SEMAKIN hari Qayra makin pelik dengan sikap Aus.Seolah Aus cuba untuk berbaik dengan dia.Tapi untuk apa?Pasti ada sesuatu yang Aus sembunyikan.
Dia cuba menjauhi Aus sedaya mungkin.Hari ini Wajdi mengajaknya berjumpa di luar.Dia menumpang kereta Khadeeja.Kebetulan Khadeeja mahu bertemu Zain.Khadeeja sudah mula pintu hati untuk mengenali Zain.
Sampai di sana mereka berpecah.
"Dah lama ker tunggu."Sapa Qayra pada Wajdi.
"Tak lama sangat.Baru sepuluh minit macam tu."
"Kenapa nak jumpa saya dekat sini?"
"Saja, nak belanja Qayra makan sebab dah banyak tolong saya."Wajdi tersenyum manis.
"Itu memang kerja saya."
"Mari kita order makan dulu."Wajdi memanggil pelayan.
"Qayra suka makan apa?"Tanya Wajdi melihat Qayra asyik membelek menu di tangan.
"Saya makan semua kecuali orang saja saya tak makan."Seleroh Qayra sambil gelak.
"Macam tu try makan saya.."Wajdi sambung gurauan.Mereka berdua ketawa bersama.Makin selesa dengan Qayra.
"Saya nak cuba mee kari lah.Mee kari special."pilihan Qayra.
"Macam tu saya pun nak cubalah.Nak kongsi dengan Qayra masih belum boleh lagi."Wajdi senyum dihujung kata.
"Apa?"Qayra kurang jelas.
"Tak ada apa lah."Wajdi tersenyum kecil.
Seronok berbual dengan Wajdi.Tak sangka di usia muda dia sudah memajukan perniagaan keluarga yang di warisi sejak turun temurun.Bermula dari meniaga kecil-kecilan hinggalah mempunyai syarikat yang besar.
Pada awal penubuhan hanya beberapa produk sahaja dihasilkan.Sos cili,sis tomato,dan kicap.
Apabila syarikat semakin stabil,produk baru diperkenalkan.Antaranya sos,cuka buatan,sos lada hitam dan juga sos pencicah buah.Dibotolkan dalam botol kaca dan botol plastik.
Yang paling penting produk Warisan Bonda dijamin halal,lazat dan pratikal.Sekarang produk mereka juga telah menembusi pasaraya besar.Sebab itu mereka akan memilih cili yang berkualiti dan bermutu tinggi agar produk mereka sentiasa terjamin kualiti.
Qayra perasaan kebanyakkan produk Warisan Bonda ada di dalam dapur rumah Encik Rosli.Kak Pah sering menggunakan dalam setiap masakan.Baguslah bila orang kita support produk tempatan.Terutamanya muslim produk.
"Qayra memang asal sini ker?"sambil makan mereka berbual.
"Saya asal Perak."
"Anak tunggal?"
"Ya.Ibu ayah saya meninggal masa saya umur lapan tahun."
"Maaf saya banyak tanya pula."
"Tak apa.Semua tu cerita lama."Qayra tersenyum nipis.
"Jadi Qayra tinggal dengan siapa sekarang?"
"Pakcik saya.Pemilik ladang cili tempat saya bekerja sekarang."
"Oh i see."Baru Wajdi mengerti.
"Jadi Qayra dengan Aus sepupu?"
"Tak.Dua pupu."
"Baru saya faham.Ibu dan ayah Qayra adalah sepupu Encik Rosli."
"Ya sepupu ayah saya."
Wajdi menggangguk tanda faham.Bukan senang Qayra mahu bercerita hal peribadinya pada orang luar.Tetapi dengan Wajdi dia rasa selesa.
"Lepas ni kalau kita keluar lagi boleh tak."
"Tengok pada keadaan."jawab Qayra.
"Ker awak takut..."Wajdi senyum.
Asyik senyum saja Wajdi ni.Kalau hari-hari macam ni boleh kena kencing manis.
"Boyfriend awak marah."
"Kita kawan kan.Saya tak ada masalah."
Senyuman Wajdi makin melebar.Dia juga berasa selesa berkawan dengan Qayra.Hari demi hari hubungan mereka semakin rapat hingga buatkan ada hati membara.Siapa lagi kalau bukan Aus.
Dia bukan boleh tengok Qayra bahagia.Ada saja cara nak bagi Qayra berhenti senyum.
"Ni kerja kau.Buat sampai habis."Aus meletakkan beberapa buah fail di hadapan Qayra.
"Dah siap.Pergi periksa pokok cili.Aku nak laporan siap hari ni juga.Jangan asyik nak bergayut saja."
Aus nampak ker tadi dia bercakap di telefon.
Tak boleh tengok orang senang.Pada hal tadi Qayra sudah ke ladang memeriksa semua pokok cili.Apa masalah Aus sebenarnya.Sengaja nak cari kesalahan Qayra.
Zain sudah menunggu di hadapan rumah Encik Rosli.Qayra keluar sambil melambai kecil pada Zain.
"Dah lama ker abang Zain tunggu?"
"Tak adalah lama sangat."
"Sorry Qayra tolong Kak Pah tadi."
"Tak apa.Jom kita pergi."
"Nak pergi mana tu?"Tanya Aus.
"Nak keluar dengan Qayra kejap."
"Pergi mana?"Tanya Aus dengan lagak tidak senang hati.
"Adalah.Hari ni hari special untuk Qayra."beritahu Zain.
Aus pandang Qayra sambil menjeling geram.
"Kau tak tahu ker?Hari ni birthday Qayra."beritahu Zain.
Aus cekak pinggang.
"Kenapa aku nak tahu pulak."Tempelaknya tidak mahu mengalah pada hal dia memang tidak tahu pun.
Qayra pura pandang tempat lain.Zain kesian melihat Qayra terkulat di situ.
"Dah la kami lambat pulak nanti."Terus Zain mengajak Qayra masuk ke dalam kereta.Tidak dipedulikan akan Aus yang sedang memandang mereka.
Mereka sudah berjanji mahu bertemu Khadeeja dan meraikan bertiga.
"Deeja thanks tau susah-susah saja kau buat semua ni.Aku terharu sangat."
"Tak ada susahnya.Aku dah ada assistant.."Khadeeja tunjuk lelaki di sebelahnya.
"Terima kasih Abang Zain."
Zain senyum.
"Sebenarnya kami nak ucap terima kasih juga dekat Qayra sebab dah tolong satukan kami berdua."Ucap Zain sambil memandang buah hatinya dengan satu perasaan mendalam.
"Kena cepat satukan sebab ada orang tu nangis cakap dia suka seseorang tapi takut nak luahkan."
"Qayraa..."Khadeeja termalu.
"Sebelum ada yang makan hati baik Qayra beritahu hal sebenar."
"Mesti Deeja ingat abang mainkan perasaan Deeja kan?"Teka Zain.
"Mestilah..Dengan Qayra pun abang nak.Deeja pun abang nak."luah Deeja.
"Cakap sajalah kau jealous tengok abang Zain rapat dengan aku."Qayra ketawa kecil.
"Ada lah sikit."jawab Deeja masih malu-malu.
"Sekarang dah tahu kan.Bukan senang tau Deeja nak luah perasan dia dekat Qayra.Ingat tau!Abang Zain jangan bagi dia sedih."Qayra bagi amaran.
Zain angkat tangan tanda tidak berani.
"Susah tau abang Zain nak tahu perasaan sebenar kau.Tak sangka dia berjaya juga."Qayra tersenyum melihat pasangan di hadapannya.Sama cantik sama padan.
"Jangan nangis lagi tau.Kau tak rampas hak sesiapa pun.Abang Zain totally kau punya."
Deeja tersenyum bahagia.Dia juga menyimpan perasaan pada Zain.Ingat cintanya hanya bertepuk sebelah tangan.Rupanya Zain sudah lama menaruh hati pada dia.
"Jangan dating lama sangat.Elok lah abang Zain masuk minang Deeja cepat.Nanti kena sambar orang lain jangan menangis."Zain dan Deeja ketawa serentak.Segalanya sudah dirancang harap berjalan dengan lancar.
"Happy birthday Qayra.."Ucap Deeja dan Zain serentak.
"Thanks..Qayra balik dulu tau."Kata Qayra sambik melambai pada mereka berdua.Dia tidak mahu mengganggu pasangan yang baru bercinta itu.Biarlah mereka sendiri mengenal diri masing-masing.
Qayra sampai di rumah dengan menaiki grab.Zain tolong carikan.Tu pun jenuh Qayra gesa kalau tak Zain sendiri mahu menghantar Qayra pulang.Siap berpesan bila dah sampai mesej.Takut Qayra kena culik.Tak ada maknanya,kalau kena culik sekalipun siapa nak tebus dia.Dia bukannya berhanrta jauh sekali anak jutawan.Qayra bermonolog sendirian.
Mujur pemandu grab seorang wanita pertengahan umur.Jadi dia berasa lega.
Dia pun risau juga mana tahu kena culik betul.Tak pasal kena jual dekat negara jiran.
Turun dari grab,Qayra mengeluarkan telefon bimbitnya sambil menghantar mesej pada Zain.Kaki melangkah tapi mata masih menatap skrin henfon.
Bedebam!Berlaku pelanggaran.
Terpelanting henfon jatuh ke kaki orang di hadapannya.Qayra cepat kutip henfonnya.Mujur masih elok walau skrin sedikit retak.
"Mata kat mana!"Sergah Aus.
Qayra angkat muka.Tercengang dia bila Aus berdiri tegap di hadapan sambil tangan disilang ke dada.Beg kertas masih dalam pegangan.Hadiah dari Deeja dan Zain.
Qayra mahu berlalu tetapi di tahan oleh Aus.
"Dah malam baru nak balik?Kenapa tak tidur saja dekat sana."sindir Aus.
Qayra tidak menjawab dia mahu segera pergi dari situ.
Aus masih menghalang laluannya.
"Tepilah saya nak masuk."
"Kalau aku tak bagi kau nak buat apa?"cabar Aus.
"Saya tak nak cari gaduh dengan awak."
"Kau tak nak tapi aku nak.."
Qayra melawan pandang Aus.
"Ikut suka awak lah."Kata Qayra dengan malas.
"Kau ingat rumah ni hotel.Keluar masuk sesuka hati.Ada kau minta izin nak keluar tadi?"
"Saya tak perlukan keizinan sesiapa."Jawab Qayra dengan berani.
"Habis tu kau ingat aku ni apa?tunggul?"
"Kenapa pula saya nak kena minta izin awak?"
"Kau dah lupa.Ker nak aku ingatkan balik."Aus berjalan menggelilingi Qayra.Qayra dah rimas.
"Tak perlu rasanya.Tuan Aus pun tahu kan kita macam mana.Saya rasa Tuan Aus kena ingat balik apa yang Tuan Aus cakap.Pergi baca balik apa yang tertera dalam perjanjian."Qayra mengingatkan Aus.
Aus masih memandang tajam pada Qayra.Qayra betul-betul lemas dan rimas dengan sikap Aus.
"Malas saya nak cakap dengan orang macam awak ni.Sendiri cakap sendiri buat-buat lupa."Kata Qayra dengan geram.
Aus tarik tangan Qayra.Meronta kecil Qayra.
"Lepaslah.Awak nak apa lagi.Tak puas hati!Saya dah bersedia.Awak tak perlu risau.Sebaik awak lafaz,saya akan terus pergi dari sini.Baru puas hati awak kan!"Kata Qayra sambil mengawal ton suara.Bimbang Encik Rosli dengar.
"Jangan mimpi kau nak keluar senang-senang dari sini!"
"Jadi awak nak buat apa?"
"Buat apa yang boleh aku buat."
Qayra ambil tangan Aus.
"Awak nak pukul saya.Pukul lah sampai awak puas hati.Dah alang awak bencikan saya.Pukul saya!"Qayra angkat tangan Aus untuk menampar pipinya.
Qayra pejamkan mata.Andai itu dapat puaskan hati Aus.Tangan Aus mendarat di pipi kiri Qayra.Qayra dah pejam mata sambil air mata menitis keluar.
Bukan tamparan yang dia dapat tapi usapan.Qayra terdiam sebentar.Aus terus melangkah pergi.
Apa yang Aus lakukan.Kenapa sikap Aus sukar untuk Qayra meneka.Qayra tidak mahu berharap apa pun.Apa yang dia tahu dia harus bersedia untuk pergi dari sini.
Qayra tidur dengan linangan airmata.Sudah lama dia tidak menangis.Dia rasa sedih akan diri sendiri.Benci Aus pada dia tak pernah surut.Jelas Aus hanya mempermainkan perasaan dia.Lepas ni dia tidak akan terpedaya lagi dengan sikap Aus yang sekejap nampak baik pada dia.
Share this novel