Bab 21

Drama Series 9550

QAYRA pecut selaju mungkin skuternya.Awal pagi dia dah keluar sebelum bertembung dengan Aus.Kalau boleh elak dia akan elak dari Aus buat sementara waktu.

Tapi hairan juga Aus ni cepat pula sembuhnya.Rasa tak sampai sebulan lagi.Qayra mencongak mengira.

"Amboi mulut tu terkumat kamit sorang-sorang.Kira apa?"tanya Siti Rahmah.

"Tak ada apa lah.Biasa la kita orang perempuan kira tarikh period."

"Qayra pregnant ke?"teka Siti Rahmah bersama sengih.Sudah bersedia untuk mengucapkan tahniah.

"Eh..Kak Ti ni mana ada.Tak kan lah Qayra nak pregnant pulak."

Tu la gatal sangat mulut jawab yang bukan-bukan.Tak pasal Siti Rahmah fikir benda lain.Selalu orang dah kahwin macam tu lah.

"Mana tahu kan Encik Aus dah sihat."Siti Rahmah gelak-gelak.

"Tak lah."Qayra terus buka laci mencari sesuatu.Kad nama Wajdi entah di mana dia letak.Hilang pula.

Cari punya cari baru dia teringat,Aus yang rampas semalam.

Macam mana nak call Wajdi nanti.Susah betul lah dengan orang mental macam Aus ni.Nak minta nanti kena marah.

Aus berjalan masuk ke ofis sambil menyeluk sebelah saku seluar.Qayra macam biasa pura tidak nampak.Mujur dia tak dengar perbualan Qayra dengan Kak Ti tadi.Mesti dia ingat Qayra terhegeh dekat dia.

Tengahari itu tiba-tiba muncul tetamu yang tidak di undang.Sudah lama ghaib tiba-tiba muncul kembali.

Daria.

Qayra seperti biasa tidak ambil kisah siapa yang mahu bertemu Aus.

Daria masuk ke dalam ofis dan terus ke bilik Aus.Tak sempat Siti Rahmah nak halang.Lagak seperti tidak buat apa kesalahan.Main terjah ofis orang sesuka hati.

Berdetum bunyi pintu bilik dihempas dengan kuat.Terangkat bahu Qayra.Kak Ti di hujung sana juga turut terkejut sambil mengurut dada.Angin puting beliung apa pula si bapak singa ni.Patutnya gembira si kekasih hati datang melawat.

Tidak jelas apa yang mereka bualkan di dalam.Kak Ti cuba memasang telinga.Qayra bagi isyarat geleng kepala dan enggan ambil tahu.

Mesti tengah reunion agaknya.Kan dah lama tak jumpa.Terlintas fikiran jahat dalam otak Qayra.
Lantak lah dah mereka dua memang sepadan.

Qayra meneruskan tugas.Kak Ti di hujung sana.Asyik bagi isyarat suruh Qayra pergi tengok.Laju Qayra geleng.

Pintu di buka dari dalam dengan kasar.Sekali lagi mereka berdua terkejut.Staff yang lain dah pandang-pandang.Qayra pandang kertas kerja di depannya.Satu pun tak masuk dalam kepala.

Dua makhluk sedang berdiri di hadapan mejanya.Seorang memang muka garang macam singa.Yang seorang lagi dengan muka tidak bersalah.

"Tak faham bahasa lagi ker.Pergi balik!"suara Aus kedengaran kuat.

Terkejut Qayra sebentar.Aus halau dia ker.Qayra sudah bersedia untuk bangun dari kerusi.

"Tak kan nak singgah tengok awak pun tak boleh.Mama cakap awak dah sihat."

"Nak buat apa?Tak malu datang sini.Kita dah tak ada hubungan!"
Suara Aus kedengaran tegang.

"Kita dah lama kenal.Tak salah kan saya nak melawat awak sebagai kawan."

"Aku tak nak tengok muka kau dekat sini.Berambus!"Halau Aus.Dari dalam bilik dia sudah cakap baik-baik tapi Daria yang degil.

Perlahan Qayra tolak kerusi ke belakang dan bangun.Tak mahu dia duduk di situ dan mendengar perbalahan mereka berdua.

"Nak pergi mana pulak tu?"Suara Aus mengejutkan Qayra.

Terus kejung Qayra di situ.Aus cakap dengan dia ker.Mata dah melilau merata.Nak lari dari situ.

"Qayra,aku nak cakap dengan Aus kejap.Boleh kan?"Tanya Daria.

"Err...sila."jujur Qayra persilakan.

Baru selangkah Qayra ke depan,tangannya di tarik Aus.Rapat ke sisi Aus.

"Sayang nak pergi mana?Kau, kalau nak cakap..cakap depan dia.Dia isteri aku."Qayra cuba rentap tangannya kembali namun gengaman Aus begitu kuat.

Daria pandang Qayra dengan jelek.

"Qayra boleh kan.Aku nak cakap dengan Aus?"Tanya Daria sekali lagi.

Qayra angguk laju.Berkerut dah muka terasa genggaman tangan Aus begitu menyakitkan.

"Kenapa nak tanya dia?Nak cakap..cakap..tak nak cakap..pergi!"

Qayra dapat rasakan ketegangan pada Aus.

"Saya nak minta maaf."

"Dah terlambat.Aku tak perlu maaf kau."

"Aus kita dah kenal lama.Saya tahu awak masih marahkan saya."

"Dah habiskan.Pergi balik.Jom sayang,kita keluar makan."Terus Aus heret tangan Qayra masuk ke dalam keretanya.

Terpinga Daria ditinggalkan sendirian di situ.

Kereta yang dipandu Aus keluar dari ladang dan terus menyusuri jalan besar.Entah ke mana hala tujuan Aus.

Qayra mengimbas tangannya.Sakit.Ada kesan merah di pergelangan tangan.Kesan jari jemari Aus.Suka hati Aus tarik tangan dia.Tak sempat capai beg.

"Sikit saja kan.Mengada lebih!"Aus jeling pada Qayra di sebelahnya.

Qayra tak mahu balas apa pun.Dah sakitkan tangan orang,mulut lagi menyakitkan hati orang.Dia ingat tangan Qayra ni kayu ker.

"Kau jangan nak perasan sangat.Aku nak elak dari dia saja.Jangan ingat aku teringin sangat nak pegang tangan kau."berdesing suara Aus macam halirlintar.

Lagi cakap lagi sakit hati.

Qayra masih diam.Qayra tarik hujung lengan bajunya ke bawah.Menutup kesan tadi.

Aus terus memasuki perkarangan rumah.Terus keluar dari kereta dan menghempas pintu dengan kuat.Terangkat bahu Qayra.

Skuter dan beg silang masih di ofis.Aus ni suka hati nak heret dia balik.Ingat dia ni patung.

Dengan tangan yang masih sakit.Terasa kebas.Qayra masuk ke rumah dan menyapu sedikit minyak supaya kesan cepat hilang.

"Awal Qayra balik."Sapa Kak Pah.

Pertanyaan Kak Pah dibiarkan sepi.Tak tahu nak cakap macam mana.Dia dipaksa ikut.

"Kak Pah boleh pinjam telefon tak?"

"Nak buat apa?"

"Nak call abang Zain."

"Kejap Kak Pah ambil."

Dah dekat sejam lebih Qayra tunggu Aus turun dari bilik.Entah apa yang dia buat lama kat atas tu.Waktu rehat pun sejam berlalu.

Kak Pah hulurkan telefon.Baru nak dail nombor Zain,Aus turun.Dia tetap dail nombor Zain.

"Ha tu Aus dah turun."

Qayra tak harap naik dengan Aus,baik dia tunggu Zain.

"Hello abang Zain.Boleh ambil Qayra tak.Qayra dekat rumah.Sorry,abang Zain,Qayra tunggu."

Aus bagi satu jelingan.

Qayra tak tunggu lama terus keluar dari rumah untuk menunggu Zain.Mujur Zain ada berdekatan,tak lah lama sangat Qayra menunggu.

Aus di dalam kereta hanya memerhati Zain dan Qayra.Mulut dia pun tak ada nak halang atau apa pun.Di biar Qayra pergi dengan Zain.Pada hal dia yang heret Qayra balik rumah.

"Apasal tangan tu?"Tanya Zain.

Qayra tarik lengan baju.Ingat Zain tak nampak.

"Tak ada apa lah.Tak tahu pasal apa naik merah."

"Nanti letak ubat."Pesan Zain.Setelah Zain menghantar Qayra balik ke ladang,Qayra menyambung kerja yang terbengkalai.Cepat habis cepat balik.Dia dah la tak sempat makan tengahari.

Qayra membelek tangannya.Masih ada kesan.Mujur tak lebam.Teruk betul Aus bila marah yang sakit Qayra.

Tapi hairan juga kenapa Daria muncul balik.Masa Aus sakit sekalipun dia tak pernah datang melawat.Kalau dia nak kan Aus balik,ambil sajalah.Aus tu bukan hak mutlak Qayra.

Qayra masuk tidur awal hari ini setelah makan malam.Mujur Kak Pah selalu prihatin bagi dia makanan.Tengah sedap tidur,pintu rumah diketuk.Tak ada orang lain mesti Kak Pah.

Dengan mamai Qayra bangun dan buka pintu.

"Qayra ngantuk lah.Kak Pah nak apa?"Mata pun malas nak buka.

Aus tergamam seketika melihat Qayra tanpa tudung.Dengan rambut sedikit kusut namun tidak mencacatkan wajah sebenar Qayra.

"Bukan Kak Pah.Aku lah."Keras suara Aus.

Terus terbuka luas mata Qayra.Kelam kabut dia berlindung belakang pintu.Ingat Kak Pah,dia tak pakai tudung lah.

"Nak apa?"Tanya Qayra di sebalik pintu.

"Abah panggil."

"Saya ngantuk.Esok lah saya jumpa abah."

"Tak boleh.Sekarang."

"Esoklah."

"Kau nak keluar sendiri atau nak aku heret macam tadi."

Qayra buat muka malas.Terpaksa ikut masuk ke dalam rumah Encik Rosli.

"Mulai hari ni abah nak Qayra pindah masuk bilik Aus."

"Err..abah.Qayra rasa tak perlu kot."Jawab Qayra.

"Kenapa pulak nak suruh dia pindah masuk sini?Tak payah la.Lagipun Aus dah sihat"Jawab Puan Fatin sekerasnya membantah.

"Mana boleh macam tu.Qayra tetap isteri Aus."tegas Encik Rosli.

"Apa pulak tak boleh.Aus pun dah tak perlukan bantuan lagi."

Qayra rasa dia perlu bersuara.

"Betul tu.Abah,Qayra rasa tak perlu kot."

"Itu bukan alasan.Qayra tetap isteri sah Aus.Apa pun Qayra ada hak dalam rumah ni."

"Hak apa pulak ni?Aus kahwin dengan dia bersebab.Jadi tak payah nak ungkit hak.Dah banyak yang kita tolong dia.Tak kan tak cukup lagi."Puan Fatin menjeling kasar.

Wajah Encik Rosli berubah tegang.

"Qayra rasa tak perlu kot.Abah,kita tak payah bincang pasal ni lagi."Qayra sudah berkira mahu pergi dari situ.

"Tengok dia pun sedar diri.Aus pun tak ingin nak kahwin dengan dia.Sebab terpaksa saja kan Aus.Daria masih sayang kan Aus.Jodoh mereka masih ada."beria Puan Fatin membantah.

"Aus tak akan kahwin dengan dia!"Aus mula bersuara.

"Apa Aus cakap?Daria masih setia tunggu Aus takkan nak sia kan dia macam tu saja."

"Setia?Macam tu setia.Hebat 'kesetian' dia."Aus ketawa mengejek.

"Habis tu Aus nak macam mana lagi.Semua punca dari Aus.Takkan Aus nak teruskan perkahwinan ni?"Suara Puan Fatin meninggi.

"Ya,Aus akan teruskan."

Terbeliak mata Qayra.Kantuk yang masih bersisa terus hilang.
Dia mengeleng laju.

"Tak nak!"Semua mata memandang ke arah Qayra.Pandangan mata Aus paling menakutkan.

"Abah tak suka anak-anak abah buat keputusan yang melulu.Semua dah dewasa jadi berfikir sebelum buat keputusan.Perkahwinan satu ikatan yang suci bukan macam main tarik tali.Tak suka terus lepas.Itu bukan jalan penyelesaian."

"Aus sebagai ketua keluarga harus buat keputusan yang bernas.Bukan ikut nafsu dan perasaan."Panjang lebar Encik Rosli bersyarah.

"Awak ni Fatin,sebagai mak cuba bagi nasihat yang elok-elok.Jangan nak runtuhkan ikatan yang baru dibina.Kita sebagai orang tua sepatutnya bagi nasihat bukannya meruntuhkan."

"Dah Aus pun tak suka dia.Buat apa simpan lagi."Puan Fatin masih belum berpuas hati.

"Apa ker gila kamu semua nak putuskan hubungan yamg sedia ada ini.Aus..tak kan Aus setuju dengan mama."

"Tak abah.Cukuplah sekali.Aus masih waras untuk tidak terima orang yang telah buang Aus."

"Aus belum jumpa Daria lagi kan?Dia nak sangat jumpa Aus."Itu saja modal Puan Fatin.Daria tetap calon menantu pilihan hati.

"Antara kami dah tamat.Aus bukan lelaki dayus dengan mudah nak terima dia balik.Mama jangan suka-suka nak atur hidup Aus."suara Aus kedengaran lantang tetapi masih cuba mengawal emosi.

"Tapi Aus,dia masih cintakan Aus."Puan Fatin masih tidak mahu mengalah.

"Aus dengar apa yang Daria cakap dekat hospital."beritahu Aus sambil hela nafas.

Ucapan Aus buatkan Puan Fatin terkedu sebentar.

"Apa pun yang Aus dengar,Aus kena faham,Daria tengah tertekan masa tu."Dia tetap menyebelahi Daria.

"Aus tak akan terima dia!"tegas Aus sekali lagi dan terus sambar tangan Qayra.Kali ini tapak tangan Qayra digenggam.Tidak kuat macam siang tadi.

"Aus dah ada isteri."Aus tarik tangan Qayra mengikut jejak langkahnya.Terpinga Qayra.

Kena heret lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience