"Selimut lah.Kenapa awak himpit saya."Marah Qayra kerana tidurnya terganggu.
"Abang nak peluk sayang."
"Saya tak nak."
"Sayang tak kesian ker dekat abang.Abang rindu sayang."Ciuman hangat jatuh ke bahu Qayra.
"Boleh tak jangan cium-cium saya tak suka."Protes Qayra.
"Abang betul-betul rindukan sayang."Mata kuyu Aus menusuk ke dalam mata Qayra.
Hati Qayra cair sebentar.Dia juga rindukan belaian sang suami tetapi sengaja dibekukan hati.
Aus makin menghimpit dan memeluk Qayra.Ciuman jatuh di ubun Qayra dan dahi.
Tangan Qayra ditarik supaya melingkari pinggannya.
"Abang rindu sangat.Abang sayangkan Qayra bukan sekarang saja tapi dulu lagi.Abang ego.Abang selalu marah sayang padahal hati abang dah mula sukakan sayang.Abang tahu sukar untuk sayang percaya.Abang cemburu tiap kali ada yang cuba rapat dengan sayang.Mesti sayang tak ingat.Masa tu sayang form 2.Sayang jatuh masa lari dekat padang.Abang orang pertama yang risau.Masa tu abang hanya boleh pandang dari jauh.Abang hantar Firdaus untuk tengokkan sayang."
Qayra ingat lagi masa tu acara lumba lari ntah macam mana kakinya dipintas oleh seseorang.Dia jatuh tersungkur.Lututnya berdarah.Terpaksa dia dibawa ke bilik untuk berehat.Ketika itu Firdaus yang bertugas sebagai ahli PBSM sekolah menggusungnya menggunakan kayu pengusung.
"Abang cuba jauhi sayang dari abang.Macam-macam cara abang buat.Hinggalah abang ambil keputusan bertunang.Abah suruh tunggu waktu Qayra cuti tapi abang tak nak sayang ada sekali.Sebab abang tahu abang tak akan boleh pandang sayang.Hati abang rasa lain."
Bukan ker dari sekolah Daria dan Aus sudah bercinta.
"Abang tahu sayang tak akan percaya.Abang gunakan Daria untuk alih perhatian abang pada sayang.Hinggalah sayang kembali abang jadi tak keruan.Bila Daria dapat tahu dia jadi marah sebab abang mainkan perasaan dia.Masa kemalangan abang bergaduh dengan dia.Baju tu bukan alasan sebenar.Sebenarnya abang tak ada perasaan dekat dia."
Aus menarik nafas baru.
"Bila abang bagitahu abah nak kahwin dengan Qayra,abah paling gembira walau mama menentang.Selain itu abang nak buktikan kat mama yang Qayra bukan datang untuk rampas tempat Auni.Tapi sayang adalah salah satu kegembiraan buat keluarga kita."
Bahu Qayra di usap lembut.
"Abang bodoh sebab cemburukan sayang.Abang gunakan Daria.Abang nak buat sayang marah tapi hakikatnya sayang makin menjauh dari abang."
"Dan betapa ruginya abang..bertahun lamanya."
Aku hanya mendengar luahan Aus.Sambil anak mata mencari kebenaran dalam segenap ruang matanya.Aku cuba mengumpul kembali rasa kasih rindu yang tersisa.Ya,aku juga sayangkan Aus.Sayang yang tidak dapat di ungkap.
"Sayang dengar tak ni."Pipi Qayra di usap lembut.
"Abang nak dengar dari sayang.Betulkah dalam hati Qayra dah tak ada tempat untuk abang."
"Mengantuklah.."Qayra cuba berdalih.
Aus menghalang pergerakkan Qayra.
"Abang nak dengar dari mulut sayang sendiri."
"Awak dah cakap semua kan.Jadi macam tu lah."
"Macam tu apa?"Aus terpingga.
"Kalau saya cakap terus terang awak jangan marah.Saya dah tak sayang awak."Qayra sembunyi gelak bila muka Aus dari ceria berubah muram.
Dia dah luah segala persoalan yang ada dalam kepala Qayra.Cuma Qayra sengaja nak tengok sejauh mana kesungguhan dia.
"Abang minta maaf.Walau sayang dah tak suka abang.Abang cuma nak minta izin untuk temankan sayang sampai sayang selamat bersalin.Izinkan abang juga untuk membesarkan anak kita bersama."Suaranya bertukar lirih dan sedih.
"Habis tu abang nak biar Qayra jaga baby kita sorang-sorang."Qayra cubit lengan dan pinggang Aus.Aus mengaduh kesakitan.
"Sakitlah sayang.."
Aus pura merajuk.
"Abang ni kuat merajuk juga ya."Ketawa Qayra tercetus jua.
Tangan Aus diletakkan atas perutnya.
"Ini anak kita jadi kita lah kena jaga dia sama-sama.Abang nak tak?"
Laju Aus angguk bersama senyuman yang paling bahagia.
"Sayang buat takut abang saja."Dicubit manja pipi Qayra dan dicium.Nakal juga isterinya.Jantung dia rasa macam berhenti mengepam bila Qayra cakap tak suka tadi.
"I love Qayra."bisiknya ke telinga Qayra.
Perlahan Qayra membalas buatkan Aus tersenyum lebar dan pelukan Qayra tidak dilepaskan.
Share this novel