Bab 15

Drama Series 9550

"PERGILAH masuk.Aus dah lapar tu."Halau Kak Pah kepada Qayra.

"Kak Pah hantar lah.Kenapa Qayra pulak."

"Tolonglah Kak Pah banyak kerja ni."Kak Pah buat muka simpati.

Qayra pula buat muka terpaksa.Kerap pula Kak Pah suruh dia hidang makan untuk bapak singa tu.

"Kejap saja.Pergi.."usir Kak Pah.

Mahu tidak mahu terpaksa Qayra hantar juga.Pintu diketuk.Qayra intai sedikit ke dalam.Dia nampak Aus sedang duduk bersandar di kepala katil.

"Err..Assalamualaikum.Nak hantar nasi."kata Qayra.Laju dia masuk dan letak atas meja di tepi katil.

"Waalaikumusalam.Tutup pintu tu."arah Aus.Tercengang Qayra dibuatnya.Masih enggan menunaikan perintah.

"Tutup pintu.Kau dengar tak."tegas Aus.

Perlahan Qayra tutup tapi tidak rapat.

"Tutup terus."

"Tak nak lah.Saya nak keluar."

"Kau jangan berani nak keluar.Tutup aku kata.Ada benda aku nak cakap dengan kau."

Qayra tutup rapat dan berdiri menyandar di pintu.Apa hal dia ni.Tak pasal kena tangkap basah.Nak cakap,cakap sajalah.Nak tutup pintu pula.

"Datang sini."Arah Aus sambil memandang tepat muka Qayra yang sedang kegelisahan.

"Awak nak cakap apa?Saya dengar.Cakap saja lah."Kata Qayra masih berdiri jauh dari katil Aus.Pelbagai andaian mula berlegar dalam kepala.

"Aku nak kita kahwin."

"Hah!"ternganga mulut Qayra.Dia tak salah dengar kan.

"Minggu depan aku nak kau sedia."

"Awak dah gila ke?Ingat saya ni anak patung.Suka hati ajak kahwin.Tak nak lah kahwin dengan awak."Terus terang Qayra cakap.Ingat dia apa.Senang terima.Ingat kahwin tu benda main-main.Otak Aus bukan dekat lutut dah ni tapi berterabur.

"Aku tak cakap habis lagi.Kau ingat aku pun nak sangat kahwin dengan kau!Kalau tak sebab maruah keluarga aku,aku pun tak ingin."

Dah tak ingin kenapa ajak?Pelik kan.

"Habis tu apa kena mengena dengan saya?"

Aus hela nafas.Bercakap dengan Qayra sekarang tidak sama dengan Qayra yang dulu.Kalau dulu Qayra hanya diam kurang membantah tapi sekarang dia harus berdepan Qayra yang dewasa dan kuat melawan cakap dia iya juga.

"Kenapa kau tak nak kahwin dengan aku?Kau ada hati dengan abah aku?"tanya Aus.Sengaja mahu menyakiti hati Qayra.

Sekali lagi Qayra terlopong.Tuduhan yang tidak berasas dan tak logik.

"Awak ni dah kenapa tuduh saya macam tu.Pakcik Rosli tu dah macam ayah saya sendiri.Dia dah banyak tolong saya.Tak kan lah saya dengan abah awak...tak logik langsung awak ni.Sengaja kan awak nak fitnah saya."Qayra ketap gigi.Geram.

"Buktikan kau kata tak ada hati dekat abah aku.Masa ni lah kau nak balas balik budi abah aku.Selamatkan maruah keluarga aku."
tekan Aus.

"Kenapa saya pula nak kena berkorban?Awak cari lah orang lain.Dah awak kemaruk sangat nak berbini.Dah elok dengan Daria,awak yang tak reti nak pujuk dia balik."

"Apa kau kata?Jangan sebut nama dia!"suara Aus sedikit marah.

"Dah tu memang kekasih hati awak kan.Sekarang dah tak boleh sebut pulak.Dulu elok saja berkepit."tempelak Qayra dengan berani.

"Aku kata jangan sebut nama dia.Aku kang..ishhh.."Aus cuba untuk bangun berdiri tapi terjatuh di tepi katil.

Laju langkah Qayra mendapatkan Aus yang terjelopok di lantai.Dia nak pegang tapi serba salah.

"Awak..awak okey ke?"melihat Aus sudah terdampar di lantai dengan kerutan di muka.

"Okey apanya.Kau tak nampak aku jatuh.Lagi nak tanya.Cepat angkat aku!"

"Ya-ya."Qayra capai kain selimut dan lapik atas tubuh Aus.

"Kau ingat aku ni haram sangat ke sampai nak berlapik bagai."

Memang haram!Cakap kang marah pulak.

"Nak saya tolong ker tak nak?"

"Cepatlah!"⁰

Dah macam ni pun masih nak marah orang.
Qayra bantu juga Aus bangun dan duduk kan atas katil.Berkerut dahinya.

"Berat lah awak ni.Banyak dosa agaknya."
Qayra pekup mulut.Terlepas cakap lagi.Mulut ni pun satu.Saja nak balas dendam kan.

"Amboi kau tak sayang mulut."perli Aus.

"Dah betul berat.Saya cakap benda yang betul."

"Sini kau."Aus tarik lengan Qayra.Terdorong Qayra ke depan.

"Eiii... lepas lah.Saya jerit kang."

"Jeritlah biar satu rumah tahu kau cuba nak buat benda tak senonoh dekat aku."

"Gila lah awak ni!Malas layan."

"Nanti dulu.Aku tak habis lagi.Apa yang aku cakap tadi kau kena ikut."

"Kalau tak nak?"

"Kau seronok tengok keluarga aku dapat malu.Sikit pun kau tak kesian dekat abah."

Qayra hela nafas.Kahwin kot bukan benda mudah.Pandai Aus gunakan pakcik.Ini yang buatkan hati Qayra lemah.

"Saya kesian dekat pakcik.Tapi.. tak kan lah sampai saya nak kena kahwin dengan awak.Kita dah macam adik beradik.Mana boleh adik kahwin dengan abang."

"Bila masa kau jadi adik aku?Kau jangan nak berangan nak ganti tempat adik aku.Kau tetap orang luar sampai bila-bila."

Terus berubah riak muka Qayra.Kan dah cakap.Sampai bila pun Aus tak kan terima Qayra dalam keluarga dia.

"Kau tak payah nak buat muka sedih.Kita buat perjanjian.Anggap saja hutang kau selesai sebaik aku yang putuskan bila kau patut pergi."

Aus sambung lagi.

"Sepanjang kita kahwin ni kau anggap saja untuk balas setiap budi abah aku pada kau.Aku tahu dia tak minta.Tapi sebelum keluarga aku dapat malu,aku nak kau kahwin dengan aku."

Qayra masih diam memikirkan.

"Aku bukan minta masa untuk kau fikir lama-lama.Aku bagi kau peluang.Peluang tak datang dua kali."ni dah macam paksaan pun ada.

"Betul ker apa yang awak cakap.Berbaloi ke kalau saya kahwin dengan awak?"

"Aku tak pernah mungkir janji."nada Aus serius.Qayra pandang Aus mencari kebenaran.

"Betul ni awak tak mungkir janji?"

Aus angguk.

"Tapi saya tak nak sebilik dengan awak."

"Kau ingat aku kemaruk sangat nak sebilik dengan kau.Tak ada selera lah aku dengan kau.Kita kahwin tapi buat hal masing-masing."

"Baguslah.Senang kerja saya."jawab Qayra dengan selamba.

"Jangan ingat nak seronok sangat.Aku kahwin dengan kau besebab.Ingat tu bila dah selesai semua ni,aku nak kau pergi jauh dari keluarga aku."

Memang betul kan kehadiran Qayra di sini tidak disenangi.

"Baik.Saya nak perjanjian hitam putih.Kalau awak mungkir janji,saya akan heret awak ke mahkamah."

"Kau ugut aku?"

"Dah tu ingat awak sorang saja tak nak rugi.Saya pun tak nak."

"Ingat kau jangan bagitahu sesiapa pun tentang apa yang aku cakap ni."

"Ya saya tahu."

"Sekarang kau boleh keluar."

Qayra buat muka.Orang dah nak tolong bukan reti nak berterima kasih.Dasar bapak singa tak sedar diri.Kutuk Qayra.

"Jangan nak kutuk aku sangat.Nasib kau kat tangan aku.Ingat tu!"

Qayra jeling tajam pada Aus.Awal-awal dah ugut orang.

"Aus dah hilang akal ker nak kahwin dengan budak tu.Mama tak setuju!"bantah Puan Fatin.

"Ini keputusan Aus."

"Mama tak faham lah kenapa Aus pilih dia.Setahu mama Aus pun tak suka dia kan."

"Mama rela tanggung malu atau nak teruskan majlis?"

Puan Fatin ketandusan idea.Dia sendiri yang cakap suruh Aus cari perempuan lain untuk kahwin.

"Tak ada orang lain ke?Aus sanggup terima dia sebagai isteri Aus?Aus dah lupa dia tak sepatutnya hadir dalam keluarga kita."Puan Fatin mengingatkan Aus kembali.

"Boleh ke orang lain terima keadaan Aus macam ni.Lagipun Aus tahu apa yang Aus buat."

"Mama tak faham.Habis tu buat apa kahwin dengan dia?"

"Sampai masa Aus akan lepaskan dia."

"Mama tak nak ambil tahu pasal tu.Aus sendiri yang nak,Aus sendiri yang tanggung."
Puan Fatin memang tidak setuju dengan rancangan Aus tapi dia juga tiada pilihan.Malu sepasal bila kenduri tak jadi.Tu tak masuk kawan-kawan saudara-mara lagi yang mengutuk belakang.Dia juga sudah buntu.

Dia juga telah cuba pujuk Daria namun tidak berhasil.Daria tetap enggan berkahwin dengan Aus.

Encik Rosli terkejut bila Aus menyatakan hasrat untuk memperisterikan Qayra.Mulanya dia agak ragu tetapi Aus bijak menyakinkan dia hingga bersetuju meneruskan majlis.

"Kak Pah tumpang gembira.Kak Pah dah agak Aus tak akan salah pilih."Bukan gembira lagi Kak Pah bila dapat tahu majlis akan diteruskan dan Qayra sebagai pengantin perempuannya.

Qayra senyum segaris.Hakikatnya hanya dia yang tahu rahsia di sebalik perkahwinan yang tidak dirancang ini.Selepas segalanya selesai maka terlerai lah segala hutang budi yang perlu dia bayar pada keluarga Aus.

Sebab itu Qayra bersetuju walaupun dia tahu Puan Fatin tidak akan terima dia sampai bila-bila.Dia bersimpati atas pemergian anak perempuan, Puan Fatin.Walaupun dia tidak kenal,sikit pun dia tidak rasa mahu menggantikan tempat arwah.Tidak pernah terlintas di fikiran dia.Tapi Puan Fatin dan Aus masih menganggapnya begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience