Bab 28

Drama Series 9550

MALAS Qayra nak duduk lama dalam ofis.Kerja pun dah siap.Jadi dia ikut Zain ke ladang untuk melihat cara memetik cili.

Rupanya ada cara untuk memetik cili.Bukan boleh sewenangnya.Menggunakan kaedah yang tepat membolehkan pokok cili menghasilkan cili yang lebat.

Selama ini Qayra ingat menggunakan gunting adalah betul.Salah rupanya.Menggunakan gunting boleh menyebabkan tunggul batang cili yang tertinggal akan menutup semula tunas bunga di tapak tunggul.Dan ini akan mengambl masa yang lama untuk tapak tunggul mengeluarkan bunga semula sehingga tunggul buah cili yang berbaki gugur.

Memetik cili juga tidak boleh dilakukan pada waktu awal pagi atau ketika hujan.Ini kerana cili yang basah tidak akan bertahan lama dan mudah busuk.Petik ketika buah cili dan tangkainya dalam keadaan kering.

Sebaiknya petik cili menggunakan jari agar dapat menghasilkan buah yang lebat.Cili agak manja dan sensitif sifatnya.

Sekejap saja bakul telah penuh dengan cili yang menghijau.Satu pokok cili mampu menghasilkan lebih dari sekilo cili.

Sebelah sana para pekerja sibuk memetik cili hidup merah dan hijau.Sangat mempersonakan sekali apabila kita berbudi pada tanah.Hasilnya sangat memuaskan.

"Banyaknya cili."

"Tentulah.Semua pokok cili ni dijaga dengan rapi.Hasilnya pun bertambah."Zain tersengih.

Sebab itu cili di ladang Encik Rosli mendapat permintaan yang tinggi.Hasilnya sangat memuaskan hati semua pemborong.

"Qayra,petang ni Abang Zain nak jumpa Deeja.Nak ikut tak?"

Qayra tersenyum suka.Tak sangka kawan baiknya 'tersagkut' dengan Zain.

"Tak naklah.Nak balik rumah.Lagi pun tak nak kacau orang dating."

"Mana ada kacau.Nak keluar makan saja."

"Lain kali lah.Kirim salam dekat Deeja."Qayra sambung senyum sambil memakai helmet.

"Hati-hati bawak motor."Pesan Zain.Qayra balas dengan angkat tangan.Melucur skuternya di atas aspa jalan.

Sampai saja dirumah,Qayra disambut dengan muka ketat Aus.Tersandar elok di tepi kereta.

Qayra tak ambil kesah.Terus berjalan menuju ke rumahnya.

"Malam ni ikut aku makan dekat luar."suara Aus kedengaran di belakangnya.

Qayra buat tak endah.Masih terus berjalan.Aus mengekori di belakangnya.Sampai depan pintu Qayra berpaling.Dia tahu Aus masih di belakangnya.

"Awak ni dah kenapa?"Qayra tarik muka masam.

"Aku cakap kau tak dengar."

"Mana saya tahu awak bercakap dengan saya."

"Kau sorang saja lalu kat situ tak kan aku nak cakap sorang-sorang pulak."

Qayra melepaskan lelah.

"Cakap lah.Apa dia?"

"Aku nak kau ikut aku dinner malam ni.Abah suruh bawa kau."

"Kalau tak nak pergi?"duga Qayra.

"WAJIB!Dinner rumah kawan abah."tekan Aus.Memaksa.

"Tak apa nanti saya cakap dengan abah."dia ingat boleh paksa aku.

"Jangan degil!Aku nak kau siap tepat pukul lapan.Nah!pakai ni."Beg kertas sederhana besar di hulur.

"Apa ni?"Tercengang Qayra.Teringat tentang beg kertas tempoh hari.Kali ni Aus bagi lagi.

"Ambil!"Paksa Aus.Qayra terpaksa ambil juga bila Aus tidak mahu berganjak pergi.

"Pakai baju tu.Jangan lewat."

"Eeiii...tak nak lah!"

"Baik kalau kau tak nak aku akan masuk dalam nak pastikan kau pakai baju ni."Aus sudah menolak daun pintu rumah Qayra untuk masuk.

"Tak payah!"Halang Qayra.

"Jangan buat-buat tidur.Pukul lapan aku datang sini."Aus ingatkan Qayra.

"Ye lah..ye lah.."Terus Qayra masuk dan menutup pintu.Beg kertas dicampak ke atas sofa.Suka paksa orang.Kalau tadi ikut Abang Zain kan dah selamat.

Qayra membelek sekali lagi baju yang Aus bagi tadi.Biar betul Aus ni.Nak makan malam ker nak ambil anugerah.

"Siap ada jahitan bunga lagi."

Qayra sarungkan juga ke tubuhnya.Sangat sesuai dengan saiz badannya.Qayra pusing beberapa kali di hadapan cermin.Dress jenis kain satin berwarna biru gelap nampak cantik dan terletak elok.Tidak terlalu kembang.Senang untuk Qayra melangkah.

Qayra hanya mengenakan solekan nipis.Bahagian mata diletakkan warna coklat.Gincu bibir warna merah yang tidak terlalu garang.Nampak lembut sahaja.Pemerah pipi dicalit sedikit.Sudah lama Qayra tidak bersolek seperti ini.Tiba-tiba keinginanya untuk bersolek datang.Mungkin jatuh hati pada dress yang dipakainya.

Tudung juga jenis kain satin.Senada dengan warna baju.Dah siap merapikan tudung,Qayra mengambil kasut dan juga beg tangan berwarna silver.Ini saja beg yang dia ada.Kasut ni pun dia beli semasa majlis nikah yang mengejut.

Baru nak duduk,pintu rumah di ketuk.Qayra terus buka pintu seluasnya.Ternyata Aus di depan pintu.

Tergamam Aus.Terus beku sekejap.Atas bawah dia pandang Qayra.

"Jadi pergi ke tak?"tanya Qayra.Orang nak keluar dia halang pintu pulak.Ingat hensem dah ker.Sepasang baju suit berwarna biru gelap sedondon dengannya.

Mahu saja Qayra bertanya.Tema majlis memang warna biru ker.Dimatikan saja niatnya.

"Oh..ya ya..jom."Ajak Aus.Dia biarkan Qayra berjalan terlebih dahulu.

Aus meyedut nafas dan melepaskan perlahan.Disebalik kegelapan malam dia tersenyum.

"Mana abah?"Tanya Qayra.

"Abah dengan mama dah pergi dulu.Jadi kita dua saja lah."

Qayra berjalan menuju ke kereta Myvi Aus.

"No sayang!Kita naik kereta ni."Aus berjalan menuju ke kereta barunya.Baru seminggu keluar.Toyota Fortuner berwarna putih menggantikan kereta Honda yang kemalangan tempoh hari.

Aus bukakan pintu untuk Qayra.Qayra masuk.Dia rasa satu kelainan pada perasaannya.Cepat ditepis.

"Jom kita."Kata Aus sambil memulakan permanduan.

Qayra hanya mendiamkan diri.Orang dah bagi naik kereta baru baik duduk dendiam.Merasa juga Qayra naik kereta mewah.Sejuk.Masih bau kedai.

Kereta membelok di hadapan Hotel Impian.Patutlah kena pakai cantik.Dinner kat hotel rupanya.

Mujur dah sampai.Sejuk hingga ke tulang.Rasanya Aus sudah perlahankan suhu aircond tadi.Masih terasa dingin.Sejuk tapak tangan.
Setelah meletak kereta,mereka berjalan beriringan masuk ke dalam lift.

Aus mencapai tangan Qayra.Sedaya upaya Qayra cuba lepaskan namun tidak berjaya.

"Aku nak panaskan kau."Bisik Aus.Dari dalam kereta Qayra asyik menggosok tapak tangan.Sejuk.

Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam dewan.Ramai jemputan telah hadir.Sikit pun tangan Qayra tidak Aus lepaskan.Sebelah tangan lagi sibuk bersalaman dengan rakan perniagaan mereka.

"Wah! Aus.Hari ni baru dia tunjuk isteri dia."Usik seorang lelaki di pertengahan umur.Lebih kurang sebaya dengan Encik Rosli.

"Mestilah dia sorok.Isteri dia cantik."Puji isteri lelaki tadi.

"Ada saja uncle ni.Ni Qayra.Uncle Adam dan Auntie Su."Aus memperkenalkan Qayra kepada mereka berdua.

Qayra menyalami tangan auntie Su.Manakala dengan uncle Adam,Qayra hanya menunduk sedikit kepala.

"Terima kasih Aus sudi datang dengan Qayra.Bukan senang tau nak jumpa.Nanti datang lah selalu ke hotel kami."Ucap uncle Adam.

"In Sha Allah uncle.Tahniah untuk uncle dan auntie."ucap Aus sambil tersenyum.Berseri-seri wajahnya.Tangan Qayra masih dipegang erat.

"Aus nak jumpa abah dengan mama pula."Beritahu Aus meminta diri.

"Abah kamu dekat meja depan.Jemput makan dulu Aus,Qayra.Jangan segan.Nanti nak booking bilik bagitahu uncle nak bagi bilik special untuk kamu berdua."

Aus senyum sempat dikerling Qayra yang berpura berbual dengan auntie Su.

"Uncle kamu memang macam tu,jangan ambik hati.Jemput makan ya Qayra.Nanti kita borak lagi."Auntie Su meminta diri.Dia mahu melayan tetamu yang lain pula.

Qayra mengikut langkah kaki Aus.Dah macam lembu kena seret pun ada.Ikut saja dia.

"Abah..mama."Panggil Aus.Mereka bersalaman.Daria dan ibubapanya juga semeja dengan Encik Rosli.

Tersenyum sengih Daria saat melihat Aus.

Puan Fatin memanggil Aus untuk duduk di sebelah kiri dia.Qayra langsung tidak di pelawa.

"Apa khabar Aus?"tegur Daria.Puan Fatin sudah senyum-senyum.Aus hanya anggukkan kepala.

Aus suruh Qayra duduk di sebelah Puan Fatin manakala dia duduk di sebelah Encik Rosli.

"Sayang,jom teman abang ambil makan."

Baru saja Qayra nak letak punggung sudah ditarik pergi.
Aus malas mahu bercakap dengan Daria.Dia perasan Daria berwajah masam bila tidak disapanya.

Pelbagai jenis makanan yang disajikan.Antaranya
BbQ kambing panggang,ayam bakar,sosej bakar,lobster dan macam-macam lagi.Hidangan makanan laut juga ada.Semuanya dimakan panas dan dimasak secara langsung.Tak cukup dengan itu,pelbagai jenis pasta dan juga staemboat juga ada.

Tak tahu Qayra nak makan apa.Dia mengambil daging bakar yang dicicah dengan pelbagai jenis sos.Manis pedas dan masam.Sekeping daging salmon juga di ambilnya.Ambil sikit dahulu nanti boleh tambah lagi.

Qayra kembali duduk di meja tadi.Puan Fatin berasa tidak senang.Seboleh mungkin dia mahu Aus duduk ditepinya.Dapatlah Daria berbual dengan Aus.

"Daria dari tadi asyik tanya Aus."Kata Puan Fatin.Dia tak kisah kalau Qayra dengar.

"Nak buat apa?"Tanya Aus sikit kasar.

"Saja lah.Dia rindu Aus."

Aus berdecit.Terus menyuap makanan ke mulut.

"Sayang nah rasa ni.Sedap."Tanpa amaran Aus suapkan udang yang telah dikupas ke mulut Qayra.Habis tercomot mulut Qayra.

"Meh sini abang lap."Sekali lagi Aus menunjukkan sikap yang romantik.

Daria dah peluk tubuh.Geram melihat aksi Aus.

"Awak makan lah.."Qayra berasa gugup.

"Sayang cakap apa abang tak dengar."Aus tundukkan wajah mendekati pipi Qayra.Lagi seinci nak kena.

"Abang makan lah."ulang Qayra dengan ayat berbeza.

"Sayang suap.Abang nak rasa daging tu."

Qayra terkedu sebentar.Namun tangan cekap memainkan peranan.Tahu-tahu dia dah suap ke mulut Aus.

Puan Fatin mendengus.Geram dengan sikap Aus yang tidak menunjukkan langsung minat pada Daria.

Qayra makan tanpa peduli mata Puan Fatin yang asyik menjelingnya.Hanya sesekali dia berbual dengan Daria sebab Aus sentiasa mengawasi gerak Qayra.Nak cakap lebih,Aus bagi isyarat.Tau apa.Di usap paha Qayra memberi amaran.Gatal kan Aus.Tunggu ada peluang Qayra cubit tangan dia.

"Qayra nanti balik saya nak tumpang boleh tak?"Tanya Daria.

"Bo...."Sekali lagi paha Qayra di usap.Menghantar satu getaran yang asing ke tubuhnya.

Nyit!dapat pun.Qayra pandang muka Aus.Diketap bibir.

"Sayang kenapa.Nak balik dah.Jom kita balik.Abang nak bawa sayang pusing-pusing dulu."Kata Aus sambil mengukir senyuman paling manis pada Qayra.Paha Qayra di usap lembut.

Qayra nak cubit tapi tak dapat sebab Aus sudah awal bertindak memegang tangannya.

"Aus dengan Qayra balik dulu ya.Abah,mama.Minta diri dulu uncle auntie."

Tangan Qayra dikepit.Memaksa memeluk bahu Qayra.Qayra masih bersabar sampai dekat kereta.

"Awak jangan nak ambil kesempatan!"Marah Qayra.

"Bila abang buat macam tu?"Aus kulum gelak.Padahal dalam hati dah berkekek tawa.

"Tadi tu...awak..awak.."

"Abang buat apa?"

"Malas lah cakap dengan awak."Qayra terus rentap tali pinggang.Malangnya tersekat.Tak kan baru beli dah rosak.

"Sayang cuba perlahan sikit.Mana boleh kasar macam tu.Tengok abang buat."Aus sengetkan badan ke arah Qayra.Tali pinggang ditarik perlahan.Muka dia dan Qayra hampir bertemu.Ikut hati dia nak buat nakal tapi dia takut Qayra makin marah pada dia.

"Tengok kan senang."

"Tepilah sikit!"Qayra tolak bahu Aus ke tempat asal.

Aus kulum senyuman.Marah pun cantik.

"Sayang tidur dulu pun tak apa.Nanti dah sampai abang kejut."

"Jangan nak sayang sayang dengan saya!"
Terus Qayra berpaling ke arah tingkap.Malas mahu bercakap dengan Aus.

Aus letakkan blazer atas riba Qayra.

"Pakai ni.Nanti sejuk."Qayra buat pekak.Blazer atas riba dibiarkan di situ.

Entah ke mana hala tuju Aus.Melewati keindahan malam di kelilingi lampu-lampu jalan.Kalau tak silap Qayra,Aus ada cakap mahu pusing-pusing.Tadi Qayra ingat itu hanya alasan Aus untuk lepaskan diri dari Daria.Cemburut saja muka Daria bila Aus langsung tidak layan dia.

Qayra nak tolong pun tak mampu.Aus asyik bagi isyarat.Tak faham lah dua orang ni.Kenal punya lama dari sekolah sampai lah bercinta..bertunang.Tup tup putus.Apa masalah sebenar mereka agaknya.Aus ni pun satu macam mana Daria tak lari,muka tak reti langsung nak manis.Ketat semacam.

Eh..tapi kan.Masa mereka bertunang bukan Aus happy ker.Entah..lantak dia orang lah.Malas nak fikir.

Dia ni nak pusing mana lagi.Dah la sejuk.Mengantuk tahu tak.Dah pukul 11 lebih tak sampai rumah lagi.Qayra membebel sendiri dalam hati.Kepala disandar,mata dipejam.Tujuan nak rehatkan minda langsung tak sedar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience