Bab 1

Drama Series 9550

"QAYRA! kenapa degil sangat.Berapa kali dah cakap jangan ambil barang aku!"jerit Aus Faiq sambil mengejar budak perempuan berusia lingkungan 11 belas tahun.

Tercungap-cungap Qayra lari menggelilingi ruang tamu.Dia hanya mahu melihat lukisan Aus.Akibat terkejut disergah terus dia berlari sambil membawa lukisan tersebut.

"Nak tengok saja pun bukannya nak ambil.Kedekut betul abang Aus ni."Takut-takut Qayra meletakkan kembali lukisan itu di atas meja lalu lari menyorok di belakang sofa hitam.

"Aku dah kata jangan sentuh barang aku kan!Dapat kau siap!"Aus berwajah garang.Pantang ada yang mengambil barang dia.

"Tu pun nak marah."Qayra cebir kan bibir.

"Penyibuk!Lain kali jangan pegang barang aku!"

"Kedekut!Bukannya cantik pun."ejek Qayra geram.

"Biarlah bukan kacau kau pun.Kau tu lagi buruk dari lukisan aku ni."ejak Aus.

"Abang Aus jealous kan,Qayra cantik.."si gadis tidak mahu mengalah.Lidah dijelirkan pada Aus Faiq.Mengejek geram.

"Jangan panggil aku abang.Aku bukan abang kau!"marah Aus Faiq.

"Abang Aus..Abang Aus..Abang Aus.."ejek Qayra sambil berlari lagi mengelilingi ruang tamu.

Aus masih tidak berpuas hati dikejarnya lagi gadis itu.Apa lagi aksi kejar-mengejar masih berterusan.Terjerit-jerit Qayra bila Aus semakin menghampiri dia.

"Hei apa ni!Sudah jangan lari lagi!"marah Puan Fatin sambil menarik tangan Aus.

"Qayra ni mama suka kacau Aus.Tengok kertas lukisan Aus dah koyak,dia lah yang buat."adu Aus kepada mamanya.

Puan Fatin mengambil kertas lukisan di tangan Aus,memang koyak sedikit di hujung kertas.Terus dijegil mata pada Qayra.Tertunduk Qayra.Takut melihat mata Puan Fatin yang besar itu.

"Kau dah kenapa!Berapa kali aku cakap jangan buat hal!Kau sengaja kan kacau anak aku!"marah Puan Fatin.

"Qayra nak tengok saja.Abang Aus tak kasi."jawab Qayra takut.

"Bila aku cakap kau menjawab!Kau ni saja kan nak bagi darah aku naik!"tengking Puan Fatin lagi.

"Maaf makcik."perlahan suara Qayra.Bukan tak pernah kena marah tapi kali ini nada Puan Fatin makin meninggi.

Aus di belakang Puan Fatin tersenyum sengih melihat Qayra kena marah.Padan muka kacau lagi aku.

"Baik kau minta maaf pada anak aku cepat!Dah hidup menumpang buatlah cara menumpang."sindir Puan Fatin.Ikut hati nak saja dia seret tubuh gadis itu keluar daripada rumahnya hari ini jugak.

Qayra masih tunduk memandang lantai.

"Qayra minta maaf abang Aus."

"Apa bising-bising ni."tanya Encik Rosli yang baru pulang dari kerja.

"Qayra ni suka rosakkan barang Aus."adu Puan Fatin pada suaminya.

"Betul ker Qayra?"tanya Encik Rosli dengan lembut.Kesian dia melihat muka Qayra yang pucat ketakutan.

"Qayra nak tengok saja."jawab Qayra membela diri.

Kertas lukisan tadi bertukar tangan.Tak ada lah rosak mana pun.Hanya sedikit koyak.Masih boleh ditampal.

"Alahh..benda sikit saja pun tak payah besarkan.Aus pun adik nak tengok bagi saja lah.Boleh ajar Qayra melukis."

"Aus tak suka lah.Dia penyibuk!"

"Aus."suara Encik Rosli berbaur amaran.

"Abang ni suka menangkan budak ni.Patutnya abang hantar dia duduk rumah anak yatim.Ini tak.. sibuk nak bela anak orang.Bukan ada kena mengena dengan kita pun."Puan Fatin tidak berpuas hati bila suaminya selalu menyebelahi Qayra.

"Tak baik cakap macam tu depan anak-anak.Qayra ni anak sepupu abang juga.Tak salah kita jaga dia.Cubalah Fatin bersabar sikit.Biasalah budak-budak memang nakal."

"Abang cakap memang senang.Saya yang nak kena menghadap perangai dia.Dah besar pun masih nakal.Saya tak kira tahun depan abang hantar dia masuk asrama."

"Maaf abang Aus.Qayra janji tak kacau barang Abang Aus lagi."air muka makin redup menahan tangis bila sebut tentang asrama.

"Dah buat salah pandai pulak nak minta maaf."bebel Puan Fatin.

"Aus,Qayra...pergi masuk bilik.Mandi lepas tu solat Asar."arah Encik Rosli mahu menamatkan pertengkaran kecil itu.

Mereka berdua terus menuju ke bilik masing-masing.Masih terdengar perang mulut antara Puan Fatin dan Encik Rosli.

"Kau punya pasal lah mama dan abah aku bergaduh.Aku tak suka kau!"kata Aus dan terus menutup pintu bilik dengan kuat.

Qayra tersentak.Sejak dia tinggal di sini Aus dan Puan Fatin seperti tidak suka akan kehadiran dia.Bukan Qayra sengaja mahu tinggal di sini tetapi dia sendiri tiada tempat untuk dituju.

Kedua ibubapanya meninggal dunia akibat lemas.Saudara terdekat Qayra adalah Maksu Suria.Namun ibu saudaranya tidak dapat menjaga Qayra kerana dia juga mempunyai anak seramai lima orang.Pendapatan keluarga Suria juga tidak cukup untuk menampung hidup mereka sekeluarga.Jika Qayra tinggal bersama tentulah masalah kewangan mereka akan makin bertambah.Paksu Ilham pula hanya bekerja kampung sahaja.

Mahu tidak mahu terpaksa Qayra tinggal bersama Ecik Rosli yang merupakan sepupu kepada arwah ayahnya.Qayra sedar dia tidak mempunyai sesiapa selain keluarga Encik Rosli.Dia hanya menumpang kasih tetapi kehadirannya seperti tidak di alukan.

Masuk ke sekolah menengah,Qayra sendiri meminta untuk tinggal di asrama.Dapat dia lihat senyuman Aus dan Puan Fatin seolah lega melihat dia pergi.Dia cuba berbaik dengan Aus malangnya tidak diterima.

"Abang Aus boleh Qayra pinjam pensel warna tak?Qayra lupa nak bawa balik dari asrama."

"Tak boleh!Kau ni semua benda nak pinjam dari aku.Lain kali jangan lalai."

"Pinjam kejap saja.Qayra kena siapkan kerja sekolah ni.Hari isnin cikgu nak kutip.Tak sempat nak buat kalau balik esok."

"Pandai-pandai kau lah.Tak kuasa aku nak layan."

Qayra sedih.Salah dia juga terlupa bawa balik pensel warna sendiri sebelum pulang bercuti.

"Qayra nak pinjam pensel warna ker?Kejap abang Zain balik ambil."sampuk Zain yang baru tiba di rumah bapa saudaranya.Dia tinggal tidak berjauhan dari rumah Encik Rosli.Dia merupakan anak saudara sebelah Puan Fatin.

"Baik sangat dengan dia ni.Semua benda orang dia nak pinjam."sindir Aus.

Zain sudah lali dengan sikap Aus.Semenjak Qayra tinggal bersama Aus terus berubah sikap.Malah dia melayan Qayra dengan kasar.

"Tak apa.Kesian Qayra nak buat kerja sekolah."

Zain terus mengayuh basikal dan berlalu pergi.Qayra tersenyum.Zain adalah sepupu Aus tetapi perangai mereka jauh berbeza.

"Apa pandang-pandang!"Aus jeling pada Qayra.Terus Qayra pandang arah lain.

"Orang terpandang pun dia nak marah.."gerutu Qayra tetapi masih dapat di dengar Aus.

Ingatkan Aus akan berubah sikap bila Qayra hanya sesekali pulang ke rumah.Masih sama saja layanan dia pada Qayra.

"Budak Qayra tu dah semakin besar,saya rasa tak elok dia tinggal serumah dengan Aus."

"Kenapa pula?Bukan selalu Qayra balik sini.Cuti sekolah baru dia balik pun."

"Abang ni tak faham langsung.Aus dengan dia bukan muhrim.Saya takut jadi benda tak elok.Sebelum benda tak elok jadi,lebih baik kita elak."

"Kalau Qayra tak tinggal sini dekat mana dia nak tinggal?"

"Bagi dia tinggal dekat rumah belakang."

"Dengan Pah?Mana boleh.Kesian Qayra."

"Kita bagi Pah bilik dekat dapur tu."

"Habis tu Qayra tak kan nak tinggal situ sorang."Encik Rosli kurang setuju dengan pendapat isterinya.

" Tak apa lah dari duduk serumah dengan Aus.Budak-budak sekarang bukannya boleh
percaya.Saya tak nak perkara buruk berlaku.Masa tu nak menyesal pun tak ada guna dah."

Encik Rosli berfikir sejenak.Memang benar anak-anak sudah meningkat remaja.Tapi dia kasihan pada Qayra.Tak kan nak biar Qayra tinggal di rumah belakang yang kecil itu.

"Abang nak fikir apa lagi.Sebelum terjadi benda tak elok baik kita asingkan mereka.Memanglah budak tu tak balik selalu,tapi kena juga fikirkan masa depan."

"Tengoklah macam mana.Nanti kita suruh Pah kemaskan rumah belakang tu."

Lega hati Puan Fatin mendengar.Sebetulnya dia tidak suka langsung akan kehadiran Qayra di dalam rumah mereka.Dia benci bila suaminya beria mahu memberi bilik arwah anak perempuannya pada Qayra.

Sejak setahun lalu bilik itu kosong.Bila rindu dia akan masuk ke bilik itu untuk melepaskan rindu.Dia tidak suka bila orang lain masuk ke dalam bilik itu.Baginya Qayra tiada hak untuk merampas segala milik arwah anaknya,Auni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience