Bab 33

Drama Series 9550

"YA ALLAH Qayra.. lamanya maksu tak jumpa."Suria memeluk anak saudaranya.Kedua belah pipi Qayra di ciumnya.Diikuti dengan anak perempuan maksu yang lain.

"Lama kan kita tak jumpa Qayra."kata Alin si bakal pengantin.

"Maaf semua sebab Qayra dah lama tak datang sini."Qayra sedikit sedih bercampur gembira.

"Kami semua rindukan Qayra."kata Maksu Suria lagi.Ini saja harta yang arwah abangnya tinggalkan.Dulu dia tak mampu untuk menjaga Qayra dan terpaksa menyerahkan kepada sepupunya,Rosli.

"Qayra pun rindu.Boleh tak Qayra nak tinggal di sini lama sikit.Qayra rindu semua."

Ya dia rindukan suasana di rumah Maksu Suria suatu ketika dahulu yang riuh dengan gelak tawa sepupunya yang lain.Walaupun dulu rumah Maksu Suria kecil namun suasana di dalamnya bahagia.Qayra saling berkongsi makan dengan sepupunya.Bukan itu saja mereka juga berkongsi tempat tidur dan juga pakaian yang sama.Keluarga Maksu Suria serba serbi kurang tapi mereka kaya denga kasih sayang.

"Boleh apa salahnya.Sini pun rumah Qayra juga.Duduklah berapa lama yang Qayra nak."kata Paksu Idham suami Maksu Suria.

"Betul tu.Duduklah lama sikit."sampuk abang Azam yang sudah mempunyai tiga orang anak.

Semua anak Maksu Suria tinggal berdekatan rumahnya sahaja.Abang Azam dan Kak Aina sudah berumahtangga.Abang Aiman masih dalam fasa mengenal hati budi.

Seronok Qayra berada di tengah mereka.Tak kering gusi ada saja cerita yang mahu dikongsi bersama.

Maksu Suria mengambil tempat di sebelah Qayra.

"Qayra datang sorang,Aus tak ikut?"tanya Maksu Suria.

"Nanti dia datang dengan abah."Qayra auta saja.Puas dia lari dari Aus sebenarnya.Pagi tadi Khadeeja yang tolong hantarkan ke stesen bas.Senyap-senyap dia keluar dari rumah.Kak Pah menangis bila Qayra cakap mungkin tidak akan balik lagi ke rumah Encik Rosli.Terpaksa dia menenangkan Kak Pah terlebih dahulu.

"Qayra pergilah masuk rehat dulu.Maksu dah siapkan bilik."sambil tunjuk ke arah bilik di hujung sana.

"Buat susah saja maksu ni.Qayra boleh tidur dekat sini saja."ujar Qayra.Teringat mereka tidur berhimpit dalam kelambu.

"Ish.. mana boleh.Nanti Aus datang tak kan nak tidur dekat sini.Qayra jangan risau,ada bilik kosong."kata Maksu Suria ketika itu mereka berada di ruang tamu rumah.

Dahulu rumahnya hanya ada dua bilik.Sekarang bila anak-anak dah kerja.Rumah telah di ubahsuai menjadi lima bilik.Abang Azam pula hanya tinggal di sebelah rumah.Mujur Paksu Idham mempunyai sedikit tanah peninggalan keluarganya boleh juga menumpang duduk.

Qayra hanya tersenyum hambar.Dia tidak mengharap apa pun dari Aus.Dia yakin Aus tidak akan datang ke sini semata untuknya.

Sebelah malam keluarga Maksu Suria sibuk membuat persiapan terakhir.Qayra turut membantu.Meriah sekali dengan suara riuh rendah anak-anak Abang Azam dan Kak Aina yang berlari di ruang depan.

Qayra sedang sibuk menyusun goodies beg untuk diberikan kepada para tetamu.

"Qayra dengan Aus macam mana?"tanya Maksu Suria tiba-tiba.

"Macam tu lah."

"Tak kan masih bergaduh."

"Entah lah maksu.Kadang Qayra tak faham dengan dia.Kejap dia tak okey..kejap okey."

"Fatin dah boleh terima Qayra?"

Qayra senyum nipis.Dia enggan menggulas mengenai Puan Fatin.Dari dia masuk ke rumah mereka sampai lah sekarang,dia masih belum terima Qayra sepenuhnya.

"Aus tu hensem kan."sampuk Alin.

Nyet!Maksu cubit lengan Alin.

"Gatal sangat.Mak bagitau Fauzi baru tau."usik Suria pada anaknya Alin.Tamat saja belajar Alin sudah dilamar oleh sang kekasih hati memandangkan bakal suaminya akan ke Dubai untuk bekerja di sana.Jadi dia mahu membawa Alin bersama.

Mereka sambung ketawa.

"Mungkin Fatin tak dapat terima kenyataan yang Auni dah tak ada."

"Qayra rasa macam tu juga.Bukan senang nak lupakan anak kandung sendiri.Mana nak sama dengan anak orang lain."

"Mesti dia menyesal.Salah sendiri anak terkorban."sampuk Aira.

Qayra memandang Aira dengan pandangan pelik.
Maksu Suria mengisyaratkan agar Aira tidak bersuara lagi.

"Kenapa Aira?Kak Qayra tak faham."

Suria rasa nak marah pada anaknya namun semuanya sudah terlambat untuk menutup mulut Aira.Anak bongsunya ini memang tak pandai menyimpan rahsia.Lama mana dia harus sembunyikan lambat laun Qayra pasti tahu jugak.

"Kak Qayra ,sebenarnya arwah Auni meninggal sebab jatuh sungai.Makcik Fatin biar Auni main dekat sungai.Alasan dia Auni pandai berenang sebab masuk kelas berenang."jelas Aira.

"Hah?tapi bukan ker Auni demam panas.Qayra tak faham lah yang mana satu betul ni."Qayra keliru.

"Maksu rasa dah sampai masanya untuk Qayra tahu hal sebenar."

Maksu Suria membetulkan duduknya.Qayra sudah tidak sabar.Berdebar jantungnya menanti maksu sambung cerita.

"Betul arwah Auni meninggal sebab lemas bukannya demam panas."terang Maksu Suria.

"Qayra tak faham kenapa keluarga Aus cakap Auni meninggal sebab demam panas?"Berkali dia dengar Puan Fatin sering menyebut tentang kematian Auni.

"Cerita sebenarnya,Fatin lalai dibiarkan Auni main tepi sungai.Masa tu Rosli dekat Lumut.Aus pula ada kem dekat sekolah.Dia bawa Auni balik kampung.Biasalah budak-budak bila nampak air nak main saja lah."

"Entah macam mana Auni tergelincir.Semua masa tu cemas sangat.Ibu Qayra terus terjun tanpa berfikir panjang.Ayah Qayra juga ikut terjun sebab dia tahu ibu Qayra tak pandai berenang.Terkapai-kapai tangan ibu Qayra mahu menarik Auni.Malangnya Auni tenggelam bersama ibu Qayra.Ayah Qayra juga ikut tenggelam di bawa arus sungai yang deras.Mayat ketiga-tiga mereka dibawa naik oleh bomba."

"Masa tu pula baru lepas hujan.Arus sungai mengalir laju.Ayah Qayra yang pandai berenang pun tak dapat nak selamatkan diri.Fatin meraung depan tu juga separuh nak mati.Dia tak dapat nak terima kenyataan anaknya telah pergi."

Sedih Qayra.Tak sangka ibu dan ayah Qayra terlibat sama.

"Jadi ibu dengan ayah meninggal sebab lemas bukannya kemalangan?"

"Maafkan maksu Qayra.Maksu terpaksa simpan rahsia ni sebab maksu tak nak Qayra sedih.Sekarang Qayra dah cukup dewasa untuk faham sebab tu maksu berani cerita."

"Apa gunannya maksu.Sama saja ibu dan ayah tak akan kembali lagi.Kenapa Qayra tak tahu pasal ni?"

"Qayra ingat lagi tak masa tu Qayra ikut rombongan sekolah.Semua tak sampai hati nak cakap pada Qayra."

"Kami takut Qayra tertekan masa tu dan tak dapat kawal perasaan.Rosli ambil keputusan untuk berhenti kerja dan jaga Qayra.Waktu tu memang Fatin bantah sangat.Dia tak dapat terima kenyataan anak dia dah tak ada.Rosli pula rasa bersalah dan terhutang budi bila tahu ibu dan ayah Qayra cuba selamatkan Auni."Suria menggesat mata dengan hujung baju Kedahnya.

"Dia juga hampir gila kerana setiap hari rindukan Auni.Maksu tahu niat Rosli baik dia nak sembuhkan Fatin disamping jaga Qayra sama.Bila Qayra tinggal bersama dapat redakan kerinduan Fatin.Tapi maksu tak sangka rupanya Fatin tak suka Qayra tinggal dengan mereka.Maksu minta maaf Qayra."

Maksu Suria pula rasa bersalah.

"Qayra okey maksu jangan risau.Cuma selama ini Qayra percaya ibu ayah meninggal sebab kemalangan jalan raya.Tak sangka kematian ibu ayah ada kaitan dengan Auni."

Qayra turut menggesat air mata.Bertahun baru dia tahu cerita sebenar.

"Maafkan maksu."kata Suria lagi.

"Tak apa maksu.Qayra faham.Maksu sayangkan Qayra..."

Suria menggosok belakang tangan Qayra memberi kata semangat.Bukan niat dia untuk menipu Qayra namun situasi masa itu buatkan dia terpaksa menutup cerita sebenar.

"Aus tahu pasal ni?"tanya Qayra.Suria terdiam.

"Qayra nak maksu cerita dekat dia ker?"

Laju Qayra menggeleng.

Biarlah Aus tahu sendiri dari mulut Puan Fatin.

Sekarang sudah terjawab segala persoalan kenapa Puan Fatin tidak dapat menerima Qayra.Baru Qayra faham akan semuanya.

Agaknya apa reaksi Aus bila tahu Qayra tak ada di rumah sekarang.Berdosa kah aku bila tak minta izin dia?Tapi aku dengan dia bukan suami isteri sebenar.Ah lantaklah asalkan dia tak ganggu hidup aku lagi.

Majlis kenduri di rumah Maksu Suria berjalan dengan lancar.Pasangan pegantin sangat sepadan dan secocok.Qayra sibukkan diri membantu melayan para tetamu Maksu Suria yang tak putus tiba.

"Kak Qayra masuk kejap nak solat."beritahu Qayra pada Aira yang sedang menggedarkan bunga telur pada tetamu yang hadir.

Selesai solat,Qayra meletak kembali bedak di muka dan menggoleskan gincu ke bibir.Tidak terlalu tebal.

Kedengaran suara Aira memanggil di luar bilik.Qayra cepat merapikan tudungnya.

"Pakcik Rosli dah sampai."beritahu Aira.

"Baik.Kejap akak pergi."dalam fikiran sudah terselit hanya Encik Rosli sorang sahaja yang datang.

Dari jauh sudah kelihatan kelibat Encik Rosli sedang berbual dengan Paksu Idham dan Maksu Suria.Di sebelahnya ada Puan Fatin.Qayra berjalan menghampri mereka dan menyalami tangan Encik Rosli,disambut baik.Tangan Puan Fatin sedikit mengeras.Masih sama.Walaupun mengenakan berkaca mata hitam,Qayra kenal sangat dengan riak wajah Puan Fatin.

"Qayra bawa abah dengan mama makan dulu."kata Maksu Suria.Dia masih sibuk melayan tetamu yang lain.

"Abah..mama jom kita duduk dekat sana."kata Qayra.Sebutan 'mama' sedikit perlahan.

Encik Rosli dan Puan Fatin mengambil tempat di meja hujung sana.Tetamu masih ramai.

"Qayra."

Terhenti langkah Qayra bila namanya di seru dan dia cukup kenal dengan suara itu.

Qayra berpaling.Memang tak syak lagi.
Aus sedang tersenyum memandang Qayra.

"Aus pergi makan dulu.Qayra ajak Aus sekali."kata Maksu Suria.

Qayra hanya angguk dan mendahului Aus.Terasa kekok untuk dia memulakan bicara.

"Qayra tak makan sekali?"tanya Encik Rosli.

"Dah tadi.Abah makan ya.Qayra ada kerja sikit."Qayra cuba mengelak dari berbual dengan Aus.Aus pula tak jemu memandang wajahnya seperti mahu berkata sesuatu.

"Sayang, tolong ambilkan abang air."kata Aus tiba-tiba.Dia tahu Qayra mahu mengelak dari dia.Panik juga dia bila tahu Qayra keluar dari rumah.Mujur abah bagitahu Qayra ada di sini.

Qayra pergi mengambil minuman untuk Aus dan diletakkan atas meja.Tanpa bicara terus dia pergi dari situ menyibukkan diri melayan tetamu yang hadir.

Mujur Aira datang meminta bantuannya untuk mengangkat dulang hantaran ke dalam bilik pengantin.Selesai di situ,Qayra ke dapur membasuh apa yang patut sehingga terlupa akan keluarga Encik Rosli.

Hinggalah ke petang hari,tetamu beransur pulang.Qayra masih sibuk menyusun pinggan cawan di dapur.Dia langsung tidak teringat akan Aus.

Qayra menjenguk ke luar rumah.Semua ahli keluarga maksu sibuk mengemas di bahagian luar rumah.

Saat Qayra mahu masu ke bilik dia tersepak beg hitam di tepi pintu bilik.Mungkin beg saudara maksu fikirnya.

"Laa.. Qayra, kenapa tak angkat beg ni masuk dalam?"tegur maksu.

"Beg siapa ni?nak letak dekat mana?"tanya Qayra.

"Letak dalam bilik Qayra."kata maksu.

Qayra tidak cakap banyak terus letak dalam bilik.

Dia mengambil tuala dan sepersalinan baju.Seharian memakai baju kurung rasa melekit satu badan.

Setelah menyegarkan diri,Qayra masuk semula ke bilik.Dia mengunci pintu.

"Qayra."

Aus sedang berdiri di belakangnya.
Terkejut Qayra.Bila masa Aus masuk ke situ.

"Awak buat apa kat sini!?"sedikit marah bercampur terkejut.

"Nak ambil baju.Nak mandi."jawab Aus sambil tersenyum lebar.

"Hah!?"mata Qayra dah pandang atas bawah.

"Mana ada baju awak dekat sini."

"Tu.."tunjuk Aus pada beg hitam di tepi almari.

Terlopong Qayra.Maknanya itu beg Aus.Rasa nak pengsan pun ada.

"Abang tidur sini malam ni."tanpa ditanya Aus memberitahunya terlebih dahulu.

"Abang.."Aus melangkah mahu mendekati Qayra.

"Saya ada wudhuk."cepat Qayra mengelak.Faham sangat dengan perangai Aus yang suka pegang dia.

Aus terpaksa berhenti melangkah.Qayra bentangkan sejadah dan mencapai telekung.

"Tunggu abang kita solat sama."

Macam nak jatuh rahang Qayra.'Lambat lagi'Qayra terus solat tanpa menunggu Aus.Cepat dia memakai tudung dan keluar dari bilik.Dilihat air muka Aus berubah.Terasa agaknya dengan sikap dan layanan endah tak endah dari Qayra.

Qayra sengaja mahu buat Aus rasa begitu.Lagi mudah rancangannya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience