Bab 11

Drama Series 9550

SETELAH siap menjemur kain baju yang beberapa hari tak basuh,Qayra tersenyum lega.Mujur hari ini panas terik cepat sikit kain baju kering.

Siap mengemas semua,Qayra menjenguk Kak Pah di dapur.

"Assalamualaikum,masak apa Kak Pah."

"Opocot!Terkejut Kak Pah."sambil urut dada.

"Aiik!sejak bila Kak Pah pandai melatah ni."Qayra gelak.Dah macam bersilat Kak Pah dibuatnya.

"Ingat Qayra tidur lagi."

"Ish.. tak kan nak tidur lagi.Matahari dah terpacak atas kepala."

"Mana tahu cuti-cuti ni Qayra lajak tidur."

"Tak lah.Basuh baju tadi dah bertimbun."

"Elok sangat Qayra datang boleh tolong Kak Pah susun barang dalam bilik stor."

"Boleh.Mana barangnya?"

"Jom angkut dekat depan."

Di ruang tamu berkotak barang di letakkan di tepi ruang depan.Mujur kotak tak besar dan tidak terlalu berat.Mudah sahaja angkut bawak masuk stor.

"Kotak apa ni Kak.Pah?"

"Barang kenduri.Bunga telur,paper bag."

"Oh..barang kenduri."

"Haah..semalam baru sampai.Nak letak dalam stor dulu.Nanti nak guna baru keluarkan."

Qayra mengangkat satu persatu kotak dan disusun dalam stor tepi dapur.Jemputan tetamu mesti ramai.Kenduri besar lah kata kan.Sebahagian kad jemputan juga telah di edarkan.Patut Puan Fatin dan Encik Rosli selalu tak ada dekat rumah.

Dengan penuh berhati-hati Qayra membawa kotak yang agak tinggi dari kotak lain.Penghilatan sedikit terlindung.Kepala disenget ke tepi baru nampak lantai kalau tidak berlanggar dinding lah dia.Dalam berhati-hati...

'Buk!'

Qayra terlanggar sesuatu menyebakan kotak yang di bawa terlepas ke lantai.

Baru nak jerit panggil Kak Pah.Terkedu sebentar orang di depan mata sedang memandangnya dengan tajam.

"Dah tahu pendek nak jugak angkat banyak-banyak.."Di ambil kotak dari pegangan Qayra.Terkebil Qayra dibuatnya.

Tiba-tiba makhluk yang satu ini muncul.Ingat tak ada dekat rumah.

"Jangan nak perasan sangat.Aku bukan nak tolong kau.Pecah barang aku siap kau!"

Angin pulak makhluk ni.

Aus berjalan mendahului Qayra.Perlahan Qayra ikut dari belakang.Pecah apanya ringan saja kotak tadi.Dah dia berdiri tengah jalan macam mana tak kena langgar.

"Kau ni tak reti tunggu aku keluar dulu ker?Nasib tak rosak barang aku!"Dia hampir berlanggar dengan Qayra di muka pintu.Mujur sempat brek.

"Awak tu yang salah.Bagilah saya letak kotak ni dulu."

"Kau tak nampak aku nak lalu.Tepi sikit!"marah Aus sambil pandang atas bawah pada Qayra.

"Dia yang salah lagi nak cari pasal."gumam Qayra.

"Kau ingat aku tak dengar kau cakap apa.Kau kata apa tadi.Cari pasal ya..memang aku nak cari pasal dengan kau.."

Aus bercekak pinggang sambil memandang tajam pada Qayra.Sengaja di angkat dagu ke atas.Qayra sedikit kecut.

"Kak Pah!"Laung Qayra sekuat hati.

Dia benar memerlukan bantuan Kak Pah.Takut dengan renungan menggila sang singa di depan mata.Tunggu masa saja nak terkam mangsa.

Terkedek Kak Pah berlari anak menghampiri mereka berdua.Tercengang dia melihat mereka berdua sudah macam kucing mahu bercakaran.

"Kenapa dengan kamu berdua ni.Kak Pah pergi belakang sekejap saja pun."

"Dia ni Kak Pah.Orang dah tolong nak marah-marah pula."berani Qayra mengadu pada Kak Pah.

"Ada aku minta tolong kau."jawab Aus dengan berlagak.

Qayra jeling Aus.Meluat.Berlagak.Dia bukan budak kecil lagi yang senang Aus nak buli.

"Jangan gaduh.Kak Pah yang minta tolong Qayra tolong angkat kotak-kotak tu."jelas Kak Pah.

"Dengar tu.Ingat orang nak sangat ker pegang barang dia."kata Qayra dengan geram.

"Buat kerja pun tak ikhlas.Tak ikhlas tak payah tolong."sindir Aus.

"Orang ikhlas pun boleh jadi tak ikhlas tau dengan orang berlagak sombong macam awak ni.Masalahnya awak tu yang suka cari pasal."jeling Qayra.

"Ishhh..budak ni!"Aus mara ke hadapan untuk dapatkan Qayra.Mujur Kak Pah sempat menghalang.

"Sudah Kak Pah kata.Kak Pah yang salah.Puas hati?"Kak Pah mahu meleraikan pergaduhan mereka berdua.

Aus mendengus kasar sebelum berlalu.Qayra pula menuju ke pintu dapur.

"Qayra tunggu.Makan dulu.."laung Kak Pah pada Qayra yang sudah menuju ke pintu dapur.Merajuklah tu.

Tergeleng Kak Pah.Bukan sekali dua perkara macam ni berlaku.Bertahun lamanya.Ingat dah besar panjang tak ada lah bergaduh lagi.Sama saja.

Bagi kahwin baru tau!Sempat Kak Pah bermonolog dalam hati.

"Ada apa abang Zain panggil Qayra?"dalam henfon tadi dengar macam penting sangat.Sampai tak menyempat nak jumpa.

"Saja nak sembang dengan Qayra.Lepas makan kita keluar pergi pekan nak tak?Teman abang Zain beli barang."

"Boleh saja.Qayra pun tak ada buat apa-apa dekat rumah."

"Macam tu jom kita makan dulu."kata Zain.

"Makan dekat mana?"soal Qayra.

Zain tunjuk rumah Pakcik Rosli.

"Makan kat rumah pakcik?Tak nak lah.Qayra kenyang lagi."dalih Qayra.Pada hal tak sempat merasa bihun goreng Kak Pah.

"Pakcik yang jemput.Dia suruh ajak Qayra sekali."

"Tak apa lah.Abang Zain pergilah.Qayra ada kerja nak buat."

"Kerja apa tengahari dah ni.Dah pukul satu pun.Masa untuk makan.Jom nanti pakcik tertunggu kita pula."

Berat kaki Qayra mahu melangkah.

"Abang Zain pergilah.Qayra..."

"Lah..Zain..Qayra,mari masuk cepat.Nasi semua dah hidang."panggil Encik Rosli.

"Kan abang dah cakap.Jom cepat.Kesian pakcik tunggu kita."

Qayra buat muka masam.Terpaksa masuk sekali lagi.Sebentar tadi baru saja dia bergaduh dengan bapak singa.Kan dah kena menghadap muka dia lagi.

Kan dah cakap.Muka bapak singa lagilah masam kalah asam keping dalam asam pedas Kak Pah.Berkerut seribu pula tu.Dari Qayra masuk sampai sekarang muka tu tak pernah elok.

Puan Fatin disebelah bapak singa juga beraksi sama.Kurang senang Qayra makan sekali mereka.

"Qayra balik dulu lah.."bisik Qayra pada Zain.Melihat renungan Aus buatkan dia bertambah tidak selesa berada di situ.

"Kesian pakcik.Dia yang ajak kita makan sekali."pujuk Zain.Dia tahu Aus tidak menyenangi kehadiran Qayra di situ.

Melihat muka Encik Rosli,Qayra terpaksa akur.Apa pula kata Pakcik Rosli kalau dia pergi begitu saja.

Zain sendukkan nasi ke pinggan Qayra bila tengok Qayra masih diam tidak bergerak.Qayra hanya menunduk pandangan tidak sanggup memandang wajah makhluk di depannya.Bengis.

"Dah lama tak makan beramai macam ni."kata Encik Rosli dengan gembira.

"Ada Daria lagi meriah."sampuk Puan Fatin.Mengangkat nama bakal menantunya.

Zain masih sibuk mencedok lauk ke pinggan Qayra sambil diperhati Aus.Tak berkedip mata Aus melihat.

"Qayra nak sayur?"tanya Zain lagi.

Qayra angguk.Terus Zain capai mangkuk berisi bayam goreng dan disudukan ke pinggan Qayra.

Berbulu mata Aus memandang.Sengajakan dua orang ni nak sweet-sweet depan dia.

"Tangan kau dah tak berfungsi ker?semua lauk orang nak kena tolong ambil."sindir Aus buatkan mereka semua memandang ke arah Qayra dan Zain.

Puan Fatin kalih pandang Aus.Sedikit terkejut dengan sindiran Aus pada Qayra.

"Manja sangat dah kenapa.Kau tu sihat walafiat boleh ambil sendiri."sindir Aus dengan geram.Sakit hati melihat kemesraan Zain dan Qayra.

"Abang Zain..Qayra nak balik lah..takut..dia tengok kita tu.."bisik Qayra perlahan.

"Tak payah takut.Kita bukannya buat apa pun.Makan dulu baru balik."

"Dia tengok.."bisik Qayra dengan suara ketakutan.

"Jangan peduli."balas Zain.

"Jemput makan semua."kata Encik Rosli menyudahi bacaan doa.

Aus masih lagi menatap Qayra dengan mata tajam.Dia masih tidak berpuas hati.Sah Zain dan Qayra ada hubungan istimewa.Lagak macam orang bercinta pun ada.

"Aus,Daria ada call tak?Semalam dia cakap nak datang."celah Puan Fatin.
Aus geleng.Matanya tidak lagi terarah ke Qayra.Tumpuannya pada nasi dalam pinggan.Mendengar nama Daria buatkan hati dia kembali sakit.Daria masih merajuk dengan dia.Langsung tak hubungi dia.

"Kenapa Aus tak pujuk dia?Majlis dah nak dekat jangan nak buat hal pula."

Terus Aus meletakkan sudu dan garfu.Bunyinya agak kuat.Protes barangkali bila nama Daria disebut.

Terjegil biji mata Puan Fatin dengan sikap Aus.

"Kejap lagi lah cakap.Sekarang makan dulu.Depan rezeki ni."tegur Encik Rosli.

Puan Fatin tidak jadi marah.Tapi mata tetap menjeling sakan.Qayra pun kena jeling.Tidak puas hati bila ditegur di hadapan Qayra dan Zain.
Masing-masing diam dan makan sehingga selesai.

"Zain tunggu dulu."panggil Aus sambil buka langkah besar mendapatkan Zain yang sedang berjalan bersama Qayra di halaman rumah.

Sedikit tercungap.

"Kenapa dengan kau ni?"

"Kau nak pergi mana?"sambil kerling Qayra yang berada di sebelah Zain.

"Aku nak keluar ke pekan dengan Qayra kejap."

"Kau pergi dengan aku lah.Aku nak ke sana juga."

"Macam tu kita pergi bertiga lah."

"Tak payah ajak orang lain.Kita berdua sudah."lagi sekali Qayra di kerling dengan ekor mata.

"Aku dah ajak Qayra."

"Tak apa lah abang Zain,lain kali Qayra ikut."Malas Qayra mahu berdebat dengan Aus lagi.

"Tapi..."

"Qayra masuk dulu."terus Qayra pergi dari situ.

"Kau ni Qayra dah merajuk tu.Bukan tadi kau nak keluar dengan makcik ke?"

"Tak jadi.."jawab Aus malas.Padahal sebelum keluar Zain dengar Puan Fatin mahu Aus mengikutnya ke rumah Daria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience