Bab 22

Drama Series 9550

"KAU jangan nak perasan.Aku hanya guna kan kau."sebaik pintu bilik Aus ditutup.

"Kenapa awak tak hentikan semua ni tadi?"tanya Qayra dengan berani.

"Boleh la kau nak menggatal dengan Zain.Tak pun lelaki lain."sindir Aus.

"Saya tak kacau hidup awak pun."

"Kau ingat aku tak tahu apa rancangan kau."

"Apa rancangan saya?"

"Pantang nampak jantan.Semua kau nak."

Berasap telinga Qayra dengan tuduhan itu.Darah rasa membuak-muak.

"Memang pun.Habis semua lelaki dekat ladang tu saya goda kecuali awak.Puas hati!"jawab Qayra dengan lantang.Alang-alang Aus susah menganggapnya begitu lebih baik iya kan saja.

Aus menghampiri Qayra.

"Jadi betullah kan.Aku dah agak.Pompuan macam kau ni memang tunggu peluang saja.Aku tak kan biarkan Zain tertipu dengan kau!"

"Tuan Aus jangan risau.Lepas saya dah kikis duit abang Zain,saya kikis duit orang lain pulak!"Cabar Qayra dengan geram.Sakit hati bila Aus asyik menuduh dia.

Dada Aus turun naik menahan marah.

"Baik kau diam sebelum aku.."Tangan Aus sudah naik.

"Tampar lah.Tampar kalau awak berani.Jangan jadi pengecut!"Sengaja Qayra mencabar Aus.

Tangan Aus jatuh kembali.Mata dia kaku.

"Saya tahu awak benci saya.Apa yang saya buat semuanya buruk di mata awak.Bukan sekarang saja.Sejak saya datang ke sini awak dah bencikan saya.Cuma satu saya minta, tolong lepaskan saya secepat mungkin."

Perlahan Aus duduk di birai katil.Terdiam.Dibiar Qayra berdiri di situ.
Penat Qayra berdiri,dia duduk di lantai.Tempat biasa dia duduk hingga terlelap keletihan menanti Aus bicara.

Hairan dia,Aus seperti hilang kata-kata.

Aus bangun mendekati Qayra yang sedang tidur dalam keadaan duduk.Sebelah tangan kanan terjuntai ke lantai.Jelas kesan merah di pergelangan tangan.

Hati dia melonjak mahu mengangkat Qayra ke katil tetapi akalnya menghalang.Dia bimbang bila Qayra sedar,Qayra akan tuntut janjinya kembali.

Hari ini Qayra,sudah berjanji dengan Deeja mahu keluar bersama.Sekurangnya hilang stress dia.Sakit hati bila Aus masih menuduhnya begitu.Jahat sangat Qayra di mata Aus.

Qayra tersedar bila terasa lenguh tidur dalam keadaan duduk.Ditepinya ada bantal dan selimut.Dia tahu Aus sengaja mahu mempermainkan perasaannya.Sikit pun dia tidak berharap pada Aus.Di ingatkan diri agar tidak terpedaya.

"Kau cakap tadi nak jalan-jalan.Ni apasal muka monyok?"tanya Deeja.

"Tak ada apa lah."sangkal Qayra.Jelas air mukanya kurang ceria.

"Habis tu muka tu nampak macam bermasalah saja."Deeja cuba mencari punca masalah Qayra.Susah betul Qayra mahu cerita pada dia sekarang.

"Agaknya bila dia orang nak panggil aku interview?"

"Aku pun sama masih tertunggu.Harap cepatlah dapat."doa Deeja.

"Qayra!"Kedengaran suara memanggil namanya.Kedua mereka berpaling kebelakang serentak.

"Apa abang Zain buat dekat sini."bisik Khadeeja pada Qayra.Mukanya berubah merah melihat Zain.

"Hai Deeja.Lama tak jumpa?"Sapa Zain pada Khadeeja.Deeja hanya tersenyum nipis.

"Hai.Kebetulan pulak kan."Jawab Qayra.

"Abang Zain sorang saja ker?"

"Tak lah.Berdua."Zain lambai pada seseorang di belakang mereka.Qayra berpaling.

Aus.

Makin stress melihat Aus di situ.Qayra cuba bagi isyarat mata pada Zain namun gagal bila Aus kian menghampiri.

"Nak pergi mana lepas ni?"Tanya Zain.

"Nak pergi makan."harap Zainndan Aus cepat beredar.

"Ehh..kebetulan Aus ajak makan..Jom lah sekali."Pelawa Zain.

"Deeja okey ker kalau kami join kamu berdua?"tanyaZain.

Deeja serba salah.Qayra pula bereaksi semacam.Nampak sangat dia tidak selesa bila Aus ada bersama.Terus rasa tak jadi nak tolong Zain.

"Okey.Boleh jer.Kami memang nak pergi makan.Kan Qayra?"Deeja hairan bila Qayra tiba-tiba senyap.

Qayra tidak mengiyakan.Meluat dia melihat wajah Aus yang bersahaja.

"Jom lah."Ajak Zain tidak sabar.

Qayra mengambil tempat bertentangan dengan Zain.Manakala Deeja berdepan dengan Aus.

Mereka memilih Restoran Sushi King.Dah lama Khadeeja mengajaknya ke mari.Teringin nak jadi orang Jepun.Tertarik dengan makanan Jepun.

Sushi atau susyi adalah makanan Jepun yang paling popular dan digemari serata dunia.Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan di letakkan inti ikan,makanan laut,daging,sayuran dan telur.Inti-inti tersebut boleh dimakan mentah,dimasak atau diperam.
Ramuan penting dalam susyi adalah nasi Jepun dipanggil kome.Rumpai laut kering,wasabi,kicap,halia,lobak putih dan cuka.

Susyi berlainan dari segi bentuk dan ramuan.Tetapi nasi merupakan bahan utama yang sentiasa dimasukkan.Kadangkala dua susyi yang berbeza mempunyai ramuan yang sama hanya berbeza dari segi penyediaan.

Nigirizushi adalah susyi kepal yang terdiri dari selonggok yang dikepalkan menjadi bebola dan diletakan inti di atas bebola tersebut.

Makizushi,norimaki dan makimono ialah susyi gulung yang digulung atas tikar buluh kecil dengan pelbagai jenis gulungan.

Temaki pula adalah gulungan tangan berbentuk kon besar dengan inti melimpah keluar di hujungnya.

Chirashizushi iaitu susyi tabur atau disebut barazushi yang dihadangkan dalam mangkuk dan ditaburkan dengan hiasan ikan dan sayur.

Pelbagai jenis susyi mengikut warna pinggan kecil di atas conveyor bergerak.Kita hanya perlu mengambil sahaja
susyi yang dimahukan dan meletak kembali
tutup pinggan di tempat yang disediakan atas conveyor.

Khadeeja memesan Chicken Mushroom Teriyaki Don.Aus pula Kake-age Don.Qayra pula lebih sukakan Salmon Shioyaki.

"Sedap lah udon ni.Cuba Qayra rasa."Kata Zain pada Qayra.Dia memilih sup udon atau dkenali Udon Miso .Udon adalah mi Jepun yang berbentuk tebal dan agak lebar.Dimasak dengan cendawan dan juga rumpai laut.

Aus dan Deeja dah pandang semacam pada Qayra dan Zain.Saling bertukar makanan.

Qayra terus mengambil.

"Betul sedap lah.Abang Zain suka ya.Qayra pun suka."

"Sedap kan.Cuba Qayra rasa yang ni pulak."Zain letakkan Chicken Roll ke dalam piring Qayra.

"Sedap.Nah,abang Zain rasa salmon ni.Sedap tau."Qayra letak di atas pinggan Zain.

Tersenyum Zain.Khadeeja tunduk sewaktu pandangan mata Zain terarah kepadanya.Cepat dilarikan anak mata.

Rasa meluap darah Aus melihat kemesraan Qayra dan Zain seperti Deeja dan dia tak wujud di situ.

"Kenapa tak makan Deeja.Kau nak yang lain ker?Tempura pun ada ni."Kata Qayra sambil mengambil tempura udang dan meletakkan di hadapan Deeja.

Mood Qayra dah berubah.Patutlah orang kata perempuan ni senang berubah mood.Lagi-lagi bila dapat makan.

"Aku makan lah ni."Bunyi macam merajuk pun ada.Dia yang teringin tapi Qayra dengan Zain pula yang melebih.

"Aus kau tak suka ker.Tadi cakap okey."Tanya Zain bila Aus makan dengan perlahan.Lagak tidak berselera.

Aus meneruskan makan tetapi dalam hati sudah sakit.Geram tengok Qayra dengan Zain.Dah macam pasangan kekasih.Sakit hati dia.Diteguk teh hijau atau dikenali sebagai Oyoshi.

Teh hijau sangat bagus diminum bersama susyi.Ini kerana ia dapat membersihkan minyak di dalam mulut setelah memakan beberapa jenis susyi.

"Lepas ni nak pergi mana pulak?"Tanya Zain pada Qayra.

"Teman Deeja beli baju."

Deeja disebelah dah cuit paha Qayra.Tapi si Qayra buat tak faham.

"Boleh lah jalan sekali."

Khadeeja pelik bila Zain asyik mengekori mereka.Memanglah Aus ada sekali.Tapi yang lebih mesra adalah Zain,Aus berjalan agak berjarak dari mereka.

Sampaikan Khadeeja nak pilih baju pun rasa rimas.Zain asyik ikut Qayra sahaja.

"Qayra ada duit lebih tak.Aku lupa bawak kad."

"Nah guna duit abang dulu."Zain hulur not seratus kepada Deeja.

"Err..tak apa lah.Qayra ada kot."

Qayra pura mencari dalam begnya.

"Aku tak ada lah.Ambil dulu duit abang Zain."Saran Qayra.

"Tak jadilah nak beli.Lain kali kita datang lagi."

"Tak apa abang bayarkan dulu."Zain terus mengambil baju di tangan Deeja dan membayarnya.

Khadeeja malu sebenarnya bila Zain tolong bayarkan dulu.

"Terima kasih.Nanti saya bayar balik."

"Boleh saja.Tak ada masalah."Zain senyum pada Khadeeja buatkan jantung Khadeeja berdegup semacam.

"Dah,jom balik.Penat."Kata Qayra.

"Alolo..jalan sikit dah penat.Deeja okey ja."

"Esok kerja kan.Nak balik rehat."

"Cepat sungguh nak balik macam lah ada suami dekat rumah."Perli Zain.

Baru dia teringat akan Aus di belakang.

"Sorry Aus.."Kata Zain perlahan.Aus dah pandang semacam.Zain saja kan.

"Apa lah abang Zain ni.Memang tak ada pun.Jom Deeja kita balik.Bye abang Zain.."Lambai Qayra dengan lagak manja.

Aus dah jeling.Ada aku kesah balas Qayra dengan balasan jelingan.

Khadeeja membelek blouse yang di belinya.Boleh pula terlupa kad bank.Sudah banyak kali dia melihat baju itu keinginan tidak dapat di tahan lagi.

Baju diangkat ke dada sambil melihat dalam cermin.Blouse unggu lembut berompol di dada memang cantik.Boleh dipadankan dengan tudung bercorak.Khadeeja tersenyum gembira.

Resit di belek semula.Mahal juga harga blouse ini.Mujur Zain tolong bayarkan terlebih dahulu.

Terbayang muka Zain.Lelaki itu ada kalanya sangat baik pada dia.Tapi kadang dia melayan Qayra.Sebetulnya Zain ada hati dengan Qayra atau tidak.Khadeeja tahu hubungan Qayra dengan Zain sangat rapat dari cerita-cerita Qayra.Tak mustahil Zain menaruh hati pada Qayra.

Tengok macam tadi.Makan pun saling tukar.Qayra juga terlihat seolah memberi Zain peluang.Tapi apa yang Deeja nampak Aus seolah mencemburui mereka berdua.
Sama macam Deeja.Ya,dia juga sedikit cemburu dengan keakraban Zain dan Qayra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience