"SEBENARNYA apa rancangan awak?"Terus Qayra menyerbu Aus sebaik pintu bilik di tutup.
Aus duduk di birai katil memeluk tubuh sambil memandang Qayra.
"Tak ada rancangan."jawab Aus bersahaja.
"Mustahil sangat.Awak sengaja nak kenakan saya.Kenapa susah sangat awak nak lepaskan saya?Biarkan saya pergi dari sini.Selesai masalah."
Aus mengeluh kecil.
"Kenapa awak diam.Awak nak buat hidup saya terseksa baru awak nak lepaskan saya.Itu yang awak nak tengok kan?"
Aus masih bungkam.Hanya matanya saja merenung Qayra.
"Apa yang awak cakap dekat makcik tadi semuanya tipu.Saya tahu awak gunakan saya untuk lari dari Daria.Awak takut Daria kejar awak lagi sebab tu awak tak nak ceraikan saya."
Airmata mula gugur satu persatu.
"Awak hanya nak gunakan saya.Awak benci saya sejak dulu.Saya tak akan lupa."
"Saya tak tahu awak ni jenis manusia macam mana.Langsung tak ada hati perut.Mentang-mentang saya ni yatim piatu,sesuka hati awak nak buat saya macam tak ada perasaan."Qayra hambur segalanya.Dia sudah geram dengan sikap Aus.
Aus bangun berdiri menghadap Qayra.Dia meneliti setiap inci wajah Qayra yang sedang marah geram benci pada dia.Tapi dia ada alasan tersendiri.
"Saya benci awak,Aus!"Qayra berpaling mahu melangkah keluar dari bilik.
Belum sampai ke pintu,tubuhnya ditarik dari belakang hingga dia terdorong untuk berpaling.Dia ditarik ke dalam pelukan Aus.Terasa kehangatan tubuh Aus mengalir ke tubuhnya.
Qayra menolak dengan kuat.
"Jangan nak ambil kesempatan,saya benci awak!"Sedaya upaya Qayra cuba lepaskan diri dari pelukan kemas? Aus.
"Qayra..aku..."Tergagap Aus.Makin berapi kemarahan Qayra.
"Perangai awak tak pernah berubah.Saya minta sangat awak jauhkan diri dari saya.Saya tak akan ganggu hidup awak,keluarga awak lagi.Lepaskan saya dari hidup awak!"
Qayra terus pergi.Berada di dalam bilik bersama Aus buatkan dadanya makin sesak.Aus bukannya mahu meleraikan keadaan malah makin menjadi serabut.
Sesuka hati nak peluk dia.Memang ternyata Aus sengaja mahu mengambil kesempatan.Ingat dia barang permainan yang boleh disentuh sana sini.Orang macam Aus tak akan pernah berubah.Silap haribulan Qayra akan jatuh ke tangannya.Ibarat masuk ke api neraka.
Amboi Qayra.Pernah rasa ker api neraka macam mana.
"Qayra,tunggu sekejap."panggil Encik Rosli.Ketika itu mereka baru habis bermesyuarat.
Qayra kembali duduk.
"Kenapa abah tengok Qayra macam ada masalah saja.Tak ceria macam selalu."
"Tak ada apa lah.Qayra penat sikit."
"Qayra balik rehat lah.Nanti dah sihat baru datang kerja."saran Encik Rosli.
Aus yang baru mahu melangkah keluar dari bilik mesyuarat juga terhenti langkahnya.Mencuri dengar perbualan antara Encik Rosli dan Qayra.
"Baik.Qayra balik dulu ya abah.Kepala ni dah rasa pusing."
"Berehat tau.Abah suruh Aus hantar ya."
"Tak apa abah.Qayra balik sendiri."Dengar nama Aus lagi kepala bertambah sakit.
"Hati-hati bawak motor."pesan Encik Rosli.
Qayra kembali ke tempat duduknya.Bukan dia tak nampak Aus berdiri di tepi pintu bilik mesyuarat.Dia buat selamba.Sikit pun dia tidak pandang Aus.
Dia mengemas apa yang patut.Beg silang digalasnya.Dia mahu segera pergi dari situ.Tidak betah bila diperhatikan oleh Aus.Sejak dari semalam memang dia tidak ingin bertegur sapa dengan Aus.
Cepat dia keluar dari pejabat dan terus balik ke rumah.Dia memang langsung tiada mood untuk bekerja.
"Kak Pah nampak Qayra tak.Ketuk pintu banyak kali tak buka."tanya Aus.
"Dia tidur agaknya.Sebab tadi dia ada minta panadol.Sakit kepala katanya."
"Kak Pah ada kunci rumah dia tak?"
Kak Pah serba salah nak bagi atau tidak.Teragak-agak.
"Aus takut dia pengsan ker apa sorang-sorang."
"Kejap lagi bangun lah tu."Muka Kak Pah sedikit gusar.Bimbang juga akan keadaan Qayra.
"Cuba Kak Pah tengok.Mana tahu dia tak sedar.Lagipun dah petang ni."
Kak Pah terus ambil kunci dalam laci.Aus mengekori dari belakang.
Kak Pah bukakan pintu sambil memanggil nama Qayra.
"Qayra!Qayra!Dah bangun ker."Kak Pah terus menuju ke bilik.
Aus menanti di luar pintu.Kepalanya dijengul ke dalam rumah Qayra.
"Dah pukul berapa sekarang ni Kak Pah?"tanya Qayra dengan suara serak baru bangun.
"Dah 5.30 petang."
"Lamanya Qayra tidur."Kata Qayra masih mamai.
"Macam mana sakit lagi kepala?"
"Okey dah.Nasib Kak Pah kejut kalau tak memang Qayra tak sedar."
"Ada orang risaukan Qayra.."beritahu Kak Pah sambil senyum-senyum.
Berkerut kening Qayra.
"Aus ada kat luar.Qayra nak jumpa dia tak?"
Laju Qayra menggeleng.Buat sakit kepala lagi.
"Kak Pah cakap Qayra nak rehat."
"Ya lah.Kak Pah keluar dulu."
Aus yang menanti kelihatan tidak sabar mahu melihat Qayra.Sedikit hampa bila Kak Pah sahaja yang muncul.
"Dia nak rehat.Tak nak sapa ganggu."Beritahu Kak Pah.
"Aus buat apa kat situ."Suara Puan Fatin meyeringai.
"Masuk dalam.Kita ada tamu."Kata Puan Fatin sambil bercekak pinggang.
Aus ikut masuk.Dimatikan niat untuk berjumpa Qayra.
Masuk sahaja ke dalam rumah,suara Daria menyapa.
"Aus,saya memang tunggu awak."Daria tersenyum manis.
Aus terus naik ke atas tanpa menyapa Daria.Tidak dipedulikan akan Daria yang masih tercegat di situ.
"Tak apa Daria.Kejap lagi Aus turun.Dia nak mandi lah tu."Pujuk Puan Fatin.Geram dia bila Aus tidak pedulikan Daria.
Aus tahu mamanya sengaja menjemput Daria ke rumah.Boleh kata kan setiap hari Daria akan menghantar mesej mengajaknya berjumpa.Semuanya Aus tidak balas.Hairan Aus kenapa Daria masih terkejar akan dia.Sedangkan Aus sudah 'membuang' Daria dari hati dan fikirannya..
Aus turun ke bawah dengan memakai baju santai.Hanya tshirt tanpa kolar berseta seluar slack.Sangkaannya meleset sama sekali bila terpandangkan Daria masih ada di situ.Dia mahu berpatah balik naik ke atas.
"Aus!"panggil Puan Fatin.
Aus berpaling sebentar.
"Jangan nak malukan mama.Turun sekarang.Daria dah tunggu lama."keras nada Puan Fatin.
"Buat apa dia tunggu?Aus tak nak jumpa dia."
"Aus jangan buat hal.Dia tetamu kita.Tolong hormat sikit."
Ketika itu Encik Rosli juga baru turun dari atas.
"Kata nak makan.Jom lah."kata Encik Rosli.
Puan Fatin bagi isyarat mata pada Aus.Geram dengan sikap Aus yang tak mahu dengar cakap dia.
"Pakcik."sapa Daria pada Encik Rosli.
Encik Rosli hanya mengangguk.Ingatkan dah balik.Waktu maghrib baru saja berlalu,Daria masih di sini lagi.Sejak petang tadi isterinya asyik melayan Daria.Entah kenapa Daria kerap bersama Puan Fatin.Aus pula kurang selesa dengan kehadiran Daria.
Semua mengambil tempat duduk
"Mana Qayra?"tanya Encik Rosli.
Puan Fatin mencebik.
"Kejap Aus pergi panggil."Tidak sabar mahu melihat keadaan Qayra.
"Nak makan pun nak kena jemput.Ingat dia tuan puteri."sindir Puan Fatin.
"Qayra cakap dah kenyang."beritahu Kak Pah.
Terbantut kaki Aus mahu melangkah pergi.
"Dah makan tak payah panggil lah."Puan Fatin mencebik.
Daria senyum semanis gula pada Aus namun Aus tidak balas.
"Duduk Aus."Arah Puan Fatin.
Aus kembali duduk.
"Makanlah Daria.Ni ikan siakap special tau.Cuba rasa.Aus tolong potong ikan dekat Daria jap.Jauh dia tak sampai."
Aus menjeling.Geram.Puan Fatin sengaja mahu Aus kembali rapat dengan Daria semula.
"Dia ada tangan.Ambil sendiri."jawab Aus.Encik Rosli hanya diam memerhati.Termalu Daria kerana dia mengharapkan perhatian dari Aus.
Puan Fatin sibuk melayan Daria lebih dari menantu sendiri.Dengan Qayra tak pernah dia layan begitu.
"Jom kita sembang dulu.Rindu tau dengan Daria.Lama sangat tak datang sini."ketika itu mereka sudah selesai makan.
"Tu lah.Daria rasa lama tak datang sini."
"Buat apa datang sini lagi.Dah lewat malam ni tak reti nak balik."sindir Aus.
"Ada cakap macam tu.Dulu Daria selalu datang.Kalau lewat Daria boleh tidur sini."kata Puan Fatin.
"Eh.. tak apa lah mama.Daria kena balik juga."
"Macam tu tinggal saja kereta dekat sini.Suruh Aus hantar."cadang Puan Fatin.Ada saja plan mahu Aus kembali pada Daria.
Aus tersentak.Puan Fatin betul-betul mengharapkan dia dan Daria bersatu kembali.
"Dia datang sendiri pandai-pandai lah dia balik sendiri."
Encik Rosli juga tidak selesa dengan kehadiran Daria.
"Aus ni tak ada timbang rasa langsung.Dah la Daria ni perempua.Jadi apa-apa tengah jalan macam mana."
"Dia tetamu mama kan.Jadi mama sajalah hantar dia."Aus terus berlalu ke dapur.Malas mahu melayan karenah Puan Fatin.
Encik Rosli tidak ikut campur.Dia juga pelik dengan kehadiran Daria.Dari petang datang sampai sekarang hampir jam 10 malam pun tak ada tanda yang Daria mahu pulang.
"Tak apalah mama.Daria balik dulu."Daria terasa hati dengan sikap dingin Aus.Sebal hatinya.
"Geram saya dengan Aus.Kesian Daria."Rungut Puan Fatin.Encik Rosli enggan bersuara.Dia tahu niat sebenar Puan Fatin.Mujur Aus tidak termakan.
Aus berlegar mencari kelibat Qayra.Tadi Kak Pah kata Qayra ada di situ.Sekarang dah hilang.Pintu rumah Qayra terbuka luas tapi dia tiada di situ.
Aus berjalan ke halaman rumah.Tersenyum dia bila melihat Qayra duduk di buai seorang diri.Aus berjalan perlahan.Dia nampak Qayra berpeluk tubuh sambil menutup mata.
Perlahan dia menghampiri Qayra.Dia duduk di sebelah Qayra.
Terasa gegaran Qayra membuka mata.
Aus senyum.Qayra tidak balas.
"Buat apa kat sini?Sejuk ni."kata Aus.
Qayra mendengus.Aus sengaja kacau hidup dia.Baru saja sakit kepalanya baik.Jangan diserang lagi.
"Boleh tak awak jangan ganggu saya?"
"Mana ada aku ganggu kau.Aku tengok kau dah nak tertidur.Tak pasal ada yang demam kesejukan."
"Biar lah saya nak tidur sini ker apa.Kenapa awak nak peduli sangat."
"Mestilah kena peduli.Nanti kerja kat ladang siapa nak buat."
Qayra berpaling ke tempat lain.Ini ada lah masa yang sesuai untuk dia berbincang dengan Aus.
Qayra memandang Aus.Aus ikut pandang tapi dengan cara yang berbeza.
"Saya nak cakap sesuatu dengan awak."
"Cakaplah aku dengar."Aus mengesot badannya ke arah Qayra sambil tersenyum suka.Dalam hati dah melompat sakan.Qayra sudi berbual dengan dia.
"Saya rasa dah tiba masanya untuk kita selesaikan semua ni."ucap Qayra dengan berani.
Terus wajah Aus berubah.
"Tak perlu nak tunggu lama lagi.Saya tak nak jadi penghalang hubungan awak dengan..Daria.Dia masih cintakan awak.Saya tahu dia masih harapkan awak."
"Kenapa nak sebut pasal dia lagi."
"Saya nak bincang baik-baik dengan awak.Saya tak nak ada masalah lagi.Kita selesaikan cara baik.Awak dah 'sihat' sepenuhnya.Saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita fikirkan masa depan sendiri."
"Kalau aku tak nak kau nak buat apa?"
Qayra terdiam.Dia cuba menyusun ayat yang sesuai.
"Saya rasa tak ada sebab untuk kita teruskan lagi.Saya tahu saya banyak terhutang budi dengan keluarga awak.Saya akan cuba bayar balik duit abah.Awak jangan risau.Saya tak akan lari dari bayar segala yang telah saya pinjam dari keluarga awak.Saya janji."Qayra angkat tangan 'janji'.
"Kau nak bayar balik kan.Boleh.."Qayra hampir nak senyum.Dia berjaya lembutkan hati Aus.
"Jadi isteri aku sampai bila-bila."kata Aus sambil merenung ke dalam mata Qayra.
Terus ternganga kecil Qayra.
"Awak cuba faham apa yang saya cakap.Saya tak nak dah jadi isteri awak dah.Saya tak..ermm...tak pernah suka kan awak..Err..maksud saya,sikit pun saya tak ada niat nak masuk dalam hidup awak atau pun keluarga awak.."Qayra sedikit gementar dengan renungan mata Aus yang menusuk ke hati.
"Aku tak nak lepaskan kau."Aus dengan wajah serius.
"Saya tahu awak masih marahkan saya.Benci kan saya.Saya mohon dekat awak.Saya janji akan pergi jauh dari keluarga awak.Saya janji akan bayar balik segalanya.Kalau awak nak saya tulis surat perjanjian pun saya sanggup."ucap Qayra bersungguh.Dia telah fikir semasaknya.
"Kau ingat aku nak percaya."gertak Aus.Dia tahu Qayra tidak main-main.Jadi dia sengaja gertak Qayra.
"Sumpah.Saya janji tak akan muncul lagi di sini."
Aus angkat tangan tinggi.Qayra cepat tutup mata.Dia ingat Aus nak tampar pipi dia tapi sebaliknya.Tangan Aus menggusap lembut pipi Qayra.Qayra bingkas bangun berdiri.
"Awak jangan sentuh saya.Saya tahu awak sengaja nak mainkan perasaan saya.Jangan ingat saya mudah tertipu."Qayra terus berlari masuk ke dalam rumah.
Aus masih termanggu di buai.Qayra sudah masuk ke dalam rumah.Tak sempat dia berbicara lebih lama.Entah kenapa bila berada dekat Qayra dia rasa seolah mahu mendekati dengan lebih rapat.
Share this novel