Bab 17

Drama Series 9550

"KAU ni reti bawa kereta ker tak reti?Bawa slow macam siput.Bila nak sampai?"

Qayra jeling Aus disebelah.Dah orang tolong lagi banyak songeh.

"Jadi apa-apa dekat kereta aku siap kau!Ni kereta kesayangan aku tau."Aus bagi amaran.

Qayra nak tergelak sebenarnya.Baru dia nampak muka Aus sedikit ketakutan.Siap pegang kuat lagi.Macam lah Qayra bawa laju.

Qayra tidak dapat menahan ketawa lagi.Tergelak dia sambil tutup mulut.Sungguh dia tak tahan tengok muka Aus yang berkerut penuh kerisauan.Tahu takut.Sengaja Qayra bawa ketepi ketengah.Dia sengaja nak kena kan Aus.

Terbahak-bahak Qayra ketawa.

"Apasal kau ni hah!?Dah macam orang tak betul gelak sorang-sorang."Marah Aus.

"Awak takut?"

"Mana ada.Kau tu bawa kereta macam orang tak reti.Kau ada lesen ker tak ada?"

Lupa dia nak tanya Qayra.Sekarang rasa menyesal pulak suruh Qayra pandu kereta.

"Ada lah.Awak takut kan.Tu la lain kali bawa slow macam saya,tak adalah nak kemalangan.Selamat sampai.."Qayra sambung ketawa.

"Lagi sekali kau gelak aku sumbat mulut kau dengan tangan aku ni."Aus tunjuk penumbuknya.Boleh tahan besar jugak.Mau sesak nafas Qayra.

"Tu pun nak marah.Cepat tua baru tahu."

"Kau ni kan..eeiiii..."Aus tunjuk tanda geram

Cepat Qayra keluar sebelum Aus mengamuk.
Kerusi roda dikeluarkan dari tempat duduk belakang.Nak letak dalam bonet kereta memang tak muat.Maklumlah bonet Myvi tak besar mana.

Dah siap kerusi roda,Qayra buka pintu sebelah Aus pula.

"Perlahan lah sikit.Jatuh kang susah pulak."Bebel Qayra bila pergerakan Aus terlalu pantas.

"Tahu lah aku."Jawab Aus dengan kasar.

Sudah berjaya duduk,Qayra sorong Aus masuk ke dalam bangunan hospital.Qayra mahu ke kaunter untuk pendaftaran tetapi dilarang Aus.

"Tak payah daftar situ.Terus ke bilik nombor 2."

Qayra akur dan terus menolak kerusi roda Aus ke bilik nombor 2.Pintu bilik di buka dari dalam.Terjengul seorang doktor lelaki.

"Selamat pengantin baru kawan.Wahh..berseri-seri."Usik doktor lelaki itu sambil menepuk bahu Aus.

"Hai Qayra."Ucap doktor muda itu.

Terkebil Qayra sebentar.Macam mana doktor tahu nama dia.

"Tak kenal ker?Saya Firdaus.Dulu satu kelas Aus."beritahunya.

Qayra cuba memerah otak mengingati.

"Saya ingat.Awak kawan baik dia kan."Kerap Firdaus bersama dengan Aus.Ke mana saja berdua.Dulu Firdaus tidak berkaca mata patut nampak lain.Sekarang lebih kelihatan kacak bergaya dan berkarisma.

"Ha ingat pun.Maaf tak dapat datang hari tu,saya on call.Tak boleh excuse.."beritahu Firdaus tersenyum manis pada Qayra.

"Eh..tak apa.Dah lama ker awak kerja dekat sini?"tanya Qayra sekadar beramah.

"Tiga tahun ada lah juga.Untunglah kau Aus.Dulu aku suruh rekomen dekat aku,kau tak nak.Patut lah pun simpan nak buat bini."kata Firdaus sambil ketawa kecil.

"Ehemmm...hurmm...dah habis kot jejak kasih.Aku nak masuk ni.."Sindir Aus bersama satu jelingan.

"Oh..lupa pula.Nanti kita sembang lain ya Qayra.Lama tak jumpa.Rindu pulak zaman sekolah dulu."

Aus tunjuk muka bosan.

"Tak payah ikut.Tunggu luar."kata Aus pada Qayra.Tak jadi Qayra ikut masuk.Firdaus pula mengambil alih menolak kerusi roda Aus.

Qayra duduk menunggu di kerusi yang disediakan.Lama juga dia menanti.Dekat sejam juga dia menunggu.Terdengar gelak tawa dari sebalik pintu.Entah apa yang mereka bualkan.

Aus keluar dengan wajah ceria.Lain sangat dengan air muka ketika datang tadi.Ceria dapat jumpa kawan baik.Terapi apa yang Firdaus bagi sampai Aus boleh senyum begitu.Kalau dengan Qayra jangan haraplah.Muka semedang berkerut 24 jam.Ehh..tak kot..Qayra bukan selalu berkepit dengan dia.

Selalu lepas letak pakaian Aus dalam bilik madi,terus Qayra keluar.Terfikir juga Qayra macam mana Aus buka seluar.Tentu susah nak berdiri.Tapi Qayra tengok elok saja Aus pakai baju semua.Masih smart dan bergaya.

Qayra tidak mahu kusut kan fikiran.Aus tak suruh dia mandikan pun dah bersyukur.Tak pasal nanti mata Qayra tercemar dengan pemandangan yang tak sepatutnya.

"Qayra,dah boleh bawa Aus balik.Jangan terlalu manjakan sangat Aus ni,biar dia belajar jalan sendiri."Kata Firdaus sambil senyum-senyum.

Sempat Aus jeling pada Firdaus.

"Balik dulu ya.."Kata Qayra.

"Jumpa lagi.Aus kau jangan nak nakal sangat.Aku takut lambat baik."Pesan Firdaus sambil gelak.

"Okey aku balik dulu.Apa-apa aku call kau."

"Anytime bro.Nak ajak lepak,bawa Qayra sekali."Aus buat tak dengar.Panas hati pula bila Firdaus asyik sebut nama Qayra.

"Cepatlah balik.Aku dah lapar ni."kata Aus ketika itu mereka di lobi hospital.

"Sabarlah.Kalau nak saya pergi beli roti ke apa yang patut dulu."

"Huhh!Tak nak.Cepat jalan!"

Bapak singa dah berubah mood buruk balik.

"Kau bawa elok-elok.Jadi apa-apa dekat jereta ni,aku saman kau nanti."selar Aus.Baru start enjin dah kena sound.

"Ya ya..tahu."Malas Qayra nak berdebat.Terus pedal minyak ditekan supaya cepat sampai ke rumah sebelum bapak singa mengamuk besar.

Sampai di rumah terus Aus minta Qayra hantarnya ke bilik.Selepas itu,Qayra ke dapur mencari makanan apa yang ada untuk Aus makan.

"Qayra lapar ke?"soal Kak Pah melihat Qayra seperti mencari sesuatu.Sekejap buka peti sejuk sekejap buka pintu kabinet.

"Bukan Qayra.Tuan Aus tu."

"Tuan Aus?"Kak Pah terkebil.

Qayra sengih.Terlanjur cakap.

"Aus.Dia lapar.Kak Pah ada buat kuih apa tak.Qayra pun tak sempat nak singgah tadi."

"Ada ni.Pisang goreng."

"Boleh lah.Kejap nak bancuh teh."

Dah siap semua terus Qayra bergegas hantar ke bilik Aus.

"Awak nah makan pisang goreng."Qayra letak di tempat biasa.

Aus pandang Qayra dan pisang goreng silih ganti.

"Ni jer kau bawak.Spaghetti ka chicken chop ker okey la jugak.Pisang goreng makcik tepi jalan pun boleh buat."rungut Aus tidak puas hati.

Qayra ketap bibir.Nasib Aus sakit kalau tak sakit dah lama Qayra hempuk dengan pinggan.Biar koma sebulan.Dah ada makanan pun tak reti bersyukur.

"Kak Pah masak ni saja."

"Habis tu kau ada buat apa."perli Aus.

"Saya kan baru balik."

"Aku nak kau turun masak untuk aku."arah Aus.

"Saya mana pandai masak.Nanti awak tak lalu makan kot.Tak sedap."Qayra beri alasan.

"Aku tak kira,aku nak kau masak juga.Apa guna jadi pompuan kalau tak tahu masak.Aku nak makan spaghetti."

"Kalau tak sedap Tuan Aus jangan marah."

"Aku dah lapar ni.Jangan sampai aku baham kau."

Qayra terdiam.Seram.

"Ya lah.Saya pergi buat."kata Qayra dengan lemah.Orang baru nak rehat.

Hairan kadang dengan sikap Aus.Kejap baran kejap angin tak tentu pasal.Sekarang minta yang bukan-bukan.Agaknya dah buang tabiat.

Qayra kembali ke dapur.Segala bahan untuk buat spaghetti dikeluarkan.Mujur Kak Pah ada simpan fettuccine lebihan Puan Fatin masak.Entah bila punya stok.

Sementara menunggu daging ayam nyabeku,Qayra balik ke rumah dan mandi terlebih dahulu.Setelah brsolat Maghrib dia menyambung kembali kerja memasaknya.

"Kalau Kak Pah buat mesti jadi mee sanggul lah jawabnya."

"Senang saja Kak Pah.Masak pasta ni tak susah mana pun.Rebus dulu pasta ni ketepikan.Tumis guna minyak zaitun lagi sedap."

"Tak retilah Kak Pah makanan orang putih semua ni.Qayra sajalah masak bila Aus teringin nak makan."

Qayra mengeluh kecil.Nanti dia nak tulis resepi bagi Kak Pah.Ikut hati malas dia mahu melayan karenah Aus.Sebab Aus tak sihat saja dia terpaksa juga buat.

"Amboi sedapnya bau.."Kak Pah sedut sedalamnya.

"Nak siap dah ni..."Qayra tabur serbuk chesse ke atas pasta dalam pinggan.

"Cepatnya."

"Kejap saja masak ni.Kak Pah mesti boleh buat punya."

"Kejap Qayra hantar dekat Aus dulu."

"Kak Pah nak rasa juga boleh kan."Kak Pah dah bersedia dengan pinggan di tangan.

"Makanlah Kak Pah.Saja masak lebih."

"Apa nama masakan ni.Aglio..lio..ehh susahnya nak sebut."

"Fettuccine Aglio Olio."kata Qayra sebelum berlalu dengan membawa dulang di tangan.

Wajib ketuk pintu sebelum masuk nanti tak pasal kena marah.

"Awak makanan dah siap."Qayra letak tempat biasa dan terus keluar.Aus dilihat sedang membelek henfon.

Setengah jam kemudian,Qayra datang semula.Lincin sepinggan.Pisang goreng Kak Pah pun dia habiskan juga.Lapar sangat.

"Boleh la takat nak alas perut."

Qayra buat tak tahu.Dia bukan minta dipuji pun.

"Aku nak naik tidur dekat atas.Kejap lagi kau datang balik bawa aku naik."

"Tapi kaki awak tak baik betul lagi."bantah Qayra.

"Kau ni kan.Siapa yang sakit,aku ker kau?"soal Aus dengan nada menjengkelkan.

"Baiklah.Kejap lagi saya datang balik."

"Cepat sikit!"

Elok Qayra keluar,Aus sengih di hujung bibir.

Mentang-mentanglah Encik Rosli dan Puan Fatin tiada di rumah Aus lagi sakan ambil kesempatan.Puan Fatin sudah bertolak ke Pulau Pangkor bersama kawan-kawannya seperti yang dirancang.Manakala Encik Rosli keluar berjumpa sahabat lama.

"Kau pegang aku dekat sini."Aus tarik tangan Qayra dan letak atas pinggangnya.

Qaya berasa malu.Seumur hidup kali pertama dia menyentuh lelaki.

"Kau jangan nak blushing sangat.Tak ada maknanya."suara Aus mematikan perasaannya.

Terus tak jadi blushing.Yang Qayra tahu hanya mahu cepat sampai ke atas.

Perlahan-lahan mereka menapak naik ke atas.Ni baru naik.Esok nak turun macam mana.Mau tinggal tulang dan kulit saja Qayra nanti.

Sudah lama Qayra tidak naik ke sini.Sampai depan bilik Aus automatik kaki Qayra berhenti menapak.

"Kenapa berhenti?Bawa aku duduk atas katil."suara Aus sekali lagi menerjah telinga Qayra.

"Errr..awak boleh jalan sendiri kan.Awak masuklah.Saya nak cuci pinggan tadi."

"Woii kau tak nampak ker.Tongkat pun tak ada.Kaki aku ni sakit lagi tau."marah Aus.

Qayra terpaksa juga hantar Aus ke depan katil.Dia hanya mahu cepat keluar dari situ.

"Mana kau nak pergi?Aku belum tidur lagi."

"Nak turun bawah."

"Kau nak tinggal aku sorang dekat atas ni.Kalau jadi apa macam mana aku nak panggil kau."

Ringan saja mulut Qayra nak jawab.Dah elok duduk bawah nak naik atas pulak.Pening lah dengan dia ni.Patut lah emak sendiri tak mahu melayan karenah si anak.Bahagia nya Puan Fatin dapat pergi bercuti.

"Kau kemas apa yang patut.Pergi ambil barang aku semua bawa naik."arah Aus.

Kan dah cakap Aus sengaja kena kan dia.Kan dah kena turun naik banyak kali.Sabar sajalah.

"Wheelchair sekali ker?"

"Tak payah!"

Dua tiga kali juga Qayra angkut barang Aus.Tercungap dia keletihan.Kak Pah pula sudah masuk tidur awal.Badan Qayra ni pun dah rasa letih sangat.Balik hospital tak sempat rehat terus masak.Sekarang lagi bertambah letih turun naik tangga.

"Kau susun baju aku dalam almari!"

"Berus gigi syampu letak kat tempat asal dia balik!"

"Toiletries susun elok-elok.Jangan sampai ada yang pecah!"

"Bantal ni kau salin sarung lain!"

Dalam kepala Qayra tersemat semua tapi bila dia duduk atas kerusi terus dumm..

Dia benar-benar letih yang teramat.Suara Aus juga sudah tidak kedengaran lagi.Lantak dia lah.Semua nak suruh orang.Mata dah layu dan terus tertutup rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience