Bab 18

Drama Series 9550

MEREKOT Qayra tidur atas kerusi panjang.
Sejuk.Meraba dia cari selimut tak jumpa.Pundi kencing terasa penuh buatkan Qayra terpaksa bangun.Celik saja mata pemandangan yang tidak sama seperti hari semalam.

Terlopong mulut bila dia nampak Aus atas katil sedang nyenyak tidur.Dia pula di hujung kaki Aus.Atas kerusi panjang di hujung katil.

Apa lagi Qayra bingkas bangun dan balik ke rumah.Mujur Aus tidak bangun lagi.Kalau tak mesti menanah telinga menahan bebelan Aus.

"Macam mana aku boleh tertidur semalam.Tak sedar pulak tu.Mati aku kalau dia tahu."gumam Qayra sendirian.

Mahu bapak singa marahkan aku tidur dalam bilik dia.Arggh!lantak dia lah.Semua sebab dia juga aku letih ulang alik naik turun tangga.

Qayra sudah berkira mahu naik atau pun tidak.Tak naik kang dia marah juga.Naik pun kena marah.Ah!buat pekak saja lah.

Kak Pah mesti dah bangun.Apa kata aku suruh Kak Pah pula naik.

"Kak Pah buat apa tu?"sapa Qayra sebaik masuk.

"Nak buat sarapan.Pagi ni kita makan roti."

"Meh Qayra tolong.Nak buat telur separuh masak ker?"tanya Qayra melihat air di dalam periuk sudah mendidih.

"Ya.Untuk Aus bagi dia telur ayam kampung."

"Berapa biji?"

"Tiga.Biar dia cepat sihat."

"Kak Pah,kejap lagi Kak Pah tolong hantarkan ya."

"Lah kenapa pulak?"

"Qayra nak basuh baju.Berlonggok dah tu tak basuh."

"Bawak sini.Kak Pah mesin sekali."

"Eh..tak apa.Qayra nak kemas rumah sekali."

"Macam tu Kak Pah hantar sarapan dekat Aus.Qayra pergi settle kerja dulu."

"Terima kasih Kak Pah."

Berjaya juga dia mengelak.

Kak Pah ketuk pintu bilik Aus.Kedengaran suara Aus menyuruh masuk.

"Aus lepas makan letak tepi dulu.Kejap lagi Kak Pah kutip pinggan kotor."

"Mana Qayra?"tanya Aus.

"Dia ada kerja sikit.Nak Kak Pah panggil dia ker?"

"Tak apa.Ingat dia mengulat."

"Dia yang buat sarapan ni.Kak Pah tolong hantarkan saja.Aus ada nak apa-apa lagi ker?"

"Tak ada."

"Kak Pah turun dulu."

Qayra siap menyindai semua pakaiannya.Dia tak sedar sebenarnya dia sedang diperhatikan dari jauh.

Baru nak rebahkan badan atas tilam empuknya,telefon bimbitnya berbunyi.Tertera nombor di atas skrin.

"Hello.Siapa ni?"

"Siapa lagi..aku lah!"kasar suara di hujung sana.

Qayra gosok telinganya.Berdesing.

"Kau naik atas sekarang.Barang aku ni bila kau nak kemas!"

"Kejap lagilah.Saya ada kerja ni."

"Kau nak aku potong gaji kau!"

"Saya nak kemas rumah dulu."

"Rumah kau bila pun boleh kemas.Tak besar mana pun.Sekarang aku nak kau naik kemas barang aku dulu.Semak mata aku bilik tak kemas lagi.Naik sekarang!"

Tak sempat nak cakap,Aus terus tamatkan perbualan.Qayra garu kepalanya.Terpaksa menapak naik ke atas juga.Sakit hati bila Aus suka-suka bagi arahan.

Baru jejak kaki dalam bilik Aus....

"Kau jangan nak curi tulang sangat!"

"Semalam aku suruh simpan,kau buat apa?"

Qayra gigit bibir bawah.Harap Aus tak sedar yang dia tertidur di sini semalam.

"Susun ikut tempat.Jangan main letak saja."

"Lepas siap aku nak kau vakum lantai bilik ni."

Macam peluru berpandu sungguh bagi arahan.

Qayra tak cakap banyak.Tangan laju saja buat kerja.

"Kau faham ker tidak?"

Qayra angguk.

"Dah bisu?"

"Faham Tuan Aus."

"Kau jangan berani nak sindir aku.Bila aku dah boleh jalan nanti siap kau!"

"Tuan Aus nak apa-apa lagi.Saya nak turun ambil vakum."

"Ambil lah apa yang patut.Aku nak tidur."Aus terus baring atas katil.

Tersenyum lega Qayra bila semuanya sudah siap.Tiada satu kerja pun yang tertinggal.Kelihatan Aus menguap kecil sambil mengeliat petanda baru bangun.

"Dah pukul berapa?"tanya Aus dengan suara serak.

"Dekat pukul 12 tengahari."

"Kau dah siap kemas semua?"

"Dah."

"Aku nak tanya semalam kau tidur mana?"tanya Aus dengan mata sebelah tertutup.

"Dekat rumah lah."

"Kau tidur sini kan semalam?"

"Mana ada.Saya balik."

"Kau ni bukan boleh percaya.Entah kau sengaja nak ambil kesempatan dekat aku."

"Tolong sikit.Tak ingin lah.Lepas awak tidur,saya balik."

"Iya ke kau balik?"

"Iya lah tak kan nak tipu pula."

"Tapi semalam aku rasa ada benda dekat hujung kaki."

"Mana saya tahu.Saya nak turun bawah dah ni."

"Aku nak turun jugak."

"Ish.. awak ni.Tu la elok duduk bawah nak naik atas.Duduk atas nak turun bawah."bebel Qayra tanpa sedar.

"Amboi sedapnya mulut kau!Siapa tuan dekat sini, aku ker kau?"

"Tuan lah tuan rumah.."jawab Qayra dengan menyampah.

"Kau ni ada saja nak menjawab kan."

"Dah tuhan bagi saya mulut tak kan nak diam saja.Diam kata bisu pulak."tempelak Qayra.

"Jangan cakap banyak.Bawak aku turun sekarang!"

Dalam keterpaksaan terpaksa Qayra papah Aus untuk turun ke bawah.

"Pegang aku elok-elok la.Jatuh kang aku saman kau!"

Asyik nak saman saja.Banyak duit sungguh.

"Awak tu sakit ker tak?Kalut saja jalan."

"Kau tu yang lembab cepat lah."

"Kata orang lembab,dia tu lagilah..jalan pun senget."

"Mulut kau memang tak ada insurans?"

"Tak ada.Belum ambil lagi."

"Eiiii...aku kang dia ni!"

Aus cuba tarik hidung Qayra,mereka tidak sedar yang mereka sudah berada di atas anak tangga.

"Arghhhh!"jerit Qayra.Hampir terjatuh akibat mahu mengelak 'serangan' Aus.

Perlahan dia buka mata.Apa yang dia nampak adalah dua biji mata Aus.Mereka bertentangan seketika dan tangan Aus terasa terselit di bawah pinggang Qayra.Kemas.Mengampung tubuh Qayra dari terjatuh.

Muka Aus terus berubah saat mata mereka bertatapan.Walaupun hanya beberapa saat namun perasaan halus meresap ke jiwa.

"Hurmm.."Qayra cepat berdiri semula.Nasib tak jatuh ke bawah.Lagi lima anak tangga.

"Kau ni kan.."Aus sambung marah.

Qayra tidak menjawab.Lebih baik dia tutup mulut dari bergaduh dengan Aus.Lagi cepat sampai bawah lagi bagus.

"Semalam Aus naik tidur atas ker?"tanya Encik Rosli.

Terkejut juga dia melihat Qayra memapah Aus turun dari tingkat atas.

"Kaki ni dah rasa okey sikit.Rindu nak tidur dalam bilik."

"Hati-hatilah naik turun."

"Baik abah."

"Ni abah nak tanya sikit.Qayra tak pindah masuk barang dia lagi ker?"

"Err..dia cakap nanti."pandai saja Aus auta Encik Rosli.

Zain muncul setelah Encik Rosli dan Aus menjawab salam.

"Apa khabar bro.Ada sihat?"tanya Zain sebaik bersalaman dengan Aus.

"Okey lah."

"Eh.. abang Zain."teruja Qayra bila Zain ada di situ.

"Qayra,lama tak jumpa."

"Itulah dekat seminggu.Rindu pula dengan ladang."

Aus perhatikan Qayra kecil besar.Bukan main teruja lagi Qayra bila jumpa Zain.Wajah pun terlebih ceria.

"Tu lah abang Zain pun rindu Qayra.Sunyi saja ladang tu bila Qayra tak
ada."

Qayra buat muka sedih.

"Kesian abang Zain makan sorang-sorang.Tapi tak apa Isnin ni Qayra dah masuk kerja."beritahunya dengan penuh semangat.

Aus berdehem kuat mengingatkan Qayra.

"Err..abah.Maaf Qayra terlebih excited bila jumpa abang Zain."baru tersedar yang mereka bukan berdua.

"Abah okey saja.Kamu berdua dah macam adik beradik kan.Dari kecil Qayra rapat dengan Zain.Abah dah faham sangat dah.Tapi tak tahu pulak kalau Aus yang cemburu."Encik Rosli ketawa kecil.

"Aus okey saja."tapi dalam hati dah geram tengok Qayra asyik bersembang dengan Zain hingga lupa dia juga ada di situ.

"Qayra, kalau tak nak masuk kerja lagi pun tak apa."kata Encik Rosli.

Muka Qayra sedikit monyok.

"Tak apa abah.Biar dia kerja.Aus okey sikit.Dah boleh jalan."dalam hati sebenarnya tidak ikhlas membiarkan Qayra pergi kerja.Hari-hari mesti Qayra jumpa Zain.Panas hati saja tengok Qayra beramah mesra dengan Zain.Sangat berlainan tingkah Qayra bila bersamanya.

"Ikut Aus lah.Kalau rasa tak okey jangan paksa diri."

"Baik abah."mata sempat melirik pada Qayra yang masih leka berbual mesra dengan Zain.Langsung tidak peduli akan dia lagi.

"Amboi kau bukan main gatal lagi kan bila jumpa Zain."

Berdesing telinga Qayra.

"Mestilah.Dah lama tak jumpa."jawab Qayra dengan geram.

"Menggatal saja kerja kau kan.Bukannya nak kerja sangat."

"Apa awak ni?Suka tuduh saya."

"Tak hairan lah aku, kau nak menggatal ker apa."

"Dah tu kenapa suka cakap bukan-bukan."

"Perempuan macam kau ni memang jenis pantang tengok lelaki."sindir Aus memang dia sengaja mahu sakitkan hati Qayra.

"Cakap lah apa awak nak cakap.Malas saya nak layan."

Qayra terus masuk ke dalam bilik mandi dan mengutip baju kotor Aus dengan hati sebal.Ada saja benda tak baik di mata Aus yang Qayra buat.

"Lepas ni kau tak payah masuk sini dah."

"Baik Tuan Aus."

Ada Qayra kisah.Tak jumpa Aus pun lagi bagus.Tak payah Qayra sakit hati menghadap muka dia.

Tak tunggu lama terus Qayra keluar.Tak guna dia berdebat dengan orang macam Aus.Baik dia simpan air liur dari bercakap benda yang tak berfaedah.

"Qayra makan tengahari dah siap.Boleh dah hantar dekat Aus."

"Kak Pah hantarlah.Qayra ada kerja nak buat lagi."nada Qayra sedikit kendur.

"Lah kenapa pulak?Ni mesti gaduh kan."Kak Pah tahu sangat bila reaksi Qayra begitu.

"Dia tu lah sengaja cari pasal."

"Benda kecil remeh tak payah la nak merajuk sangat."

"Malas lah Qayra nak tengok muka dia.Buat sakit hati."

Kak Pah tergeleng kecil.

"Dia kan suami Qayra juga."

"Huh!"Qayra mendengus.

"Baik Qayra tolong Kak Pah dari tolong dia."

"Dia kan sakit."

"Orang sakit tak macam tu.Dah sakit mulut tu lagi menyakitkan hati orang saja."

"Sampai bila nak bergaduh."

"Qayra ni senang saja,kalau orang tak cari gaduh,tak adanya nak marah orang."

"Tak apa lah.Kejap Kak Pah hantar."

"Esok makcik balik.Qayra tak nak lah naik atas dah."

"Kalau Li tanya Kak Pah nak jawab apa?"

"Tak apa nanti Qayra cakap sendiri.Isnin Qayra dah start kerja."

"Aikk bukan Qayra tak payah pergi lagi ker."

"Bosanlah duduk rumah.Lagipun dia dah okey sikit."jawab Qayra dengan malas.Malas mahu memikirkan pasal Aus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience