Bab 35

Drama Series 9550

"PLEASE Qayra..Tolong bagi abang peluang."Rayu Aus entah kali yang ke berapa.

"Awak tak reti penat ker?Saya ni dah penat dengar.Telinga ni pun dah lali.Awak ni memang jenis tak faham bahasa ker?Saya tak nak dengarlah."

Qayra kibas katil sebelum melabuhkan punggung.Ingat malam ni boleh tidur dengan aman.

"Abang tak akan pergi selagi Qayra tak maafkan abang,terima abang."rayu Aus .

Qayra buat gaya muntah.

"Malas saya nak layan.Ambik beg awak pergi tidur homestay.Saya nak tidur."

Qayra menggesot ke tengah katil.Bantal di apik sisi kanan dan kiri.Tiada tempat untuk Aus tidur atas katil.

Aus mendekat baru nak letak punggung,Qayra cepat bagi amaran.

"Jangan berani nak tidur sini.Saya tendang awak betul-betul."Kata Qayra yang sudah sedia mengangkat kaki.

Aus duduk di lantai bilik.Mujur rumah Maksu Suria sudah berbatu simen kalau papan boleh tembus bilik sebelah.

"Abang tahu banyak salah abang pada Qayra.Tak terhitung nak kira.Cuma abang nak kita berbaik.Boleh tak?"Sayu suara Aus dengan mata yang redup.

"Macam ni lah saya boleh maafkan awak tapi awak kena keluar dari bilik ni.Boleh tak awak keluar sekarang,saya nak tidur."

Qayra terus tarik selimut naik ke paras dadanya.Dia beralih badan mengiring ke kanan.Bantal di peluk kejap.

Aus tidak jadi meneruskan kata bila Qayra sudah pejamkan mata.Perlahan dia baring atas lantai sambil memandang pada tubuh Qayra yang sudah nyenyak di buai mimpi.

Qayra geram sebenarnya dengan Aus yang masih merayu pada dia.Entah apa motif Aus.Qayra tak akan percaya sikit pun.Mustahil Aus sudah berubah hati.Mana tahu dia hanya mahu gunakan Qayra lagi untuk lepaskan diri dari Daria.Tapi tak pelik ker tiba-tiba Aus ucap sayang pada Qayra.
Qayra tak kan termakan pujuk rayu Aus.

Baru beberapa langkah turun dari katil kaki Qayra tersepak sesuatu.Merekot badan Aus di atas lantai berlapikkan tikar tanpa selimut.

Qayra mengeluh kecil.Kain selimut di atas katil di capai dan di selimutkan tubuh Aus.Terus dia keluar menuju ke bilik air.

Setelah beberapa minit,Qayra kembali ke dalam bilik.Dilihat Aus masih tidur merekot.Patutlah sejuk,diluar sana hujan sedang membasahi bumi.Di sini kalau hujan suasana akan bertambah sejuk.Qayra mengambil sehelai selimut lagi dan menyelimut dirinya.

Qayra tersedar bila azan subuh berkumandang.Cahaya bilik yang terang membuatkan dia terbangun sambil menggosok mata.Tempat tidur Aus kosong.Bantal dan selimut sudah disusun rapi.

Terus Qayra membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh.Sedang Qayra dan Maksu Suria menyiapkan sarapan terdengar suara memberi salam.Paksu,abah dan Aus masuk ke rumah rumah diiringi anak-anak lelaki Paksu.Rupanya geng lelaki pergi menunaikan solat Subuh di masjid berdekatan.Fauzi suami Alin juga ikut serta.

Kak Aina datang dengan membawa sepinggan karipap.Aira pula sibuk menuang kopi ke dalam cawan.Alin pengantin baru ikut membantu di dapur.Qayra mencedok nasi lemak ke dalam mangkuk sebelum dihidangkan ke dalam pinggan.Bau sambal tumis ikan bilis air tangan maksu sangat membuka selera.

"Aus nak makan apa?Ada nasi lemak,bihun goreng."Tanya Paksu Ilham.

"Nasi lemak lah.Bau sedap."

"Pilihan tepat.Maksu kau punya nasi lemak tak boleh lawan.Makan kenyang2 sebelum balik."

Qayra berasa lega bila dengar Aus sudah mahu pulang.

"Qayra,nah bagi dekat Aus."Hulur maksu pada Qayra.

Qayra sambut dan letak di hadapan Aus.

"Terima kasih sayang."Ucap Aus.Qayra menjeling.Depan keluarga maksu pun nak bersayang.Konon nak tunjuk dia suami yang baik.Dengan orang lain kau boleh tipu tapi aku tak akan tertipu.

Selepas selesai bersarapan,keluaraga Pakcik Rosli bersiap untuk pulang.

"Bila ada masa datang lah sini lagi."Pelawa Maksu Suria.

Puan Fatin langsung tidak beriak.Cepat saja dia masuk ke dalam kereta selepas bersalaman dalam keadaan terpaksa.

"Insyallah,nanti ada masa kami datang lagi.Ni Qayra betul ker nak duduk sini lagi?"Tanya Encik Rosli.

"Ya abah."Jawab Qayra.Dapat dilihat muka Aus tidak ceria tetapi dia tidak mahu ambil kesah.

Tadi semasa Aus sedang mengemas beg dalam bilik puas dia ajak Qayra pulang bersama.Qayra tetap beralasan mahu tinggal sementara di sini.Terpaksa Aus mengalah.

"Minggu depan abang datang ambil ya."Aus bersuara.

"Datanglah Aus.Nak duduk lama dekat sini pun tak apa."Pelawa Paksu Idham.

Aus bersalaman dengan paksu.Diselit sedikit wang untuk paksu dan maksu.

"Apa ni Aus.Tak payah lah."Paksu mahu kembalikan tetapi Aus menolak.

"Ambillah buat belanja.Kami seronok tinggal di sini.Insyallah nanti Aus datang lagi."sambil pandang Qayra.

"Terima kasih lah Aus,Li.Lain kali datang lagi.Qayra ni tak apa biar dia tinggal sini dulu."

"Jangan diri elok-elok.Nanti abang datang lagi."Pesan Aus entah yang keberapa kali.Geram pun ada bila Aus tidak mahu melepaskan tangan dia.

"Apa-apa call abang."pesan Aus dengan berat hati.

Qayra hanya mengangguk kecil.Pesanan Aus satu pun tak masuk ke dalam kepala.Dia sudah punya rancangan sendiri.

"Qayra dah fikir masak-masak?"Tanya Maksu Suria berkali.

Qayra angguk.

"Macam mana kalau Aus datang sini cari Qayra?"

"Dia tak akan datang."Jawab Qayra dengan penuh yakin seratus peratus.

"Tapi maksu dapat rasakan yang dia akan cari Qayra.Maksu nak jawab apa nanti."

"Maksu bagitahu saja Qayra dah pergi."

Maksu menghela nafas berat.Kesian dekat keduanya.Qayra dengan pendirian dia.Aus pula maksu tengok memang dah suka kan Qayra.Maksu nampak semua tu.Sorotan mata Aus seperti enggan meninggalkan Qayra di sini.

"Qayra tak kesiankan Aus?"

Qayra pandang muka maksu sebelum menjawab.

"Entah lah maksu.Qayra rasa tak layak untuk Qayra terus jadi isteri dia.Dia tengah keliru sebenarnya.Dan Qayra tak nak jadi penghalang.Qayra rela jadi janda dari terus jadi isteri dia."

"Qayra ingat senang ker jadi janda?pergi mana pun orang mengata.Fitnah merata."

"Qayra nak buat macam mana lagi.Makcik tak pernah suka kan Qayra.Lagipun Qayra dengn Aus pun tak ada perasaan.Qayra dah tolong apa yang patut jadi Qayra tak nak terikat lagi.Qayra dah janji akan bayar balik duit pakcik."

"Li minta Qayra bayar ker?"tanya Maksu Suria.

"Pakcik tak minta tapi Qayra sendiri nak bayar."

"Qayra..Qayra..Maksu rasa elok Qayra bincang baik-baik dengan Aus.Maksu rasa duit tak jadi masalah pada Li."Dia juga banyak terhutang budi dengan Rosli.Boleh katakan setiap bulan Rosli akan menghulurkan sedikit wang untuk anak-anaknya.

"Entah maksu.Mungkin dengan cara tu Makcik Fatin dan Aus tak benci Qayra dah."

"Maksu nak tanya ni.Betul Qayra tak suka kan Aus?"

Laju Qayra angguk.

"Hati ni kadang berbolak balik.Hari ni kata benci esok lusa jatuh cinta."Maksu senyum kecil.

"Tak mungkin terjadi."jawab Qayra dengan yakin.

"Yakinnya Qayra.Maksu bukannya apa.Dah elok kamu berdua kahwin tak kan nak cerai macam tu saja.Naluri maksu kuat kata kamu berdua memang ada jodoh."¡

"Maksu percayalah Qayra tak bahagia dengan dia."Qayra menyakinkan Maksu Suria.

"Tapi maksu tengok Aus bahagia bila dengan Qayra.Maksu ni dah tua.Dah lalui banyak perkara.Maksu yakin dia sayangkan Qayra,percayalah."Maksu pandang Qayra menyakinkan jodohnya dengan Aus masih ada.

"Kalau dia suka kan Qayra pun,makcik tak akan suka.Makcik Fatin masih mengharapkan bekas tunang Aus jadi menantu dia."

"Kenapa dengan Fatin tu masih tak puas hati lagi.Patutnya dia bersyukur Allah masih beri dia peluang."Maksu berkata dalam nada kesal.

"Tak apa lah maksu.Qayra tak nak paksa sesiapa untuk terima Qayra.Qayra sedar Qayra hanya sebatang kara."ada nada sedih di situ.

"Qayra masih ada maksu.Maksu minta maaf sebab tak dapat jaga Qayra sebelum ni."

"Bukan salah maksu pun.Maksu pun ada masalah sendiri."¹

"Kesian Qayra.Selama ini maksu ingat Fatin dah boleh terima Qayra."

"Tak apa maksu.Benda dah lepas.Qayra tak nak ingat lagi.Qayra sendiri kena ubah hidup Qayra sekarang."semangatnya datang kembali.

"Qayra tetap nak pergi juga?"

"Ya maksu.Itu saja jalan untuk Qayra.Mungkin ini yang terbaik untuk semua juga."Semua yang Qayra maksud kan Aus dan Puan Fatin.

"Maksu tak tahu nak cakap apa dah.Ini soal hidup Qayra.Tapi kalau boleh Qayra cuba bincang dengan Aus dulu."pujuk maksu.

Qayra hanya senyum segaris.Berbincang dengan Aus bukanlah satu idea yang baik.

"Kak Qayra dah kemas beg?Esok lepas subuh kita bertolak."beritahu Aira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience