SEPERTI yang Qayra jangkakan,tiada langsung penjelasan yang keluar dari mulut Aus.Malah jauh sekali pengucapan maaf.
Telefon bimbit Aus sentiasa berada di tangan.Tak pernah lekang.Waktu mandi pun bawa masuk sekali.
Nampak sangat Aus tidak mahu berkongsi apa pun dengan dia.Aus juga tidur di bilik sebelah.Hanya masuk untuk mengambil pakaian sahaja.
Qayra tidak mahu bertanya akan tindak tanduk Aus sekarang.Dia biar Aus hanyut dalam dunianya sendiri.Rutin Qayra masih berjalan seperti biasa.Ada kala Aus tidak sentuh pun makanan yang dia masak.
Hampir sebulan mereka berkeadaan begitu.Puan Fatin seolah dapat menghidu sesuatu.Qayra terpaksa berbohong setiap kali hanya dia seorang yang pulang ke rumah mertuanya.
"Aus pergi mana sebenarnya.Dah lama tak datang.Sibuk memanjang.Takkan Qayra tak tahu mana dia pergi."
"Dia jumpa klien."
"Takkan lah hari-hari jumpa klien.Abah pun dulu sibuk juga dekat ladang tapi hari cuti ada saja dekat rumah."
"Biasalah mama.Hati klien kena jaga juga."
Hati Qayra siapa yang jaga?sambungnya dalam hati.
Hubungan mereka semakin jauh.Semakin suram warna pelangi yang menerangi rumahtangga mereka.
Aus sudah tidak pedulikan Qayra lagi.Qayra pun sudah letih mengharapkan kasih dari Aus.Mereka hanya tinggal sebumbung tapi bual hal masing-masing.
Aus makin jarang lekat di rumah.Qayra tidak mahu berpura-pura tidak tahu dengan siapa Aus berjumpa.Sudah tahu buat apa bertanya lagi.Puan Fatin pula tak henti bertanya pasal Aus yang jarang sekali pulang bersama Qayra.Setiap kali ditanya Qayra akan mencipta pelbagai alasan.
Encik Rosli pun begitu.Seolah dapat menghidu akan masalah rumahtangga Qayra.Qayra tidak mahu meluahkan pada mereka berdua kerana bimbang kesihatan mama dan bapa mertuanya terganggu.
Aus pula hanya akan bercakap bila perlu saja.Selebihnya dia banyak menghadap telefon bimbitnya.Qayra susah malas ambil peduli.
Pagi ini,Qayra berasa tidak sihat.Namun digagahkan diri untuk ke ladang.Dia memandu sendiri.Kereta ini adalah hadiah Aus kepadanya semasa mereka masih 'mesra.'Kereta sampai dua minggu lalu kerana proses pembelian yang mengambil masa lama.
Qayra mengambil cuti separuh hari.Mungkin kerana terlalu memikirkan hal mereka,Qayra tidak cukup rehat.Dia jadi letih.Rasa badan kurang bertenaga.
Kereta dipandu perlahan menuju ke rumah mertuanya.Semasa keluar dari ladang,Aus tiada dibilik ofis.Kalau ada pun dia tidak peduli akan Qayra.
"Awal balik hari ni."sapa Kak Pah.
"Qayra ambil cuti.Rasa tak sihat sikit."
"Jom masuk.Panas ni.Cuaca sekarang panas sangat.Jangan duduk lama dekat luar."terus Kak Pah mengajaknya masuk ke dalam.
"Mama mana Kak Pah?"
"Ada.Baru naik atas.Tadi Fatin masak tomyam.Kejap Kak Pah ambil untuk Qayra."
Dengar tomyam terus kecur liur.Dah lama tak makan.Puan Fatin pula rajin memasak sekarang ini.Ada saja masakan yang dia mahu Qayra rasa.
"Nah ni dia."semangkuk tomyam bersama bihun di hidangkan hadapan Qayra.
Kembang kempis hidung Qayra bau tomyam.
"Rasa lah.Mama teringin nak makan tomyam."kata Puan Fatin yang baru muncul.
Qayra tersenyum.Puan Fatin kini semakin mesra dengannya.
Baru sesuap dua masuk ke mulut,Qayra berlari laju menuju ke bilik air berdekatan.Terus dimuntahkan segala isi perut.Perit terasa di kerongkong.
Kak Pah dan Puan Fatin ikut berlari anak mendapatkan Qayra.Belakang Qayra ditepuk lembut oleh Puan Fatin.Tersentuh hati Qayra.
Qayra sudah melutut di lantai memuntahkan segala ke dalam tandas.Kepalanya ikut berpusing.Dia benar-benar tidak sihat.Matanya juga berair.
Setelah berkumur berkali-kali,Qayra gagahkan diri untuk bangun.Sedikit terhuyung hayang.Mujur Kak Pah dan Puan Fatin memegang tubuhnya.
"Qayra nak demam ni.Badan pun panas."kata Puan Fatin.Meletakkan belakang tangan atas dahi Qayra.
"Elok pergi klinik.Teruk sangat dah ni."Kak Pah pula menyatakan kerisauan.
"Makan panadol nanti okey lah."
"Tak elok selalu makan panadol.Baik pergi klinik"gesa Kak Pah.
"Jom mama bawa."Puan Fatin bergegas mengambil beg tangan dan memakai tudung.
"Tapi...."
"Jangan degil.Jumpa doktor dulu lepas ni balik berehat.Nak Kak Pah call Aus ker?"
Laju Qayra menggeleng.
"Kejap mama call Aus."
"Mama please..Qayra tak nak ganggu dia."Mata kembali berair.Bukan kerana sakit tapi kerana Aus sudah tidak peduli padanya lagi.
"Jomlah kita pergi klinik dulu."gesa Puan Fatin.
"Eloklah tu.Dah tak bermaya sangat Qayra ni."tokok Kak Pah.Mereka memapah Qayra hingga ke kereta.Kak Pah ikut sekali.
Puan Fatin memandu terus ke klinik.Sampai di klinik Qayra diperiksa seperti biasa termasuklah ujian air kencing.
"Doktor cakap apa tadi?"tanya Kak Pah sebaik Qayra dan Puan Fatin keluar dari bilik doktor.
Qayra berwajah sugul.Puan Fatin pula tersenyum gembira buatkan Kak Pah keliru.Yang sakit dah tentu muka pucat tapi kenapa Puan Fatin senyum.Takkan seronok tengok Qayra sakit.
"Demam biasa saja kan?"Kak Pah meneka.
Puan Fatin semakin senyum lebar.Kak Pah keliru.
"Tak lama lagi kita akan dapat ahli keluarga baru."kata Puan Fatin dengan gembira.
"Betul ker ni.Alhamdulillah..Kak Pah dah agak dah tadi.Tahniah Qayra.."ucap Kak Pah.
Ucapan Kak Pah tidak memberi kesan pada Qayra.Dia lagi serabut memikirkan hal di antara dia dengan Aus.Dalam keadaan tengah gawat,berita gembira ini muncul.Patutkah dia bersedih?Aus gembira atau tidak suka?Perlu ker bagitahu Aus?Agaknya dia boleh terima tak?
Puan Fatin dan Kak Pah sibuk berbual tentang kehamilannya tapi dia sibuk memikirkan Aus dan masalah mereka.
"Qayra..kenapa ni.Qayra tak suka ker?"tanya Puan Fatin apabila Qayra masih diam.
"Qayra rasa letih."dalihnya.Enggan mematikan senyuman bahagia Puan Fatin.
"Kita kena bagitahu abah dan Aus.Mesti mereka gembira."Puan Fatin bertambah teruja.
Qayra pula sedang mencari alasan yang sesuai.
"Macam ni lah..kita jangan bagitahu lagi.Qayra rasa baru lagi.Nanti dah lama baru bagitahu."
"Elok juga tu.Kita buat surprise."tokok Kak Pah.
"Mama takut terlepas cakap saja."Puan Fatin ketawa kecil.
"Rahsia lah dulu."sokong Kak Pah.
"Dah senja baru ingat nak balik!"sergah Aus saat pintu dibuka.
Teperanjat Qayra.Aus sedang berdiri merenungnya.
Qayra menutup daun pintu.Aus masih berdiri di situ.
"Pergi mana?"
"Rumah abah."
"Ya ker rumah abah.Ker jumpa Wajdi."tuduh Aus.
Qayra pandang Aus.Aus nak cakap apa sebenarnya.Memang dua hari lepas Wajdi ada datang berjumpa dengannya di ladang.Semuanya mengenai hal bisnes.Aus pun tahu pasal tu.Kenapa tiba-tiba Aus sengaja mengungkit.
"Terpulanglah awak nak percaya atau tak.Saya naik dulu."
Qayra malas mahu bertekak.Aus sengaja mencari kesalahan dia.
"Kau tu masih isteri aku jangan nak layan semua orang."kasar sekali bahas Aus.Mana perginya 'abang,sayang' yang Aus selau guna.
Qayra berhenti menapak.
"Ya! saya masih isteri awak atau awak yang lupa."bidas Qayra.
"Jangan nak biadap sangat Qayra.Aku ni suami kau."
"Kalau awak masih ingat awak suami saya tak adalah awak nak pegang tangan bekas kekasih awak depan saya.Awak dah lupa!"sindir Qayra sambil menahan sebak di dada.Selama ini bahasa Aus baik sahaja tapi sekarang menyakitkan telinga dan hati.
"Aku ada sebab.Kau tu kenapa nak kena layan Wajdi lagi."
"Awak jangan nak tuduh saya.Wajdi tu klien kita."tekan Qayra.
"Habis tu kau ingat aku tak nampak kau layan dia macam mana.Kau langsung tak hormat aku sebagai suami."
Aus nak cakap apa sebenarnya.Sengaja nak cari salah dia.
"Baiklah kalau itu memang salah saya.Saya tak tahu awak nampak atau tak abang Zain ada sekali."
"Kau tetap layan dia kan."
Kan dah cakap.Aus sengaja cari kesalahan dia.Terangan Zain ada bersama waktu itu.
"Saya tak tahu kenapa awak berubah.Saya masih tertanya.Kalau awak dah pilih dia,saya izinkan."ucap Qayra walaupun dalam hati bagai dirobek.
"Kau tak payah nak tunjuk baik.Aku tahu apa yang aku buat."suara Aus kian meninggi.
"Jadi awak mengaku awak masih suka kan dia?"tanya Qayra.
"Kau tak perlu tahu aku suka ker tak.Aku nak tanya kau sekarang.Kau suka kan lelaki tu kan?"
"Demi Allah saya tak ada hubungan dengan Wajdi atau lelaki lain selain awak suami saya."suara Qayra bergetar.
"Kau memang pandai berlakon kan.Selama ni aku tertipu dengan lakonan kau."desis Aus.
"Awak cakap apa ni.Awak sedar tak awak dah tuduh saya yang bukan-bukan.Kenapa sampai macam ni sekali awak berubah?"mata Qayra mula bergenang.Sebak menahan tangis.
"Aku berubah?Kau tu yang buat aku macam ni.Aku sayangkan kau tapi kau tetap layan laki tu."
"Semua tu salah faham.Saya tak ada apa-apa dengan dia.Percayalah.Saya tak tahu nak terang macam mana lagi.Awak langsung tak percayakan saya."Qayra menafi sekerasnya.
"Kau nak suruh aku percayakan kau.Memang tak lah."tempelak Aus.
"Kenapa awak masih dengan Daria?"
Aus terdiam.
"Kalau saya tahu awak masih dengan dia,saya tak akan..."Qayra diam sejenak.
"Saya izinkan awak kahwin dengan dia."
Terus Qayra menapak naik ke atas tanpa menoleh ke belakang lagi.Saat ini tubuhnya terasa semakin lemah seolah segala tenaga telah dihabiskan waktu bertengkar dengan Aus.
Tidak sangka Aus telah berubah dalam sekelip mata.Patutkah abah dengan mama tahu mengenai hubungan mereka yang kian berantakan.Tidak,Qayra tidak mahu abah dan mama tahu.Kenapa Aus berubah begitu di masa hubungan mama dan Qayra sudah baik.
"Mama minta maaf Qayra.Selama ini mama bencikan Qayra.Tak sepatutnya mama buat Qayra macam tu."akui Puan Fatin.
"Mama terlalu rindukan Auni.Mama takut Qayra rampas hak Auni.Mama tak suka Qayra guna barang Auni.Bagi mama Auni masih ada.Mama hasut Aus bencikan Qayra.Kejamnya mama.."luah Puan Fatin sebak.
"Memang salah mama.Salah mama biarkan Auni main tepi sungai.Patutnya mama jaga Auni tapi mama alpa...mama punca Auni mati.."tangisnya.
"Mama jangan macam ni.Segala yang berlaku adalah Qadak dan Qadar Allah."pujuk Qayra.
"Mama juga penyebab ayah dan ibu Qayra mati.Mama punca Qayra jadi yatim piatu."tangis Puan Fatin semakin kuat dan hiba.
"Mama..mama.Qayra dah redha.Mama jangan ingat lagi.Qayra mohon maaf sebab mama sekeluarga terpaksa jaga Qayra."
"Mama yang bersalah Qayra.Mama sombong.. angkuh.Mama anggap kehadiran Qayra sebagai satu beban.Mama tak nak kasih sayang mama pada Auni hilang.Tapi mama lupa,Auni sudah tiada.Auni tak kan kembali lagi.."Puan Fatin menangis semahunya.
Qayral rangkul erat tubuh Puan Fatin.Dia turut menangis.Segala yang terbuku telah Puan Fatin luahkan.
"Layak kah orang macam mama ni dimaafkan.Mama malu pada Qayra."teresak-esak Puan Fatin.
"Dah mama.Qayra tak simpan marah pun pada mama.Qayra sayangkan mama macam ibu juga."ucap Qayra buatkan Puan Fatin memeluknya erat.
"Maafkan mama..."
"Kita sama-sama kehilangan.Qayra harap dapat menumpang kasih mama.."
"Ya,sayang.Mama sudi.Mama sayang Qayra juga.."ucap Puan Fatin.Kedua belah pipi Qayra diciumnya.Dia bagaikan terbayang Auni sedang tersenyum sambil melambai tangan.Kini dadanya yang sarat dengan kerinduan pada Auni terubat.Hatinya juga berasa sejuk seolah tiada lagi kesedihan di dalamnya.
Share this novel