Bab 25

Drama Series 9550

"KAK Pah!Kak Pah!"terjerit Qayra memanggil nama Kak Pah.Mana tak panik bila hampir kesemua bajunya hilang dalam almari.

Siapa pula yang mencuri?

Kak Pah muncul sambil tercungap-cungap berlari anak mendapatkan Qayra.

"Kenapa Qayra terjerit-jerit macam ni.Ingatkan ada apa ker."Kak Pah mengurut dada bagi menghilangkan lelah.Dia sedang menyapu di ruang tamu apabila terdengar Qayra menjerit memanggil dia.

"Kak Pah tahu tak baju Qayra semuanya dah hilang.Ada pencuri masuk.Habis Qayra nak pakai apa."muka dah mahu menangis.

"Mana ada pencuri.Kak Pah yang ambil."

"Hah! Kak Pah ambil.Kak Pah buang ker?"tanya Qayra.Masih cemas.

"Eh.. taklah.Kak Pah letak kat dalam rumah."

"Buat apa letak kat dalam.Susah lah Qayra nak ambil.Ingat bak kena halau dah."

"Ish..merepek saja.Li suruh Kak Pah pindahkan semua barang Qayra.Kak Pah sempat pindah separuh saja.Ada lagi kan barang Qayra.Nanti Kak Pah tolong kemaskan."

"Laa..nak buat apa pindah masuk situ pulak.Leceh nak kena masuk sana keluar sini.Kak Pah letak dekat mana,Qayra nak pergi ambil."

Kak Pah garu kepala yang tidak gatal.Serba salah dia.Rosli suruh pindah masuk tapi Fatin macam tak suka.Yang mana satu pun dia tak tahu.Ikut majikan yang bayar gaji lah.Encik Rosli.

"Bilik Aus."

"Hah!Bilik dia!Adoii Kak Pah apasal letak situ.Qayra tak suka lah nak kena masuk bilik dia.Nanti dia marah!"muka kembali risau.

"Tak kan Aus nak marah.Dia lagi suka ada lah."Kak Pah cuba mengusik.

"Kak Pah tak tahu bapak singa...err...dia kalau marah macam nak terkeluar telinga ni."

"Kak Pah tak rasa macam tu.Aus tu baik orangnya."

"Baik ada makna."terus Qayra masuk ke dalam rumah Encik Rosli.

"Qayra nak pergi mana tu?"laung Kak Pah.

"Ambil baju."Besar langkah kakinya menuju ke tingkat atas.Sampai depan pintu bilik Aus dia rasa takut pulak.Terngendap-ngendap.Bimbang tuan bilik balik.

Perlahan Qayra buka pintu.Terjengket dia masuk ke dalam.Ditolak pintu almari Aus yang besar itu.Mencari di mana bajunya.Semuanya baju Aus.Lupa nak tanya Kak Pah di mana dia letak.

Sebelah pintu pula ditolak dengan perlahan.Lega bila bajunya ada di situ.Ada yang berlipat.Ada yang bergantungan.Qayra ambil satu persatu.Dia tak sedar akan sepasang mata sedang merenung dengan tajam.

"Kau buat tu?Mencuri!"sergahnya dengan kasar.

Terperanjat Qayra.Laju Qayra menggeleng.

"Saya..saya nak ambil baju saya."sambil menunjuk ke arah baju yang disusun atas lantai.

"Mana ada baju kau dekat sini."

"Ni.."Qayra angkat baju yang bergantungan.Aus berpura terkejut.

"Siapa yang letak?Kau sendiri kan."padahal dia sudah tahu.

"Jangan nak tuduh.Tak ingin saya nak letak dalam almari awak ni."

"Mana tahu sendiri berangan nak tidur bilik ni."sindir Aus.

"Jangan nak perasan boleh tak.Seinci zarah pun saya langsung tak teringin."

"Ya ker.Pada hal kau dah mula berangan nak jadi puteri dalam rumah ni kan."

Qayra ketap gigi.Geram dengan tuduhan Aus.

"Cakap lah apa yang awak nak cakap.Saya tak peduli."

"Bijak jugak kau ni kan.Kau dapatkan kepercayaan abah aku.Lepas tu kau buat semua orang suka kau.Sekarang kau dah mula atur strategi nak goda aku pula."ejek Aus.

"Malas saya nak cakap dengan orang macam awak ni."Qayra bangun dan mahu keluar dari situ.Tetapi Aus lebih tangkas menutup dan mengunci pintu.

"Buka pintu.Saya tak ada masa nak layan orang macam awak ni!"

"Jadi kau nak layan orang macam mana.Macam Zain.Tak pun..Wajdi."Aus senyum mengejek.

"Suka hati saya lah nak layan siapa pun.Tak ada kaitan dengan awak."kata Qayra dengan berani.Kalau Aus sengaja nak sakitkan hati dia,dia lagilah berganda mahu Aus sakit hati.

Semakin meluap marah Aus.Laju dia langkah mendekati hingga Qayra tersandar di pintu almari.

"Kau jangan sampai aku apa-apakan kau."

"Kalau awak berani buat apa-apa saya jerit!"

"Jeritlah kalau kau berani."cabar Aus.

"Tolong!Tolong!"jerit Qayra.Tak sempat masuk kali ketiga mulutnya sudah ditekup oleh tangan Aus.

Turun naik nafasnya.Takut.Anak mata Aus semakin berani menikam mata Qayra.

"Diam!Kalau kau jerit lagi,aku tarik kau naik atas katil tu.Jangan ingat aku tak berani."gertak Aus.

Qayra angguk.Menggigil takut.Mana tahu Aus bertindak di luar kawalan.

"Aku tak suka kau!Aku benci kau!"bisik Aus sambil menatap sedalamnya ke dalam mata Qayra.

Tanpa dia sedar sebelah tangan lagi memeluk pinggang Qayra.Kemas.

"Aku benci kau!"sambil menarik rapat Qayra ke tubuhnya.Qayra hanya angguk tanda faham.Walahal dia sudah menggigil bila terasa kehangatan tubuh Aus.

Perlahan Aus jatuhkan tangan yang menutup mulut Qayra.Matanya masih merenung ke dalam mata Qayra.

Qayra cepat tolak tubuh Aus yang melekat dengan tubuhnya.Jantungnya berlari laju.Terus dikutip baju yang berterabur dan keluar dari situ tanpa menoleh ke belakang lagi.Masih banyak bajunya yang tertinggal.Esok saja dia ambil.

Qayra rasa mahu berkurung saja dalam rumah hari ini.Dia tak mahu keluar dari rumah.Kejadian semalam masih segar dalam ingatan.

Tak sangka Aus semakin berani bertindak di luar kawalan.Suka mengambil kesempatan dan memeluknya sesuka hati.

Semalam Aus semakin berani.Tak tahu jantung siapa yang berdegung paling kencang.Yang pasti jelas kuat di telinga.

Bila ingatkan balik,Qayra rasa menyesal pulak berkahwin sebab nak balas jasa.Sekarang sesuka hati pula Aus gunakan dia.Bila lah semua ini akan berakhir.

Berkeroncong perut Qayra minta diisi.Sebiji telur separuh masak diketuk dan dimasukkan ke dalam mangkuk.Dua keping roti dibakar.Cukup sekadar mengalas perut.

Qayra mengambil kesempatan mengemas apa yang patut.Memasukkan semula baju ke dalam almari.

Qayra mengintai ke luar tingkap,kereta Aus masih di sana.Bila agaknya Aus nak keluar.Qayra makin bosan menunggu.

Pintu rumah diketuk.Terperanjat Qayra.Dadanya makin berdebar.

"Qayra,Kak Pah ni."kedengaran suara Kak Pah di luar sana.

Qayra bangun dan buka sedikit.

"Kak Pah nak pergi pasar ni.Jom temankan boleh tak?"

"Err...banyak ker barang nak beli."

"Banyak juga.Sayur ikan semua dah habis."

Qayra berfikir sejenak.Dari bosan menunggu baik dia ikut Kak Pah.

"Boleh juga.Kejap Qayra ambik henfon."

Qayra lihat Kak Pah sedang masukkan bakul ke dalam bonet kereta Myvi.Qayra pun masuk duduk di bahagian depan sebelah penumpang.Dah siapa pakai tali pinggang,Kak Pah pun masuk.

"Eh.. Kak Pah.Siapa nak bawak ni?"Tanya Qayra kehairanan bila Kak Pah duduk di bahagian belakang.

"Kita ada driver hari ni."Kak Pah senyum-senyum.

Tak sempat nak tanya.Aus terus masuk ke bahagian tempat pemandu.Qayra sedikit gelabah.Dia segera membuka tali pinggang namun Aus lebih pantas menekan butang mengunci kereta.

Kalau tahu Aus pun pergi,sumpah Qayra tak mahu ikut.Orang tak nak jumpa dia.Dia sibuk nak pergi sama.

"Pakai tali pinggang tu."Aus berpaling ke arah Qayra.

Qayra pakai balik.Mata lurus memandang ke hadapan.Dia dah jadi macam patung.

Kes Aus tipu pasal kaki tak settle lagi sekarang kes kena peluk pula.Aus kata tak suka dia tapi kenapa Aus asyik peluk dia.Pelik kadang Qayra dengan sikap Aus.

Laju kaki Qayra mengikut Kak Pah dari satu gerai ke gerai yang lain.Barang yang Kak Pah beli semua Qayra masukkan ke dalam bakul.Ingatkan Aus mahu menunggu dalam kereta,tak sangka dia ikut sekali.Membontoti belakang Qayra.Qayra buat tak endah.

"Meh sini bakul tu."katanya meminta dari Qayra.

"Tak apa saya boleh bawak."

"Bagi sini."Katanya lagi sambil menarik bakul dari tangan Qayra.Qayra akur.

"Qayra hari ni Kak Pah ingat nak buat sambal tumis kerang.Nanti tolong Kak Pah ya."Kata Kak Pah.

Kak Pah memilih kerang yang segar.Sedap juga buat sambal kerang dah lama tak makan.

"Buat banyak Kak Pah.Lama tak makan."Sampuk Aus.Sama pula dengan Qayra.

Aus mengangkat bakul berisi sayur dan ikan.Beberapa bungkusan beg plastik mengandungi daging dan kerang diletakkan dalam sinki.

Qayra pula menyusun sayur ke dalam peti sejuk.Kak Pah membasuh terlebih dahulu kerang dan merebusnya.Siap merebus Kak Pah toskan dan letak tepi menunggu kerang sejuk terlebih dahulu.

Bila dah sejuk Qayra mula mengopek kulit kerang.
Aus yang baru turun dari atas terus mengambil tempat di hadapan Qayra yang sedang mengopek kerang.

"Eloklah Aus tolong Qayra,boleh cepat Kak Pah masak."Kak Pah tersengih.Qayra rasa tak selesa.

Setahu Qayra,Aus memang jarang masuk ke dapur tapi lain pula.Tak kan Aus buang tabiat.

"Nak letak mana isi kerang?"tanya Aus.

Qayra tunjukkan mangkuk di hadapan mereka.
Tak kan Aus tak nampak.

"Oh.. letak sini.Kenapa tak cakap."

Aus seolah cuba memancing Qayra untuk berbual dengannya.

"Kerang ni kalau cicah air asam pun sedap."Aus masukkan satu ke dalam mulut.Qayra masih membisu.

"Cuba rasa."Aus sua depan mulut Qayra.Qayra menggeleng.

"Rasalah Qayra.Sedap tau.Kejap lagi Kak Pah asing sikit buat cicah air asam."Sampuk Kak Pah.Dalam diam dia tersenyum melihat mereka berdua.

"Nah,cubalah.."Suara Aus kedengaran lembut di telinga Qayra.Telinga Qayra tak sakit kan.

"Saya boleh makan sendiri."Qayra makan isi dalam mangkuk.Kunyah dan kunyah.Sedap.

"Sedapkan.."Kata Aus.

Qayra hanya angguk.Tangannya laju membuka kulit kerang dan mengeluarkan isi.Sebenarnya tangan Qayra sudah terasa gatal.Sebab itu dia cepat menyudahkan kerja mengopek kerang.

Qayra sudah tidak tahan.Dia bangun dan membasuh tangan dengan sabun.Tapi gatal di kulit tangan tetap tidak mahu hilang.

"Eh..kenapa tangan Qayra merah?"Tanya Kak Pah.Dia perasan Qayra menggaru kedua belah tangan.

"Gatal sikit."

Kak Pah ambil tuala bersih dah lap tangan Qayra.Jelas kulit tangan kemerahan.Qayra menggosok beberapa kali.

"Sikit apa ni.Merah terus tangan.Kenapa tak cakap Qayra ada alahan."

"Alergik sikit je.Kulit Qayra memang macam ni.Tak apa kejap lagi hilang."Jelas Qayra dalam nada rendah.Tidak mahu Aus dengar.

"Kenapa ni?"Tanya Aus yang berdiri di belakang mereka berdua.

Qayra cepat sorokkan tangannya.

"Qayra tak tahan kena air kerang ni.Habis merah tangan dia."

"Kak Pah ni.Mana ada."Dalih Qayra.Aus cepat basuh tangan dan mahu melihat tangan Qayra.

"Bak sini tangan tu."

Qayra tak nak bagi.Aus tarik perlahan tangan Qayra.

"Merah ni.Alergik."Katanya sambil membelek kedua belah tangan Qayra.Sumpah Qayra rasa tak selesa bila tangan Aus memegang tangannya.

"Kena pergi klinik ni."Tokok Kak Pah.

"Tak payah kejap lagi hilang lah."

"Jom naik atas sapu ubat."Kata Aus sambil menarik tangan Qayra.Laju Qayra geleng.

"Pergilah Qayra.Aus ada ubat tu."

"Ada losyen Allano bagus untuk kulit."Beritahu Aus menyakinkan Kak Pah.

"Hah betul.Memang bagus.Dah Qayra pergi letak ubat dulu."Kata Kak Pah menyokong tindakan Aus.

Qayra terpaksa ikut masuk ke bilik Aus padahal lagi mudah Aus bawa ubat turun ke bawah.

"Tengok tangan."Aus duduk di hadapan Qayra.Hubungan mereka sekarang seolah bersahaja seperti tiada apa yang pernah berlaku sebelum ini.

"Saya boleh buat sendiri."

"No!Nanti kau habiskan semuanya."

Qayra ketap bibir.Tadi beria nak bagi.Bila minta nak letak sendiri tak bagi.Qayra sudah bangun mahu keluar dari bilik.

"Selangkah kau masuk ke sini jangan senang nak keluar!"

Qayra berpaling semula.

"Awak ni kan sebenarnya sakit.Sakit mental."Qayra tunjuk kepalanya.

Aus ketawa kecil.Dengar pun suara Qayra.Dia hanya nak provok Qayra agar berbual dengannya.

"Ada pun suara.Tadi diam saja."

Turun naik nafas Qayra mengawal marah.

"Duduk sini,aku sapu ubat dulu.Dah teruk sangat tangan tu."gamit Aus.

Qayra enggan duduk kembali.Aus tarik tangannya duduk di katil.Botol losyen di ambil dan di tekan sedikit.Keluar krim losyen.Aus terus menyapu ke dua belah tangan Qayra.

Qayra terpana dengan tindakan Aus.Kulit tangan Qayra terasa dioles dengan lembut.

"Kejap lagi okey lah ni."Aus senyum.Qayra tak balas.Dia takut tertipu.

"Ambil ni simpan.Mana tahu nak guna lagi."Aus hulurkan botol pada Qayra.Mula Qayra was-was tapi tangan tetap capai.

Dia terus menuju ke tangga.Aus di belakangnya.Lelaki ini seperti ada sembunyi sesuatu.Apa pun Qayra kena berwaspada.

"Abang Zain."tegur Qayra.Tak sangka Zain datang ke mari.

"Hai Qayra.Aus."Zain angkat tangan pada Aus.

Air muka Aus terus berubah melihat Qayra yang tersenyum gembira menyambut kedatangan Zain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience