Bab 3

Drama Series 9550

YA Allah!Qayra.Kenapa balik tak cakap."Kak Pah memeluk erat Qayra sambil mengambil barangan Qayra.Terkejut dia melihat Qayra di luar pagar bersama Khadeeja.

"Saja nak surprise kan Kak Pah."Qayra sengih.Khadeeja turut dipeluk Kak Pah.Dua orang gadis ni bukan reti nak bagitau.Boleh juga dia masak special.

"Korang berdua berpakat erkk tak nak bagitahu Kak Pah."Kak Pah pandang dua orang gadis di depannya.

"Alaa Kak Pah ni.Saja lah kami nak surprise kan Kak Pah.Nanti saya datang lain baru Kak Pah buat mee goreng mamak."gurau Khadeeja.

"Kalau bagitahu awal dah Kak Pah buat."Kak Pah pura merajuk.Saja mahu mengusik Khadeeja dan Qayra.

"Aloo looo..Kak Pah jangan merajuk nanti tak merasa mee goreng mamak yang paling sedap tu."pujuk Khadeeja buatkan Kak Pah tersenyum semula.

"Nasib pandai pujuk."Kak Pah sengih.

"Macam tu saya minta diri dulu lah."

"Eh,tak nak minum dulu ker?"

"Tak apa Kak Pah lain kali.Okey Qayra aku balik dulu."

"Terima kasih Deeja tolong hantar aku.Kirim salam aku dekat mak kau."Mereka berpelukan sebelum berpisah.

"Jumpa lagi tau.Kau jangan lupa call aku."pesan Khadeeja sebelum meminta diri.

Kak Pah melambai pada Khadeeja hingga hilang dari pandangan.

"Dah jom masuk.Mesti pakcik Qayra marah,Qayra balik tak bagitahu.Boleh jugak kami pergi jemput.Ni senyap-senyap muncul."Bebel Kak Pah.

"Alahh.. Kak Pah.Qayra tak nak kacau pakcik."

"Kacau apanya.Qayra tu saja kan tak nak calling-calling kak Pah.Kak Pah rindu tau dengan Qayra."Kak Pah marah-marah manja.

"Qayra pun rindu Kak Pah juga.Nanti kita lepak sama-sama.Kak Pah masak apa hari ni.Rindu la nak makan masakan Kak Pah."pujuk Qayra.

"Lauk tengahari dah habis,tak apa malam Kak Pah masak yang lain.Qayra nak masuk sini atau rumah belakang."Kak Pah serba salah.

"Kak Pah ni tanya pulak.Mesti lah rumah belakang."

"Mujur Kak Pah masuk bersihkan semalam.Macam tahu-tahu saja tuan rumah nak balik."kata Kak Pah.

Kak Pah berjalan mendahului Qayra dan terus membuka pintu.Sempat Qayra memandang sekeliling rumah Encik Rosli.Sunyi sepi.

"Qayra masuk rehatkan badan dulu.Kejap Kak Pah datang hantar minuman petang."

"Terima kasih Kak Pah.Sayang Kak Pah."usik Qayra.

"Sayang lah sangat.Balik pun tak nak bagitahu."rajuk Kak Pah masih tersisa.

"Okey lain kali tak buat lagi."sengih Qayra.

Qayra terus menutup pintu selepas Kak Pah pergi.
Keadaan dalam rumah masih sama.Sikit pun tidak berubah.Jujur dia rindu katil dan segalanya dalam rumah ini.

Bagasi di biarkan di tepi katil.Dia terus berbaring menghadap ke atas siling.Merenung ke atas sambil membayangkan hari-hari mendatang.Dulu dia masih gadis kecil sekarang dia sudah menginjak dewasa.Tak sangka segalanya dapat ditempuhi walaupun berkali jiwa raganya terseksa.

Sekarang dia sudah boleh membela diri sendiri.Jangan harap nak bagi peluang dibuli lagi.
Qayra tersenyum bangga pada diri sendiri.

"Kenapa Qayra balik tak bagitahu.Boleh pakcik jemput."kata Encik Rosli.Puan Fatin disebelah tidak senang duduk melihat kepulangan Qayra.Tambahan gadis itu telah menginjak dewasa.Rupa paras juga semakin berubah.

"Tak apa pakcik.Qayra tumpang Deeja tadi."

"Kalau pakcik tahu tadi dah pergi jemput..."Encik Rosli rasa bersalah kerana tidak menjemput Qayra.

"Eh.. tak apa pakcik.Qayra boleh balik sendiri.Tak nak susahkan pakcik."

"Biarlah dia berdikari.Dah besar kan.Tak kan nak harap orang lagi."pedas ucapan Puan Fatin.

Qayra tunduk menghabiskan nasi di pinggan.Layanan Puan Fatin masih sama seperti dulu.Cuma tadi dia nampak reaksi Puan Fatin sedikit tergamam melihat dia setelah lama tidak bertemu.

"Lepas ni Qayra nak buat apa?Maksud pakcik masih nak sambung belajar atau kerja?"

"Nak kerja."jawab Qayra dengan yakin.

"Biarlah dia kerja.Sambung buat apa lagi.Nak kena biaya lagi."Bidas Puan Fatin.

"Ada cakap macam tu pulak.Kena lah tanya keinginan Qayra.Mana tahu ada rezeki sambung belajar lagi."

Isteri dia memang begitu.Kalau bercakap langsung tidak berlapik.

"Dekat Aus abang tak tanya pun."bebel Puan Fatin.

"Dah Aus sendiri cakap dia tak nak sambung dah."

Terjadi pertengakaran kecil antara Encik Rosli dan Puan Fatin.Qayra masih takut mahu mengangkat muka.

"Mana anak kesayangan awak tu?Dari siang tadi tak nampak batang hidung."

"Keluar dengan tunang dia lah."jawab Puan Fatin dengan bangga.

"Kerap sangat keluar balik lewat pulak tu.Kang tak sempat nak nikah."sindir Encik Rosli.

"Bukan pergi mana pun.Cari barang hantaran.Kan dah dekat."

"Awak nasihatkan Aus sama jangan keluar kerap sangat.Jaga batasan sama.Nanti tak pasal kita timang cucu sebelum kenduri."sindir Encik Rosli lagi.

Puan Fatin menjeling kasar.Geram dengan sindiran suaminya.

"Qayra masuk dapur dulu."Qayra cepat bangun dan menghilang diri ke dapur.Tak mahu berlama di situ mendengar perbualan mereka.

"Kejap lagi jumpa pakcik dekat ruangtamu."pesan Encik Rosli pada Qayra.

"Duduk dulu Qayra.Pakcik nak cakap sikit."kata Encik Rosli sambil menyandar ke sofa.

"Ada apa pakcik?"

"Beginilah.Qayra pun dah habis belajar.Apa kata Qayra cari pengalaman dulu.Sekarang ni nak dapat kerja pun susah kalau tak ada pengalaman."nasihat Encik Rosli.

"Qayra ingat nak cari dekat pekan dengan Deeja."

"Pakcik rasa tak payah lah.Baik Qayra kerja dengan pakcik saja.Pakcik bayar gaji.Nanti dah ada pengalaman baru minta kerja lain.Kalau terus nak kerja dengan pakcik pun boleh.Tak ada masalah."cadang Encik Rosli.

"Iya ker pakcik.Tak apa ker Qayra kerja dekat ladang?"Terus bersinar mata Qayra bila Encik Rosli menawarkan pekerjaan padanya.Ada benar cakap Encik Rosli.Mana-mana pekerjaan sekarang sangat memerlukan pengalaman bekerja.

"Mestilah boleh.Pakcik lagi suka.Qayra belajar pun pasal akaun kan.Boleh lah belajar uruskan akaun ladang dulu."

"Terima kasih pakcik.In Sha Allah Qayra akan cuba buat yang terbaik."

"Bagus lah kalau macam tu.Zain dengan Aus ada boleh tolong tunjuk ajar pada Qayra."

Baru nak rasa seronok dah bertukar muram bila nama Aus disebut.Qayra dah boleh bayangkan bila bekerja sekali bersama Aus.Mesti ada saja yang tidak kena di mata Aus nanti.

"Tapi pakcik kalau Qayra tak reti macam mana?"

"Benda boleh belajar.Pakcik tahu Qayra pandai."puji Encik Rosli.Kembang kempis hidung Qayra.

Pintu utama terbuka.Aus masuk dan menutup pintu.Dia mungkin tidak perasan akan kelibat Qayra di situ.Qayra pun tidak kalih pandang.

"Aus baru balik."tegur Encik Rosli.

"Ya abah.Tadi pergi hantar Daria dulu."

"Esok kita ada mesyuarat.Abah tak nak Aus lambat."

"Baik abah."Aus masih tidak perasan akan Qayra.

"Qayra akan kerja dengan kita."beritahu Encik Rosli buatkan Aus menoleh ke sisi kiri.Baru dia perasan seorang perempuan bertudung hitam di situ.

"Qayra boleh mula kerja bila-bila masa.Tapi kalau Qayra nak berehat dulu pun tak apa.Pergilah bercuti mana-mana.Pakcik faham baru habis belajar mesti nak rehatkan minda."

Aus melirik Qayra dengan hujung matanya.Sikit pun tidak menegur Qayra dan Qayra juga begitu.

"Aus naik dulu abah."

Encik Rosli hanya menggangguk.

"Pakcik,Qayra minta diri dulu."Qayra pun tak mahu berlama di situ.

"Pergilah rehat Qayra tentu penat."

Qayra berjalan melintasi tangga,di situ Aus sedang bersandar pada dinding anak tangga sambil matanya tajam merenung Qayra.Anak mata mereka berlaga cuma sesaat dua.Terus Qayra berjalan menuju ke pintu dapur.

Aus masih memandang Qayra hingga hilang di sebalik pintu dapur.Tak sangka gadis itu telah pulang.Kenapa dia tak tahu?

Sikit pun dia tak tegur aku.Berlagak sungguh.Jaga kau.Tahulah nasib kau nanti.Nak kerja dekat ladang kan.Aku tahu nak buat apa.

Aus tersenyum sendirian.

Selama beberapa tahun ini gadis itu jarang pulang.Cuti semester pun dihabiskan dengan bekerja sambilan.Konon nak tunjuk rajin.Pada hal abah yang tanggung dia belajar.

Jangan ingat dia lupa sejak gadis itu menjejakkan ke rumahnya ada saja perkara yang buat dia sakit hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience