Bab 43

Drama Series 9550

"QAYRA."panggil Wajdi.

"Wajdi."sahut Qayra.Tak sangka Wajdi datang ke ladang.Sudah lama mereka tidak bertemu.

"Bila balik sini?"tanya Wajdi.Jelas wajahnya gembira berjumpa dengan Qayra.

"Dekat dua minggu macam tu."

"Lepas ni awak nak pergi sana lagi ker?"

"Tak tahu lagi."

Aus yang baru keluar dari ofis terus menghampiri Qayra.

Dia berdehem kecil.

"Encik Wajdi baru sampai ker?"tanya Aus.

"Ahha..tak sangka Qayra ada sini.Lepas ni saya kerap datang sinilah.Senang berurusan dengan Qayra."

Qayra dah serba salah bila Aus tengok mereka berdua silih ganti.Dia hanya lorekkan senyuman.

"Kalau Encik Wajdi nak buat urusan boleh sahaja direct dengan Siti.Macam biasa."kata Aus.Jelas dia tidak menyenangi kehadiran Wajdi.

"Oh! begitu.Baik.Terima kasih Encik Aus.Qayra saya minta diri dulu.Jumpa lagi."Wajdi segera meminta diri kerana ada urusan lain yang perlu diselesaikan.

Qayra berasa lega.Dia dah gelisah tadi.Aus pandang Wajdi macam tak puas hati puan ada.

Betul tekaan Qayra.Dari balik sampai sekarang Aus masih mendiamkan diri.Nak cakap pun macam nak tak nak saja.Masa makan tadi pun tak banyak cakap.Tapi dia tetap tolong Qayra kemaskan dapur seperti biasa.

"Awak kenapa diam saja ni."Qayra beranikan diri bertanya.

"Tak ada apa lah."suara Aus kendur.Kurang ceria.

"Kalau tak ada apa kenapa diam.Saya ada buat salah ker?"

Aus mengeluh perlahan.

"Sayang tak ada salah pun.Cuma abang yang tak boleh control."

Qayra kerutkan kening.Control apa?

"Awak cakap apa saya tak faham."

Aus usap pipi Qayra.

"Abang minta maaf.Abang tak dapat nak control rasa cemburu."

"Cemburu?"berlapis kerutan dahi Qayra.

"Abang cuma cemburu bila sayang cakap dengan Wajdi tadi."

Qayra hela nafas.Dah agak mesti pasal hal siang tadi.

"Saya cakap saja bukannya apa pun."

"Abang tak boleh..."Aus menghela nafas berat.

"Abang naik dulu."Terus Aus bangun meninggalkan Qayra.

Qayra menghantar pandangan pelik dengan sikap Aus.Aus cemburu?Tapi tadi dia hanya berbual kosong dengan Wajdi.Lagipun antara dia dengan Wajdi tak pernah wujud hubungan yang istimewa.

Fikiran Qayra kembali menerawang hal yang sudah lama dia lupakan.Baru dia teringat semasa Aus mengheretnya masuk ke dalam bilik air dan membasuh tangannya kerana dipegang Wajdi.Maksudnya Aus sudah cemburu masa tu.

Raut wajah Aus sekarang makin jelas menunjukkan perasaan cemburu.

Telefon bimbit Aus tiba-tiba berbunyi.Tertera nombor yang tidak dikenali.Qayra tidak berani jawab.Mungkin urusan kerja atau kenalan Aus.

Jam dinding di kerling sudah melangkaui pukul 11 malam.Aus masih di atas tiada tanda yang dia akan turun.Entah sudah tidur lena dibuai mimpi.Hanya Qayra yang masih terkebil.Mata di skrin televisyen tapi hati dan otak asyik fikirkan Aus.

Qayra segera menutup suis televisyen dan membawa henfon Aus naik ke atas.

Perlahan pintu bilik Aus diketuk.Dua kali ketuk baru kedengaran pintu di buka dari dalam.

Tergama Qayra saat pintu terbuka luas.
Baju yang Aus pakai tadi hilang entah ke mana.Dia hanya berseluar tidur.

"Errr...saya nak bagi henfon awak..Awak tertinggal dekat bawah."hulur Qayra yang masih tergamam melihat separuh tubuh Aus yang terdedah.

"Tadi ada call.Tak ada nama.Mungkin penting."Qayra dah gugup bersama jantung yang tak berhenti berirama.

Aus tidak terus ambil.Mata asyik meniti segenap wajah Qayra.

"Awak tak nak call balik ker mana tahu penting."gemersik suara Qayra menerjah telinga Aus.

Aus bukan sambut henfon tetapi tangan Qayra yang disambut.

"Saya minta maaf...pasal tadi.."terpacul dari mulut Qayra.Sedikit tergagap.

Terus tubuh Qayra di sambar Aus.Di peluk seeratnya.

"Maafkan abang..abang tak nak kehilangan sayang lagi."

Tersembab muka Qayra di dada Aus yang tidak berbaju itu.

Yang ini sumpah dia memang tak tipu.Degupan jantung Aus kendengaran kuat sekali.Laju pula tu.Dia pun ikut berdebar.Belum pernah dia lihat Aus dalam keadaan begini.

Tubuh Qayra enggan dilepaskan sebaliknya dia menunduk dan mencium rambut Qayra.

Perlahahan Aus tarik tubuh Qayra masuk ke dalam bilik dan menutup pintu.

"Teman abang.."bisiknya ke telinga Qayra.

Qayra seperti terpukau.Lampu bilik yang terang benderang tadi sudah terpadam.Yang tinggal hanya lampu tidur kuning yang malap.

Suasana ikut bertukar romantik.Aus membawanya ke katil.

"Abang cintakan Qayra.."bisiknya ke telinga Qayra.

Tubuh Qayra dibaringkan ke katil.

"Saya..."Qayra terpana dengan tingkah Aus.Debaran di hati makin kuat dirasakan.Dia tidak membantah bila sentuhan Aus mengetarkan naluri wanitanya.

"Abang nak minta sesuatu dari sayang.Kalau sayang izinkan...abang nak sayang..."ucapnya dengan penuh romantis.

Mulanya Qayra berasa gementar.Aus semakin berani bertindak.Dia membisikkan kata cinta buatkan Qayra tersenyum kecil di dua ulas bibir Qayra.Aus pula tersenyum gembira bila Qayra tidak menolak setiap sentuhannya.

"Terima kasih sayang...terima abang.Abang janji akan bahagiakan sayang.I love you sayang..."bisik Aus sambil mengucup lembut telinga Qayra.

Bibir Aus mendarat atas bibir Qayra.Qayra tidak menolak kerana dia juga punya keinginan yang sama.

Hatinya dengan rela menyerahkan segalanya pada Aus.

"Abang."itu saja yang dengar dari mulut Qayra.Bertalu dahi dan ubun Qayra dicium.Aus dan Qayra hanyut dalam dunia yang mereka cipta sendiri.

"Abang."panggil Qayra sebaik Aus turun ke bawah mencarinya.

"Sayang kenapa tak kejut abang.Kesian sayang buat sarapan sorang-sorang.''Aus terus memeluk Qayra dari belakang.

"Tak apa.Dah siap pun."Dia masih malu-malu teringatkan hal semalam.

"Rajinnya sayang buat mee goreng.Lepas ni abang tolong sayang cuci pinggan ya.."pipi Qayra di cium.Tersenyum sipu Qayra.

"Terima kasih buat sarapan.Terima kasih juga untuk semalam.."bisiknya ke telinga Qayra.Pipi Qayra berubah warna merah.Masih malu.

Tangan Qayra dicapai dan di cium.Qayra menundukkan wajah.Pertama kali kisa semalam berlaku dalam perkahwinan mereka.Maknanya dia sekarang milik Aus dan Aus milik dia.Hati mereka juga sudah saling terikat.

"Terima kasih kerana terima abang.Abang akan jaga Qayra.Abang akan tebus segala kesilapan dulu.Abang janji sayang akan bahagia dengan abang."ucap Aus memandang Qayra dengan penuh rasa cinta.

"Qayra pun sayangkam abang."Ucapan Qayra buatkan Aus memeluknya erat.Sedikit terangkat tubuh Qayra dan mereka berpusing seketika.

"I love sayang..."hanya helaian gelak tawa dan suara mereka berdua di setiap sudut rumah.

Seharian mereka menghabiskan masa bersama.Hingga tidak terasa masa yang berlalu.Telefon Aus yang berbunyi berulang kali memaksa Aus untuk melepaskan pelukan Qayra.

"Ya mama...kejap Aus sampai."

Aus berpaling memandang Qayra.Qayra pula hanya memandang penuh tanda tanya bila tahu Puan Fatin yang bercakap di talian.

"Jom kita balik rumah."ajak Aus sambil tangan membelai rambut Qayra.

"Abah tak sihat ker?"risau juga Qayra bila memikirkan keadaan Encik Rosli.Sudah lama mereka tidak ke sana.

"Abah macam tu lah.Kejap okey kejap tak.Kita balik tido sana malam ni.."

Qayra hanya menurut.Di masukkan pakaian mereka berdua dalam beg kecil.

Sampai di hadapan pintu rumah Encik Rosli,Qayra sedikit gugup.Dia bimbang akan penerimaan Puan Fatin.

"Jangan takut.Abang ada.."kata Aus dapat meneka riak muka Qayra yang berubah sebaik keluar dari perut kereta.

Qayra membontoti Aus ke dalam rumah.Tangan Aus dilepaskan.Dia tidak mahu mengejutkan Puan Fatin akan hubungan 'sebenar' mereka yang masih baharu.

Selepas bersalaman dengan Encik Rosli,Qayra terus masuk ke dapur mencari Kak Pah.

"Kak Pah.."panggil Qayra.

"Eh!bila sampai?Wah! muka makin berseri-seri.Ada rahsia ker."gurau Kak Pah sambil kening sengaja di angkat.

"Hish!Kak Pah ni.Mana ada.Kak Pah masak apa hari ni?"Qayra berdalih.Muka dia nampak ketara sangat ker.

"Ayam sambal..abah Qayra teringin nak makan.Dah lama tak makan pedas.Ni pun Kak Pah buat kurang pedas."

"Nak hidang dalam mangkuk ni ker?"

"Haah bawa semua tu.Kejap kak Pah bawa air."

"Aus ni makin susah nak balik sini.Kalau tak call tak balik."leter Puan Fatin di meja makan.Qayra dah kecut.

"Bukan tak nak balik.Aus kan dah ada rumah sendiri."

"Sini pun rumah Aus juga."Puan Fatin berwajah masam.

"Dah la.Kita makan dulu."sampuk Encik Rosli.Tidak mahu anak dan isterinya bertekak lagi.

"Sayang nak lauk apa?"tanya Aus pada Qayra.Puan Fatin dah pandang semacam.

"Nak ayam sambal."jawab Qayra.

Aus cedokkan lauk ke pinggan Qayra.Mata Puan Fatin seperti helang mahu menerkam mangsa.

Encik Rosli hanya tersenyum.

"Abah nak apa-apa lagi tak?"tanya Qayra.

"Tak apa nanti mama ambilkan."jawab Encik Rosli.

Qayra tunduk meneruskan suapan.Tahu mata Puan Fatin asyik terarah padanya.Aus pula tidak segan menunjukkan sikap mesranya pada Qayra dihadapan abah dan mama.Qayra pula rasa bimbang akan penerimaan Puan Fatin.

"Kenapa sayang diam saja."tanya Aus.Bukan dia tak perasan Qayra banyak diam bila Puan Fatin ada bersama.Dia hanya bercakap bila perlu.

"Tak ada apa lah."dalih Qayra.Enggan mengeruhkan suasana keluarga Encik Rosli yang sudah kembali 'tenang'.

"Sayang tidur lah dulu."kata Aus dan terus menghilang dalam bilik mandi.

Qayra berbaring atas sofa hujung katil sambil menunggu Aus.

Baru 10 minit tertidur terasa sentuhan sejuk dipipi buatkan Qayra terjaga.

"Kenapa tidur sini.Tidur kat katil."

"Saya takut awak marah."kata Qayra separuh sedar.

"Mana abang marah.Sayang kan isteri abang.Bilik ni bilik sayang juga.Katil semua yang ada dalam ni hak sayang termasuklah yang ni."Aus tunjukkan dirinya sambil tersengih.

"Dulu awak marah saya tidur situ."

"Sayang..tu dulu.Sekarang semuanya dah berubah.Abang tahu sayang masih ingat lagi."Aus elus lembut pipi Qayra.

"Tak apa saya tidur sini saja."Qayra mahu baring semula tetapi Aus cepat menahan.

"Tak boleh.Tidur sana.Tak apa sayang tak nak bangun.Abang angkat."

Sekali sauk tubuh Qayra sudah dikendong dan diletakkan atas katil.

"Awak ni.."marah Qayra.Baru matanya terbuka luas.

"Sayang malu ker?Abang milik sayang sepenuhnya."kata Aus sambil mendepangkan tangan.

Qayra cubit dada Aus.Terjerit kecil dia.

"Saya takut mama tak boleh terima saya."luah Qayra.

"Abang yakin suatu hari nanti hati mama akan terbuka untuk terima Qayra.Macam hati abang ni.."senyuman Aus sepenuh perasaan.

"Ya lah tu..dulu awak selalu marah saya.Buli saya."

Aus ketawa.

"Sebab abang geram sangat semua orang suka sayang.Abang tengok sayang biasa saja tapi...Allah itu Maha Mengetahui dia tukar hati abang dalam sekelip mata."

Qayra menjeling manja.

"Maksud abang,sayang cantik baik hati tapi abang sombong ego.Hati sayang suci, bersih.Abang yang buta hati.Tak nampak keikhlasan hati sayang.Abang doa semoga mama pun macam abang.Dapat terima sayang."

Rambut Qayra di elus lembut.

"Tapi kan..awak tak rasa lain ker.Saya dah lama jadi adik awak."

"Abang tak anggap sayang 'adik'.Allah dah tunjuk sebenarnya.Abang tak sesuai untuk jadi abang sayang tapi abang sesuai jadi suami sayang."

"Patutlah marah bila saya panggil 'abang Aus'.Takut tau tak.Awak dah la garang.Suka marah saya."Qayra buat-buat merajuk.

"Abang minta maaf.Abang terpaksa 'bunuh' perasaan suka pada sayang waktu tu.Abang takut sayang rampas tempat Auni.Tapi abang silap sayang tak macam tu pun.Abang salah.Maafkan abang..."

"Abanggg..."panggil Qayra meleret.Kendengaran manja sekali.

"Apadia sayang.Cuba panggil sekali lagi abang nak dengar.Rasa sedap dengar sayang panggil macam tu.Menusuk kalbu sungguh.Sebut sekali lagi.."Aus dah senyum nakal.

Qayra berpura tidur.Dia termalu.Tak tahu pula bila panggil macam tu buatkan Aus makin teruja.

"Oh! buat-buat tidur ya..abang tahu nak buat apa.Sayang dah goda abang lepastu buat-buat tidur."usik Aus sambil menggeletek pinggang Qayra.Terjerit Qayra kegelian.

"Okey-okey saya panggil awak,abang.Abang dah la.Jangan geletek..geli lah..."tangan Qayra cuba menepis serangan Aus.

"Tak dengar pun."Aus nak geletek lagi.

"Abang."panggil Qayra.

"Cuba lagi.Macam tadi"Aus sengaja menyakat.

Kali ini Qayra duduk menghadap Aus yang masih berbaring mengiring.Muka Aus di pegang menghadap mukanya.

"Abanggg.."ucapnya bersama senyuman kebahagiaan.

Terus Aus bangun dari pembaringan.

"Kejap ya."kata Aus sebelum turun dari katil.Qayra kehairanan.

Pap!Lampu bilik terus dimatikan.

"Kenapa abang tutup lampu.Kan masih awal lagi."rungut Qayra.Mata dia terasa segar kembali.

"Abang nak..nak sayang..."

Qayra tidak mampu bersuara lagi bila suara Aus semakin dekat di telinga.Qayra hilang disebalik pelukan Aus.Duka selama ini tersimpan umpama hilang sekelip mata.Yang ada kini hanya kuntuman cinta yang semakin menyemarak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience