"MAMA tak faham dengan Aus ni.Daria datang nak pujuk Aus kenapa tak nak?"
"Jadi semua ni rancangan mama."selar Aus sedikit marah.
"Mama nak satukan Aus dengan Daria.Tak salahkan?"
"Aus tak nak!"bentak Aus.
"Kenapa?Apa yang buat Aus tak nak.Setahu mama Aus sayangkan Daria.Cintakan Daria.Mana pergi semua tu."Puan Fatin tidak mahu mengalah.
"Itu dulu.Sekarang semua tu dah tak ada lagi."
"Tak ada macam mana.Mustahil sangat tiba-tiba Aus boleh berubah sampai macam ni.Jangan cakap Aus dah suka kan dia tu."Puan Fatin mendengus marah.
"Jangan merepek boleh tak mama.Aus tak nak ada kaitan dengan Daria lagi.Cukuplah apa yang Aus dah lalui."
"Mama bukan merepek.Tapi dari cara Aus sekarang masih nak simpan dia tu,mama rasa ada sesuatu antara Aus dengan dia?"Syak Puan Fatin.
"Mama jangan nak masuk campur hal Aus.Tahu lah Aus uruskan."
"Oh..sekarang dah pandai berahsia dengan mama.Sikit hari lagi Aus tipu mama pulak."
"Kan Aus dah cakap.Jangan masuk campur urusan Aus.Mama sendiri tahu kan yang Aus tak suka dia.Jadi jangan fikir yang bukan-bukan."
"Baguslah Aus masih waras.Mama nak Aus tumpukan pada Daria."
"Tak habis Daria..Daria..Daria.Boleh tak mama stop sebut pasal dia.Aus memang tak akan terima dia."semakin tinggi suara Aus.
"Tengoklah sikap Aus.Macam mana Daria tak merajuk.Aus pentingkan diri tau tak!"marah Puan Fatin.
"Aus pentingkan diri?Mama dah lupa atau buat-buat lupa.Aus masih belum hilang ingatan.Dia sendiri yang tinggalkan Aus,sekarang nak kutip balik.Mati hidup semula pun Aus tak akan balik pada dia."
Puan Fatin ketap bibir.
"Kalau mama jadi Daria pun mama akan buat benda yang sama."
"Maknanya mama tak ikhlas.Mama yang pentingkan diri.Senang abah mama nak tapi susah abah mama tak nak."sindir Aus.
"Jaga mulut Aus.Abah tak sama dengan Aus.Jangan nak bandingkan abah dengan Aus."
Puan Fatin meradang.
"Aus cakap benda yang betul.Pompuan semua sama saja kan.Bila bahagia bersama tetapi derita ditinggalkan.Daria dah pun buat benda yang sama dekat Aus.Tinggalkan Aus saat Aus terlantar sakit.Macam tu masih dipanggil setia ker?"
Puan Fatin terdiam.
"Aus tak cuba faham hati Daria."
"Nak faham macam mana lagi.Masa bertunang dulu Aus ikut apa yang dia nak.Aus layan segala kehendak dia.Aus cuma minta dia jaga maruah Aus sebagai seorang suami pun dia tak boleh buat apa ntah lagi bila dah jadi isteri Aus."
"Bagi dia peluang kedua."Puan Fatin masih berharap.
"Tak!Aus tak akan."Aus sudah tekad tidak akan terima Daria dalam hidupnya lagi.
"Susahlah cakap dengan Aus ni.Mama nak Aus ceraikan pompuan yang tak berguna tu.Lepas ni fokus pada Daria!"
"Daria!Daria!Daria!Aus dah muak.Kalau mama nak sangat Daria tu jadi ahli keluarga kita,mama pergi pinang dia jadi madu mama."Kata Aus dengan geram.
"Aus!Kenapa biadap sangat ni!"tengking Puan Fatin.Dia sudah hilang sabar dengan Aus.
"Jangan paksa Aus untuk terima orang yang Aus dah buang!"tegas Aus.
"Apa ni bising-bising?Sampai dekat luar boleh dengar."Laju Encik Rosli masuk bila dengar suara Puan Fatin dan Aus sedang bertengkar.
"Aus ni dah berani kurang ajar dengan saya!"
adu Puan Fatin dengan nada marah.
"Aus,kenapa buat mama macam tu.Cuba bincang elok-elok."
"Abah tanya lah sendiri apa rancangan mama."Aus berasa kesal dengan mamanya.
Encik Rosli cekak pinggang.Mana satu dia mahu dengar.
"Saya cuma nak satukan balik Aus dengan Daria.Sekarang pandai-pandai dia nak jadikan Daria mak tiri dia pulak!"
Encik Rosli tergeleng.Tak habis lagi pasal hal yang dah lepas.
"Dah Aus tak nak kenapa nak paksa.Aus dah ada Qayra.Kalau awak setuju saya on saja."gurau Encik Rosli sambil tergelak kecil.Sengaja dia mahu meredakan ketegangan Puan Fatin dan Aus.
"Abang ni!"
Muncung sedepa mulut Puan Fatin.Walaupun hanya bergurau dia tidak sanggup.
"Aus dah sihat sekarang.Baik ceraikan saja dia tu.Buat apa nak simpan.Bukannya Aus suka kan dia pun."Puan Fatin tetap mahu Aus ceraikan Qayra.
"Fatin.Yang ini abang tak setuju.Ingat Qayra tu barang mainan.Bila terdesak kita gunakan dia.Bila dah tak perlu nak campak macam tu saja.Qayra pun ada perasaan.Jangan ingat abah tak tahu apa yang sedang berlaku dalam rumah ni."Keras amaran Encik Rosli.
Wajah Aus yang tadi tegang kembali mengendur.
"Qayra tetap isteri Aus,menantu kita.Jangan memandai nak suruh cerai ker apa.Dah elok kahwin nak cerai pulak.Ingat bagus sangat main dengan hukum hakam Allah."
"Waktu Aus sakit sapa yang jaga.Qayra kan.Sekarang dah sihat.Lupa.Mana tanggungjawab Aus sebagai seorang suami?Isteri tempatnya di sisi suami.Ni Aus biar Qayra duduk kat rumah belakang lagi.Abah nampak semua tu.Kalau Aus tak suka buat apa Aus minta kahwin dengan dia?"
"Diam Fatin."Encik Rosli angkat tangan mengisyarat supaya Puan Fatin tidak menyampuk.
Aus terus terdiam.Kata-kata Encik Rosli sedikit memberi kesan pada dia.
"Sebab tak ada orang nak jaga Aus.Aus dah sembuh elok,Aus lupa semuanya."
"Aus tak sakit."Aus buat pengakuan berani yang selama ini disembunyikan dari semua orang.
Keduanya menatap wajah anak mereka.Kenyataan apa yang Aus sedang bongkarkan.
Qayra yang baru masuk ke dalam juga terpaku berdiri.
"Aus tak sakit.Aus mengaku,Aus tipu semua orang dalam rumah ni.Aus berlakon sakit."Dia tahu lambat-laun dia tidak boleh merahsiakan lagi.
"Kenapa Aus buat macam tu!?"Puan Fatin dah naik hantu.Hidup-hidup kena tipu.
"Aus nak tengok siapa yang ikhlas ada dengan Aus.Ada mama kisah pasal Aus.Mama merungut setiap kali kena jaga Aus.Daria?Aus dengar apa yang dia cakap masa Aus dalam hospital.Itu ikhlas ker?Bagitahu Aus siapa yang tipu siapa sebenarnya."
"Kenapa Aus tipu kami?"Makin marah Puan Fatin.Turun naik dadanya.
"Kalau Aus tak tipu,Aus tak akan tahu.Mama bukannya sayangkan Aus.Mama buat semua ni sebab mama masih ingatkan Auni.Mama nak semua orang ikut kehendak mama.Tapi mama lupa Aus juga ada perasaan.Aus ni pun anak mama juga.Mama langsung tak pernah fikirkan perasaan Aus."Luah Aus dengan penuh emosi.Sebak.
Puan Fatin terduduk.Encik Rosli juga terduduk.Terlalu banyak yang Aus pendam.
"Aus tahu mama pun tak dapat lupakan Auni.Bila mama jumpa Daria buat pertama kali mama teruja sebab dia serupa arwah Auni.Manja dengan mama kan.Bayangan Auni muncul dalam Daria.Tapi bukan sebab tu untuk mama paksa Aus terima Daria."
"Aus tahu semuanya mama.Aus tak salahkan mama.Aus tahu mama cuma rindukan Auni."Aus tunduk menahan sedih.
"Jangan paksa Aus buat apa yang Aus tak suka."Aus mahu pergi meninggalkan ruang tamu.Dia tidak dapat menahan sedih lagi.
Dipicit matanya yang berair.Saat berpaling ke belakang,Qayra masih terpaku berdiri di situ.Qayra yang tersedar akan keterlanjuran dirinya berada disitu terus berjalan laju menuju ke pintu dapur.Tak sepatutnya dia dengar akan masalah dalam rumah ini.Dia tiada hak.
Qayra berpura tidak nampak kereta Aus sewaktu mengambil skuternya pagi tadi.Bukan dia tak perasaan dua biji mata hitam sedang merenung tajam di sebalik cermin tingkap kereta.Dia bersikap bersahaja.
"Qayra,apasal muka tu tak ceria.Ada masalah ker?"tanya Zain sebaik mereka tiba di tapak semaian.
"Tak ada apa lah."
"Ya lah tu.Selalu mulut tu pot pet pot pet.Ni diam saja.Aus buat hal ker?"
"Mana ada.Qayra okey.Tadi kata nak tengok anak pokok.Jomlah."
"Cuba senyum sikit.Ni kalau pokok tengok pun terbantut tau."Usik Zain.Qayra mula tersenyum.Ada saja Zain buat lawak.
Dari duduk termenung dalam ofis baik dia ikut Zain.Lagipun kerjanya susah habis.Laju hari ini dia buat kerja.Kak Ti ajak berbual pun dia tiada mood.Lagi cepat kerja habis lagi bagus.Rasa sesak duduk dalam ofis tambahan Aus ada dalam bilik ofis tak keluar-keluar dari tadi.
Zain memeriksa anak benih di dalam dulang semaian atau lebih dikenali sebagai sowing tray.Dulang semaian ini di perbuat daripada plastik berwarna hitam.Terdapat 104 lubang untuk menyemai anak cili.Ini sangat memusahkan proses penyemaian dan menjimatkan ruang.Dulang diisi dengan medium semaian terlebih dahulu.Cocopeat,peatmoss,dan Holland Peat.Jangan tekan terlalu padat ke dalam lubang ini kerana ia kan mengganggu pertumbuhan akar benih tanaman dan menyebabkan lambat membesar.
Biji benih semaian dimasukkan sedalam 3-5mm ditengah-tengah lubang.Ini adalah bagi memastikan anak benih mendapat ruang yang mencukupi untuk membesar dengan seragam.
Penyiraman menggunakan pam spray dilakukan dua kali sehari dengan berhati-hati agar biji benih tidak beralih tempat.
Dulang semaian ini diletakkan dalam pondok khas.Ini kerana lebih terlindung dari cahaya matahari,hujan dan juga serangga perosak.Bagi menggekalkan kelempaban peatmoss dan memudahkan proses pemeriksaan dan penyiraman dilakukan.Biasanya selepas 5-7 hari sebanyak dua helai daun akan keluar dari semaian.
Apabila daun semaian telah terbuka,dulang semaian ini akan dialihkan ke pondok lain pula yang dipanggil sebagai 'rumah khusus'.Di sini anak semaian akan mendapat cahaya matahari yang secukupnya.Ia juga terlindung dari kalis seangga perosak dan kalis hujan.
"Cepat juga ya anak cili ni membesar."Kata Qayra.Dia melihat Zain memeriksa ketinggian anak cili.
"Masa macam ni kita kena letak baja.Anak cili ni perlukan nutrien yang cukup untuk membesar."terang Zain.
"Kan dah letak peatmoss.Tak cukup lagi ker?"
"Bekalan nutrien dalam peatmoss dah tak cukup.Sebab tu kena sembur baja lain."
"Oh..macam tu.Lepas ni boleh pindah ke polibeg pulak kan?"
"Belum lagi.Kena tunggu pokok cili ni betul-betul stabil baru boleh pindah."
"Berapa lama pulak nak pindah?"
"Selalunya sebulan baru boleh pindah."
Qayra mengangguk tanda faham.Patut lah anak semaian di jaga dengan rapi.Macam manusia juga.Bila dijaga dibelai dan dibaja dengan kasih sayang tubuh badan pun akan sihat dan ceria Minda pun ikut sihat.
"Zain dah habis ker?" Aus yang muncul tiba-tiba.
"Dah.Semuanya membesar dengan sihat.Lagi dua minggu boleh la alihkan ke polibeg."
Dengar suara Aus,terus Qayra membatu di belakang Zain.
"Jom kita pergi makan.Dah lapar ni."kata Aus cuba memancing Qayra untuk bercakap.
"Patut lah pun dah pukul satu.Jom Qayra."Ajak Zain.
"Tak apa lah abang Zain hantar Qayra balik ofis.Qayra dah janji dengan Deeja."
"Deeja?Abang Zain tak tahu pun dia nak datang."Zain tak keruan bila nama Deeja disebut.
Aus pandang Zain.Zain pura ketawa.
"Macam tu boleh la join sekali."
"Errr..tak kot.Qayra ada hal sikit dengan Deeja.Maaf ya lain kali."Qayra tak mahu Zain ikut nanti pasti Aus akan ikut sama.
Zain buat muka sedih.Kecewa tak dapat jumpa buah hati.
"Okeylah.Jom abang Zain hantar balik."ajak Zain dengan perasaan malas.Nak tergelak Qayra tengok muka masam Zain..Zain bukan boleh kalau dengar nama Deeja.Teruja lain macam.
"Aku ikut sekali."kata Aus mengekori mereka hingga ke kereta.
"Tadi kau datang sini naik apa."
"Tumpang Andi."Jawab Aus terus meluru masuk ke bahagian tepi pemandu.Dia nampak Qayra mahu duduk di depan.Sebab tu laju saja dia masuk terlebih dahulu.
Qayra terus berundur buka pintu belakang.Aus senyum senget.Sengaja.Qayra buat tak tahu.Malas mahu berdebat.
Share this novel