Bab 5

Drama Series 9550

ELOK Qayra memakir skuter,kereta Aus ikut memakir di sebelahnya.Qayra buat tak endah.Kang sapa kena marah baik tak payah.Buat tak nampak saja lah.

"Hoi!hoi!nak pergi mana tu."panggil Aus.

Qayra buat tak dengar.

"Hoi kau pekak ker!Aku cakap dengan kau!"

Qayra berpaling.

"Nak apa."tanya Qayra malas.

"Berlagak kau sekarang ni."

Qayra juling mata ke atas.Aus nak mula dah.

"Dengan Zain bukan main lagi menggedik kau.Perangai kau memang macam ni kan.Pantang jumpa jantan."

Berdesing telinga Qayra.Aus sengaja membangkitkan kemarahan dia.

"Ada masalah ker?"tanya Qayra dengan berani.

"Kau tu menumpang buat cara menumpang.Jangan nak lebih sangat.Aku tak nak tengok kau rapat dengan Zain lagi."

"Salah ker saya baik dengan abang Zain.Saya tak kacau orang lain pun."

"Kau boleh tanya salah ker tak?aku meluat tengok tau tak.Kau tu pompuan jenis apa Tersengih sengih dekat lelaki.Tak malu!"

"Saya dah lama kenal abang Zain.Kalau saya nak menggedik ker apa ker.Itu masalah saya dengan dia.Bukan masalah awak!"

"Amboi dah pandai menjawab sekarang ni!Aku tarik mulut tu kang!"ungut Aus.

"Tarik la kalau awak berani!"cabar Qayra.Dia sebenarnya takut juga tapi acah-acah berani.Mana tahan bila Aus suka tuduh yang bukan-bukan.

Aus menghampiri Qayra.Tangan di angkat.Nasib tak sempat capai bila terdengar bunyi hon kereta.

Tindakan Aus terhenti.Daria keluar dari perut kereta dengan dress separas betis.

"Sayanggggg..."panggil dengan lagak manja.

"Ha!tu tunang kesayangan awak dah sampai.Pergilah sambut."sindir Qayra dan terus pergi.

"Jaga kau..aku belum habis lagi."kata Aus perlahan memberi amaran.

"QAYRA kena pergi ladang hari ni.Encik Aus tunggu dekat sana."hampir terbeliak biji mata Qayra mendengar pesanan dari Haida.

Bapak singa ni nak kena kan aku lagi lah tu.Tak apa aku tahu macam mana nak ajar dia.

Nasib ada topi untuk berkebun.Panas juga pagi ni.Cahaya matahari mula memancar.Mujurlah cahaya matahari pagi membekalkan vitamin di samping tu gelap kulit pun iya jugak.

Qayra sudah sampai di tempat tanaman cili.Dari jauh sudah nampak Aus sedang bercekak pinggang menanti kedatangan dia.Mujur ada lori pekerja yang mahu menghantar baja ke mari.Jadi dia tumpang naik.Tidak bercerau jugak peluh nak jalan dari pejabat ke sini.

"Kenapa suruh datang sini?"

Aus angkat kening.

"Kau ingat kerja kau dalam ofis saja.Jangan harap nak bersenang lenang dalam aircond.Kau kena tahu pasal semua pokok cili ni."

"Pakcik tak cakap pun kena tahu."Jawab Qayra selamba.

"Sekarang kau nak kerja ker tak nak.Abah aku dah bagi aku kuasa untuk jaga ladang ni jadi aku adalah 'BOS' kau sekarang."Aus jungkit senyuman di hujung bibir.

"Habis tu apa kena mengena dengan saya pulak."

"Kau tak faham lagi.Aku bos kau dekat sini.Jadi apa yang aku suruh buat kau kena buat.Faham!"

Qayra kerutkan kening.Dah sah Aus mahu kenakan dia.

"Jadi awak nak suruh saya buat apa?"Qayra pandang sekeliling.Cili hidup berkemerah bergantungan di pokok.

"Tuan Aus!"tekan Aus dengan nada berlagak.

Qayra memandang Aus dengan jelik.Nak bertuan tuan pulak.

"Perlu ker saya panggil awak tuan?"

"Mestilah.Aku ni bos kau,kau tu kuli aku saja!"sinis sindiran Aus.

"Baiklah Tuan Aus.Tuan nak saya buat apa?"
Malas Qayra mahu bertekak buat buang liur saja tambah cahaya matahari mula terik memancar.

"Aku nak kau petik cili yang dah matang semua.Kau jangan salah petik.Kalau salah tahu lah aku nak ajar kau macam mana."ugut Aus.

Qayra dah agak mesti Aus akan kenakan dia.Dia dah bersedia fizikal dan mental.

"Jangan kau memandai nak minta bantuan orang lain.Fikir sendiri macam mana nak buat."

Qayra pandang bakul yang telah disediakan.Aus memang sengaja mahu kenakan dia.

Qayra mula berjalan ke arah pokok cili.Sambil itu dia mengintai para pekerja yang sedang mengutip hasil tanaman.

Mereka memetik hingga ke tangkai cili dan tidak meninggalkan separuh.Cara petik cili yang betul adalah dengan memetik sekali tangkainya supaya tapak tangkai tadi akan berbunga semula.

Teknik mudah untuk petik cili guna jari,pegang pangkal tangkai cili kemudian lipat ke bawah memang mudah tanggal.Nasib ada pekerja yang budiman sudi mengajar Qayra cara yang betul.Aus sudah hilang entah ke mana.

Setiap satu polibeg mampu menghasilkan 2kg hingga ke 6kg biji cili.Tengok sajalah setiap satu polibeg,pokok cili berbuah dengan lebat sekali.

Tahap kematangan cili pula dapat dibezakan melalui warna pada buah cili.Lazimnya warna cili yang terang dan berkilat menunjukkan sifat kematangan.Sama juga dengan cili berwarna hijau.

Serba sedikit Qayra ambil tahu.Masih banyak lagi yang dia perlu belajar.Lepas ni dah boleh berkebun sendiri agaknya.

Aus silang tangan ke dada.Dari jauh dia nampak Qayra masih mengutip cili merah.Rancangannya mahu mengenakan Qayra menjadi.Saja dia nak bagi Qayra berjemur tengah panas.Biar padan dengan muka Qayra.

"Kau tengok apa tu?"tanya Zain melihat Aus ralit sekali.

"Tu.."Aus muncungkan bibir ke arah Qayra.

"Dia buat apa dekat sini dengan cuaca panas terik."Zain risau melihat Qayra disitu.

"Biar dia tahu ingat senang nak kerja dekat ladang."

"Kau saja kan nak kenakan dia.Kesian dia."Zain simpati pada Qayra.

"Tak payah nak kesian sangat.Kau tak nampak dia tengah enjoy tu."

"Apa lah kau ni.Tahu dek pakcik nanti."

"Biarlah dia belajar.Duduk dalam ofis tu bukan ada kerja sangat pun."

"Tak baik tau kau ni.Pengsan anak dara orang kang sapa yang susah."gertak Zain.

Aus terus terdiam.Dia terus bagi isyarat tangan pada seorang pekerja di situ agar memanggil Qayra.

Qayra segera mendekat sambil mengelap peluh yang menitik atas dahi dan hidung.

"Qayra buat apa ni?"tanya Zain susah hati melihat keadaan Qayra.Dalam keadaan panas dan berpeluh.

"Belajar petik cili.Seronok sangat.Rasa tak puas nak petik lagi."kata Qayra dengan teruja.

"Ish..tak payah.Biar orang lain buat.Kerja Qayra bukan dekat sini."Zain jeling sekilas pada Aus.

"Tak apa Qayra okey.Tak adalah terperuk dalam ofis saja.Nanti nak petik cili panggil lagi ya,Tuan Aus."

"Tuan Aus?"Zain kerutkan dahi sambil pandang Aus.

"Apa?"Aus rasa tidak bersalah bila Zain buat muka marah.

"Aku bos kan.Memang dia patut panggil aku macam tu."kata Aus dengan berlagak.

Zain tergeleng.Perangai Aus macam budak-budak.Tak berubah langsung.

"Dah Qayra jom balik ofis.Dah dekat pukul satu ni.Makan dulu."

"Abang Zain beli tak masak lemak cilli api yang Qayra pesan."

"Ada.Dah jom makan dulu.Tengok berpeluh habis dah muka Qayra."

"Sikit saja."

"Nah lap muka tu."Zain hulur sapu tangan miliknya.Terlopong Aus dibuatnya.Zain bila dengan Qayra prihatin habis.Ini yang buat hati Aus bengkak.Istimewa sangat ker Qayra pada Zain.

Qayra menyapa Kak Pah yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.

"Kak Pah."panggil Qayra.

"Iya.Baru balik ker?Dah makan?"tanya Kak Pah sambil menghalakan getah paip air ke pangkal pokok bunga kertas yang memutih bunganya.

"Kak Pah ni asyik tanya makan saja.Macam abang Zain juga."

"Mesti kena tanya.Takut ada yang mati kelaparan nanti."Terburai tawa mereka bersama.

Gedebum!

Terdengar pintu kereta dihempas dengan kuat.Siapa lagi kalau bukan Aus dengan muka masam mencuka.

"Aus baru balik."tegur Kak Pah.Tanpa senyuman terus Aus melangkah masuk ke dalam rumah.Sempat dia jeling pada Qayra.

Angin apa pulak tadi elok saja kenakan aku dekat sana.Patutnya aku yang naik angin.Dah la kena berjemur tengah panas.Tapi aku okey saja sebab tu kot naik angin tak puas hati bila aku tak protes.

"Masam ja Aus tu.Bergaduh dengan cik tunang kot.."bisik Kak Pah perlahan.

Qayra angkat bahu.

"Hari ni Kak Pah masak asam pedas pari tau.Nanti Kak Pah hantar."

"Sedapnya.Macam tahu-tahu ja Qayra teringin."

"Mestilah tahu cik puteri kita ni suka apa"

Qayra sengih.

"Ehemm...ehemmm.."suara berdehem di belakang mereka.

"Pah,malam nanti saya dengan Li ada dinner dekat luar tak payah masak nasi.Tanya Aus kalau dia nak makan."

Terkejut mereka berdua nasib tak terpelanting paip air yang dipegang Kak Pah.

"Baik Fatin."jawab Kak Pah segera.

Qayra disebelah cuba untuk senyum tapi takut-takut.

"Makcik."tegur Qayra.

"Huh."dengar bunyi tu saja.

"Cepat siram bagi habis.Lepas ni masuk tengok barang apa yang nak beli habis.Hujung minggu ni boleh pergi beli."Keras nada Puan Fatin.

"Baik Fatin."jawab Kak Pah.

"Hari Ahad family Daria nak datang.Jadi kena masak special."

"Nak buat menu apa?"

"Hai menu pun nak tanya.Dah sah diaorang datang nak makan tengahari.Buatlah nasi tomato ka beriani.Desert jangan lupa.Itu pun nak kena ajar."sindir Puan Fatin pada Kak Pah.

Kak Pah hanya sengih.Mungkin selalu kena macam ni.Jadi telinga dah lali dengan leteran Puan Fatin.

"Kalau saya ajak Qayra boleh tak?Boleh dia tolong angkat barang."tanya Kak Pah.Qayra disebelah dah telan liur.Beraninya Kak Pah.

"Bawak lah sapa pun.Janji masak sedap-sedap.Aku tak nak makanan cincai bocai.Bayar gaji tinggi tapi masak pun tak reti."jeling Puan Fatin.

"In Sha Allah..saya buat yang terbaik untuk tetamu 'istimewa' Fatin."

Puan Fatin terus masuk ke dalam rumah setelah menyampaikan arahan.

"Sabtu ni bangun awal tau ikut Kak Pah."

"Baiklah bos."

"Bos pulak.Dalam mimpi."mereka sambung ketawa.

Ada yang sedang melihat dari sebalik tirai tingkat atas.Sakit hati dia melihat gadis itu ketawa riang.Sudah kena buli pun masih lagi boleh tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience