AUNI QAISARA nama anak mereka.Mama orang pertama menangis gembira.Nama itu terlalu bermakna buatnya.
Dari hari pertama Auni Qaisara lahir mama tak pernah berengang.Siang malam dia menjaga cucu.Bertuah Auni Qaisara di besarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang.
"Qayra,aku nak minta maaf.Aku harap kita masih boleh menjadi kawan."Daria datang bersama suaminya menziarah Qayra di hospital sewaktu melahirkan Auni Qaisara.
Lagi dua bulan dia juga bakal melahirkan anak.Pasangan itu kelihatan gembira dan bahagia.Jelas terpapar kecerian mereka menanti cahaya mata sulung mereka.
Qayra tumpang gembira melihat mereka.Aus pula sentiasa menemani Qayra sepanjang tempoh berpantang.Segala keperluan Qayra, dia yang uruskan.
Mama adalah orang yang paling teruja menyambut kelahiran Auni Qaisara.Dia siap offer untuk menjaga baby sampai Qayra bekerja.Qayra tidak sampai hati untuk memisahkan mama dan Auni Qaisara.Jadi mereka putuskan untuk tinggal bersama di rumah Encik Rosli.
"Sayang okey ker mama selalu ambil baby?"
Aus bertanya Qayra.Mungkin dia perasan anak mereka tidak berenggang langsung dari mama.
"Kenapa abang tanya."
"Abang kesian sayang tak dapat selalu dengan baby kita."Tutur Aus dengan resah.
"Baby kita bukan m dengan orang lain.Mama abang mama Qayra jugak kan."
"Tapi abang kesian tengok sayang macam kurang bersama baby.Sayang nak tak kita balik rumah?"tanyanya dengan wajah penuh harapan.
"Kenapa abang tak selesa dekat sini?"
"Abang risaukan sayang.Abang takut sayang rasa terpisah dengan anak kita."
"Ish.. abang ni.Ke situ pula."Qayra tampar lemut lengan Aus.
"Biarlah mama jaga baby lagipun mama gembira bila ada baby.Kalau kita pindah apa pula kata mama.Qayra percaya mama tak akan pisahkan kita dengan baby."ucap Qayra dengan yakin.
"Abang tengok mama selalu dengan baby.Abang tak nak sayang terasa hati."
"Abang ni..Qayra okey jer.Bukannya mama bawak lari anak kita.Kejap lagi mama hantar lah baby."aku pandang katil baby yang kosong.
Memang tak dinafikan mama tak nak berengang dari Auni Qaisara.Qayra faham perasaan mama.Mama rindu akan arwah Auni.Sebelum letak nama Auni Qaisara,Qayra sudah fikir semasaknya.Qayra mahu gembirakan mama.
Pintu diketuk.Qayra dan Aus saling berpandangam sebelum Qayra bangun membuka pintu.
"Tengok tok ma bawak jumpa sapa.Mama dengan papa."Mama bercakap pada Auni Qaisara yang sudah siap berbaju tidur merah jambu.
Qayra mengambil Auni Qaisara dari pangkuan mama.Auni Qaisara m sudah berusia 6 bulan.Tubuh pun montel buatkan semua geram padanya.
"Terima kasih mama jaga baby."ucap Qayra pada mama.
"Mama yang patut ucap terima kasih sebab Qayra bagi mama jaga baby."ucap mama dengan sebak bercampur gembira.
"Qayra bimbang susahkan mama saja."
"Susah apanya.Baby cucu mama.Mama gembira ada dia.Tak lah mama bosan duduk saja dekat rumah.Qayra kan kerja."
Aus berdehem kecil sebelum melangkah mendekati kami di muka pintu bilik.
"Aus ingat nak suruh Qayra berhenti kerja."
Mama pandang Qayra dan Aus.
"Lah kenapa pulak?"
"Kami tak nak susahkan mama."jawab Aus.
"Tak susah pun jaga baby.Kan sayang.."Mama mengacah Auni Qaisara.Baby sudah pandai senyum.
"Tak apa Qayra kerja saja.Mama bukan nak halang Qayra berhenti tapi sayanglah Qayra ada ijazah.Sayang kalau tak gunakan.Kalau rasa bosan kerja dekat ladang boleh minta tempat lain."usul mama.Aus tergamam.Tak mungkin dia akan membiarkan isteri kesayangan kerja tempat lain.
"Qayra okey kerja dekat ladang.Cuma Qayra rasa tak banyak masa dengan baby."luah Qayra.
"Jangan risau.Mama tolong jaga baby.Bukannya Qayra tak pegang langsung baby.Baby pun perlukan Qayra juga.Stok susu yang Qayra buat tu pun banyak.Cuma anak ni kena direct menyusu jugak.Mama faham Qayra tak banyak masa dengan baby kan.Tak apa lepas Qayra balik kerja terus Qayra pegang baby bagi dia rasa bonding dengan Qayra."
"Aus tak nak Qayra kerja tempat lain."
"Ermmm..mama faham sangat Aus ni.Cemburu lah tu."Mama gelak.
"Jangan risau baby akan kenal mama dengan papa dia."mama menepuk lembut bahu aku sambil mengagah Auni Qaisara.
"Terima kasih mama."aku pula rasa terharu.Mama bukan lagi Puan Fatin yang dahulu.
"Ni mama dah tukar baju baby.Tadi dia termuak.Nak besar lagi lah tu.Nanti bagi dia susu."pesan mama sebelum berlalu ke bilik.
"Anak papa minum susu banyak sangat ni."Aus mengendong Auni Qaisara ke katil.
"Geram saja pipi tu papa tengok."sambil mencuit pipi labuh anaknya.
"Abang.."panggil Qayra.
"Ya sayang."Aus meletakkan baby ke dalam katil baby.
"Qayra rasa bersalah pulak cakap macam tu dengan mama.Nanti mama ingat apa pula.Tak apa lah biar mama jaga baby.Lagipun bukan baby tak kenal kita langsung.Siang saja dia berkepit dengan mama.Malam dia tido dengan kita juga."
Qayra takut mama fikir yang bukan-bukan.Dah enam bulan mama jaga Auni.Tak kan nak pisahkan pula.
"Itu lah mama sayang betul dengan baby.Dengan sayang lagi lah.Abang tak nak mama rasa tersinggung."
"Maknanya Qayra boleh kerja tempat lain."
Aus pandang aku sambil redupkan matanya.
"Jangan nakal sayang.Abang tak izinkan.Kang tak pasal Auni dapat adik."
Aku cubit tangannya.
"Abang yang gatal.Baby kecil lagi abang nak bagi adik."Aku menjeling manja.
"Okey apa.Mama kan ada.Tiap tahun mama jaga cucu."Aus berseleroh sambil ketawa.
"Pengsan mama."kami sama ketawa.
"Abang serius ni.Sayang kena ada depan mata abang saja.Tak boleh kerja tempat lain.Kalau nak juga abang terpaksa ikat sayang."
Aus menarik aku ke dalam pelukan.
"Lepas lah Qayra nak tengok baby."
"Mana boleh lepas.Kena buat perjanjian.Abang dah bersedia tau."bisik Aus ke telinga ku.
"Bersedia apa?"
"Bagi Auni adik."Aus ketawa dihujung kata.
"Abang jangan macam-macam.Qayra panggil mama."
"Abang rasa mama lagi suka.Kejap abang nak hantar Auni dekat mama."
Aus mengangkat Auni.
"Baby nak susu tu."
"Ya ker.Baby mama cakap baby nak susu.Susu mama sedap kan."
"Eeeii abang ni.Apa cakap dengan anak macam tu."sekali lagi aku cubit lengannya.
"Betul lah.Auni suka minum susu sayang.Tengok montel saja.Tak sia-sia papa beli susu kambing sebagai booster untuk mama tambah susu."
"Abang kan saja."Aku mengambil baby dari Aus.Ternyata anak kami lapar.Tak sampai sepuluh minit Auni sudah tertidur kekenyangan.
"Senangnya dia tidur."kata Aus yang juga turut berbaring sambil menongkat kepala menunggu hingga anak kami tidur.
"Abang tolong alihkan atas katil."
"Ni yang papa tunggu."dia terus meletakkan baby dengan berhati-hati.Kiri kanan di letakkan bantal bimbang Auni terjaga Selalunya tengah malam baru Auni mahu menyusu.
"Okey sekarang giliran abang pula."
Aku jegilkan mata.Tak sempat nak lari dia sudah memeluk tubuh ku.
"I love you Qayra sayang."ucap Aus sambil mengetatkan pelukan.
Qayra tak larat nak tepis.Dibiarkan saja diri dibelai dan dimanja suami.Qayra senang berada di sampingn Aus.Aus juga begitu sentiasa ada dengan Qayra.Ucapan dan perilakunya menunjukkan yang dia begitu menyayangi Qayra.
Siapa sangka dari perasaan benci menjadi cinta yang hadir tanpa di duga.Aku bersyukur atas segala nikmatMu.Terima kasih Ya Allah untuk cinta ini.
Bab akhir!Terima kasih semua yang sudi membaca hingga habis.Salam sayang dari SL :)
Share this novel