Bab 6

Drama Series 9550

"KAK Pah, betul ker nak pergi dengan kereta ni?"tanya Qayra inginkan kepastian entah kali yang ke berapa Qayra bertanya.

"Ishh! Qayra ni..kan Kak Pah dah cakap.Iya!Kenapa tak percaya lagi.Masuklah cepat.."gesa Kak Pah.

Perlahan Qayra buka pintu dan duduk disebelah Kak Pah.Kak Pah yang memandu.

Perlahan Qayra tutup pintu.Tak rapat.

"Kuatlah sikit.Macam tak makan saja."rasa tadi dia dah bagi Qayra sarapan roti bersama telur tiga suku masak.Masih lembik lagi budak ni.Lepas ni nak bagi makan telur ayam kampung pulak.Biar bertambah tenaga.

"Dia tak marah ker?"Qayra masih ragu.

"Siapa?Aus?tak marah lah.Dia memang tak guna dah kereta ni.Dari tersadai macam tu,Fatin suruh Kak Pah bawak pergi beli barang."

Qayra perhatikan sekeliling dalam kereta.Masih elok dan seperti jarang digunakan.

"Awat Qayra.Cuba duduk elok-elok.Kereta ni selamat.Kak Pah jamin."Hairan Kak Pah bila Qayra seperti tidak senang duduk.Asyik perhati sekeliling kereta.Keluar terus bahasa Kedah dia.

"Bukan Kak Pah.Qayra takut tuan kereta ni marah."

"Tak marahlah.Aus dah tak guna kereta ni.Dia kan dah ada kereta Honda."

"Jadi dia tak guna dah la kereta ni."

"Memang tak guna langsung."

Qayra hanya diam masih meneliti keadaan kereta.Kusyen kereta masih elok.Wangi pulak tu.Setahu Qayra kereta ini hadiah dari Pakcik Rosli sempena hari lahir Aus yang ke lapan belas tahun juga.Qayra dapat skuter dia dapat kereta.

Masa mula-mula dapat kereta ni boleh katakan hari-hari Aus gilap kereta.Kalau boleh satu habuk pun dia tak kasi hinggap.Bangga sungguh Aus masa tu dapat bawa Myvi hitam ni.Qayra ingat lagi.Aus marah bila Qayra tersentuh sikit kereta dia.

"Sanalah!Calar nanti!"

"Terkena sikit saja pun."Qayra hanya lalu di sebelah kereta.Ruang parking laman sebesar alam boleh dia park dekat lorong laluan masuk ke rumah belakang.

"Kalau calar kau nak bayar!?ada duit!?"dengan nada tinggi Aus marah dia.

Qayra geleng.

"Dah tahu tak ada duit jangan berangan nak sentuh kereta aku!"kata Aus dengan sombong.

Pedas sekali sindiran Aus hingga sekarang Qayra masih lagi ingat.Bagai terngiang-ngiang dekat telinga walaupun sudah bertahun berlalu.

"Balik nanti Qayra bawa pulak."timbul suara Kak Pah disebelah.

"Tak nak lah Kak Pah.Qayra tak ada lesen."bohong Qayra.Padahal masa dekat universiti dulu,Deeja paksa dia ambil lesen kereta.Setakat bawa dekat-dekat boleh lagi.Kalau jauh masih kurang mahir.Itu pun dia ganti-ganti pandu dengan Deeja untuk ke kampus.

"Iya ker tak ada lesen."

"Kak pah pandu lagi cekap dari Qayra.Qayra nak masuk parking pun lambat.Baik naik skuter lagi cepat sampai."

"Lama-lama nanti cekap lah."

"Jomlah kita masuk beli.Banyak ni nak kena beli."Kak Pah sudah memakir kereta di kawasan market.

"Amboi banyaknya.."hampir terbeliak biji mata Qayra membaca senarai barang yang harus dibeli.

"Sebab tu assistant diperlukan.."gurau Kak Pah.Qayra ikut terhibur.Bermula dari bahagian barangan basah hinggalah ke barangan kering.Penuh troli kecil yang di bawa Kak Pah sampai tak cukup tangan.

Boleh tahan juga harga barangan sekarang.Macam nak terkeluar biji mata melihat harga yang ditawarkan peniaga.Boleh katakan semua harga 'kayangan' belaka.Macam manalah rakyat nak berjimat kalau harga barang makanan pun dah melambung tinggi.Terbayang keadaan keluarga yang susah.Macam mana lah mereka makan seharian.Nak pula yang ada ramai anak.Kesian anak-anak kecil yang belum mengerti bertapa 'kerasnya hidup' di zaman sekarang.

Macam keluarga Maksu Suria.Dulu anak-anak masih kecil dan ramai.Nak makan pun jenuh bercatu.Sebab tu Maksu Suria tidak dapat menjaga Qayra.Sekarang Alhamdulillah semua anak-anak Maksu Suria dah bekerja.

Abang Azam,kak Aina dan abang Aiman sudah bekerja di sektor kerajaan.Kak Aina guru sekolah rendah,abang Azam anggota polis manakala abang Aiman pula bekerja di pejabat tanah.Bagus semuanya anak-anak Maksu Suria.Walaupun dulu pernah hidup dalam kemiskinan mereka berjaya bangkit mengubah nasib keluarga.Hanya Alin dengan Aira sahaja yang masih belajar.

Boleh katakan sekarang hidup Maksu Suria sekeluarga sudah senang berbanding dahulu.Paksu Ilham pula sudah boleh berehat dirumah tak perlu keluar memandu lori lagi.

"Kita nak masak apa ni Kak Pah?"tanya Qayra.Ayam daging semua Kak Pah siap basuh.Ikan pun siap bersiang dan dimasukkan dalam bekas.Di asing sepsiap mengikut jenis ikan.

"Hari ni kita buat nasi tomato,ayam masak merah,daging masak hitam.Sayur kita goreng buncis."Kata Kak Pah mengatur menu makanan.

"Baik bos!"Qayra tabik.Kak Pah masak memang sedap.

"Qayra tolong kupas bawang besar,bawang putih,halia.Nanti dah siap,tolong potong kacang buncis pula."arah Kak Pah sambil tangannya ligat melumurkan garam kunyit pada isi ayam yang telah dipotong.

Daging lembu pula diperap dengan serbuk ketumbar,serbuk jintan putih,kicap pekat dan gula perang.Perap selama setengah jam supaya bahan perap meresap ke dalam daging.

Ayam yang telah siap digoreng separuh masak pulak diketepikan.Kak Pah tumis bawang besar,bawang putih,halia dan empat sekawan.Kemudian dimasukkan cili kering yang telah dikisar sampai pecah minyak.Masuk sos cili,sos tomato dan air.Ayam dimasukkan bila kuah mendidih dan digaul rata.Letak garam,gula dan perasa.Bawang besar Kak Pah potong bulat dan tabur atas ayam bersama hirisan tomato.

"Qayra potong timun nanas.Kita buat jelatah.Baru ngam makan dengan nasi tomato."

"Okey bos!"Qayra menurut perintah.

Kak Pah buka peti sejuk dan keluarkan puding mangga.

"Wah! puding yang Qayra buat pun dah beku elok.Tak sabar nak rasa ni.Kejap lagi kita makan sama-sama lepas hidang dekat tetamu."

"Tak tahu lah sedap ke tak."Qayra merendah diri.Belajar memasak pun dengan kawan-kawan di rumah sewa waktu belajar dulu.Asyik makan luar saja poket pun cepat kering.Pengalaman bersama kawan-kawan serumah memang seronok.

"Pah semua dah siap ker?Tetamu nak sampai dah."Puan Fatin muncul didapur.Hampir terkejut mereka berdua.

"Siap dah.Kejap lagi saya hidang."

"Qayra nanti duduk makan sekali."Encik Rosli pula masuk ke dapur.

"Ni kan family bakal menantu kita.Tak payah la nak ajak orang lain."

"Makan saja pun.Lagi pun dah lama Qayra tak makan sekali kita."

Puan Fatin tarik muka.Qayra tahu Puan Fatin tidak suka.

"Eh..tak apa pakcik.Qayra makan dengan Kak Pah.Lagi pun banyak lagi kerja yang belum selesai."Qayra menolak.

Encik Rosli tergeleng melihat tingkah laku isterinya.Dia terus menuju ke ruang tamu kerana terdengar suara orang memberi salam.

"Cepat hidang sikit Pah.Tamu saya dah sampai."gesa Puan Fatin tanpa sikit pun memandang Qayra.

Qayra tidak terasa hati.Dia sudah lali.Dia tahu kehadirannya dari dulu tidak di alukan.

"Jom Qayra tolong Kak Pah hidang lauk ni semua."

"Baik Kak Pah."Qayra membantu mengangkat semua lauk pauk dan dihidangkan atas meja makan.

"Jemputlah duduk.Mari kita makan terus lagipun dah waktu makan ni."pelawa Encik Rosli kepada tetamunya.Aus terus mengambil tempat di sebelah tunangnya.

"Daria ada bawa cupcake.Abah dengan mama rasa lah."kata Daria sambil meletakkan kotak berisi cupcake di hujung meja.

"Ya-ya.."jawab Encik Rosli.Daria tersenyum sengih tanda bahagia.Tak payah susah payah ambil hati bakal mentua.Mereka sekeluarga memang sudah sedia menerima dia sebagai menantu.Untung dia.

"Jemputlah makan semua.."pelawa Puan Fatin.

"Woww!nasi tomato.Lepas ni makan nasi minyak lah kita.."gurau Puan Laila ibu Daria.

"Mesti.Saya dah tak sabar⁸ nak sambut menantu."kata Puan Fatin sambil tersenyum menatap wajah Daria.

Daria tersipu malu di sebelah Aus.Aus hanya bersahaja.Tiada sebarang riak keterujaan.

"Puding pun ada.Saya suka."kata ibu Daria lagi.

"Rasalah.."mendatar saja suara Puan Fatin sebab dia tahu Qayra yang buat.

"Mana Qayra kenapa tak ajak makan sekali?"tanya ayah Daria tiba-tiba.

"Ada kat dapur tengah tolong Pah."beritahu Encik Rosli.

"Lama tak tengok dia."kata Puan Laila pula.

"Kejap lagi saya panggil.Mari kita makan dulu.."jawab Encik Rosli sambil mengerling dengan ekor mata melihat Puan Fatin seperti tidak senang duduk bila nama Qayra disebut.

"Pah,sedap puding mangga.Nanti buat lagi ya."puji Puan Laila.Dia terus ke dapur mahu melihat Qayra.Bukan dia tidak kenal Qayra.Dulu semasa Daria di asrama,kerap dia terserempak Qayra.Gadis itu sangat bersopan santun.

"Bukan saya yang buat..ni ha orang sebelah.."Kak Pah tunjuk Qayra.

"Pandai Qayra buat.Nanti boleh ajar makcik."

"Boleh makcik.Senang saja nak buat."jawab Qayra dengan senang hati.

"Qayra pun dah lain sekarang ni.Makcik tengok makin cantik.Tak lama lagi Qayra pula lah kot.."usik Puan Laila.

Qayra tercengang tidak faham maksud Puan Laila.

"Budak ni bukan faham.Maksud Makcik Laila lepas ni Qayra pula kahwin."terang Kak Pah.

Qayra sengih.Kening digaru.

"Dah ada calon ker?"risik Puan Laila.Dia sudah berkira mahu menjodohkan dengan anak saudaranya.Sesuai sangat.

Qayra hanya geleng.

"Qayra ni memang macam ni.Kalau tanya pasal boyfriend terus malu.Saya dah tanya banyak kali dia tak nak bagitahu."tokok Kak Pah.

"Tak ada lagi pun tak apa.Mana tahu jodoh orang dekat sini saja."Puan Laila kulum senyuman.

"Ehemm..."Puan Fatin masuk ke dapur.

"Jom Laila kita ke depan.Nak bincang pasal majlis."Puan Fatin mengajak ibu Daria ke ruang tamu.Dia tidak suka bakal besannya berbaik dengan Qayra.

Qayra sudah lali dengan sikap Puan Fatin yang selalu memandang rendah rendah pada dia.

Qayra dan Kak Pah kembali menyudahkan kerja mereka yang masih tergendala.Selepas selesai baru mereka berdua makan bersama.Becok mulut Kak Pah bercerita itu ini dan hal semasa.Kak Pah tidak lagi sunyi sebab dah ada kawan untuk dengar dia berceloteh.Kalau tidak hanya kucing saja tempat dia berkongsi cerita.Kak Pah..Kak Pah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience