"AWAK jauh lah sikit."Dari tadi Aus asyik himpit dia.Sampai tersekat pada hujung sofa.
"Kejap saja.Abang nak pergi kerja dah.Nanti abang rindu sayang."
Nak termuntah Qayra dibuatnya.Bukan sebab ayat Aus tapi aroma dari tubuh Aus.Walaupun Aus dah mandi sembur perfume satu badan dia tetap rasa loya.
"Sana lah..banyak lagi tempat."Qayra pekup hidung.
Aus mencium kedua belah ketiak sendiri.Wangi.Hari-hari mandi pakai sabun sembur deodorant.Yang peliknya tiap kali dia mendekat,Qayra akan pekup hidung.
"Abang dah sabun lah.Tak kan busuk lagi."
"Awak duduk sana lah.Saya tak boleh.Kang saya muntah atas awak."
"Tak apa abang tak kisah.Sayang tak nak pergi klinik ker.Abang tengok sayang masih tak sihat."Bukan dia tak perasan Qayra kerap muntah.Muka pun pucat saja.
"Tak nak lah."
"Abang risau.Nanti abang balik kerja kita pergi klinik ya."Aus curi cium pipi Qayra.Tak sempat Qayra nak elak.
Banyak kali juga Aus usul untuk ke klinik namun pelbagai alasan yang Qayra terpaksa cipta.Dia takut mahu beritahu Aus akan keadaan dirinya sekarang.Bimbang akan penerimaan Aus.
"Sampai bila Qayra nak sorok."tanya Kak Pah.
"Tak tahulah.Qayra sebenarnya takut."
"Nak takut apa.Kak Pah tengok Aus dah banyak berubah.Makin sayang dekat Qayra.Kesian Kak Pah tengok Aus.."
"Entahlah Kak Pah.Qayra rasa tak yakin.Hati ni masih ragu."
"Semua orang pernah buat silap.Kita masing-masing ada kekurangan.Tak semua orang layak diberi peluang kedua.Tapi ada kalanya peluang kedua lebih bermakna dan berharga."
Nasihat Kak Pah.
"Macam mana kalau peluang kedua ni lebih teruk."
"Kak Pah bukan apa..kesian dekat Qayra..kesian dekat Aus jugak.Sebab Kak Pah nampak dua-dua masih ada rasa sayang."
Qayra mengeluh kecil.Sukar untuk dia putuskan mahu kembali pada Aus atau tidak.Dengan keadaan diri sekarang yang beremosi tidak menentu.Ada kala dia juga rasa untuk disayangi.Tapi dia takut pisang berbuah dua kali.Mana tahu sisa cinta Aus pada bekas tunangnya masih ada.
"Aus dah tahu?"Kak Pah kerling dengan hujung mata.
Perlahan Qayra menggeleng.Faham maksud Kak Pah.
"Tak nak bagitahu?"tanya Kak Pah lagi.
"Dia cakap nak bawa pergi klinik."
Tercetus tawa kecil Kak Pah.
"Maknanya dia masih sayangkan Qayra.Dia ambil berat pasal Qayra."
Sejujurnya Qayra juga masih sayangkan Aus.Dia cuma takut dikecewakan lagi seolah dirinya tidak bermakna dalam hidup Aus.Kalau Aus tahu dia mengandung pun mungkin Aus hanya akan terima anak dalam perut dia dan bukannya sebab dia.
"Mama mana Qayra?"Soal Aus sebaik melangkah masuk ke dalam rumah.
"Ada dekat atas tu.Tak sihat.Sakit kepala."beritahu Puan Fatin.
"Kenapa dia tak telefon Aus pun."
"Biarlah dia berehat jangan kacau."
"Aus nak naik mandi.Kejap lagi nak bawak Qayra pergi klinik.Banyak hari dah Aus tengok dia macam tak berapa sihat."
"Mama dah bawak lah hari tu."
"Aus bukan tak percaya kan mama.Mana tahu Qayra tak serasi dengan ubat klinik tu.Cuba klinik lain pula lah."
Puan Fatin hanya memandang pada Aus.
"Aus naik dulu lah mama."
Sampai depan pintu bilik,Aus buka perlahan pintu.Dia nampak Qayra merekot tidur atas katil.Perlahan dia duduk di sisi katil.Wajah Qayra jelas kurang bermaya.Lama Aus merenung Qayra baru dia bangun menuju ke bilik mandi.Dia tekad mahu membawa Qayra ke klinik.Tidak mahu membiarkan penyakit Qayra melarat.
Usai mandi Aus mendekati katil semula.Tangannya naik menyentuh dahi Qayra.Qayra yang berasa tangan sejuk menyentuhnya terus membuka mata.
"Sayang okey tak?"tanya Aus lembut.
Qayra tolak perlahan tangan Aus.
"Jom kita pergi klinik."
Qayra menggeleng perlahan.
"Abang risau.Sayang nampak pucat sangat."
"Saya okey lah.."
"Mama kata sayang sakit kepala.Mana boleh tak ada apa.Abang tak kira jom kita pergi klinik sekarang."
Sekali sauk saja tubuh Qayra sudah berada dalam dukungan Aus.
"Eh..eh..Apa ni!Turunkan saya."Qayra terjerit kecil.
"Duduk diam-diam.Jatuh nanti."Aus makin kemaskan dukungan.
"Saya boleh jalan sendiri.Turunkan saya."
"Kalau abang turunkan sayang,sayan mesti nak mengelak lagi.Abang tak kira nak tak nak sayang kena ikut."
Dia dah tahu helah Qayra.
"Saya janji akan pergi.Jangan lah angkat saya macam ni.Malulah mama dengan abah tengok."
"Tak ada apa nak dimalukan.Sayang kan tak sihat."
"Awak ni.."
"Syhhh.. sayang pegang abang kuat-kuat.Jatuh tangga kang.Peluk abang."
Qayra akhirnya terpaksa juga.Dia cakuk sebelah tangan ke leher Aus.
Sampai di bawah,Kak Pah orang pertama yang senyum-senyum.
"Amboi tuan puteri manjanya dia.."Kak Pah sambung ketawa.
"Turunkan saya.Malu lah .."suara Qayra di hujung gigi.Geram dengan Aus.Buat malu saja depan Kak Pah.
Perlahan Aus turunkan Qayra.
"Aus nak bawa Qayra pergi klinik.Mama mana?"
"Mama Aus naik atas tadi."
Aus hanya mengangguk.Mungkin masa dia mandi mama naik ke atas.
"Macam tu Aus pergi dulu lah.Jom sayang."
Aus segera tarik tangan Qayra masuk ke dalam kereta.Dia tahu pasti Qayra akan mengelak lagi.Tudung Qayra dia main sambar saja.Yang penting kesihatan Qayra lebih utama.
Aus menyapu mukanya beberapa kali.Dia tersenyum kegembiraan.Ini adalah berita yang sangat tidak terduga.Macam tak percaya dia bakal bergelar bapa.
Dahi Qayra dicium berkali-kali.
"Awak ni dah la.Malu lah orang tengok."Qayra tidak selesa diperlakukan begitu.Di tempat awam pulak tu.Bukan mereka berdua saja dalam klinik ini.
"Abang rasa gembira sangat.Abang memang berharap sangat sayang mengandung suatu hari nanti.Tak sangka Allah Maha Baik dia hadirkan permata hati kita secepat ini."
Qayra buat muka selamba.
"Kenapa sayang tak suka ker?Abang tahu abang dah sakitkan hati sayang.Tapi abang janji akan jaga sayang dan baby kita."
Sekali lagi Aus mahu mencium dahi Qayra.Qayra cepat mengelak.
"Jom kita balik abang dah tak sabar nak bagitahu mama dan abah.Mesti mereka happy macam abang."
Qayra berjalan mendahului Aus.Baru beberapa langkah Aus sudah menyamai langkahnya.Pinggang Qayra di peluk.
"Sayang jalan lah perlahan sikit,abang risau."
Terpaksa Qayra memperlahankan langkah.Dia sebenarnya mahu cepat masuk ke dalam kereta.Malu bila beberapa pasang mata di dalam klinik asyik memandang mereka.
Mulanya Qayra tidak mahu memberitahu doktor yang merawatnya,namun bila ubat yang diberikan akan memberi kesan pada kandungan terpaksa Qayra berterus terang di hadapan Aus.
Muka Aus memang terkejut sangat masa tu.Doktor menyuruh Qayra membuat pemeriksaan air kencing.Terbukti kandungannya sudah masuk tiga bulan.
"Kenapa semua orang nak rahsiakan dari Aus?"Aus tidak puas hati bila dapat tahu dia adalah orang terakhir dalam rumah yang tahu pasal kehamilan Qayra.
"Nak bagitahu macam mana dah Aus asyik terkejar benda yang tak berfaedah."Puan Fatin menjeling anaknya.
"Aus tahu Aus salah.Benda tu tak mungkin berlaku lagi.Aus dah menyesal."
"Baguslah kalau dah menyesal.Mama tak nak dengar lagi.Apa yang penting sekarang Aus kena jaga Qayra dengan baik."
"Aus janji!"Aus pandang Qayra di sebelah.Isterinya masih bersikap selamba.Tiada sebarang riak.
"Abah nak tengok anak-anak abah bahagia.Bila ada masalah berbincang.Jangan buat keputusan melulu.Abah faham kamu berdua masih muda lagi.Sepatutnya kita semua gembira untuk menyambut kedatangan ahli keluarga baru.Abah sayang anak-anak abah."ucap Encik Rosli dengan penuh kelegaan melihat Aus dan Qayra berbaik walau bukan sepenuhnya.
"Mama pun sama.Mama sayangkan kamu berdua.Mama tahu mama banyak buat silap terutamanya pada Qayra.Mama harap kamu berdua dapat maafkan mama.."
"Mama faham kalau Qayra masih simpan dendam pada mama.Sebelum ni mama tak terima Qayra sebagai keluarga.Tapi percayalah mama dah berubah.Mama sayangkan Qayra.Bagi peluang untuk mama kongsi kasih sayang dengan Qayra.Mana tahu umur mama tidak panjang."suara Puan Fatin bertukar sedih menahan sebak.
"Mama jangan cakap macam tu.Qayra tak simpan apa pun.Qayra pun sayangkan mama.Mama ada saat Qayra perlukan.Itu pun dah cukup baik untuk Qayra rasa bersyukur."Qayra peluk Puan Fatin.Sikit pun tiada rasa dendam.Bagaikan air yang menjirus ke ubun.Rasa sejuk dan mendamaikan.
"Alhamdulillah keluarga kita dah bersatu.Abah harap kita akan jadi satu keluarga yang bahagia."ucap Enci Rosli.Kini dia sudah boleh tersenyum lega.
"Aus pun nak minta maaf pada abah dan mama.Aus dah banyak luka kan hati semua terutama Qayra.Maafkan abang.."Aus genggam jari jemari Qayra.
"Abah harap lepas ni Aus jadi ketua keluarga yang bertanggungjawab.Jaga Qayra baik-baik."pesan Encik Rosli.
"Baik abah mama.Aus janji akan jaga Qayra.Aus nak bawak Qayra balik rumah kami."
"Mama..."Puan Fatin ingin membantah tetapi pantas Encik Rosli menahan.
"Elok lah tu.Tempat isteri di sisi suami.Abah tahu Aus akan jaga Qayra.Rumah abah dengan mama sentiasa terbuka untuk anak-anak abah.Datanglah bila-bila masa pun."
Share this novel