Bab 20

Drama Series 9550

"QAYRA, ada pelawat datang nak tengok ladang.Boleh tolong gantikan Kak Ti tak?Kak Ti nak kena siapakan laporan ni."

Agak berselerak meja Siti Rahmah dengan kertas kerja.Sepatutnya dah siap semalam.Bila periksa balik dia lupa masukkan data penambahan pokok cili.Terpaksa buat semula.

"Boleh Kak Siti.Abang Zain pun tak ada.Keluar pergi mana ntah."

"Kejap lagi Qayra pergi sambut.Sekarang dah dekat nak sampai."beritahu Siti Rahmah.

"Baik Kak Ti."selalu Zain yang kerap bawa pelawat melawat ladang mereka.

"Hah tu dah sampai."ujar Siti Rahmah sambil menunjuk ke arah kereta sedan berwarna putih sedang memasuki pintu pagar pejabat mereka.Jelas dari dinding kaca pejabat.

"Cepat Qayra.Terima kasih tolong Kak Ti."

Qayra hanya balas tanda okey.

Qayra segera menyambut kedatangan tetamu mereka.Baru Qayra nak bagi salam,lelaki itu terlebih dahulu memberi.

"Assalamualaikum cik.."

"Waalaikumusalam.Selama datang ke Ladang Cili Rosli."Qayra silang sebelah tangan ke dada tanda hormat.

"Saya Wajdi dari syarikat Warisan Bonda."

"Ya ya.Saya pernah dengar nama syarikat Encik Wajdi.Pembuat sos cili kan."

"Betul.Saya berminat nak beli cili dari Ladang Rosli.Boleh cik tunjukkan saya jenis cili yang ada di ladang ni.Sebelum tu boleh saya tahu nama cik?"Lelaki itu tersenyum.Manis.Tinggi orangnya.Kelihatan kemas dari segi pakaian.Berbaju tshirt berkolar.

"Saya Qayra.Panggil Qayra saja.Encik Wajdi datang seorang ker?"Mana tahu ada lagi dalam kereta.Boleh la Qayra suruh Andi tunggu sebentar.

"Seorang saja.Macam tu Qayra panggil saya Wajdi juga tak payah berencik-encik."

"Baiklah.Jom,saya tunjukkan."

Qayra duduk di bahagian penumpang depan manakala Wajdi di belakang.Mereka menaiki kereta yang sudah disediakan untuk pelawat melihat sendiri jenis cili yang ada.Ini bagi memastikan pelawat mengenal pasti jenis cili yang mereka mahukan.

Mereka turun dari satu tempat jenis cili hingga ke cili yang lain.Namapaknya lelaki itu berminat untuk membeli cili dari ladang Encik Rosli.Mujur Qayra tidak kekok menerangkan mengenai cili yang ada.

"Terima kasih Qayra.Nanti saya emailkan jenis cili yang saya mahukan.Ni kad saya.Boleh saya dapatkan nombor telefon Qayra supaya senang saya nak buat urusan."

"Boleh.Kejap saya tulis."Sekeping kertas kecil diberikan pada Wajdi.Lelaki itu menyambutnya sambil tersenyum manis.

"Saya balik dulu.Senang saya berurusan dengan Qayra.Terima kasih.Jumpa lagi...Assalamualaikum.."

"Terima kasih juga Encik Wajdi..Waalaikumusalam."

Setelah kereta Wajdi menghilang,Qayra terus masuk ke dalam ofis.

"Macam mana Qayra,dia setuju tak?"tanya Siti Rahmah tidak sabar.

"Alhamdulillah.Nanti dia email dekat kita."Qayra tunjuk tanda best.

"Qayra..Aus ada dekat dalam.Dia nak jumpa Qayra."

Qayra buat muka terkejut.

"Bila dia sampai?"tanya Qayra.

"Dalam setengah jam macam tu.Masa Qayra pergi dengan Encik Wajdi dia pun sampai."

"Okey,kejap Qayra masuk tengok."

Qayra mengetuk pintu bilik Aus.Hairan juga Qayra kenapa Aus datang ke mari.

Kelihatan Aus duduk bersandar di kerusi rodanya sambil menongkat dagu dengan sebelah tangan.Mata masih di skrin laptopnya.

"Ehemm..ehemm.."Qayra berdehem.

"Tuan Aus perlukan apa-apa ke?"tanya Qayra.

Aus pandang muka Qayra.Mata Aus tajam menikam anak mata Qayra.

Dekat lima minit Qayra terpacak depan dia.Satu patah perkataan pun Aus tak cakap.

"Kalau tak nak apa-apa saya keluar dulu."

Qayra dah berjalan ke pintu.

"Kau tak ada kerja lain.Datang sini nak menggatal.Sini tempat kerja bukannya tempat menggatal."tembak Aus.

Qayra ketap gigi.Tuduhan Aus memang melampau kali ni.Qayra da tak boleh tahan lagi.

Terus Qayra tekan kunci pada tombol pintu.Kali ini dia kena ajar mulut Aus yang tak ada insurans.Berasap telinga dengar tuduhan Aus.

Laju Qayra berpaling ke arah Aus.

"Cakap baik-baik sikit!Kat mana yang saya menggatal?"tanya Qayra dengan geram.Suara pun dah geram.

"Kau ingat aku tak nampak apa yang kau buat?Jangan nak berlakon baik depan aku!"

"Ini lah masalah awak.Suka tuduh saya buat benda tak baik.Jahat sangat ker saya ni!?"selar Qayra dengan berani.

"Aku tengok kau pun aku dah tahu.Pantang tengok jantan semua kau nak try!"

"Awak ni bukan saja ada masalah kaki tapi masalah mental.Mental tau tak?Tak boleh tengok orang bahagia.Lepas ni pergi jumpa doktor suruh doktor check otak awak pulak!"
hambur Qayra sepuas hati.Biar dia lepaskan apa yang bersarang dalam hati.

"Kau ni kan mulut boleh tahan juga."sindir Aus lagi.

"Dah tu tuduh saya yang bukan-bukan.Ada awak nampak saya pakai seksi dekat sini.Habis semua jantan dekat ladang ni saya goda!Awak nampak ker!?"
Berdetap-detup gigi Qayra berlaga.Kali ini dia tidak mahu diam lagi.Apa nak jadi lantak lah.

Aus pandang Qayra atas bawah.Baju kurung yang dipakai Qayra memang langsung tidak ada keseksian.Tapi dia tetap nak tuduh Qayra.

"Pakailah apa sekali pun.Kalau perangai tu tak elok tetap tak elok!"bidas Aus.

"Awak hina saya.Awak ingat awak tu bagus sangat.Kalau awak bagus tak ada lah tunang awak nak tingalkan awak!"Qayra tak boleh tahan lagi dah.

"Kesian..dah tak boleh jalan lepas tu tak ada sapa yang nak.."perli Qayra dengan nada mengejek.Dia saja nak bagi Aus marah.Dia dah geram tahap tak boleh bawa bincang.

"Kau cakap apa?Tak boleh jalan!"

Aus bangun dari kerusi roda dan menolak ke belakang.Selangkah dua langkah tiga langkah dia berjalan menghampiri Qayra sehingga langkah yang terakhir sampai terups kepada Qayra.Tak perlu kerusi rosa tak perlu tongkat.

Melopong mulut Qayra melihat.Mulut pun dah membulat tengok Aus berjalan tanpa sebarang bantuan.Semalam Aus masih pakai tompang tangan takkan cepat sangat dia baik.

Terundur Qayra ke belakang.Mati dia!Tadi gatal sangat tangan kunci pintu sekarang rasa nak menangis pun ada.

Tersandar Qayra pada dinding sebelah pintu.Tangan nak capai tombol pintu pun dah tak sampai.Tergawang mencari sementara mata mengawasi gerak laku Aus yang kian menghimpit tubuhnya ke dinding.

Tangan Aus terlebih dahulu mencapai tombol pintu.

"Kau cakap apa tadi?Tak boleh jalan kan?"Aus senyum senget.

Berteguk liur Qayra telan.Takut.Terus tutup mulut dengan tangan sambil menggeleng laju.

"Jangan kata boleh jalan..berlari pun aku boleh."

Ketar juga Qayra.

"Aa-a-awak..awak dah boleh jalan.Cepatnya."

"Kenapa kau harap aku tak boleh jalan terus?"Tajam mata Aus menikam mata Qayra.

Kiri kanan Qayra dikepung dengan tangan Aus.Nak lari mana pun tak boleh.Sekarang dia dalam bahaya.

"Ba-bagus.Bagus awak dah boleh jalan.."Rasa tersekat-sekat nak cakap.Tambahan muka Aus dekat dengan muka dia.

"Kau!"Jari telunjuk Aus tunjuk lurus ke muka Qayra.Lagi sikir nak kena hujung hidung Qayra.

Mata Qayra tepat memandang mata Aus.Takut.Dup dap dup dap jantungnya berirama laju seolah lari bermeter-meter.

Aus terdiam.Hilang kata.Anak mata Qayra buatnya terkaku.

Qayra pula makin kecut.Kemarahan yang memuncak diganti dengan perasaan berdebar.

"Kau ni kan..."kata Aus bila dia tersedar lama menatap Qayra.

Suara Aus yang tadi bingit kedengaran perlahan menampar lubang telinga yang ditutupi tudung.

Aus merampas kad nama di dalam gengaman Qayra.

Pintu dibuka seluasnya.

Qayra tak tunggu lama terus berdesup keluar.

Sampai di meja terus Qayra duduk sambil tercungap mengatur nafas.

"Kenapa ni?"Tanya Zain kehairanan.

"Tak ada apa."

"Tu muka pucat macam nampak hantu."

"Errr..tak ada apa-apa."Qayra teguk sedikit air di dalam botol.

"Aus ada kat dalam kan.Abang Zain nak jumpa dia kejap."

Qayra hanya angguk.Biar Zain lihat sendiri kejutan di dalam.

Kedengaran gelak tawa Zain dan Aus di dalam bilik sana.Qayra pura-pura sibukkan diri.Gementar tadi pun tak hilang lagi.

Bila waktu berkerja tamat laju saja Qayra pulas skuternya pulang ke rumah.Berkurung dalam rumah adalah tempat persembunyian yang selamat.

Selepas solat Maghrib,kedengaran pintu rumah diketuk.Qayra intai di sebalik pintu yang dibuka sedikit.

"Kak Pah lah."Dengar suara Kak Pah terus Qayra tarik tangan Kak Pah masuk ke dalam rumah.

"Letak ni dulu."Bekas berisi makanan bertukar tangan.

Kalut Qayra tutup pintu.

"Kenapa ni Qayra.Cemas semacam."

"Kak Pah tahu tak dia dah boleh berjalan."Dengan mimik muka terkejut.

"Aus ker?Tahu."

"Hah!Kak Pah tahu.Bila dia boleh jalan?"

"Sejak dia duduk bilik dekat atas."

"Kenapa Kak Pah tak bagitahu Qayra?"

"Aus tak nak bagitahu sesiapa.Dia suruh rahsiakan."

"Sampai hati Kak Pah.Kak Pah tahu tak semalam dia...huhuhu..."Qayra rasa tertipu.

"Kenapa dengan semalam?"

"Maknanya dia berlakon lah semalam.Hidup-hidup Qayra kena tipu dengan dia."

"La ya ka.Dia buat apa dekat Qayra?"

"Dia tipu..nak turun makan siap jalan terjengket.Qayra kena pegang dia.Adoii!Qayra kena tipu..."Qayra rasa nak menangis.Macam budak kecil merengek dengan Kak Pah.

Kak Pah pula ketawa terkekek.

"Dia nak bermanja lah tu.Qayra kan isteri dia."

"Qayra tak nak jadi isteri dia dah..."

"Ada cakap macam tu.Aus sayangkan Qayra tapi dia tak tunjuk."

"Sayang apa nya.Kak Pah pun tahu kan Qayra dengan dia macam mana."

"Cuba berbaik.Kak Pah tengok Aus tu macam suka kan Qayra."

"Dia tu macam bapak singa ada lah.Garang.Kak Pah tak tahu dekat ladang dia selalu marah Qayra."adu Qayra.

"Marah sayang."Usik Kak Pah.

"Lepas ni dia tipu lagi,siap dia."

"Ada pula macam tu.Dah pergi makan."

"Kak Pah tak nak makan sekali."

"Kak Pah dah makan."

"Qayra tak masuk tidur dekat bilik Aus ker?"

Laju Qayra geleng.

"Tak baik tau.Dia tetap suami Qayra."

"Qayra ni cuma bidan terjun selamatkan maruah keluarga pakcik.Tak nak lah berangan jadi isteri dia selamanya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience