Bab 27

Drama Series 9550

PAGI ini sejambak bunga ros merah dan juga sebuah beg kertas terletak elok di atas meja kerja Qayra.

Terkejut Qayra.Siapa yang bagi.Sempat Kak Siti Rahmah mengusik Qayra.Sangkanya tentulah Aus.Semalam hari lahir Qayra tapi siapa gerangan si pemberi.

Kad kecil bunga dibacanya.

"Happy Birthday Qayra!dari..Wajdi."Hampir terlopong Qayra.Tak sangka Wajdi tahu.

Qayra hidu sebentar.Wangi.Cepat disimpan kembali di bawah meja.Tentu Wajdi ternampak birthday Qayra di akaun Instagramnya.Qayra sengaja letak bersama Deeja sebagai kenangan di hari mendatang.

Hadiah dalam beg kertas dia simpan dahulu.
Dia memulakan tugasan seperti biasa.Tekun buat kerja hingga tidak sedar masa berlalu terlalu pantas menginjak hingga ke waktu tamat bekerja.

Qayra menunggang skuternya seperti biasa.Turut di bawa bersama jambangan bunga dan beg kertas tadi.Perlahan dia menongkat skuternya.Dia berjalan melewati tepi rumah menuju ke belakang.

Baru saja pintu rumah di buka,dia sergah dari belakang oleh Kak Pah.

"Happy birthday to you..Happy birthday to Qayra..Happy birthday to you.."Kak Pah menyanyi.

"Oh.. sweetnya Kak Pah.."Qayra berasa terharu.Kak Pah tidak pernah lupa akan hari lahirnya walaupun hanya ucapan.

"Jom kita masuk potong kek..Kak Pah buat special untuk Qayra."Kak Pah terus tarik tangan Qayra.Sempat Qayra menutup pintu rumah dan menyimpan hadiah Wajdi.

Kak Pah buatkan Cheese cake yang special untuk Qayra.Qayra potong dan suapkan ke mulut Kak Pah.Giliran Kak Pah suapkan ke mulut Qayra.

"Semoga panjang umur murah rezeki dan bahagia selalu."Ucap Kak Pah.

"Terima kasih Kak Pah."Qayra peluk dan laga kedua belah pipi Kak Pah.

"Tak tahu lah tahun depan boleh sambut lagi ker tak."suara Kak Pah bertukar sayu.

"Jangan lah sedih.Walau kat mana Qayra pergi,Qayra akan ingat Kak Pah.Ada masa Qayra datang lah melawat Kak Pah."Pujuk Qayra.

Suasana bertukar muram seketika.

"Wow!Cheese cake.Nak sikit Kak Pah."

Qayra dan Kak Pah tersentak.Aus sudah mengambil tempat di tepi Qayra.Atas table top masih berbaki kek tadi.

Aus letak beg kertas lambang 'apple' di sisi Qayra.
Qayra buat tak endah.

"Aus makanlah kek ni.Semalam Kak Pah nak panggil Qayra tapi dia dah tidur.Masih belum terlambat lagi nak ucap birthday dekat Qayra."

Qayra bermain mata dengan Kak Pah.Kehadiran Aus buatkan suasana menjadi canggung walaupun Kak Pah ada di situ.

"Err..Kak Pah.Qayra balik dulu lah."

Qayra turun dari kerusi tinggi.

"Lah.. makan lah dulu kek.Kejap lagi Kak Pah panaskan lauk makan nasi pula."

"Tak apa lah.Qayra nak mandi dulu."

Aus perhati saja Qayra pergi begitu saja tanpa menegurnya.

Qayra selesai mandi.Baru dia nak buka hadiah dari Wajdi,dia perasan beg kertas yang Aus letak tepinya tadi ada di situ.

Aus masuk sini ker.Setahu Qayra,sekali pun Aus tidak pernah masuk ke sini.Untuk apa dia beri Qayra hadiah.

Tanpa melihat isi di dalam beg tersebut pun sudah Qayra tahu.Mestilah telefon bimbit berjenama iPhone.

Qayra segera memakai selendang,rambut pun tak sempat kering lagi.Terus dia masuk ikut pintu dapur.Laju kakinya menghala ke bilik Aus.

"Nak pergi mana?"Terserempak dengan Puan Fatin di pertengahan anak tangga.

"Nak hantar barang."Qayra tujuk beg kertas di tangan.

"Jangan nak cuba goda Aus!"pesan Puan Fatin dengan muka garang.

Qayra tunduk.

"Cepat hantar cepat turun!"gesa Puan Fatin.

Qayra terus menuju ke bilik Aus.Qayra ketuk perlahan dan membuka.Dia tidak sabar mahu memulangkan kembali beg kertas tersebut.

Sikit lagi muka dia mahu bertembung dengan muka dengan Aus.Selebar mungkin Aus buka pintu dan tutup kembali seolah menyambut kedatangan Qayra ke biliknya.

Qayra letak beg kertas berlambang 'apple' di atas katil.

"Saya tak rasa ini saya punya."Sambil melangkah menuju ke pintu.

"Kenapa?Kau lebih suka hadiah lain.Perfume tu lagi mahal dari hadiah aku ni?"

Macam mana Aus tahu hadiah Wajdi adalah minyak wangi.

"Tak penting pun.Cuma saya tak boleh terima hadiah dari Tuan Aus.Saya tak nak!"

"Tak nak atau kau sengaja nak malukan aku."

"Malukan apanya.Saya tak minta pun.Bagilah pada orang lain.Saya memang tak boleh terima.Saya dah ada henfon saya sendiri."Qayra angkat henfonnya tinggi.

"Dah rosakkan.Hari tu jatuh."

"Masih elok lagi."

"Kenapa degil sangat?Aku nak kau ambil hadiah ni."Paksa Aus sambil ambil beg kertas tadi dan hulurkan pada Qayra.

"Saya tak nak!"Qayra berdegil tidak mahu ambil.

"Kalau kau tak nak,jangan mimpi nak keluar dari sini."Aus terus mengunci pintu.

"Dah saya tak nak kenapa nak paksa."

"Memang aku paksa.Kau tu degil."

Qayra mengeluh,bercakap dengan Aus tak akan pernah habis.

"Ikut suka awaklah.Saya nak keluar.Buka pintu."

"Aku tak nak buka,kau nak buat apa?"Aus bersandar pada daun pintu.

Qayra silang tangan ke dada.

"Mari dekat kalau kau berani."Cabar Aus.

Melilau mata Qayra mencari sesuatu untuk dibuat perlindungan.Mana tahu Aus bertindak sebarangan.

Aus berjalan menuju ke arah Qayra.Qayra dah tak tentu arah.Nak lari mana.Bilik ni pun bukan besar mana.Tak mahu dia terkurung dalam bilik Aus seperti tempoh hari.

Tok!Tok!

Pintu diketuk mematikan langkah Aus.Kedengaran suara Puan Fatin diluar bilik.Macam nak roboh pintu bilik bila diketuk tanpa henti.Terpaksa Aus buka juga pintu tapi hanya separuh.

"Ya mama.Nak apa?"

"Kenapa kunci pintu?"Tanya Puan Fatin.Dia mahu masuk ke dalam.

"Ini bilik Aus.Kenapa tak boleh kunci."

"Dia buat apa dekat dalam?"Puan Fatin sedikit marah.

"Buat apa lagi,tengok suami dia lah.Kenapa mama nak tahu hal Aus suami isteri."

Puan Fatin mendengus.

"Aus jangan macam-macam.Bagi mama masuk."Puan Fatin cuba menolak pintu namun Aus masoh enggan membuka sepenuhnya.

"Tepi mama cakap."Puan Fatin tetap berkeras mahu masuk.

Qayra di dalam pula menolak tubuh Aus yang menghalang pintu.Aus tidak dapat menahan lagi.Depan Puan Fatin belakang Qayra.Mereka seperti sedang benganding bahu menolak tubuh Aus.

"Aus buat apa sebenarnya.Kenapa nak berduaan dalam bilik?"

"Takkan Aus nak bagi tengok kot apa yang Aus buat.Tak salah pun dia halal untuk Aus."

"Aus jangan macam-macam.Aus dah janji kan tak kan sentuh dia.."Tunding Puan Fatin ke arah Qayra setelah pintu berjaya di buka.

"Mama dah salah sangka.Kami tak buat apa pun."

"Boleh percaya ker kau ni.Entah kau yang cuba goda Aus!"

"Tak..tak.Qayra tak buat macam tu.Maaf saya nak keluar.."

Sekali lagi Aus menghalang.Siap sekat dengan tangan.

"Tepilah.."

"No,tidur sini malam ni."Aus menahan Qayra.

Puan Fatin sudah terjegil biji mata.Sukar percaya dengan apa yang Aus ucapkan.

"Aus cakap apa ni?Jangan cakap Aus dah suka kan dia?Ingat sikit tiada siapa boleh ganti tempat Auni!"

"Ma,tolong jangan masuk campur urusan Aus.Mama tak ada hak untuk halang Aus sebilik dengan Qayra."

"Aus dah lupa?Dia datang sini sebab nak rampas tempat Auni!"

"Sudah mama!Auni dah lama tak ada.Tolong sedar mama,Auni dah lama tinggalkan kita."

Terjadi pertengkaran kecil antara Aus dan Puan Fatin.
Qayra tidak tunggu lama dia mengambil peluang untuk keluar dari situ.Aus masih lagi bertikam lidah dengan Puan Fatin.Baik dia pergi sebelum jadi berpanjangan.

Kadang Qayra pelik dengan sikap Aus.Adakalanya Aus tunjuk baik kadang garang macam singa.Sebenarnya apa yang Aus nak buktikan pada Puan Fatin.

Lega Qayra bila dapat masuk tidur di rumahnya.Lenyap terus suara Puan Fatin dan Aus.Qayra tidak mahu ambil peduli.

Beg kertas yang Wajdi hadiahkan,Qayra keluarkan isinya.Sebuah kotak berbalut riben dengan tulisan Channel.Ternyata itu minyak wangi jenama Channel.Yang hairannya Aus boleh tahu isi di dalam sedangkan Qayra sendiri baru tahu.

Takkan Aus curi tengok masa Qayra keluar makan.Tak mustahil juga sebab Qayra hanya letak di bawah meja.Tapi nak kisah apa.Sapa suruh dia tengok.

Qayra sembur sedikit di pergelangan tangan.Wangi.Esok boleh cuba pakai kebetulan dia mahu keluar bersama Zain untuk membeli barang yang diperlukan di ladang.

"Maaf Abang Zain,dah lama tunggu ker?"Qayra menuju ke kereta Zain.Tersenyum Zain sambil menyandar di keretanya.

"Tuan puteri punya pasal tak ada lah lama sangat."

"Jomlah kita pergi."

"Qayra bawak tak senarai barang yang nak beli."

"Ada ni ha."Sambil tunjuk pada sebuah buku kecil di tangan.

"Macam tu jom.."

"Zain,tunggu dulu."

Langkah mereka berdua terhenti.

"Nak pergi mana?"Tanya Aus.

"Beli barang."Jawab Zain ringkas.

"Aku ikut."

"Tak apa kot.Aku pergi dengan Qayra.Pakcik suruh aku bawak Qayra."

"Aku ikut sekali.Mana tahu kau silap beli."

"Ikut suka kau lah."Zain terpasa mengalah.

Qayra terpaksa duduk di bahagian belakang.Masa abah suruh beli barang Aus cakap tak boleh tapi pagi ni boleh pula.Dia Ingat Qayra tak tahu.Sebab tu abah suruh Qayra pergi dengan Zain.

Mereka bertiga berjalan masuk ke dalam kedai menjual peralatan pertanian.Pelbagai jenis barangan ada di jual di sini termasuklah dari biji benih hingga ke jentera.

"Water hose ni nak kan?"Tanya Zain pada Qayra.

"Ya.Abang Zain tengok yang berkualiti sikit.Kalau yang lembut sangat susah nak tarik.Asyik patah saja."

Qayra masih membelek senarai di tangan.

"Botol spray nak enam.Cable tie,sudip tangan,penggembur tangan,sarung tangan..."

Tak sempat baca habis,Aus dah rampas buku kecil.

"Bagi aku tengok.Barang entah apa-apa kau beli."

Tergeleng Zain.Perangai Aus masih tidak berubah.

"Abang Zain,jom kita pergi sebelah sana.Ada sarung tangan."Qayra tunjuk sebelah kiri.

"Habis tu nak biar aku beli sorang-sorang."

Pulak tadi beria nak cari sendiri.

"Kau ni kan kalah budak kecil.List semua kat tangan kau."Zain ketawa kecil melihat kelakuan Aus.

"Temanlah.Jangan nak pergi asing-asing pulak."

Qayra mencebik tadi nak tunjuk pandai sangat.

"Nah list.Tengoklah apa yang patut."

"Qayra,lagi apa ya.Abang Zain rasa kena beli topi sama.Cuaca panas."

"Betul.Tapi tak ada dalam list barang.Boleh ker?"

"Pakcik cakap tak apa."

"Jangan nak over bajet pulak."Aus mengingatkan mereka berdua.

"Jangan risaulah."langsung tak boleh bertolak ansur.Qayra dah pilih dia letak balik.Nak jalan tepi Zain pun dia tak bagi.Semua kena ikut cakap dia.Stres betul dengan Aus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience