NADIA kembali ke kereta dengan wajah yang hampa. Melihat wajah adiknya, Noah sudah dapat mengagak akhir perbualan Nadia dan Maria.
Sebaik memasuki kereta, Nadia sandarkan tubuh.
"Macam mana?" Soal Noah.
Perlahan, Nadia menggeleng kepala. Serentak itu juga Noah bersandar pada kerusinya.
"Dia dah terlanjur kecewa, Noah. Dia dah terlanjur terluka dengan perbuatan kau. Maruah, Noah. Bagi Maria, kau dah calar maruah dia. Patutnya kau jadi tempat untuk dia berlindung. Tapi kau pulak yang berniat nak rosakkan dia." Mendatar sahaja suara Nadia. Sedikit pun tak memandang Noah saat berbicara.
"Aku ada tinggalkan number phone aku dekat Maria. Sekarang ni, kau berdoalah banyak-banyak. Semoga Maria ampunkan kesalahan kau dan nak ikut kau balik." Nadia segera membuang pandangan ke luar tingkap. Entah kenapa, dia pula yang harus memikirkan masalah abangnya.
BELLA terkedu seketika. Telefon bimbit masih lekap di telinga.
"Me...mengandung?" Soal Bella bagaikan tak percaya. Kini, kuku tangannya pula digigit-gigit.
"Ya, Cik. Dia mengandung," lapor salah seorang lelaki upahan Aryan.
Tangan Bella naik ke dahi kemudian mulai mengurut perlahan dahi sendiri. Berita kehamilan Maria benar-benar mengejutkan Bella.
"Aryan dah tahu?" Soal Bella.
"Belum lagi, cik."
"Bagus. Jangan bagitahu Aryan pasal benda ni. Saya sendiri yang akan sampaikan pada dia nanti, faham?" Tegas Bella.
Sebaik panggilan dimatikan, Bella labuhkan punggung di atas sofa. Kini, halangannya semakin bertambah. Perihal Aryan menodai Maria sahaja sudah begitu meremukkan hatinya. Kini, gadis itu pula sedang mengandungkan anak Aryan. Walaupun belum terbukti, namun dia sudah benar-benar yakin kerana Maria tidak pernah disentuh lelaki lain selain Aryan.
"Menyusahkan betullah! Bunting pulak betina tu!" Getus Bella.
"Makin gilalah Aryan kalau dapat tahu betina tu bunting anak dia! Hish!" Bantal kusyen dihumban ke lantai.
"Tak boleh jadi! Budak tu mesti dihapuskan sebelum Aryan dapat tahu." Jari jemari sudah digenggam-genggam erat. Otak juga sudah mulai mengatur rancangan untuk memastikan kandungan Maria tidak diketahui Aryan.
KERTAS yang bertulis nombor telefon Nadia ditatap lama. Sehingga saat ini, Maria masih tetap dengan keputusannya. Dia tidak mahu mengikuti Noah. Lebih baik dia di situ sementara mencari cara untuk menggugurkan kandungannya. Setelah itu barulah dia akan kembali ke rumah orang tunya.
Buat masa kini, lebih aman untuk dirinya tinggal di yayasan tersebut. Pasti Aryan tidak akan berani untuk mengganggunya di tempat terbuka seperti itu.
Kertas tersebut dilipat dua kemudian diletak di bawah bantal. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam dan hanya dia yang masih celik di tempat tidurnya. Setelah merebahkan tubuh, mata pun dipejam rapat.
Belum pun beberapa minit melelapkan mata, penghuni Yayasan Arraudah dikejutkan dengan bunyi letupan yang datang dari halaman utama rumah.
Maria bingks bangun dan begitu juga dengan penghuni bilik itu. Masing-masing sudah berpandangan dengan wajah yang penuh tanda tanya.
"Bunyi apa tu?" Tanya salah seorang penghuni. Tidak lama itu, kedengaran suara teriakan dari luar.
"Api!"
Serta merta, mereka berpusu-pusu keluar dari bilik itu. Tidak terkecuali Maria, dia juga turut menuju ke halaman rumah.
Alangkah terkejutnya mereka saat melihat api yang sedang membakar pohon-pohon bunga di situ. Apinya tidaklah terlalu besar namun cukup membimbangkan. Entah kenapa tiba-tiba sahaja ianya boleh terbakar.
Pak Tam dan Puan Raiha sudah tiba di situ lebih awal. Wajah mereka tampak begitu bimbang.
Maria segera mendekati mereka berdua.
"Kenapa ni, umi?" Soal Maria.
"Pak Tam kata, ada orang buat," jelas Puan Raiha, bimbang.
"Maksudnya?" Soal Maria semakin tak mengerti.
"Molotov," sampuk Pak Tam.
Puan Raiha dan Maria semakin berkerut kening.
"Bom petrol buatan sendiri. Diorang humban masuk ke dalam halaman rumah," jelas Pak Tam lagi.
"Siapa yang buat ni, Pak Tam? Dah 20 tahun saya dirikan yayasan ni. Tak pernah lagi kejadian macam ni berlaku." Puan Raiha mengusap dada sendiri. Semakin bimbang dengan keselamatan penghuni rumah itu.
"Bawa mereka semua masuk. Pak Tam nak buat report polis," arah Pak Tam kemudian beredar dari situ. Mereka yang lain mulai meninggalkan halaman rumah itu dalam keadaan ketakutan.
Malam itu, ramai yang tidak jadi melelapkan mata, termasuklah Maria. Bimbang kejadian tadi berulang kembali.
KEESOKAN paginya, akitivti berjalan seperti biasa. Walaupun kejadian semalam masih meninggalkan trauma, namun mereka harus tetap menjalankan kehidupan seperti biasa.
Maria yang sedang sibuk di meja jahit terus terhenti saat seorang penghuni mendekatinya.
"Nah, ada orang bagi." Sampul surat berwarna putuh dihulur pada Maria.
"Siapa?" Soal Maria seraya menyambut sampul tersebut.
"Tak tahu. Lelaki. Dia bagi sampul ni lepas tu dia terus pergi," jelas wanita itu sebelum beredar.
Sampul surat itu dipusing-pusing untuk mencari nama atau alamat pengirim. Namun hampa. Tiada apa yang tertulis di kulit sampul surat itu. Disebabkan ingin tahu, Maria segera membuka sampul surat tersebut. Sehelai kertas berlipat tiga dikeluarkan lalu dibaca.
Beberapa saat kemudian, riak wajahnya berubah. Mulut sedikit terlopong melihat isi surat itu. Serta merta, Maria bangun dari duduknya dan terus menuju ke bilik.
"Aryan..." setelah berbulan-bulan berlalu, nama itu terbit di bibir Maria.
'Kau tak boleh lari dari aku, Maria.
Aku dah pernah cakap, aku akan cari kau dekat luar sana.
Kau milik aku.
Keluar dari rumah tu sebelum aku buat lebih teruk dari semalam.
Aku tak main-main, Maria.
I'll burn the house just to get you!"
Maria terduduk di atas katilnya seraya melipat kembali surat tersebut. Tidak sangka, Aryan dapat menjejakinya.
Kini, dia teringat kembali pada Noah. Haruskah dia mengikuti lelaki itu? Namun, hatinya masih terlanjur terluka dengan perbuatan NoahBaginya, Noah dengan Aryan tidak jauh beza.
Kini, fikirannya mulai terganggu. Jika terus tinggal di situ, keselamatan penghuni lain akan terjejas. Tapi, jika dia keluar dari situ, ke mana dia hendak pergi?
Bencinya terhadap Aryan semakin membuak-buak. Dari dulu hingga sekarang, lelaki itu tidak pernah gagal membuat hidupnya berantakan.
Perlahan-lahan, tangan menyeluk bawah bantal. Kertas yang bertulis nombor telefon Nadia dikeluarkan kemudian ditatap lama. Nampaknya, Maria tewas dalam amarahnya. Terpaksa meminta pertolongan dari Nadia. Namun, bukan bererti dia sudah mahu memaafkan Noah.
MARIA berhenti tepat di hadapan pintu pejabat Puan Raiha saat terdengar perbualan wanita itu bersama Pak Tam. Resah sekali wajah Puan Raiha. Semenjak kejadian yayasan diserang dengan bom petrol, Puan Raiha semakin berjaga-jaga.
"Tak ada jejak yang ditinggalkan oleh pelaku. Disebabkan yayasan ni pun tak pernah ada masalah sebelum ni, polis syak pelaku hanya nak menakut-nakutkan penghuni yayasan," jelas Puan Raiha. Pak Tam mengangguk tanda setuju. Selama bekerja di situ, inilah pertama kali perkara tersebut berlaku.
"Mungkin juga, puan. Tapi, tetap akan membahayakan penghuni yayasan. Kalau dibiarkan, saya bimbang diorang akan buat lagi," luah Pak Tam.
Maria pula sudah dihimpit rasa bersalah. Semua ini berlaku kerana dia menumpang di rumah perlindugan itu. Dia tidak sanggup lagi berlama-lama di situ. Aryan pasti akan melakukan hal yang lebih buruk lagi. Dia kenal benar dengan lelaki itu. Sanggup melakukan apa sahaja untuk kepuasan dirinya.
Share this novel