Bab 16

Drama Series 9550

MAJLIS diteruskan seperti yang dirancang.Cantik Qayra memakai sepersalinan baju berwarna putih seganding dengan Aus di sebelah.Masih berkerusi roda.Walaupun duduk atas kerusi roda masih terserlah ketampanan wajah Aus.

Hanya dengan sekali lafaz Qayra telah menjadi isteri Aus.Langsung tidak tergagap malah sekali ucap sudah lancar.Mereka tidak bersanding sekadar duduk makan di meja beradab.

"Cantiknya Qayra.."Puji Puan Laila yang turut sama hadir.Ketika itu semua tetamu sudah mulai pulang.

"Terima kasih makcik.."Puan Laila memeluk erat Qayra.

Pada mula dia terkejut juga bila dengar Aus mahu meneruskan majlis dan Qayra sebagai peganti.Tiada reaksi sedih mahupun kecewa dari anaknya Daria.Malah Daria kelihatan bersahaja seolah tidak punya perasaan pada Aus lagi.

"Selamat pengantin baru Aus dan Qayra.Makcik dan pakcik doakan semoga jodoh kamu berdua hingga ke Jannah."Ucap Encik Amir walaupun berasa terkilan dengan anak sendiri.Patutnya majlis ini meraikan Aus dan Daria.Jadi dia beranggapan mereka berdua tiada jodoh.

"Terima kasih pakcik makcik.."ucap Qayra.Dia lebih sibuk melayan tetamu berbanding Aus yang hanya diam.

Aus sikit pun tidak bersuara.Sesekali Qayra lihat dia senyum itu pun terpaksa.

"Aus,pakcik harap Aus tidak simpan dalam hati.Datang lah ke rumah pakcik bila ada waktu lapang.Bawa Qayra."

Aus hanya angguk.

"Betul tu Aus.Bawa Qayra.Makcik dah anggap kita satu keluarga."kata Puan Laila.Dia tidak mahu memutuskan hubungan dengan keluarga Aus.Walau Daria tidak jadi kahwin dengan Aus,dia berharap merela sekeluarga masih boleh berbaik.

"Insyallah makcik pakcik.Bila Aus dah sembuh,kami pergi ya."Qayra bersuara bila tengok Aus seperti teragak mahu bercakap.

"Sayang,jom masuk.Abang nak rehat."Aus capai tangan Qayra di pemegang kerusi rodanya.

Mujur Qayra tidak cepat melatah.Dia tahu Aus sengaja mahu menunjukkan kemesraan depan orang lain.Lalu dibiarkan Aus memegang tangannya.

"Qayra masuk dulu ya,pakcik makcik.."Qayra terus menyorong kerusi roda Aus masuk ke dalam rumah.Orang baru nak sembang-sembang dia dah ajak masuk.Tak reti hormat tetamu langsung.

Mungkin Aus tidak selesa berbual dengan ibubapa Daria agaknya.Atau dia terkenangkan Daria.Ya lah,patutnya ini majlis mereka berdua.Tengoklah muka tu masam saja.

Sampai dalam bilik,Aus cuba mengesot dari kerusi rodanya ke atas katil.Qayra cuba membantu.Di paut lengan Aus seerat mungkin.Entah macam mana mereka berdua sama-sama terjatuh ke atas katil.

Qayra di bawah badan Aus.Mata mereka bertatapan.Berdebar jantung seketika.Terngiang pesanan keras Puan Fatin setelah angkat nikah tadi.

"Kau ingat ya jangan nak berlebih pulak.Kau tu hanya isteri sementara Aus.Jangan nak goda anak aku pula.Ingat tu!"

Lantas Qayra cepat tolak tubuh Aus sekuat hati.

"Ishh..apa kau ni?Kalau tak reti angkat jangan pandai-pandai nak angkat aku!"Marah Aus.

"Awak tu berat sangat,macam mana tak jatuh."Qayra gugup sebenarnya.Boleh pula terjatuh.Selalu tu angkat elok saja.

"Entah kau sengaja nak ambil kesempatan."selar Aus.

"Tak ingin saya."Qayra mencebik.

"Mentang-mentang aku tak boleh jalan kau sengaja nak ambil kesempatan."

"Dah cakap kan tak sengaja.Sekarang awak nak salin baju ke tak.Kalau tak nak saya nak keluar."malas mahu berdebat.Baik dia beralah tapi bukan kalah.

"Kau ambil baju aku.Rimas lah aku pakai baju ni."Kain sampin sudah dicampak atas katil.

Qayra mengambil baju tshirt dan juga seluar panjang.

"Aku nak pakai kain pelikat."

Qayra letak kembali seluar dan mengambil kain pelikat .Tidak di lupa seluar kecil bapak singa.Qayra masuk dan gantung di tempat rendah agar senang Aus capai.

"Dah siap semuanya."beritahu Qayra.

"Tunggu apa lagi.Pergilah keluar."halau Aus.

"Orang dah tolong tak reti bersyukur.."Perlahan suara Qayra namun telinga Aus dengar juga.

"Eloklah tu awal-awal dah buat dosa dengan aku."

Qayra ketap gigi.Dia dengar rupanya.Terus Qayra keluar dan menuju ke dapur.

"Ehhh..lajunya pengantin.Nak pergi mana?"sapa Kak Pah.

"Nak mandi.Dah melekit sangat ni."

"Aikk.. apasal tak mandi dalam bilik?"usik Kak Pah.

"Aus tengah mandi.Qayra nak balik mandi dulu."dari bersoal jawab dengan Kak Pah baik dia cepat pergi.Tak pasal ada saja Kak Pah nak usik.

Qayra angkat sedikit kainnya yang meleret.Takut kotor sebab baju nikah ni pinjam dari butik.Dah nama pun kahwin last minute mana sempat tempah bagai.Sayang pulak kalau kena kotor.Dah pinjam pandai-pandai lah jaga.

Perlahan Qayra menapak masuk melalui pintu dapur.Ikut hati dia nak tidur terus.Letih seharian asyik kena senyum paksa nak menghadap muka Aus lagi.

"Terhendap-hendap dah kenapa.Masuklah."suara Kak Pah di sebalik pintu dapur.

Qayra sengih.

"Kak Pah ada apa-apa yang Qayra perlu bantu?"

"Pergi bantu suami tu.Tadi dia cakap lapar.Ni ha Kak Pah dah panaskan lauk kenduri."

Qayra ambil dah sendukkan ke pinggan berisi nasi.Air suam segelas.

"Qayra hantar dulu ya.Kejap lagi Qayra tolong Kak Pah."

"Tak payah datang sini.Pergi tolong suami."Halau Kak Pah dengan penuh sengihan.Ada saja nak usik Qayra.

Pintu bilik Aus diketuk dan perlahan ditolak.Aus seperti biasa menyandar di kepala katil.Sudah bersedia untuk makan.

"Awak makan dulu.Ni ubat saya letak sini."Beritahu Qayra sambil meletakkan ubat ke dalam bekas ubat.

Saat dia angkat kepala,Aus sedang merenungnya.Atas bawah dia diperhatikan.

"Dah siap makan,panggil."Terus Qayra keluar.Malas nak layan karenah Aus.Dah pandang orang semacam.Tak pernah tengok orang pakai baju tidur ker.Bukannya seksi pun.Lengan panjang lagi.

Setengah jam kemudian,Qayra masuk semula ke dalam. Aus sudah habis makan.

"Tunggu dulu.Nah kau sign dekat sini."Arah Aus sambil menunjukkan fail nipis berwarna hitam.

Qayra ambil dan baca isi kandungan terlebih dahulu.

"Tak payah baca.Sama saja macam aku cakap hari tu."

"Saya nak baca juga.Mana tahu awak tipu saya."

"Tak ada maknanya aku nak tipu kau."

"Mana tahu.Saya kena jual ker apa."Qayra juling biji mata ke atas.

Terpaksa melutut di sisi katil.Dua tiga tempat yang Qayra sign.Aus di atas katil masih lagi memerhati.Sempat dia terpandang jari jemari Qayra yang dilukis inai putih.Bukan dia tak perasaan siang tadi.

Bila dekat baru jelas.Inai putih dilukis atas belakang tangan.Sekarang sudah menjadi trend dan kerap menjadi pilihan pengantin.Inai ini tidak tahan lama dan mudah tanggal.Tapi cantik bila dilukis menjadi corak lace.Dan inai ni juga pilihan Daria.

Daria lagi.Stop ingat pasal dia!

"Saya dah sign."Qayra bagi balik fail tadi.Baru Aus kalih pandang tempat lain.

Qayra bangun dan mahu mengangkat dulang ke luar.

"Nanti kau masuk sini balik.Aku tak nak abah tahu kau tak tidur dalam ni."

"Pandai-pandailah saya."Terus Qayra keluar.

Dah tertera mereka tidak akan tidur sekatil.Bayangkan kalau sekatil mahu ada yang kena sepak.Tak ingin Qayra tidur sebilik dengan Aus.Dalam perjanjian dah tertulis mereka tidak akan ada hubungan suami isteri.Baguslah macam tu.Tak ada siapa yang rugi.

Setelah siap mengemas dapur bersama Kak Pah,Qayra terus balik ke rumah.Alasan diberi pada Kak Pah kerana pakaiannya masih tidak di bawa masuk ke bilik Aus.

Pagi-pagi lagi Qayra sudah bangun.Terus dia ke bilik Aus.Aus juga sudah bangun.Hanya menunggu untuk mandi.Qayra tak cakap banyak terus capai pakaian Aus dalam almari dan diletakkan di dalam bilik mandi seperti biasa.

Aus hanya memerhati.Qayra tidak kekok malah tahu apa yang Aus mahu pakai.

Semasa Aus mandi,Qayra mengemas katil.Tak susah mana pun cuma tak tahan dengan mulut berapi Aus.Ada saja nak sakitkan hati Qayra.

Pintu bilik air di buka dari dalam.Aus lengkap berpakaian.Cuma rambutnya sahaja masih kusut.Tuala dihulurkan pada Qayra.

Qayra ambil dan masuk semula ke dalam bilik mandi.Pakaian kotor Aus dimasukkan ke dalam bakul kosong yang disediakan.

"Ambil sikat."Qayra hulur sikat di atas meja solek kecil.

"Petang nanti ada appointment dekat hospital.Ikut aku."

Qayra hanya angguk.Malas nak jawab.Tak jawab pun kena pergi juga.

"Bawa aku sarapan.Ingat depan abah kau jangan buat muka."

"Faham Tuan Aus."

"Kau sindir aku ya?"

"Mana ada.Kan awak suruh panggil tuan.Saya ikut apa yang awak tulis dalam perjanjian tu."

Aus terdiam.Sendiri tulis sendiri lupa.

"Dah,cepat tolak aku."

Qayra tarik nafas pendek sebelum menolak kerusi roda Aus.Dia perlu bersabar dengan Aus.

"Duduklah Qayra.."Pelawa Encik Rosli.

Qayra mengambil tempat sebelah Aus.Puan Fatin yang duduk berhadapan dengannya kelihatan tidak senang duduk.

"Awak nak makan apa?Bihun,sandwich atau kuih?"tanya Qayra pada Aus.

"Abang nak bihun goreng."

Mata Puan Fatin sudah terbuka luas.Terkejut barangkali anaknya bahasa kan diri 'abang' kepada Qayra.

Bukan Puan Fatin saja terkejut,Qayra pun terkejut tetapi dia cuba kawal riak wajah.

Qayra buat tak dengar.Lantas disedukkan bihun dan diletakkan di hadapan Aus.Di juga mengambil benda yang sama untuknya.

"Petang ni Aus kena pergi hospital kan?"tanya Encik Rosli.

"Haah.."

"Mama tak boleh teman.Esok mama nak pergi bercuti.Lagipun Aus dah ada pembantu kan."

"Pembantu apanya isteri dia."Tekan Encik Rosli.

"Qayra kenapa makan sikit sangat."tanya Encik Rosli bila pinggan Qayra sudah kosong.

"Tak apa pakcik..eerrr..abah."tergagap Qayra nak sebut abah.

Encik Rosli tergelak kecil.

"Tercapai juga hasrat abah nak dengar Qayra panggil 'abah'.Sepatutnya dari dulu Qayra panggil abah.Tapi tak apa macam mana pun abah tetap sayang Qayra."

Qayra senyum.

"Terima kasih abah."

Puan Fatin hanya buat muka bosan.Sikit pun dia tidak menyampuk.

"Qayra tak payah pergi kerja lagi tunggu sampai Aus sembuh."

"Tapi abah Qayra ada banyak kerja tak siap lagi."

"Tak apa.Nanti abah suruh orang lain sambung."

"Belum apa lagi dah bagi muka.Elok sangat lah tu.."Sindir Puan Fatin.

"Ishh..awak ni.Qayra ni anak menantu kita.Tak salah pun dia tak pergi kerja lagi.Aus kan tak sihat."

"Sayang,jangan pergi kerja lagi.Temankan abang."

Encik Rosli tersenyum.Seronok melihat Aus dan Qayra.Puan Fatin menjeling.Meluat barangkali.

Rasa nak tercekik pun ada.Tadi abang sekarang sayang pula.Pandai Aus berlakon.

Semalam Aus sebut depan mentua tak jadinya sekarang depan mama abah dia pula.

"Jangan nak perasan sangat."Bisik Aus semasa Qayra menolak Aus masuk ke bilik.Kan dah cakap.Aus pandai berlakon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience