Bab 42

Drama Series 9550

AUS membawa Qayra bersama ke ladang.Sudah lama Qayra tidak ke sini.Rindu dia pada ladang dan pokok cili.

"Panas ni sayang duduk dalam kereta saja lah.Tak payah keluar."saran Aus.Mereka tiba di ladang ketika matahari sudah naik.

Baru pukul 10.30 pagi tapi matahari sudah memancarkan cahaya.Terik.

"Saya nak tengok sekejap.Dah lama tak datang sini."

Qayra berjalan mengikut setiap barisan pokok cili.Daun kelihatan menghijau dan sudah berbungga.Tak lama lagi akan mengeluarkan cili.

"Eh!Cik Qayra bila balik sini.Lama tak jumpa."sapa Andi.

"Baru balik.Lama tak datang sini.Rindu pula."

"Dah agak mesti Cik Qayra rindukan semua pokok cili ni kan.Kerja lah sini balik.Customer pun ada yang tanya pasal Cik Qayra."kata Andi.

"Ya ker.Saya tak kerja sini dah.Datang pun sekejap saja nak melawat."

"Tak best lah Cik Qayra tak ada.Encik Wajdi selalu tanya bila Cik Qayra nak balik."

Aus berdehem kecil membuatkan Andi meminta diri.Takut tengok mata Aus yang memandangnya semacam.

"Sembang apa dengan Andi?"tanya Aus.

"Tak ada apa.Pasal pokok cili lah."jawab Qayra.

"Jom kita masuk ofis.Abang ada kerja nak buat."

"Tak apa lah kalau awak nak pergi dulu.Saya nak tengok pokok lagi."

"Panas ni.Nanti petang kita datang lagi."sebetulnya Aus cemburu bila Qayra berbual dengan lelaki lain.Tambahan bila terdengar nama Wajdi di sebut tadi.Lelaki ini memang tak pernah putus asa bertanya pasal Qayra.

"Okeylah."Qayra bersetuju.Malas dia mahu bertekak di situ.Lagipun cuaca panas.Dia lupa bawa topi.

Sampai dekat ofis,Qayra di sapa oleh Haida dan Siti Rahmah.

Aus mengajak Qayra masuk ke biliknya.

"Duduk dulu.Qayra dahaga tak abang nak ambil air."

Qayra menolak.Tadi baru sahaja minum air mineral.

Aus duduk di kerusinya sambil meneliti kertas kerja di hadapannya.

Qayra berasa bosan.Dia tak tahu nak buat apa.

"Saya keluar dulu lah."kata Qayra mulai rasa bosan.

"Nak pergi mana.Duduklah sini.Temankan abang."

"Saya nak pergi luar.Tak nak ganggu awak."padahal dia tak tahu nak buat apa.Aus pun sekejap-sekejap pandang dia.Tak tentu arah Qayra dibuatnya.Jantung jangan cakap lah dah tak larat melompat.Telinga Qayra pun dah lali bila Aus asyik panggil dia 'sayang'.Tak kira depan siapa pun dia tetap panggil Qayra 'sayang'.

"Abang nak cakap dengan sayang pasal kerja."

Qayra kembali duduk.Rasa bersemangat.Memang benar dia mahu bekerja kembali.Tak dinafikan dia tertunggu juga Aus untuk memanggilnya kerja semula di ladang.

"Tempat sayang ada lagi.Sayang nak kerja balik tak?"tanya Aus.

"Boleh ker?"tanya Qayra kembali.

"Apa pula tak boleh.Kalau sayang nak kerja sini abang okey saja.Tapi kalau sayang tak nak kerja pun tak apa.Abang boleh tanggung sayang."

"Saya nak kerja.Hutang saya tak habis bayar lagi."Qayra terlepas cakap.

"Sayang hutang siapa?"tanya Aus.Riak wajah bertukar cuak.

"Hutang keluarga awak."terpacul keluar dari mulut.Dah alang sebut terus terang sajalah.

Aus tersentap.Qayra masih tidak dapat melupakan lagi.

Aus bangun dan duduk di sebelah Qayra.

"Abang minta maaf.Tak perlu sayang nak bayar semua itu.Tak penting pun."sambil mengusap tangan Qayra.

"Tak penting bagi awak tapi penting bagi saya.Saya dah banyak menyusahkan keluarga awak."luah Qayra.

Aus menunjukkan rasa bersalah.Kesal kerana ucapannya yang dulu.

"Tolong lupakan semua tu.Abah ikhlas bantu sayang.Abang dengan mama yang salah.Kami terlampau ikut hati."kata Aus dengan perasaan bersalah.

"Tapi...."

Aus letak jari di mulut Qayra supaya tidak meneruskan lagi.

"Sayang jangan cakap lagi.Abang rasa bersalah sangat-sangat.Banyak kesilapan abang pada sayang.Abang tahu sayang masih ingat semua tu.Tapi percayalah abang dah sedar dan abang nak tebus semua."ucap Aus dengan setulus hati.

Sorotan mata Aus menyatakan segalanya.Di raih kedua tangan Qayra dan mengucupnya lembut.

"Maafkan abang."

Qayra menarik nafas lega.Segalanya telah berubah.Dia cuba untuk percayakan Aus.Terima Aus.

Pintu diketuk.Zain terus masuk seperti biasa.

"Opss! sorry."Dia mahu keluar kembali sambil menutup mata.

"Masuklah Zain.Kau nak apa?"panggil Aus yang sudah bangun berdiri.

"Tak apa nantilah.Kau tengah 'sibuk'."Zain sengih.

"Tak lah."sangkal Aus tapi senyuman dibibir masih ada.

"Maaf aku ganggu kau dengan Qayra."ucap Zain.Rasa bersalah pula terus masuk.

"Mana ada abang Zain ni."Qayra sedikit malu.

"Faham..faham..kalau rasa tak boleh kerja lagi.Baik balik dulu.Aku boleh tengok apa yang patut dekat sini."Zain masih lagi dengan senyuman sambil menepuk bahu Aus.

"Mentang-mentanglah kau dah ada Deeja.Dulu berlagak selalu datang kerja lambat."sindir Aus pada Zain.

"Mestilah dah ada isteri.Kau pun lepas ni tak nampak batang hidung dekat sini dah."sindir Zain kembali.Memulangkan paku buah keras.

"Kita kata dia.Dia kata kat kita.Bagitau Deeja nanti..."ugut Aus.

"Amboi!sekarang dah eksyen sejak Qayra ada.Dulu aku lah tempat kau meluah rasa hati.Rindu lah..sayang lah...tak boleh fokus kerja lah..asyik teringat...apa lagi ya...ha tak boleh tidur malam lah.."usik Zain sambil ketawa kecil.

Qayra yang mendengar ikut tersenyum.

"Mestilah.Kau pun sama lah nak cakap aku.Sekarang kita sama saja."Aus termalu.

"Baru kau tahu langit tu tinggi ker rendah."Zain ketawa kuat.

Aus tersipu senyum sambil melirik ke arah Qayra.Zain dah pecah rahsia.Biar Qayra tahu dia bukan main-main.Dia betul-betul jatuh cinta pada Qayra.Aus akui Qayra punya aura tersendiri.

"Kau masuk sini nak apa sebenarnya."Aus cuba hentikan usikan Zain.

"Tengok tu Qayra.Dulu abang Zain nak masuk keluar bila-bila masa pun boleh.Dia pernah tak tanya macam ni.Sekarang dah lain..."Zain sambung mengusik.

"Kau ni aku tanya saja.Asyik kenakan aku saja.Tunggu nanti ada Deeja aku balas balik."

Zain mencebik sambil buat muka.

"Ni ha! aku nak suruh kau sign sini."Zain tunjukkan fail di tangannya.

"Yang ni saja kan."

"Ni saja..nak halau aku lah tu.."Zain gelak.

"Dah la kau.Pergilah..tak habis nak kacau aku.."Aus sudah tidak tahan kena usik.

"Okey aku keluar.Qayra jaga-jaga sama,abang Zain takut dia 'baham' Qayra dekat sini."usik Zain sebelum menutup pintu.Kedengaran gelak tawa Zain masih bersisa.Qayra ketap gigi.Boleh tahan juga usikan abang Zain sejak ada Deeja.Qayra pula rasa gerun.

"Jangan dengar.."Aus masih tersenyum dengan usikan Zain.

Baru hari ini Qayra dapat tengok senyuman di bibir Aus.Selama dia kenal Aus memang susah nak senyum.Terutama pada dia.Tapi kali ni Qayra rasa senyuman Aus benar tulus dan ikhlas dengan mata yang sedikit galak.
Terpana Qayra seketika.Ralit dia memandang Aus hingga tak sedar diri juga diperhatikan Aus.

Aus membalas pandangan Qayra.Setiap inci muka Qayra diteliti.

"Terima kasih sayang."Tangan Qayra di usap mematikan dunia khayalan Qayra.Qayra termalu.Tertangkap sudah.

"Err..tadi awak cakap nak bagi saya kerja kan.Saya dah sedia."Qayra segera menutup resah di hati.

Aus pula tersenyum lebar.

Qayra membersihkan diri sebaik pulang.Seharian berada di ladang.Hasrat untuk mencari kerja lain dibatalkan.Cepat sungguh dia buat keputusan.Nampaknya dia juga tak dapat dipisahkan dengan ladang.

"Abang nak keluar beli makan ni.Sayang nak makan apa."

"Saya dah keluarkan udang tadi.Nak masak sambal tumis.Awak beli untuk awak sajalah."

"Sayang tak penat ker nak masak."

"Tak.Ikan pun saya gaul garam kunyit.Tinggal nak goreng saja."

"Macam tu abang tak jadi beli lah.Abang tolong ya.."

Qayra angguk.Entah kenapa semakin hari semakin dia rasa selesa dengan Aus.Mungkin kerana layanan Aus tidak lagi seperti dahulu.

Betullah orang cakap kalau terlampau benci lama-lama tersuka.

"Awak tak kisah ker makan saya masak?"tanya Qayra.

"Mestilah abang lagi suka makan masakan sayang."

"Mana tahu tak kena dengan selera awak.Saya tak pandai masak sangat."Qayra merendah diri.

"Abang makan apa yang isteri abang masak.Jangan risau abang tak cerewet.Semua abang telan termasuk orang.."ada ketawa kecil di hujung bibir.

Qayra telan liur.Pertama kali Aus bergurau dengannya seperti itu.

"Jangan komplen kalau masakan saya tak sedap."

"Jangan risau abang makan saja."

"Ya lah saya mana tahu awak suka apa tak suka apa."akui Qayra.

"Suka sayang lah.."gurau Aus lagi.

Qayra rasa nak sorok saja muka.Aus yang sekarang buatkan diri dia terbuai rasa.

"Awak ni main-mainlah.."Qayra pura marah padahal suka.

"Jangan merajuk.Abang lawak saja.Abang pun nak tahu juga sayang suka apa tak suka apa.Apa kata kalau kita kenal lebih rapat."cadang Aus.

Qayra senyum malu.Sekarang dia betul-betul rasa macam baru bercinta.

"Abang nak kenal sayang dengan lebih dekat."Aus terus rapatkan duduknya sebelah Qayra.Ketika itu mereka sedang berehat di ruang tamu.

Tangan Qayra di genggam kemas.

"Kata baru nak kenal tapi dah pegang."

Ayat Qayra buat Aus ketawa mengekek.

"Sayang halal untuk abang sebab tu abang berani pegang."Aus senyum lagi.Hari ini saja entah berapa banyak 'gula' ditelan.

Qayra mencebik.Dulu pegang tangan Daria boleh pula.Cepat-cepat Qayra beristigfar.Itu cerita lama.

"Dulu abang jahil.Sekarang abang dah sedar.Banyak benda yang abang kena betulkan."ucap Aus mengakui kesalahan diri.

Macam tahu-tahu saja Qayra tengah kutuk dia.

"Sayang dah banyak sedarkan abang."

"Saya tak buat apa pun."

"Sayang saja rasa macam tu.Bagi abang,sayang dah buka mata,hati dan perasaan abang.Macam-macam yang abang lalui semasa sayang pergi.Sakit sangat dalam hati bila kita sayangkan seseorang dan cinta kita di tolak.Selama ni abang tak pernah rasa begitu."luah Aus sambil memandang tepat ke dalam mata Qayra.

Aus cium tangan Qayra dan meletakkan tangan Qayra ke muka dia sambil mata tak lepas memandang Qayra.

"Abang cintakan Qayra."ucapnya bersama senyuman yang paling istimewa untuk Qayra.

Dan Qayra hanya membalas senyuman Aus.Tiada ucapan yang keluar dari bibir.Lidah dia kelu untuk berkata.

"Abang cintakan Qayra."ucap Aus sekali lagi.

"Sayang tak perlu balas sekarang.Abang tahu bila sayang dah bersedia nanti sayang sendiri akan cari abang."

Ucapan Aus,gerak laku Aus dan segalanya tentang Aus, Qayra pahatkan dalam hati.Dia juga punya perasaan yang sama cuma menunggu masa yang sesuai untuk diluahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience