Bab 45

Drama Series 9550

"ABANG ada meeting dekat luar.Nanti sayang nak balik tumpang abah.Abang dah bagitahu abah."

Masuk kali ini sudah tiga kali Aus meeting di luar.Kebelakangan ini dia kelihatan sibuk.Tak tahu apa yang penting sangat.Selalunya customer akan datang ke ladang.Jarang sekali berjumpa diluar.

Qayra malas mahu bertanya banyak.Bimbang Aus tidak suka Qayra mengawal dirinya.Dan Qayra percayakan Aus.Layanan Aus padanya masih baik cuma kebelakangan ini semakin kurang perihatin Aus padanya.

Qayra mengingatkan diri agar tidak terlalu mengharap perhatian Aus.

Di rumah pun Aus kerap keluar malam seorang diri.Ditingalkan Qayra di rumah.Dia juga sudah jarang pulang ke rumah Encik Rosli.Hanya Qayra yang sering berkunjung ke sana.

Puan Fatin jatuh sakit pun,Qayra yang uruskan ke hospital.Aus hanya datang melawat sekali sahaja.

Perubahan pada Aus kadang menjadi tanda tanya Qayra.Bila disoal Aus tetap sangkalkan.

Hinggalah pada suatu hari Khadeeja mengajak Qayra untuk menemaninya membeli barangan baby.Qayra sedikit teruja mahu menemani sahabat baiknya itu.Senyap-senyap Deeja sudah berbadan dua.Dia pula masih belum ada rezeki.

"Lama tau aku tak keluar dengan kau.Nasib abang Zain kasi keluar jugak.Tu pun macam-macam pesanan yang aku kena ingat."seloroh Deeja.Bukan senang Zain nak lepas dia keluar seorang diri sejak dia hamil.

Terasa rindu pada Qayra yang sudah lama tidak berjumpa.Sejak dia mengalami alahan yang teruk,Zain bimbang akan kesihatannya.Kalau nak keluar pun mesti ada Zain sekali.Tapi hari ini dia terlepas juga bila nama Qayra 'digunakan'.

"Dah tu kau asyik muntah pening.Tak naklah aku kacau kau.Ni dah okey ker.Kuat juga kau jalan."
Qayra tawa melihat Khadeeja masuk keluar kedai jenama bayi.Laju pula tu berjalan sampai Qayra terpaksa melangkah laju mahu menyaingi Deeja.

"Sekarang dah okey.Macam magic tau.Dah masuk enam bulan ni rasa seronok pulak dapat makan semua benda.Kalau tak asyik muntah memanjang."cerita Khadeeja.

"Ni kau lapar lagi tak.Kalau lapar kita pergi makan dulu."

"Amboi!kau macam perli pulak.Baru saja kita makan nasi ayam penyet.Sampai buncit dah perut ni."Khadeeja ketawa kecil.

"Mana tau kot lapar lagi.Aku kesian dekat kau.Nampak macam berat saja perut tu."

Dia tengok perut Deeja kedepan.Ada kala Deeja memegang pinggang.

"Mana ada berat.Nanti kau mengandung tahu lah.Seronok tau."ceria dan berseri muka Deeja.

"Hmmm...lambat lagi."kata Qayra perlahan.

"Mana tahu rezeki kau pulak lepas ni.Selalu orang kata boleh jangkit tau.Tambah bila ada kawan kita mengandung.Automatik jangkit.Aku doa lepas ni kau pula.."Deeja mengaminkan doanya.

"Aminn..mana tahu kan."sambung Qayra sedapkan hati sendiri.Dalam hati mencongak mengira jarang tidur bersama Aus sejak Aus asyik sibuk.

"Abang Zain cakap jarang dah jumpa Aus sekarang ni.Asyik busy saja."

"Aah.. dia sibuk sikit sekarang."jawab Qayra.

"Patutlah abang Zain merungut.Nanti kita keluar lepak berempat nak tak.Sebelum aku meletup.Kita pergi cuti kat mana-mana ker."cadang Deeja.Dah hilang alah ni dia rasa nak bercuti mana-mana tempat sebelum berpantang.

"Larat lagi ker kau.Aku takut kau terberanak awal."Qayra ketawa kecil.Semangat kuat betul Deeja ni.

"Aku kalau nak jalan memang larat.Tapi kat rumah buat mengada sikit.Semua abang Zain yang buat.Masa ni lah nak manja dengan suami sendiri."Deeja sengih.

"Amboi! kau.Seronok lah tu kenakan abang Zain.."mereka berdua ketawa sambil membelek barangan bayi.

Teruja sungguh Khadeeja memilih beberapa barangan bayi.Qayra pun sama.Suka dia melihat barangan bayi yang disusun atur dengan kemas atas rak.Senang pelanggan mahu memilih.Dari lampin pakai buang baju hinggallah permainan bayi.Semuanya nampak comel saja.

Ini kali pertama Qayra masuk ke kedai barangan bayi.Selalu nampak dari luar saja.Patut Deeja sangat teruja walahal dah banyak kali dia datang dengan Zain.
Deeja...Deeja.Excited sungguh bakal ibu muda ni.

Sempat juga Qayra berangan jika ada rezekinya nanti pasti akan ke sini juga.Baju kecil yang sangat comel.

"Kan aku dah cakap.Bila masuk kat sini rasa nak pilih semua.Cuba kau bau baju ni macam bau baby kan..lembut saja."Deeja mencium sepasang baju bayi berwarna putih.

Qayra angkat dan cium.Memang betul.Macam bau baby.Lembut dan menyenangkan.

"Ambil aura.."bisik Deeja buatkan Qayra tersenyum suka.

"Kenapa kau beli baju semua putih?"hairan Qayra melihat Khadeeja memilih warna putih sedangkan baju berwarna dan bercorak pun cantik-cantik.

"Sebab tak tahu lagi jantina baby.Nanti dah tahu baru boleh beli baju warna."

"Oh macam tu.Ingat dah tahu.."

"Baru lagi..nanti dah masuk lapan bulan baru nak scan.Surprise sikit."

"Ni kau ada apa lagi nak beli."

"Setakat ni cukuplah."Deeja menunjukkan kedua belah tanggannya tergantung beg kertas.Yang Qayra bawa pun dia punya jugak.

"Untuk baby..."Qayra tunjukkan sebuah beg kertas lagi.

"Thank you acik Qayra.."terharu Deeja.

"Apa pulak acik..tak glamour lah..ibu lah.."

"Aku umi.."mereka sama-sama ketawa gembira sambil berjalan keluar dari kedai.

"Aku laparlah.Jom kita makan steamboat.Dah lama tak makan."

"Dah agak kau mesti lapar balik kan."

"Itu semestinya.Harap badan aku tak gemuk lepas bersalin."

"Gemuk pun tak apa abang Zain sayang..."

Deeja mencebik suka.Gemuk tak apa masalahnya nak kurus balik susah juga.Tapi untuk baby,umi sanggup.Sambil mengusap perutnya yang kian membesar.

Mereka turun ke tingkat bawah.Pelbagai restauran makanan ada di situ.Kedai steamboat terletak di hujung sekali.Mereka melewati kedai makanan yang lain.

Semasa melintasi kedai makanan western,Qayra tersentak.Sekali pandang masuk dua kali jantung rasa nak luruh.Aus ada di situ bersama...Daria.Mata Aus ikut terpandang Qayra.Deeja juga tergamam melihat.

Dalam tak sedar Qayra menghampiri meja Aus.

"Abang."panggil Qayra seperti tersekat di kerongkong.

"Buat apa kat sini!?"tanya Aus seolah terkejut dan sedikit marah.

"Teman Deeja beli barang."

Daria sikit pun tidak terkejut melihat mereka.Malah ada senyuman sinis dihujung bibir.

"Tak cakap pun nak keluar."muka Aus dah lain.

"Qayra dah text abang."

Aus mengeluarkan telefon bimbit di kocek seluar sambil mengaru keningnya.

Daria masih senyum sinis.Sakit hati Qayra melihat.Tak sangka Aus masih berhubung dengan Daria.

"Kenapa tak call?"suara Aus sedikit marah.

"Abang sibuk 'meeting' kan.Sorry ganggu abang."Qayra terasa hati.

Terus Qayra berjalan laju.Deeja mengikut dari belakang.

Aus masih belum lupakan Daria.Aus tipu dia.Geram dan sakit hati melihat senyuman Daria.Bertambah sakit hati bila Aus bercakap kasar dengannya.Adakah ini yang Aus mahukan.Balas dendam pada dia?Dugaan apa lagi untuk Qayra.

Qayra berhenti berjalan baru dia teringatkan Khadeeja.Kesian mak buyung jalan terkedek-kedek mengekorinya dari belakang.Qayra berpatah balik.Langsung tiada tanda Aus mahu memujuknya.

"Sorry Deeja.Aku terlupa kau.Jom kita makan dulu."

"Tak payah.Kita pergi tempat lain.Semak aku nak makan dekat sini.Aku faham petasaan kau."

Khadeeja sambar tangan Qayra dan berjalan tanpa menoleh belakang lagi.Sakit hati melihat Daria ada di situ.Disabarkan hati.Nasib tak hempuk muka Daria dengan beg kertas yang penuh di tangan.

Aus pun gatal.Dah ada Qayra masih cari Daria.Laki memang macam ni ker.Tak faham Khadeeja.Kalau dia jadi Qayra tadi dah simbah air kat muka dua makhluk tak tahu malu tu.

Qayra tengah sedih pun masih fikirkan pasal dia.

Bukan dia tak nampak Daria pegang tangan Aus.Ingat Aus nak pujuk Qayra tapi hampeh.Geram pula rasanya.Menyesal pula yakinkan Qayra untuk terima Aus.Dulu menangis ditinggalkan sekarang dah dapat sia-siakan pula!

Balik ni nak bagitahu abang Zain.Biar suami dia tahu perangai buruk sepupu sendiri.Eeiii! tak sabar pula.Sabar Deeja..istighfar.Kang tak sampai cukup bulan terberanak dulu.

"Kau okey ker?"

Qayra mengangguk.

"Aku minta maaf.Kalau tak ajak kau keluar tadi mesti benda ni tak jadi."

"Bukan salah kau.Aku berterima kasih kat kau kalau tak sampai sekarang aku tak tahu."lemah saja ucapan Qayra.

Baru berapa bulan kecapi bahagia kini menunggu masa putus di tengah jalan.Memang dia tak akan bahagia.

"Aku tak sangka Aus buat kau macam tu.Qayra..aku.."Deeja berasa simpati.

"Ni bukan salah kau atau sesiapa.Aku lupa..aku hanyut dengan kebahagian yang bukan milik aku sebenarnya."

"Tak Qayra.Aku akan cakap dengan abang Zain.Kami akan tolong kau."

"Deeja aku nak minta satu.Tolong jangan bagitahu abang Zain.Aku tak nak semua orang tahu.Aku kesian dekat abah..mama pun baru saja sihat.Biarlah aku sendiri yang tanggung."

"Tak boleh macam ni.Pakcik dengan makcik kena tahu.Aus nak apa sebenarnya.Kenapa tak kahwin saja dengan Daria masa kau tak ada.Sekarang buat hal.Daria pun dah kahwin.Kenapa masih nak cari Aus."Bebel Khadeeja tanpa henti.

"Dah ada laki pun sibuk nak laki orang lagi.Apa masalah dia sebenarnya.Memang nak runtuhkan rumahtangga orang ker macam mana.Geram betul!"

"Sudah lah Deeja.Aku malas nak fikir.Aku yang salah.Terlalu percaya dia..sayang dia.Aku alpa..sepatutnya aku beringat."

"Jangan salah kan diri sendiri.Aku tak boleh tahan sungguh.Rasa nak patah balik hantuk kepala dua ekor ni."kata Deeja dengan geram.

"Sabar Deeja.Aku tunggu Aus jelaskan dulu.Aku pasrah andai dia nak balik pada Daria.."

"Inilah masalah kau.Baik sangat.Kau tak ingat apa Daria buat masa sekolah dulu.Berkali kau kena marah dengan Aus.Betapa bencinya Aus dekat kau.Sebab Daria juga kan.Sekarang pun tak mustahil dia buruk kan kau!"marah Deeja sambil memandu.Terpaksa berhenti di taman tadi.Qayra nak bawa dia tak bagi.

"Habis tu kau nak aku buat apa?menangis...meraung..cukup lah apa yang aku lalui.Aku rasa kalau dia dah tak perlukan aku..baik aku pergi saja.."

"Macam tu saja?Aku rasa...eeiiii.."Khadeeja meramas bantal kecil dalam kereta.Direnyuknya melepaskan geram.

"Dah la tak payah fikir.Kang tak pasal kau pula terberanak dekat sini."

"Aku tengah geram ni!"

"Biarlah dua orang tu.Dia nak kahwin dengan Daria ikut suka dia..tak payah pening fikir.Orang dah tak sudi buat apa nak terhegeh lagi."

Turun naik dada Khadeeja.

"Masalahnya dia suami kau.Kau ada hak.Dia tak patut buat kau macam ni..aku betul-betul menyesal satukan kau dengan dia.Qayra!kau tak reti marah ker.Aku yang tengok pun sakit hati."

"Aku dah penat Deeja...andai ditakdirkan jodoh kami tak panjang..aku terima..dari aku makan hati baik aku pergi.."

Khadeeja terus menangis memeluk Qayra.Dia terlebih emosi berbanding Qayra.

"Qayra...aku sayang kau..."katanya bersama tangisan.Qayra pula terpaksa menenangkan Deeja.

"Eh!baby kau gerak lah..."Qayra letak tangan atas perut Deeja merasakan pergerakan.Betapa besar keagungan Allah menciptakan makhlukNya.

"Baby sayang ibu kan..."kata Qayra buatkan Deeja makin sebak.

"Kau ni asyik nangis nanti terkenen dekat baby baru tau.Dah-dah...lepas makan steamboat kita balik..."pujuk Qayra.Macam terbalik pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience