Bab 14

Drama Series 9550

"SAYA tak nak kahwin dengan awak!"Lantas cincin dijari dilucutkan dan diletak atas meja dihadapan semua yang ada.

"Apa Daria merepek ni!?"Marah Puan Laila.Dia semakin geram dengan sikap ambil mudah anaknya.

"Daria tak nak kahwin dengan Aus!"Ulang Daria sekali lagi.

Terkebil mata Puan Fatin.Encik Rosli dan Encik Amir turut terperanjat.Susah payah mereka mengajak Daria datang ke sini.Tiba-tiba nak putuskan pertunangan.

"Baik kalau itu yang awak nak,saya terima.Kita putus."jawav Aus tanpa berfikir panjang.

"Aus!Daria!Apa semua ni!"marah Puan Fatin pula.Bagai halilintar membelah bumi.

"Mama dengar kan dia sendiri nak putus.Nak cakap apa lagi."

"Apa masalah sampai nak putus-putus ni?"Soal Puan Fatin lagi.Tidak berpuas hati.

"Daria kenapa ni!?Kita datang ke sini untuk melawat Aus.Daria merepek apa ni?"mencerlung mata Puan Laila.Padahal semalam dia sudah memujuk Daria untuk memberi masa kepada Aus untuk kembali sembuh seperti sediakala.

"Sabar Laila.Biar mereka berdua cakap apa yang sebenarnya terjadi."Kata Encik Rosli.

"Mama tak faham kenapa Aus setuju dengan Daria.Mama rasa mesti ada benda yang Aus buat sampai Daria minta putus."Marah Puan Fatin pada Aus.

"Daria yang minta putus bukannya Aus."Bela Puan Laila sambil menjeling anaknya yang tidak menunjukkan rasa bersalah.

"Sabar semua..Kita biar mereka terangkan hal sebenar.Dah sampai ke tahap ini tak kan mereka berdua nak putus macam tu saja."

"Memang Daria yang nak putus.Apa yang Daria impikan semuanya tak menjadi."

"Daria cubalah bawak bersabar.Mama tak faham apa yang terjadi sebenarnya."Puan Fatin cuba bersikap tenang.Dia bimbang andai Daria tidak mahu berkahwin dengan Aus.

"Daria tak nak kahwin dengan Aus.Daria malu nak bersanding dengan kerusi roda macam ni.Impian Daria nak jadi seperti puteri raja yang berkahwin dengan putera idaman.Daria malu pada kawan-kawan.Tak sepatutnya ini terjadi."luahnya dengan kecewa.

"Daria tak boleh terima hakikat yang Daria terpaksa kahwin dengan Aus sebab kesian.Daria tak nak hipokrit.Daria nak suami yang sempurna."

"Ya Allah Daria.Aus bukannya tak boleh berjalan terus.Ini sementara saja."Pujuk Puan Fatin.

"Daria ni dah kenapa.Aus jadi macam ni pun sebab Daria kan.Kalau Daria tak bergaduh dengan Aus semua ni tak akan berlaku."Puan Laila bertambah panas hati dengan Daria.

"Daria sabarlah sikit.Nanti Aus sembuh lah..."

"Dah mama.Tak payah cakap lagi.Biarlah dah orang nak putus buat apa merayu lagi.Sekurang Aus tahu dari sekarang dia tak ikhlas."Aus seperti sudah redha.

"Aus dengan Daria dah fikir sehabis baik ker?Majlis hari nak dekat sangat dah."kata Encik Rosli.

"Macam mana kami nak cakap lagi.Cuba lah bawak berbincang.Dah dekat sangat majlis.Tak kan nak putus macam tu saja."Encik Amir geleng kepala.

"Mana pergi sayang Daria pada Aus?Dulu cintakan Aus tapi sekarang apa sudah jadi."Tanya Puan Laila.Dia tidak membela anaknya Daria.Dia tahu punca semua ini dari Daria.

"Aus tak nak fikir apa dah.Nak putus biarlah.Aus pun tak sakit kepala fikir pasal dia."

"Apa nak jadi dengan kamu berdua ni.Majlis dah dekat sangat.Ingat senang ker nak putus macam tu saja.Kad dah edar,semua dah tempah.Mana boleh batal last minute macam ni!"Tengking Puan Fatin.

"Daria tak nak tipu diri sendiri.Daria tak cintakan Aus.Kami tak serasi.Apa yang Daria suka,Aus langsung tak suka.Lebih baik putus sekarang dari bercerai."

Terdiam mereka semua.

Encik Amir dan Encik Rosli berpandangan.Ini adalah soal hidup dan masa depan anak mereka berdua.Pilihan di tangan mereka.Kalau teruskan pun tiada guna jika masing-masing tidak mempunyai rasa kasih sayang dan tanggungjawab bersama.

"Beginilah,kalau kamu berdua sendiri yang bersetuju.Kita putus secara baik.Memang tak boleh buat apa dah soal majlis.Nak tak nak kita terpaksa batalkan."ujar Encik Rosli dengan kesal.

Anak muda zaman sekarang memang langsung tidak fikirkan soal maruah keluarga.Terpaksa kedua belah pihak menangung malu akibat keputusan melulu mereka.Masalah kecil sengaja diperbesarkan.

"Ayah nak tanya Daria sekali lagi.Betul ker nak putus tunang?Daria tak menyesal?Aus dengan Daria dah lama kenal sejak lagi.Tak menyesal ker tak kahwin dengan Aus."Panjang lebar Encik Amir bersyarah pada Daria.

"Lebih baik putus sekarang dari Daria malu dapat suami macam ni.Dulu memang Daria cintakan Aus.Tapi bila Daria sedar kami tak serasi,Daria tak nak teruskan.Jiwa Daria terseksa.Daria nak apa yang Daria impikan.Bukannya terkubur macam tu saja."

"Takkan pasal baju kahwin tu Daria nak putus.Tak berbaloi langsung.Ibu tak tahu nak cakap apa lagi.Daria memang degil."Marah Puan Laila.

"Ibu tak rasa apa yang Daria rasa.Bukan pasal baju saja,banyak lagi yang Daria pendam.Daria tak nak ungkit apa lagi.Cukuplah setakat ini."

"Aus macam mana pula?"

Semua mata tertumpu pada Aus.

"Itu yang dia nak.Aus setuju."

"Aus ni langsung tak nak pertahankan hubungan.Memang patut Daria minta putus."Puan Fatin memarahi Aus.

"Mama nak Aus buat macam mana lagi.Dah orang tak nak tak kan Aus nak paksa.Aus pun ada maruah diri.Sebab Aus duduk atas kerusi roda ni,dia tak nak terima Aus.Sudah lah Aus pun penat nak layan karenah dia.Nak putus,putus sajalah.Nak merayu dekat dia lagi buat apa."

Susah payah Aus pusing roda untuk pergi dari situ.

"Kak Pah,Aus nak berehat."

Kak Pah berlari anak mendapatkan Aus dan menolak kerusi roda masuk ke dalam bilik. Mesti dia kecewa dan sedih.Dua tahun mereka bertunang kini di saat menanti hari bahagia mereka putus di tengah jalan.

"Abang cakap mana saya nak letak muka ni?Malu saya dekat semua orang.Kita dah jemput ramai orang.Tak kan nak hantar mesej cakap majlis batal."Puan Fatin picit kepalanya.Ketika itu keluarga menantu tak jadinya sudah pulang.Yang tinggal hanya sebentuk cincin di atas meja.

"Nak buat macam mana dah tak jadi.Terpaksa lah kita bagitau adik beradik saudara mara kita."

"Senang saja abang cakap.Saya dah tempah macam-macam tau.Hangus duit satu hal.Muka ni..muka ni saya nak sorok mana.Satu kampung ni kenal kita kot.."Puan Fatin tunding jari ke mukanya.Merah padam.

"Dah mereka minta putus takkan masih nak teruskan.Itu keputusan mereka berdua."

"Aus pun satu,tak reti langsung nak pujuk Daria.Bagi sajalah apa yang Daria nak.Bukannya rugi tang mana pun.Sekarang bukan kata rugi,tebal muka kita nak tanggung malu!"

"Ish.. awak ni.Takkan nak teruskan dah Daria yang tak nak.Awak tak kesian ker dekat Aus,dah sakit awak nak salahkan dia pula.Sepatutnya awak temankan Aus.Dia pun ada perasaan."

"Dia sendiri yang cari masalah.Pandailah dia pujuk diri sendiri."

Encik Rosli tergeleng kepala.Isterinya langsung tak boleh bawak bincang.

"Saya nak pergi bercuti.Serabut duduk dalam rumah ni.Pandai-pandailah abang cari orang utuk uruskan dia."

"Bercuti apanya dengan keadaan macam ni?Aus tengah sakit boleh awak nak tinggalkan."

"Saya dah janji dengan kawan-kawan saya lepas kenduri,saya nak pergi bercuti.Dah tempah pun.Tak kan nak batalkan."

Encik Rosli cekak pinggang.

"Dekat awak pandai pula tak boleh batal.Habis tu majlis Aus awak suruh batal.Awak memang pentingkan diri."Marah Encik Rosli.

"Cakap lah apa abang nak cakap.Sakit hati saya bila Aus tak nak pertahankan hubungan dia dengan Daria.Saya siap tempah macam-macam untuk majlis dia.Tapi dia langsung tak hargai."

"Ya Allah Fatin.Abang nak cakap macam nana lagi dengan awak ni.Kalau awak kat tempat Aus masih lagi nak mengharap ker bila orang tak nak dekat awak?Cuba fikir sikit guna otak.Main cakap saja."

"Dia cari pasal tanggunglah sendiri.Abang kalau nak teruskan juga majlis.Carilah perempuan mana yang sanggup jaga anak awak tu.Saya tak nak masuk campur."

"Sampai macam tu sekali awak fikir Fatin."

"Habis tu semua dah tempah takkan nak batal macam tu saja."

"Senang awak cakap kan.Sudah lah malas saya nak cakap dengan awak.Merepek yang bukan-bukan."

"Saya tetap akan ikut kawan-kawan saya bercuti.Lemas saya duduk dalam rumah."

Puan Fatin terus naik ke atas.Langsung tidak mahu menjenguk keadaan Aus.Encik Rosli medengus geram.Pintu bilik Aus dibuka.Tak tutup rapat pun.Sudah tentu Aus dengar apa yang Puan Fatin cakap sebentar tadi.

"Aus,abah minta maaf.Abah tak sangka benda ni akan jadi."Tunduk kesal Encik Rosli.

"Bukan salah abah.Salah Aus."

"Aus jangan ambil hati dengan mama.Nanti dah redha semua ni dia okey lah tu."

"Betul apa yang mama cakap.Aus tak pertahankan langsung.Biarlah abah.Aus minta maaf tak dapat teruskan majlis.Aus akan usaha ganti balik duit mama dengan abah."

"Bukan itu apa yang abah nak.Abah nak Aus bahagia."

"Terima kasih abah."

"Macam mana dengan kaki Aus?"

"Okey sikit abah."

Qayra tiba-tiba muncul di muka pintu.

"Maaf pakcik.Kak Pah suruh hantar makan."Qayra takut-takut.Kak Pah yang paksa dia hantar tadi.Sekarang waktu makan tengahari Aus.

"Masuklah Qayra."

Perlahan dulang diletakkan sebelah katil Aus.

"Qayra keluar dulu pakcik."

Menonong dia keluar tak pandang muka Aus dah.Kalau tak kerana Kak Pah minta tolong tak ingin Qayra masuk ke situ.

Encik Rosli menghantar pemergian Qayra dengan senyuman nipis.

"Makanlah Aus.Patut pun dah pukul satu."

"Aus nak teruskan majlis."terhenti langkah Encik Rosli yang mahu keluar.Tadi nekad tak teruskan majlis sekarang nak pula.Yang mana satu Aus ni.

"Qayra."ucapnya sepatah.Tercengang Encik Rosli sebentar.Tiba-tiba Aus sebut nama Qayra.

"Apa maksud Aus?"Encik Rosli pandang Aus pelik.Takkan dengan Qayra.

"Aus nak teruskan majlis.Dengan Qayra."kata Aus dengan wajah serius.

"Dengan Qayra?"Encik Rosli kurang percaya.

Aus mengangguk.Encik Rosli hilang kata-kata.Sukar untuk percaya.

Share this novel

NAT
2025-03-15 17:05:11 

Aus saja nak Dera Qayra ni...


NovelPlus Premium

The best ads free experience