SESUNGGUHNYA tempat paling aman dan damai buat Aus hanyalah di rumah Encik Rosli.Makin kerap Aus berkunjung dan bermalam di situ.Entah kenapa bila di situ dia berasa tenang jiwa tidak seperti hari-hari yang berlalu.
Tergamam Puan Fatin saat turun dari tingkat atas Aus ada di situ.Baru sampai.
"Aus nak tidur sini ker?"tanya Puan Fatin.Ditangan Aus ada sebuah beg pakaian kecil.
"Haah.."jawab Aus ringkas.
"Kenapa tak bagitahu nak datang?"
"Kenapa mama.Mama nak pergi mana-mana ker.Aus okey saja."
Cepat-cepat Puan Fatin menjawab.
"Taklah.Saja mama tanya."Tangkas Puan Fatin.Dalam hati dah galau.Risau melihat Aus tiba-tiba mahu bermalam lagi di rumahnya.Makin kerap pula.
Aus hanya memandang pelik dan terus naik ke atas untuk menyimpan beg.Dia kembali turun ke bawah.
Bau asam pedas menariknya untuk menjengah ke dapur.
"Bau sedap.Kak Pah masak asam pedas ker?"
"Aus nak makan?"Kak Pah berwajah terkejut melihat Aus masuk ke dapur namun cepat di kawal.
"Boleh juga."Aus labuhkan punggung pasa kerusi di bar counter.
Puan Fatin di sebelah kelihatan sedikit gelisah.
"Mama tak nak makan ker?"Pelawa Aus.Bau asam pedas pari buatkan liur nya hampir meleleh.Lama tidak makan ikan pari.
"Mama kenyang lagi."
"Mama,dalam bilik Auni kenapa lampu selalu menyala.Mama lupa tutup ker?"
Pertanyaan Aus buatkan Puan Fatin dan Kak Pah terkedu sebentar dan saling berpandangan.
"Mama yang buka."
"Oh..Ingatkan mama lupa tutup."
Puan Fatin tidak mahu berbual lama dengan Aus. Dia terus meninggalkan Aus yang sedang makan.
"Mama nak tengok pokok dekat laman."beritahunya sebelum pergi.
Aus tidur awal selepas makan asam pedas tadi.Selepas solat Isyak terus dia tertidur.Kini terjaga di tengah malam kerana kehausan.
Jam di dinding sudah pukul 2 pagi.Perlahan dia turun ke dapur dan membuka peti sejuk.Suasana agak suram ditemani cahaya lampu di ruang makan.
Setelah membasahi tekak terus dia naik ke atas.
Sampai di hadapan bilik arwah adiknya,dia berhenti.
Dari celahan bawah pintu kelihatan seperti ada cahaya lampu malap.Aus tertanya kenapa Puan Fatin kerap pula masuk ke sini.Setahu dia hanya sekali sekala.Terlintas juga difikiran setiap kali dia bermalam di sini.Lampu bilik ini terpasang tetapi malam ini kelihatan suram.
Perlahan dia memulas tombol pintu.Tidak berkunci.
Dia meraba dinding untuk mencari suis lampu tetapi dia tergamam seketika kerana melihat lampu tidur bernyala pada dinding dekat katil.
Ada seseorang sedang tidur di atas katil itu.Mungkin mama.Rindu sungguh mama pada Auni.
Hati dia tertarik untuk mendekati.Dia semakin hampir ke arah katil.Melihat mama yang tidur pulas.Sekali lagi dia pandang susuk tubuh yang kelihatan kurus dengan rambut panjang yang dilepaskan.
Ini bukan mama!Tak mungkin Kak Pah!
Jantungnya mula berdebar.
Dalam keadaan suram,dia cuba mengamati sosok tubuh itu.Dia tunduk untuk melihat dengan lebih dekat.
Bulat matanya memandang susuk tubuh itu.
Rasa mahu menjerit memanggil nama itu.Qayra!
Aus terduduk atas lantai di sisi katil.Lama di merenung wajah polos sang isteri yang tidur.
Ingin saja dia memeluk tubuh itu.Dia rindu.Rindu yang teramat sangat.
Mengalir air mata kegembiraan bercampur pelbagai rasa.Dia menahan tangis agar tidak mengganggu tidur sang isteri.
Kenapa dia tidak tahu selama ini Qayra ada di sini?Semua orang dalam rumah ini menyembunyikan keberadaan Qayra.Merata dia mencari tak sangka Qayra ada di sini.Dekat dengannya.Kenapa sebelum ini dia tidak tahu.Mama abah Kak Pah.Mereka sembunyikan Qayra dari dia.
Aus bangun dan menutup pintu bilik.Perlahan dia berbaring di sisi Qayra.Di cubit pipinya dua kali.Dia tidak bermimpi.Benar ini adalah Qayra.
Dalam posisi mengiring dia memandang wajah Qayra yang sedang tidur.Sayu mengenangkan apa yang telah berlaku.Dia yang bersalah.
"Abang minta maaf.Jangan tinggalkan abang lagi."Ucapnya menahan rasa.
Jeritan Qayra mengejutkan Aus dari tidur.Terpisat dia bangun.
Puan Fatin dan Encik Rosli turut berdiri depan pintu bilik Auni yang terbuka luas.
"Aus!"Kuat suara Puan Fatin berteriak menyebut nama Aus.
Qayra sudah bangun dan menjauhi katil.
"Macam mana Aus masuk sini?"Puan Fatin menyeringai marah.
Aus bangun dan mahu mendapatkan Qayra.Qayra berlari kebelakang Puan Fatin.
"Mama kenapa tak cakap Qayra ada dekat sini.Mama tahu kan Aus rindukan Qayra.Merata Aus cari dia.Sampai hati mama tak bagitahu Aus."Lirih suara Aus.Semalaman dia asyik tenung wajah Qayra.Perasaan bersalahnya bertimpa-timpa.Entah bila dia terlelap.
"Kenapa Aus nak cari dia.Aus dah buang dia kan.Jangan datang dekat."Kata Puan Fatin bila Aus mahu mendekati Qayra.
"Abah tolonglah.Aus nak cakap dengan Qayra.."Rayu Aus pada Encik Rosli.Puan Fatin masih bertindak melindungi Qayra.
"Kita bincang dekat bawah.Semua mandi lepas tu kita jumpa dekat bawah."Encik Rosli bersikap tenang.
"Mana boleh macam tu.Mama tak benarkan Aus dekat dengan Qayra."Bantah Puan Fatin.
"Ma tolonglah dia isteri Aus..."Aus dah rasa mahu menangis.
"Baru sekarang Aus nak sedar.Lepas tu Aus akan luka kan hati dia lagi.Mama tak akan benarkan."Puan Fatin betul-betul melindungi Qayra dari Aus.
Aus juga hairan dengan sikap Puan Fatin.Bukan kah selama ini mama tidak suka pada Qayra.Tapi ini sudah terbalik.
"Aus dah sedar.Mama tolonglah..Qayra..maafkan abang."
Qayra masih menikus di belakang Puan Fatin.Baru dia teringat dia lupa mengunci pintu setelah turun mahu membasuh mangkuk asam pedas.
"Dah Aus pergi mandi dulu.Fatin..kita kena bincang kalau tidak semua ni tak akan selesai."
Masing-masing terdiam.Ada benarnya kata Encik Rosli.
"Memang mama sorok Qayra dari Aus.Sebab apa tau...sebab Aus tak pandai hargai dia."kata Puan Fatin.Semua berkumpul di ruang tamu termasuk Kak Pah.
Qayra ditarik duduk sebelahnya.Sikit pun Puan Fatin tak bagi Aus sentuh tangan Qayra.
"Aus tahu Aus salah.Tapi kenapa sorang pun tak nak bagitahu.Kalau semalam Aus tak masuk bilik Auni sampai bila pun Aus tak akan tahu Qayra ada dekat sini."Sayu suara Aus.
"Semua salah Aus.Dah ada isteri kenapa nak layan lagi perempuan lain.Dia dah ada suami.Biarlah suami dia yang uruskan.Itu bukan masalah Aus."Marah Puan Fatin berbakul-bakul.
Kali ini jelas Puan Fatin membela Qayra.Aus masih terkejut dengan perubahan mamanya.Hilang segala kebencian Puan Fatin pada Qayra.Apa sudah jadi?
Tengok tu bila Aus pandang Qayra pun Puan Fatin jegilkan mata pada dia.
"Aus minta maaf.Aus mengaku Aus salah.Aus lalai dalam menjaga rumahtangga Aus.Bagi abang peluang Qayra."Aus sudah hilang rasa malu.Biarlah dia merayu asalkan semua tahu dia sayangkan Qayra.
"Abah tak boleh tentukan semua ni.Yang boleh abah bagi hanya nasihat.Keputusan ditangan Aus dan Qayra.Fikir masak-masak sebelum bercakap.Abah tak nak tengok keluarga kita berpecah lagi."Nasihat Encik Rosli sambil memandang Aus dan Qayra silih ganti.
"Yang buat masalah Aus bukannya Qayra!"Tekan Puan Fatin.
"Ya Aus yang salah.Qayra terlalu baik untuk Aus.Aus yang tak pandai hargai.Aus alpa."akui Aus.Redup matanya memandang si isteri.
"Ha! tahu pun.Tapi buat jugak."Sindir Puan Fatin.
"Fatin..biar Aus cakap dulu."Tegur Encik Rosli.
Qayra masih membisu.
"Saya geram sebab dia terhengeh-hengeh lagi dekat bekas tunang.Tak cukup lagi apa yang dia lalui dulu.Tak ingat ker!"Sinis Puan Fatin.
"Benda dah lepas jangan ungkit lagi.Zaza pun dah datang minta maaf.Kita lupakan saja.Jangan ulang lagi kesilapan yang sama,Aus."Nasihat Encik Rosli.
"Mama tak faham dengan Aus ni.Aus masih harapkan Daria lagi ker?Dia dah kawin.Kenapa nak kejar dia lagi."Marah Puan Fatin.Qayra masih mendiamkan diri.Tak tahu bila dia ada kekuatan untuk bersuara.
Sudah dua minggu dia di sini.Siapa sangka Puan Fatin yang dulunya membenci kini semakin sayang padanya.Mula dia juga pelik dengan perubahan ini.Namun dia terima dengan lapang dada.Manusia boleh berubah.
Puan Fatin sentiasa menunjukkan kasih sayang yang dia tidak pernah rasai dari seorang ibu.Malah dia di layan seperti anak sendiri bukannya orang luar lagi.
Bukan itu saja,Puan Fatin membenarkan Qayra tinggal di rumahnya malah dalam bilik arwah Auni.Bilik itu sekarang telah jadi milik Qayra.Pelik bukan.
Ini yang buatkan hati Qayra bertambah lega.Puan Fatin sendiri menyuruhnya tinggal bersama.Dia tidak membenarkan Qayra pergi dari situ.Hari yang sepatutnya Qayra pergi dari rumah Aus telah bertukar.Qayra disambut penuh kegembiraan di sini.
Puan Fatin telah mengakui segala kesilapan masa lalu.Dia menyakinkan Qayra agar tidak pergi dari situ.Dia mahu menebus segala kesilapan yang lalu dengan menjaga Qayra.
Encik Rosli dan Kak Pah antara orang yang paling gembira dengan perubahan sikap Puan Fatin.Mereka berempat telah pergi bercuti bersama tanpa pengetahuan Aus.Sejak itu hubungan mereka semakin rapat.
Puan Fatin sanggup menghantar sendiri makanan kepada Qayra tiap kali Aus bermalam di rumahnya.Dia benar-benar menebus segala yang tidak dilakukan sebelum ini.
"Aus dengar tak ni.Mama tak izinkan Aus ambil Qayra.Biar dia tinggal dekat sini."
Terlopong Aus seketika.
"Takkan Aus tak boleh nak dekat langsung.Qayra isteri Aus."Protes Aus.
"Tak boleh!Aus dah lukakan hati dia.Ingat semudah itu ker mama nak biar Aus buat sesuka hati.Sekarang Qayra adalah anak mama!"
Kata-kata Puan Fatin mengejutkan semua.Qayra begitu terharu.
"Mama tak boleh buat Aus macam ni.Qayra hak Aus."
"Hak untuk seksa hati Qayra.Macam tu ker?"Sindir Puan Fatin dengan geram.
"Aus mengaku Aus salah.Aus dah sedar.Aus janji tak akan ulang lagi."
"Jangan pandai berjanji saja.Lepas tu buat lagi."Tajam juga sindiran Puan Fatin.Kali ini dia betul-betul mempertahankan Qayra.
"Baguslah kalau Aus dah sedar.Abah cuma nak tengok semua orang dalam rumah ni bahagia.Abah tahu Aus sayangkan Qayra.Tapi kalau dah sampai tahap cemburu tanpa usul periksa inilah akibatnya.Patutnya Aus dah boleh kawal perasaan tu.Aus kenal Qayra dari kecil lagi.Abah tahu Aus sayangkan Qayra."Encik Rosli tepuk perlahan bahu Aus memberi sokongan.
Kak Pah terangguk-angguk mengakui kata-kata Encik Rosli.
"Aus yang salah.Terlalu ikut kata hati.Aus sayangkan Qayra.Aus janji lepas ni Aus tak kan buat benda bodoh lagi.Sayang..maafkan abang."
Aus cuba capai tangan Qayra namun Puan Fatin lebih pantas bertindak menghalang.
"Aus ingat dengan minta maaf boleh lupa macam tu saja."Puan Fatin masih menghalang.
Aus tertunduk lemah.Ingat semudah itu dia dapat dimaafkan.Mama yang didepannya sekarang bukan seperti mamanya yang dulu.Mama ini lebih tegas dan tidak boleh bertolak ansur.
"Aus nak cakap dengan Qayra."pintanya.
Puan Fatin tidak puas hati bila Encik Rosli mengajaknya dan Kak Pah pergi dari situ meninggalkan Qayra dan Aus untuk bersendirian.
Share this novel