"SAYA nak jumpa Cik Qayra?"Kata Wajdi.Dia hairan bila gadis itu langsung tidak menghubunginya.
"Qayra.Aus kau nampak Qayra tak?"Tanya Zain.
"Dah berhenti kerja."Selamba Aus jawab.
"Tapi..saya ada urusan dengan Cik Qayra."
"Kalau berkaitan cili boleh saja direct dengan saya.Saya Aus pengurus ladang ni."Aus hulur tangan pada Wajdi.
"Saya Wajdi.Ni Zain."
Giliran Zain pula berjabat tangan dengan Wajdi.Boleh tahan juga Wajdi ni masih muda dan bergaya.
"Tu pun Qayra."Kata Zain sambil melambai pada Qayra.Aus dah tak senang hati.
"Ehh..Encik Wajdi."tegur Qayra.
"Kan dah cakap panggil Wajdi saja.Saya ingat Qayra dah tak kerja sini."
Qayra kebingungan.Dia pandang Zain.
"Tak ada apa lah.Aus saja bergurau.."Zain pura ketawa kecil.Wajdi ikut senyum.Lega hati masih dapat berjumpa Qayra.
"Macam mana dengan cili yang dihantar.Ada masalah ker?"
"Tak ada.Semuanya okey.Cili dekat sini semuanya fresh dan berkualiti."Wajdi angkat ibu jari.
"Alhamdulillah.Saya ingat ada masalah tadi."
"Kebetulan saya lalu dekat sini.Tu singgah."Beritahu Wajdi.
"Jom lah duduk dulu,boleh kita bual sekejap."Pelawa Qayra.
Sungguh ketara muka Aus tidak menyenangi akan kehadiran Wajdi.
"Saya tunggu Qayra call saya tapi tak ada pun.Masih simpan nombor saya lagi ker."
Qayra telan liur.Aus dah pandang semacam.
"Saya lupa letak kad nama awak dekat mana."
"Tak apa.Saya buat miscall,Qayra save."Wajdi segera mengeluarkan telefon dari poket seluar dan mendail.
"Berapa nombor Qayra?"
Qayra tanpa berlengah terus menyebut nombor telefon nya satu persatu.
Telefon Qayra berbunyi.Cepat Qayra simpan nama Wajdi.
"Nanti kita jumpa lagi ya.Saya balik dulu."
Qayra hanya mengangguk.
"Amboi Qayra dah ada peminat."Zain gelak-gelak.Aus di sebelah dah cemburut.
"Mana ada yang tu klien kita kan."Pangkah Qayra.
"Semata singgah nak jumpa Qayra saja.Mesti ada apa-apa kan."
"Tak lah.Mengarut saja abang Zain ni.Dah la Qayra nak masuk sambung kerja."Qayra terus meninggalkan Zain dan Aus di situ.
"Malu lah tu.."laung Zain.Qayra sudah menapak pergi.
"Ehh..Aus.Aku lupa pulak.Jom kita keluar minum."
"Aku tak ada selera."Aus pula meninggalkan Zain.
Terpinga Zain dengan perubahan sikap Aus.Tiba-tiba 'berangin'.
Mundar-mandir Aus di dalam bilik tidurnya.Dia rasa tidak senang hati.Dia turun ke bawa mencari kelibat Kak Pah.
Sebelum turun,dia sengaja sepahkan bilik.Bantal di baling ke lantai.Cadar di tarik hingga menampakkan tilam.Baju yang tersudmsun rapi dalam ditarik bagi selerak.Sengaja disepahkan kertas atas lantai.Semuanya berselerakan.Umpama tongkang pecah.
"Kak Pah,Qayra mana?"Tanya Aus pada Kak Pah yang sedang memasak makan malam.
"Ada dalam rumah dia lah."Tak pernah Aus tanya pasal Qayra.Pelik Aus ni.
"Panggil dia kejap."
"Baik Kak Pah panggil sekarang."Kak Pah menutup api dan keluar ke pintu belakang.
Tak sampai lima minit menunggu Qayra menyusul belakang Kak Pah.Dah puas tanya Kak Pah kenapa Aus cari.Kak Pah hanya menjawab tidak tahu.Terpaksa dia ikut Kak Pah.
Aus silang tangan ke dada sambil menyandar pada kabinet dapur.Mata dia tidak lepas dari raut wajah Qayra.
"Ikut aku!"Arah Aus.Tak sempat Qayra bertanya.
Qayra masih membatu sedikit pun tidak berganjak.
Aus berpaling semula ke belakang.
"Ikut aku!"Tekan Aus.Qayra dah buat muka mohon simpati Kak Pah.
"Pergilah Qayra.Aus nak minta tolong tu."
Lambat Qayra berjalan menghampiri Aus.Apa lagi yang Aus nak dari dia.
Dup dap dup dap dada berbunyi.Bila pintu bilik di buka,terbeliak mata Qayra.Ini bilik ker kapal karam.Selama ni elok saja.Kemas teratur.Aus ada masuk boxing atau karate ker ni.Habis semua berterabur atas lantai.
"Aku nak kau kemas balik semua ni.Letak tempat asal balik."arah Aus.
"Awak berlatih kung fu ker apa ni?Dah macam tempat pembuangan sampah."Terlanjur mulut Qayra.
"Kau cakap baik-baik sikit.Aku nak kau kemas sekarang!"Kata Aus sambil cekak pinggang.
"Okey.Awak keluar dulu.Awak ada pun buat semak saja.Dah bagi berselerak bukan reti nak kemas balik."
"Apa kau cakap?Bebel saja banyak.Cepat buat kerja.Jangan nak malas sangat.Kalau kau malas aku potong gaji kau!"
"Ehh.. kenapa pulak nak potong gaji.Kerja ni saya tak perlu buat pun."Lawan Qayra.
"Habis tu kerja kau apa?Ingat sikit aku kahwin dengan kau bersebab.Jadi aku nak kau ikut cakap aku."
"Kalau saya tak nak?"
"Baik kalau kau tak nak."
Aus berjalan ke arah pintu bilik yang terbuka luas.Terus dia menutup pintu dan mengunci.
"Awak jangan nak buat yang bukan-bukan.Saya jerit panggil Kak Pah."Qayra dah gelabah.
"Kau ingat aku nak buat apa dekat kau!?Aku tak ada selera lah tengok kau ni!"
"Habis tu kenapa awak tutup pintu?"
"Selagi kau tak habis kemas semua ni.Jangan harap kau boleh keluar dari bilik ni."
Qayra menjeling.Terus dia menuju ke katil.
"Hei hei..kau nak pergi mana tu?"
"Kemas katil ni lah.Tak kan nak tidur pulak."Sindir Qayra.
"Kemas betul-betul jangan nak mengulat."
"Tahu lah.Tuan Aus boleh tolong tak?Tolong jauh sikit.Kalau sekadar berdiri tegak macam tiang baik tak payah ada dekat sini."
"Kau mengata aku?"
"Tak lah.Saya cakap dengan katil ni.Tak nampak ker dia tengah mengejek tuan dia.Pandai bagi selerak tak reti nak kemas balik."Sambil menepuk bantal dan merapikan semula cadar.
"Kau buat kerja tangan saja jalan mulut tutup.Kang tak pasal aku sumbat mulut kau!"
Qayra menjeling.
"Lagi sekali kau jeling,aku korek biji mata kau!"
Qayra menghembus nafas dengan geram.Bantal ditepuk dengan kuat.
"Perlahan sikit.Pecah bantal tu,kau jangan mimpi nak keluar dari sini!"Ugut Aus.
Qayra mendengus.Tangan tetap ligat membetulkan cadar katil.Kemudian menyusun semula baju ke dalam almari sambil bersimpuh di lantai.Aus pula kerap lalu di belakang Qayra.
"Susun elok-elok.Ikut jenis Jangan main hentam saja.Baju kemeja aku jangan main gantung saja.Gosok dulu.Bagi ada line."
Semua kerja dipantau Aus.Dalam hati Aus dah gelak sakan.Berjaya kena kan Qayra.
"Susun dalam almari.Lap meja tu."arah Aus.
"Cuci bilik mandi.Dah berdaki.Sental kuat sikit."
Qayra tetap buat walau dalam hati memberontak.
"Lepas ni kau vakum lantai!"
"Lap cermin tu!"
"Tahu lah apa orang nak buat."Akhirnya Qayra menjawab dengan perlahan.Muak dengar arahan dari mulut Aus.Ingat aku ni robot.
"Aku dengar ni!"Laung Aus dari pintu bilik mandi.
Qayra menyebal.Di sental lantai bilik mandi sekuat hati.
Dah siap semuanya,Qayra turun semula ke bawah.
"Apasal basah ni Qayra?"Tegur Kak Pah.Hampir separuh baju Qayra basah.
"Kena air.Qayra nak balik tukar baju kejap."
"Ingatkan Qayra mandi dekat atas."Kak Pah senyum simpul.
"Ishh.. Kak Pah ni.Tak ada maknanya.Kejap ya Qayra tukar baju."
Sepuluh minit kemudian,Qayra masuk semula.
"Kak Pah jom makan.Lapar pulak."
"Ni Qayra bawak kat meja depan.Aus nak Qayra yang hidangkan untuk dia."beritahu Kak Pah.
Kenapa dengan dia tu.Marah tak tentu pasal.Mengada pulak tu.Mentang-mentang sapa pun tak ada.,
"Dia kan suami Qayra."
Qayra muncungkan mulut.Tetap angkat lauk pauk ke meja ruang tamu.Di sana Aus sudah sedia menanti.Qayra hidang depan Aus.
"Duduk!"Arah Aus.
"Saya nak makan dengan Kak Pah."
"Kau duduk sini sebelum aku ikat kau dekat kerusi."
"Ishh..awak ni.Makan lah sorang-sorang.Saya tak nak duduk sini.Nanti hilang pulak selera awak."
"Kau jangan cakap banyak boleh tak.Aku suruh duduk tu duduk sajalah."
Aus sendukkan nasi ke pinggan Qayra.
"Banyak ni.Saya tak nak."Qayra menolak.
"Jangan berani nak buang.Kau makan sampai habis."
Qayra mahu meletakkan ke pinggan Aus.
"Jangan berani buat macam tu!"
"Banyak sangat ni."
"Banyak ker sikit kau habiskan.Jangan nak membazir."
Qayra buat muka cemburut.Paksa orang makan.
Aus sendukkan lauk ke pinggan Qayra.Apa yang dihidangkan semua dia letak dalam pinggan Qayra.Terbeliak biji mata Qayra.Dia nak bagi aku makan ker nak bunuh aku dengan makanan.
"Cepat makan."
Nasib masakan Kak Pah sedap.Sampai naik buncit perut Qayra yang leper ni.Kuyah juga perlahan sampai habis.
"Badan saja kurus tapi makan banyak."Geram dia dengan Aus.Dia yang paksa makan dia pula sindir.
Qayra tonyoh pinggan sambil bayangkan muka Aus.Geram.Kak Pah pekup mulut tahan tawa.
Tergesa Kak Pah membuka pintu depan bila loceng berbunyi.Mustahil Encik Rosli dan Puan Fatin sudah pulang kerana mereka baru bertolak pulang ke Perak untuk melawat ladang cili kawan Encik Rosli.
"Aus..Daria datang."Kak Pah takut-takut.
Aus mendengus kasar.Berang barangkali.
Laju tangan menarik Qayra yang sedang mengelap tangan.
"Awak!Saya tak nak ikut."
"Ikut aku.Kau jangan cakap apa pun!"Kata Aus sambil jegil biji mata.
Daria sedang duduk di ruang tamu menanti kehadiran Aus.Nampak saja Aus terus Daria bangun berdiri.Senyuman yang tadi mekar kini bertukar pudar.
"Kau nak apa datang sini?"Tak sempat Daria nak cakap,Aus bertanya terlebih dahulu.
"Saja singgah nak jumpa awak.Awak sihat?"
Daria memaniskan muka.
"Kau tak nampak aku dah sihat."jawab Aus kasar.
"Qayra apa khabar?"sapa Daria.
Qayra baru nak buka mulut jawab,Aus dah potong.
"Dia baik saja.Macam yang kau nampak kami bahagia."Aus peluk pinggang Qayra dan ditarik rapat.
Qayra cubit tangan Aus namun cepat Aus tangkap tangan Qayra.
"Jangan nakal sayang.."Katanya pada Qayra dengan suara lembut bercampur manja.
Daria meluat melihat Aus dan Qayra bermesraan di depannya.
"Awak sengaja kan nak sakitkan hati saya kan."Kata Daria yang sudah tidak tahan lagi.Sakit mata.Sakit hati.
"Apa?Kenapa nak sakit hati pulak.Biasalah kami kan baru kahwin.Masih mood pengantin baru."ucap Aus sambil memandang wajah Qayra.
Jari-jemari Qayra di usap lembut.Qayra usaha untuk tepis tapi Aus lebih pantas bertindak.
"Aus, dulu awak tak suka Qayra kan.Saya tahu sekarang pun awak masih tak suka dia.Awak sengaja nak bagi saya cemburu."
"Kau dah kenapa Daria.Datang tak berjemput tiba-tiba nak cakap aku bagi kau cemburu.Hati manusia boleh berubah.Dari tak suka jadi suka.Dari suka jadi tak suka!"
Daria sedikit terasa.
"Saya minta maaf Aus.Saya tertekan waktu tu.Saya harap awak boleh maafkan saya.Saya nak kita macam dulu balik.Boleh kan Aus?"
Aus ketawa kecil.
"Dalam mimpi pun aku tak akan patah balik pada kau."
"Tapi Qayra bukan cintakan awak macam saya cintakan awak.Mama pun cakap awak masih sayangkan saya kan.."
"Ya-ya.Betul tu."jawab Qayra sambil terangguk-angguk.Aus pandang muka Qayra.Tak sangka Qayra berani bersuara.Lagi kuat dia peluk pinggang Qayra.
"Awak dengar tu Aus.Qayra sendiri dah mengaku."
"Abang tahu sayang merajuk dengan abang.Abang tahu macam mana nak pujuk sayang."
Qayra telan liur bila jari jemari Aus mula mengelus lembut pipinya.
"Aus awak dengar tak.Saya masih sayang kan awak."
Aus tidak peduli akan rayuan Daria.Dia lebih leka dengan Qayra.
"Sayang,jom teman abang naik atas."
"Hah!?"Qayra dah blur.
"Aus!"Panggil Daria sedikit terjerit.
"Kenapa kau nak tengok adegan kami suami isteri ker.Mana tahu nak rakam buat kenangan."sindir Aus.Tangannya masih memeluk erat pinggang Qayra hingga sukar untuk Qayra melepaskan diri.
Daria keluar dengan hati yang bengkak.Sakit hati melihat Aus memeluk Qayra.Setahu Daria,Aus tidak suka pada Qayra.Tipulah kalau Aus senang jatuh cinta pada perempuan lain selain dia.
"Lakonan dah tamat.Pergi balik."Kata Aus pada Qayra setelah enjin kereta Daria menggaum pergi.Tercengang Qayra sebentar.Sudah suka hati peluk orang lepas tu tak bersalah pulak.Sakitnya hati!
Share this novel