Bab 8

Drama Series 9550

AWAL pagi Qayra sudah siap menunggu Zain di hadapan pintu pagar rumah.Dia tidak mahu Zain menunggunya lama.

Dari tingkat atas Aus nampak Qayra menanti seseorang.Hairan juga bila semalam skuter Qayra ditinggalkan di ladang.Pagi ini Qayra sudah siap menunggu depan pagar rumah.

Kereta Zain tiba.Qayra melambai kecil pada Zain.Terlopong Aus dibuatnya.Zain rupanya.Ingatkan kawan Qayra yang semalam.Maknanya Zain dengan Qayra memang ada 'sesuatu'.

Aus cepat mandi dan turun ke bawah.

"Aus sarapan dulu."panggil Puan Fatin.

"Tak apa mama.Aus makan dekat ladang saja.Ada kerja yang tak settle lagi."tergesa Aus mahu pergi.

"Kot ya pun jamah lah sikit."tahan Puan Fatin.

Aus duduk juga dan menghirup secawan teh panas.Seketul karipap di ambilnya.

"Aus pergi dulu."kata Aus sambil bergegas menuju ke keretanya.

"Kalut sangat Aus tu dah kenapa?"tanya Encik Rosli.

"Kata ada kerja belum selesai."

"Selalu tak macam tu."ulah Encik Rosli.

"Biarlah dia semangat nak kerja.Nanti abang nak bagi dia urus semua juga kan."

"Abang harap macam tu juga."

Aus terus memakir kereta ditempat biasa.Melilau matanya mencari kelibat Zain.Tidak kelihatan.Dia masuk ke dalam ofis.Kelihatan Qayra dan dua tiga orang pekerja lagi sedang tekun menghadap komputer.

Aus terus menghampiri meja Qayra.Diketuknya dengan jari.Qayra angkat kepala.Terkejut sekejap melihat Aus.

"Mana Zain?"tanya Aus dengan kasar.

"Dah pergi ladang kot."jawab Qayra dengan muka berkerut.Dia pun tak pasti ke mana Zain pergi.Sampai ofis tadi, Qayra terus masuk ke dalam.Zain pula masih dalam kereta.

"Orang datang sini buat kerja bukannya menggatal."sindir Aus dengan merendahkan suara agar yang lain tidak dengar.

Qayra baru nak buka mulut.Dia dah sambung lagi.

"Boleh tahan juga kau ni.."Aus angkat kening sambil senyum sinis.

"Apa awak ni."Qayra cuba kawal suaranya.

"Patutlah sanggup tinggal skuter buruk kau tu kat sini.Rupanya nak pergi menggatal."

"Awak cakap baik-baik sikit!Yang buruk awak bukan skuter saya!"balas Qayra dengan geram.Pagi -pagi dah bagi orang naik angin.

"Kau ni memang jenis perempuan mata duitan.Semua jantan kau nak sapu."

"Apa masalah awak sebenarnya?Saya tak kacau hidup awak pun."

"Selagi kau menumpang dekat rumah aku.Selagi tu lah aku akan perhati segala gerak geri kau.Jangan mimpi kau nak kahwin dengan Zain.Aku tak akan biar kau kahwin dengan sepupu aku!"gertak Aus.

Qayra terpinga-pinga.Bila dia cakap nak kahwin dengan Zain.Dia dah anggap Zain macam abang sendiri.Aus merepek apa ni.

"Bila saya.."

Aus terus potong.

"Kau jangan nak tipu aku.Aku tak percaya cakap kau!"tekan Aus lagi.

"Ingat aku.."Aus angkat dua jari tunjuk mata dia dan berlalu.Seolah memberi Qayra amaran 'anda dalam permerhatian saya'!

Qayra mendengus.Angin apa lah Aus ni pagi-pagi dah cari pasal.

Sejak hari tu Qayra cuba mengelak dari bersemuka dengan Aus.Aus pulak tak habis-habis nak cari salah Qayra.Macam-macam yang dia buat untuk sakitkan hati Qayra.

"Kau ni buat kerja lembap sungguh.Mana penyata akaun dua bulan lepas?Aku nak sekarang!"kata Aus dengan lagak bengis.

Terkedek Qayra keluar menuju ke kabinet mengambil fail.Tadi cakap nak yang bulan lepas.Sekarang lain pula.Merungut dalam hati saja lah.

Qayra ambil dan letak atas meja Aus.Dia terus keluar dari bilik Aus.Malas nak layan angin kus-kus Aus.Kalah bapak singa mengamuk macam hilang anak.
Kutuk Qayra dalam hati.

"Ikut aku pergi ladang."arah Aus ketika melintas di depan meja Qayra.

Qayra buat tak dengar.

"Hei kau pekak ker!?Sekarang ikut aku!"ulangnya lagi bila Qayra masih membatu di meja kerja.

"Tapi Tuan Aus,kerja saya tak siap lagi."

"Itu bukan masalah aku.Kau tu yang lembap.Macam mana abah boleh ambik kau kerja dekat sini aku tak faham lah.Dah laa. lembap,pemalas pulak tu!"Aus merengus kasar.

Qayra mengetap gigi.Geram.

"Jangan banyak cakap.Sekarang ikut aku!"

Qayra terpaksa ikut walau dalam hati sudah menyumpah seranah nama Aus.

"Saya nak buat apa dekat sini?"tanya Qayra sebaik sampai di tapak semaian cili.Hari tu kena kutip cili sekarang nak kena apa pulak.

"Buat kerja lah.Ingat sedap nak duduk dalam ofis saja.Banyak cantik muka kau nak bersenang lenang."tempelak Aus.

"Baiklah Tuan Aus.Sekarang saya nak kena buat apa?"Qayra bersuara lembut.Malas mahu bertekak.

"Kau nampak baja tu semua aku nak kau letak semua pada pokok.Kau jangan salah letak.Mati semua pokok ni tanggungjawab kau!"Aus bagi arahan sambil bercekak pinggang.

Qayra hembus nafas panjang.Aus memang sengaja nak kenakan dia.Ingat Qayra tak tahu baja organik yang akan diletak pada pokok cili adalah baja tinja ayam.

Baja tinja atau tahi ayam sangat penting untuk meningkatkan produktiviti tanah dan hasil tanaman.Baja ini mengandungi makronutrien seperti nitrogen,fosforus dan kalium yang tinggi berbanding baja yang lain.

Baja tahi ayam ini telah dikomersilkan terlebih dahulu dan diproses dengan cara dikeringkan,dihancurkan dan dibungkus ke dalam beg plastik.Nasib baik baja ini kurang bau.

"Tunggu apa lagi.Cepatlah buat."arah Aus sambil bercekak pinggang lagak seorang bos.

Qayra ambil kampit baja dan juga sudu khas untuk mencedok baja.

"Cik Qayra kalau perlukan bantuan panggil saya."pesan Andi pekerja di situ.Qayra membalas dengan senyuman.Aus naik geram.Ada saja yang nak tolong dia ni.

Aus jegil mata pada Andi agar tidak membantu Qayra.Andi pun berlalu pergi.Faham dengan perangai Aus.

Qayra mula membaja dari satu pokok ke pokok yang lain.Aus ikut dari belakang.Saja nak kacau Qayra.Nanti boleh la dia nak marah Qayra sesuka hati.

"Kau letak silap,siap kau!"kan dah cakap.

Qayra tidak peduli pada Aus.Setahu Qayra penggunaan baja tahi ayam yang lebih tiada masalah pada tanaman.Dia ingat Qayra tak tahu ker.Qayra pun ada belajar juga serba sedikit pasal penggunaan baja tahi ayam ni.

"Amboi!ranjinnya Cik Qayra.Macam ni lah pekerja contoh.Kerja dalam ofis pun buat.Dekat ladang pun buat.Macam ni cepat lah naik pangkat."puji Encik Kamal yang baru tiba di situ.

Qayra hanya senyum sedikit.

"Kenapa suruh Qayra buat kerja ni?"soal Zain pada Aus.Dia pun hairan melihat Qayra meletak baja tahi ayam pada pokok cili.

"Biarlah dia belajar."jawab Aus bersahaja.

"Bagus Cik Qayra.Nanti saya hantar baja lagi.Patutlah pokok-pokok cili nampak segar bugar rupanya yang membaja si cantik manis."kata Encik Kamal sambil senyum lebar.

Zain dan Aus saling berpandangan.Qayra gigit bibir.Nak senyum pun serba salah.

Encik Kamal pandang jam di tangan.

"Dah dekat tengahari ni.Jom Cik Qayra kita pergi.Saya belanja.."ajak Encik Kamal.

"Err.."Qayra serba salah.

"Tadi abang Zain dah bungkuskan makanan yang Qayra pesan."beritahu Zain.

"Ya lah.Dah pesan tadi.Maaf lah Encik Kamal.Lain kali saja lah.Sayang pula makanan tu."Qayra rasa itu jawapan paling selamat .

"Alahh..ingat nak belanja makan."riak muka Encik Kamal sedikit kecewa.

Aus pandang Encik Kamal dengan hujung mata.Menggatal betul orang tua ni.Rambut dah beruban pun masih nak 'try' lagi.

"Maaf lah.."kata Qayra lagi.

"Jom abang Zain hantar balik ofis.Baja tu tinggal sini biar Andi buat."kata Zain.Aus menjeling pada Zain.Dia nak kenakan Qayra nampaknya tidak menjadi.

"Encik Kamal terima kasih hantar baja.Nanti bila nak guna saya akan contact Encik Kamal."kata Aus seolah mahu Encik Kamal segera pergi dari situ.

Rosak rancangan dia mahu mengenakan Qayra.Hati dia masih belum puas.Tak apa dia akan fikirkan cara lain lagi.Mata mengekori kereta Zain yang sudah melepasi pintu ladang.Qayra hari ni kau selamat.Esok lusa giliran aku pula!Aus senyum jahat dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience