KALI ini baru Aus bagai gila bayang.Siang malam mencari Qayra.Hampir dua minggu Qayra menghilang.Tiada siapa yang tahu di mana keberadaan Qayra.
"Kau dah cari dekat kampung."tanya Zain.Sedikit simpati bercampur kecewa dengan sikap Aus terhadap Qayra.
"Aku dah pergi sana.Dia tak ada."ujar Aus dengan lemah.
"Itu lah kau tak ada masalah kau cari masalah."terlepas juga dari mulut Zain.Dia dah lama simpan.Tunggu masa saja nak 'bahasa' kan Aus.
"Aku menyesal.Kau cuba tanya Deeja mungkin dia tahu.Aku dah buntu ni."Fikiran Aus makin kusut.Qayra tidak dapat dikesan.
"Deeja pun tak tahu.Kalau tahu dah lama dia bagitahu aku."jawab Zain padahal awal lagi Deeja sudah tidak mahu bersua muka dengan Aus.Hatinya sakit bila Qayra terluka dengan sikap Aus.
"Aku dah buat salah dengan dia."Aus berkata dengan kesal.Kali ini sesalnya sudah tidak berguna lagi.
"Nak tolong kau macam mana pun aku tak tau."keluh Zain.Aus perlu di ajar kata Deeja.Biar dia merana cari Qayra.
"Deeja mesti tahu.Aku tahu dia marahkan aku."syak Aus.
Sejak Qayra menghilang,Khadeeja langsung tidak mahu bersua muka dengan Aus.Kerap Aus ke rumah mereka tetapi kelibat wanita itu susah untuk dilihat.
Zain mengeluh.
"Mestilah dia marah.Masa Qayra balik dekat kau,dia yang pujuk.Kali ni memang aku tak dapat tolong.Deeja betul-betul marah."terang Zain.
"Bagi aku cakap dengan Deeja."pinta Aus.
"Bukan aku tak nak bagi.Dia tak nak jumpa kau.Lagipun dia tengah sarat.Aku tak nak lah dia stress."
"Aku minta maaf.Sampaikan salam aku pada Deeja.Aku akan cari Qayra sampai jumpa.Aku janji tak akan luka kan hati Qayra lagi."
"Jangan kau pandai berjanji tapi tak tepati.Bukan Deeja saja marah.Aku pun marah.Kesian Qayra tak baik kau buat dia macam tu.Sekejap kau sayang dia,sekejap kau tak suka dia.Yang mana satu kau ni."tempelak Zain.Ikutkan hati dia pun malas nak bertemu Aus.
Aus meraup rambutnya kebelakang bersama keluhan penuh kekesalan.
"Aku sayang dia Zain.Aku dah tersilap langkah."
"Kau tuduh Qayra dengan Wajdi pada hal tak ada apa-apa pun.Puas hati kau sekarang.Kau sendiri tengok kan Wajdi bawa tunang dia tadi.Tak kan kau tak percaya lagi."bidas Zain dengan geram.Saat Wajdi memperkenalkan tunangnya dan memberi kad kahwin,jelas wajah Aus berubah cuak.
"Sebab aku terlalu cemburu.Aku terlalu sayangkan Qayra."kata Aus.
"Jangan bagi alasan bodohlah Aus.Kau sebenarnya cemburu bila semua orang suka kan Qayra.Kau ingat aku tak tahu."Zain sudah tidak dapat menahan sabar.Biar dia cakap apa yang dia rasa dan nampak selama ini.
"Aku yang bodoh.Tak pandai jaga hati dia."Akui Aus.
"Sekarang baru kau nak menyesal memang tak ada gunanya dah.Patutnya kau bijak dan tak termakan kata-kata Daria.Macam mana lah kau boleh berbaik dengan dia.Dulu masa dia jadi tunang kau,kau tak ingat apa yang dia buat.Dia yang tinggalkan kau.Sekarang bila kau dah bahagia dengam Qayra dia datang balik.Dia pun dah ada suami nak kacau kau lagi buat apa."kali ni Zain mahu 'basuh otak' Aus puas-puas.
"Dia ada masalah dengan suami dia."
"Itu bukan alasan untuk kau campur.Masalah rumahtangga sendiri lah selesaikan.Kau tak ada kena mengena dengan dia lagi.Patutlah Qayra merajuk.Kalau aku kat tempat dia pun aku marah.Kalau kau nak sangat bekas tunang kau tu..terpulanglah pada kau.Aku tak nak campur."Zain kesal dengan sikap Aus.
Kali ini Zain memang marah Aus teruk.Tak pernah Zain marah Aus begini.Aus terdiam tak berani cakap apa.Dah memang salah dia.
"Kak Pah, tak kan Qayra tak ada cakap dia pergi mana."Aus bertanya lagi.
"Tak ada.Kak Pah memang tak tahu."sampai naik lali telinga Kak Pah.Masa bercuti mujur Kak Pah offkan henfon tu pun bila on balik berlambak mesej dan misscall dari Aus.
"Aus tak tahu nak cari dia dekat mana dah.Aus risau kalau jadi apa-apa dekat dia."kali ini Aus rasa tidak senang duduk.
"Dia okey kot.Kak Pah harap begitu.Dulu berbulan dia pergi elok saja dia jaga diri."ulas Kak Pah berbaur sindiran.
"Risaulah Kak Pah.Aus dah buat salah dekat dia.Tak hargai dia.Aus tak tahu nak cari dekat mana lagi.Dah merata tempat Aus pergi."runggut Aus.
"Kak Pah kesian dekat Aus tapi Kak Pah sendiri pun tak tahu dia dekat mana.Dia kecewa sangat tu."
"Mama mana?"tanya Aus.
"Keluar dengan kawan dia."jawab Kak Pah bersahaja.
Aus mendengus.Puan Fatin langsung tidak kisah akan kehilangan Qayra.Buat apa nak kisah Puan Fatin dengan Qayra masih belum berbaik.Sebab itu bila Aus bagitahu pun mama buat macam tak kisah.
"Aus nak tidur sini malam ni."kata Aus.
Kak Pah buat muka terkejut.
"Tidur sini?"tanya Kak Pah ingin kan kepastian.
"Dah lama tak tidur sini.Aus naik dulu lah."
Kak Pah menanti Aus panjat tangga hingga ke tingkat atas.Terkedek dia berlari ke dapur mencapai telefon.Nombor seseorang didail.
Hampir jam 11 malam baru Puan Fatin pulang.Itu pun setelah Aus sudah masuk tidur.
Keesokkan pagi Aus bangun seperti biasa.Semalam dia tunggu juga Puan Fatin balik.Tidak tahan mengantuk dia naik tidur dulu.Abah tak pula marah mama pulang lewat.Selalunya abah marah.
"Mama pergi mana semalam?"tanya Aus sebaik duduk di kerusi meja makan.
"Jumpa kawan mama.Aus tiba-tiba tidur sini kenapa tak cakap awal."soal Puan Fatin kembali.
"Dah lama Aus tak tidur dekat sini.Lagipun duduk sorang kat rumah rasa sunyi."
"Itu lah ada isteri dibiarkan.Dah tak ada baru nak menyesal."sindir Puan Fatin.
"Fatin.."Encik Rosli memberi amaran.
Sedar akan kerterlanjuran kata-katanya.
"Maksud mama.Selalu Aus payah nak balik sini.Sekarang tahu pula jalan nak balik."
"Aus minta maaf.Aus salah."ada kesal di hujung nada.
"Kalau Aus sunyi duduk sorang,balik saja sini."kata Encik Rosli.Mencerlung mata Puan Fatin merenung suaminya.
"Aus rindukan Qayra."ujarnya dengan penuh kerinduan.
"Dah hilang baru nak rindu."sindir Puan Fatin lagi.
Encik Rosli menjeling isterinya.Suka sangat cakap lepas.
"Qayra ada contact abah tak?"tanya Aus pada Encik Rosli.
Encik Rosli pandang muka Puan Fatin sebelum menjawab.
"Tak ada lah pulak."Encik Rosli teragak nak jawab.
"Abah tahu tak mana-mana tempat yang Qayra pergi.Puas Aus cari dekat rumah maksu pun tak ada."
"Maksu sajalah saudara terdekat yang Qayra ada.Kalau tak ada maknanya Qayra dah pergi jauh."ulah Puan Fatin.
Terus air muka Aus berubah keruh.
"Aus betul-betul menyesal abah."ujarnya dengan sesal.
"Aus doa sajalah semoga terbuka hati Qayra untuk maafkan Aus."
"Dah la tak payah cakap lagi.Makan dulu."celah Puan Fatin.
Aus menguis bihun dalam pinggan.Kesedihan di hati makin parah.Qayra mesti benci pada dia.Kesian Qayra apa yang dia buat pada Qayra memang tak boleh dimaafkan.
Perlahan disudu bihun masuk ke mulut.Sesuap dua suap,dia mengunyah dengan perlahan.Dia seperti teringatkan sesuatu.
Bingkas dia pandang sekeliling seolah mencari.
"Kenapa Aus?"tanya Puan Fatin seolah Aus tersampuk hantu.
"Bihun ni."
"Kenapa pulak?"
"Rasa macam masakan Qayra."
"Mengarutlah Aus ni."pangkah Puan Fatin.
"Qayra dah balik ker?"tanya Aus lagi.
"Apa Aus merepek ni."Marah Puan Fatin.
"Bihun ni rasa sama macam Qayra buat.Aus tahu ni Qayra yang masak."
Ah sudah..Aus ni merepek pagi-pagi ni.Terlalu rindukan Qayra.
"Kak Pah yang masak."
Aus pandang Kak Pah yang kebetulan ada si situ.
"Kak Pah yang goreng.Ingat Qayra balik ker."jawab Kak Pah.
"Tapi bihun ni..."
"Aus ni dah kenapa.Orang tak ada di sebut."tempelak Puan Fatin.
Aus terdiam.Kembali menyuap bihun ke mulut sambil mata terpejam.Sesungguhnya dia rindu.Rindu sangat pada isterinya.
Encik Rosli hanya pandang sekilas pada isterinya.Bukan dia tak kesiankan Aus tapi Aus tetap salah.
Kak Pah sedang menggelap pinggan dan menyusun kembali dalam rak kabinet.Sudah menjadi tugas harian Kak Pah selepas basuh dia akan menggelap ke semua pinggan dan menyusun kembali ke dalam rak.
Aus duduk di kerusi tinggi dan memerhati Kak Pah buat kerja.Jiwa dia rasa kehilangan.
"Kak Pah."panggil Aus.
Kak Pah berpaling.
"Ada apa Aus."
"Aus dah buntu tak tau dekat mana nak cari Qayra lagi."
Kak Pah mengeluh kecil.
"Kak Pah pun tak dapat nak tolong."
"Aus bersalah sangat dekat dia.Aus sayang dia Kak Pah."luah Aus.
Tersentuh hati Kak Pah mendengar.Kesian pun ada.
"Aus dah cari merata tempat tapi tak jumpa juga.Kalau Qayra tak balik terus macam mana."jelas riak kerisauan di wajahnya.
"Kak Pah nak cakap pun tak tahu.Semua orang sayangkan Qayra.Kak Pah rasa kali ni hati dia terluka teruk."
"Aus salah.Aus abaikan perasaan dia.Tapi Aus sayang dia sangat-sangat."
"Perempuan ni dia sakit hati macam mana pun dia tetap maafkan tapi kalau dah sampai tahap tak boleh kawal dia akan pergi.Dia nak tengok orang yang dia sayang..bahagia.Walaupun bukan dengan dia."
Aus mengeluh panjang.
"Aus doalah mana tahu terbuka pintu hati dia untuk maafkan Aus."
Aus menunduk lesu.
"Aus jaga kesihatan sama."pesan Kak Pah sebab tadi dia lihat Aus makan ubat selsema.
Aus turun dari kerusi.
"Aus nak apa-apa ker?"
"Tak nak apa."
Aus berpaling semula.
"Kak Pah,lampu dalam bilik Auni tadi terpasang.Aus nak tutup tapi pintu bilik berkunci."
"Ohh..mama Aus lupa tutuplah tu."Kak Pah sedikit gelabah.
Aus hanya terdiam dan berlalu pergi.
Share this novel