QAYRA memakir skuter seperti biasa dan melangkah masuk ke dalam ofis.Beg silang di letakkan dalam laci.Dia mula mengaktifkan laptop di atas meja sambil mengelap habuk yang menempel di meja.
"Morning Qayra.."sapa Zain sambil tersenyum manis.Ditangan tersangkut beg plastik kecil.
"Morning.."balas Qayra.
"Nah,makan dulu.Baru perut kenyang hati senang nak buat kerja."
"Terima kasih."Rezeki jangan ditolak.
"Qayra merajuk ker?"Tanya Zain.
"Mana ada."
"Tu muka tak ada manis pun."
"Manis-manis nanti semut hurung pulak."guraunya sambil ketawa kecil.
"Baguslah."Zain ikut ketawa.
"Amboi Zain.Awal datang."Aus tepuk bahu Zain.
"Tak ada lah awal.Biasa saja."
"Kau tak beli sarapan untuk aku ker?"Aus tengok atas meja Qayra ada bungkusan plastik berisi nasi lemak.
"Tak kan kau tak sarapan dekat rumah?"
"Dekat orang lain kau boleh bagi.Dekat aku kau kedekut."sindir Aus.
Zain ketap gigi sambil tersengih.
"Kau lain.Boleh makan dekat rumah."
"Habis tu dia tak ada rumah."
Qayra membatu di kerusi.Pagi-pagi lagi Aus cari pasal.Mana muka nak ada manis.
"Dah.Jom kita sarapan dekat luar."kata Zain.Jangkit dari tunang dia lah ni,asyik merajuk.
"Tak payah dah kenyang pun."Aus jeling pada Qayra.Kena lagi.
"Qayra,macam mana kerja dekat sini.Dah sebulan kan.Sekejap saja."Encik Rosli tersenyum.Tak sangka anak saudara yang dipelihara sejak kecil kini sudah menginjak dewasa.
"Okey pakcik.Tak ada masalah.Best kerja dekat sini."tutur Qayra dengan ikhlas.Pasal Aus tu dia pejam mata sekejap.
"Lepas ni Qayra ada plan lain ke?"
"Ada.Qayra ada juga minta kerja lain.Kalau dapat Qayra pergi."
Encik Rosli terus berubah wajah.
"Qayra tak suka kerja dekat sini?Gaji pakcik bagi sikit sangat ke?"soal Encik Rosli.
"Ehh.. bukan macam tu pakcik.Pakcik dah banyak tolong Qayra.Kalau boleh Qayra tak nak susahkan pakcik.Dapat kerja dengan pakcik pun Qayra dah bersyukur banyak.Cuma tu lah,kalau dapat kerja lain nak cuba juga cari pengalaman baru."jenuh dia susun ayat agar Pakcik Rosli tidak terasa hati.
"Mana ada susahnya.Qayra tanggungjawab pakcik."tekan Encik Rosli.
"Maaf jika kehadiran Qayra buatkan pakcik sekeluarga tidak selesa selama ni."
"Siapa cakap?Kami semua sayangkan Qayra macam keluarga sendiri.Qayra dah macam anak pakcik."sambil terkenang pada arwah anaknya,Auni.Kalau Auni masih hidup tentu sudah sebaya Qayra.
"Qayra banyak terhutang budi dengan keluarga pakcik.Pakcik dah banyak tolong sampai Qayra berjaya habis belajar."
"Tak besar mana pun pertolongan pakcik jika nak dibandingankan dengan pergorbanan..."kata-kata Encik Rosli terhenti di situ.
"Err..Qayra,pakcik lupa pula.Kejap lagi pakcik nak keluar.Kalau ada apa-apa masalah bagitahu pakcik."bicara Encik Rosli terhenti sekejap untuk mengambil nafas baru.
"Qayra jangan ambil hati sangat dengan makcik dan Aus.Mereka masih terkenangkan arwah Auni."
Qayra mengangguk tanda faham.
"Pakcik nak ke ladang kejap.Nanti kita sembang lain."
Qayra masih berdiri di situ.Sungguh dia kurang faham apa yang Encik Rosli ingin sampaikan sebenarnya.
"Dah bawak keluar pun masih macam ni lagi."Aus berdesis.
"Habis tu nak suruh i sengih 24 jam."balas Daria dengan nada tidak senang.
"Dua minggu lagi majlis kita.Tapi you macam tak ada semangat."
"Tak mood lah.."Daria mengeluh hampa.
"Apa lagi masalah you.Tak kan pasal baju hari tu tak habis lagi."
Daria masih bermasam muka.Tiada sedikit pun riak senyuman meniti di bibirnya.
"Kalau tahu macam ni baik tak payah keluar."terkeluar juga rungutan dari mulut Aus.
"Habis tu kenapa beria ajak keluar?"Daria tarik muka.
"Tak faham sungguh dengan awak ni,Daria.Mama yang desak suruh keluar dengan awak.Pujuk awak.Tapi awak tetap macam ni."Aus sudah tidak sabar lagi dengan sikap Daria.
"Ohh..kalau mama tak suruh memang you tak datang lah kan.."Daria juling mata ke atas.Apa yang keluar dari mulut Aus buatkan dia sakit hati.
"Tak kisah lah mama suruh ker tak.Awak tu sampai bila nak merajuk.Sebab baju pun nak buat hal."
Aus menumpukan perhatian pada pemanduannya.Geram marah kecewa semua ada dengan sikap Daria.
"Saya pun tak ingin nak keluar dengan awak."desis Daria dengan sinis.Hati dia masih sakit.Ingatkan Aus sudah setuju tentang baju mereka.Kalau Aus boleh berkeras dia pun boleh.Tengok sapa yang akan mengalah.Dia tak akan!
Aus mendengus kasar.Daria makin keras kepala.Langsung tak boleh bantah atau bangkang apa yang dia mahu.Bukan sekali dua Aus beralah malah berkali-kali.Sebabkan baju yang tak sesuai memang Aus bantah habis-habisan.Mana nak letak muka,satu kampung kot jemputan.Malu orang tengok.Lain lah kalau pakai dalam bilik.Ini tak sibuk nak tanyang dekat orang lain.Sekental hati Aus tetap kedekut nak kongsi apa yang dia sayang dengan orang luar.
"Buang masa saja keluar dengan you.Semua benda tak boleh nak buat.Itu tak boleh ini tak boleh.Macam salah besar sangat!"mulut Daria tak henti merungut.Dikeluarkan segala perasan kecewa tentang sikap Aus.
"Saya nak cakap macam mana lagi bagi awak faham bahasa.Saya dah penat tau tak."suara Aus sudah naik oktaf.Semakin meninggi.
"Awak ingat awak sorang saja penat.Saya lagi penatlah nak ikut cakap awak.Langsung tak boleh bertolak ansur.Nak pakai sekali saja pun tak boleh.Orang lain elok saja pakai.Tak ada pula suami nak marah.Dosa pahala sendiri tanggunglah."Daria tidak mahu mengalah.Biar dia luah apa yang terbenam di hati.
Aus dah ketap gigi.Rahang bergerak-gerak.Daria sengaja mencabar dia.Pedal minyak ditekan kuat.
"Bawaklah laju lagi biar excident.Tak payah kahwin lagi bagus!"Daria seolah mencabar.
"Awak nak sangat kan!"jerit Aus dengan geram.Pedal minyak ditekan sehabis kuat.Jarum meter pun laju naik seangkatan suhu Aus.
"Lantaklah apa nak jadi!"Daria memukul-mukul lengan Aus melepaskan geram.Dia tak peduli Aus yang sedang memandu dalam kemarahan.
Aus cuba menolak tangan Daria sambil sebelah tangan masih cuba mengawal streng kereta.Dan...
Piiiiinnnnnnnnn!Dummm!!
Dentuman yang kuat menyebabkan kereta Aus terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang elektrik.Tubuh Daria ikut terhumban ke hadapan mujur dia memakai tali pinggang keledar.Hanya kepalanya terasa pening kerana terhantuk di belon pelampung yang terbuka.
Berasap bahagian bonet hadapan kereta.Aus di sebelah sudah pengsan dengan kepala berlumuran darah.
Beberapa orang ramai sudah menggerumuni kereta mereka.
"Cik..cik..cik okay ker?"tanya seorang lelaki dan cuba membuka pintu sebelah Daria.
"Call bomba cepat.Lelaki ni pengsan.Kaki dia tersepit!"jerit seorang lelaki yang sama mahu membantu.
"Telefon ambulans cepat!"
Ada yang cuba memanggil Aus namun tiada sebarang respond.Daria dah takut.Menggigil tubuhnya.Mujur dia tidak cedera teruk.Hanya luka di tangan akibat serpihan kaca.Kepalanya hanya pening dan sakit.Mungkin akibat hentakan yang kuat.Tiang elektrik juga sudah senget.
"Kejap lagi ambulans sampai.Cik boleh telefon ahli keluarga.Siapa lelaki tu?"tanya seorang perempuan.
Mereka mengajak Daria berbual kerana takut Daria juga pengsan macam Aus.
"Tunang saya."
"Nampak teruk juga keadaan dia.Kaki dia tersepit.Bomba dah datang tu.Harap tunang cik tak ada apa yang serius."kata perempuan itu yang cuba menenangkan Daria.
Pihak bomba terpaksa memotong pintu kereta untuk mengeluarkan Aus.Aus masih tidak sedarkan diri.Segera ambulans membawa dia pergi sambil membunyikan siren.
"Ya Allah Aus.."Puan Fatin mula menangis.Terkejut dia bila mendapat perkhabaran yang tidak diingini.
"In Sha Allah Aus tak ada apa-apa."Puan Laila memujuk Puan Fatin.
Mereka sama-sama tiba di hospital.Masing-masing sedih bila mendapat tahu anak mereka kemalangan.
"Dah nak dekat majlis macam-macam jadi.."Puan Fatin berasa bimbang akan keadaan Aus yang masih dalam bilik kecemasan.
"Sabarlah.Kita doa Aus selamat.."Pujuk Puan Laila lagi.Dia pun masih dalam keadaan terkejut menerima berita ini.
"Harap tak ada kecederaan yang serius."Kata ayah Daria.
"Kita sama-samalah berdoa agar keduanya selamat."kata Encik Rosli pula.
"Daria pun masih kat dalam doktor tengah periksa.Tapi nampak dia okey dari Aus."
"Harap Aus pun macam tu juga."Kata ayah Daria lagi.
Puan Fatin masih menangis mengenangkan nasib anak lelakinya.Hampir luruh jantungnya tika mendapat perkhabaran buruk itu.Sama sewaktu dia kehilangan Auni.Dia takut akan kehilangan Aus juga.
"Fatin dah jangan menangis.Aus akan selamat.Jangan risau.."Pujuk Puan Laila lagi.
Daria dan Aus sudah ditempatkan di wad biasa.Bezanya Daria boleh berjalan dan bercakap.Aus hanya terlantar di atas katil tidak sedarkan diri.Kakinya berbalut dengan simen.
"Ibu jangan cakap Aus tu dah jadi cacat."Cepat-cepat Puan Laila pekup mulut anak dia risau Puan Fatin dengar.
"Hish! Daria ni.Ibu tak cakap Aus cacat. Cuma buat masa sekarang kaki dia tak okey.Kena pakai simen."
"Hah!?simen!Jangan cakap yang dia tak boleh jalan."Bulat mata Daria memandang Aus yang sedang terlantar atas katil dengan kaki kiri berbalut simen.
"Syhhh!Daria ni cakap lah perlahan sikit.Aus dengar nanti."Puan Laila merendahkan suara.Ketika itu suaminya serta Encik Rosli dan Puan Fatin turun minum kopi di kafeteria bawah setelah beberapa jam menunggu Aus keluar dari bilik kecemasan.
"Dia bukan dengar pun.Pengsan kan."Daria menjeling pada Aus.Semua ni salah Aus.Bawak laju lagi kan dah excident.Puas hati Daria!
"Daria ni kan tak baik.Aus tu dah la tengah sakit."
"Berapa lama nak pakai benda..simen tu?"
"Mungkin sebulan dua atau lebih.Bergantung pada kesembuhan kaki Aus."
"What!Sebulan dua.Ibu majlis minggu depan saja lagi.."
"Tak ada masalah pun.Aus boleh duduk atas kerusi roda.Lagipun kita tak boleh tunda kena teruskan juga."
"Kerusi roda!"kali ini Daria betul-betul terjerit.
Tak dapat dia bayangkan Aus duduk di kerusi roda sambil di pandang semua orang yang hadir ke majlis mereka.
"Daria tak nak.Tak kan Aus sampai nak berkerusi roda.Malu lah..Orang datang nak tengok pengantin,cantik,berseri.Ini dengan kerusi roda.Macam kahwin dengan orang cacat."
"Apa Daria ni!Tak baik cakap macam tu.Bukan lama pun Aus jadi macam tu.Sekejap saja dah baik."
"Ibu tak malu ker tengok Daria kahwin dengan orang OKU macam ni?Daria malu.Mana nak letak muka ni."Daria tunjuk ke arah muka sendiri.
"Astagfirullah Daria.Ada cakap macam tu.Daria tak sayang Aus ker?"marah Puan Laila.
"Ibu tanya dia sendiri.Dia yang tak sayang Daria.Halang apa yang Daria nak.Tu salah siapa.Tuhan dah tunjuk karma.Ini lah.."Daria tunding ke arah Aus.
"Daria dah hilang akal ker.Masih nak ungkit pasal hal baju."
"Mestilah.Daria nak jadi macam seorang puteri raja kahwin dengan putera idaman.Bukannya dengan orang cacat macam ni!"Bentak Daria dan keluar meninggalkan ibunya.
"Daria...Daria.."panggil Puan Laila.Namun tidak di endahkan.
"Kenapa dengan Daria tu?"tanya Encik Amir kepada isterinya.Puan Laila hanya diam.Nak cakap pun serba salah.Takut dengar dek ibubapa Aus.
"Dia sedih lah tu tengok Aus macam ni.Tak apa nanti kita pujuk dia."jawab Puan Fatin.
"Mujur Aus selamat.In Sha Allah kaki tu nanti okay lah.Doktor cakap dalam tiga bulan Aus dah boleh jalan."
"Orang muda mesti cepat pulih."kata Encik Amir memberi semangat.
"Kesian Daria.Mesti dia sedih.Majlis dah dekat."
"Walau apa pun kita tetap kena teruskan majlis."Kata Encik Amir.Isterinya masih berdiam sejak tadi.Mesti ada sesuatu yang tidak kena.
"Harap Daria sabar menunggu Aus sembuh.Saya yakin Daria tak akan tinggalkan Aus."Ucapan Puan Fatin lagilah buatkan Puan Laila rasa bersalah.
Kalaulah mereka semua tahu apa yang Daria ucap tadi mesti semua tak percaya.
Kasihan Aus.Kalau dia dengar tadi apa yang Daria cakap mesti dia lagi sedih.Tak sepatutnya Daria cakap Aus cacat.Sampai hati Daria.
Share this novel