PUAN Fatin masih berkurung di dalam bilik.Sejak semalam dia tidak keluar dari bilik.Mungkin dia perlukan masa untuk sedar dari hakikat sebenar.
Hanya Qayra dan Aus yang menemai Encik Rosli.Qayra mengambil kesempatan untuk menjaga Encik Rosli.Walaupun Encik Rosli boleh bangun makan sendiri,Qayra tetap berkerasa mahu menjaga juga.
"Abah,ni ubat abah untuk malam."kata Qayra sambil meletakkan bekas kecil berisi ubat.
"Qayra ni,abah boleh ambil sendiri."tersentuh hati Encik Rosli.
"Tak apa lah.Biar Qayra jaga abah."
"Abah dah okey cuma tak boleh 'lasak' macam dulu.Aus,abah minta maaf sebab tak jenguk langsung ke ladang."
"Abah jangan risau.Aus dengan Zain ada.Abah tu kena banyak rehat.Tak payah fikir banyak sangat.Mama tak keluar dari bilik lagi ke?"
"Tadi Pah dah hantar makan."
Qayra berasa khawatir.Bimbang Puan Fatin murung seorang diri.
"Mama okey ke abah.Risau pula Qayra dia tak nak keluar bilik.Qayra rasa bersalah."gusar hati Qayra sambil memandang ke tangga.
Sejak Encik Rosli membongkarkan segalanya terus Puan Fatin mendiamkan diri.Langsung tidak turun makan.Qayra nak pujuk takut Puan Fatin masih marah padanya.Risau juga biar Puan Fatin berkurung dalam bilik.Dah masuk tiga hari ni.
"Mama tu okey saja.Lama-lama dia keluarlah tu."jawab Encik Rosli.Sudah hampir 28 tahun usia perkahwinan mereka tak kan masih dia tak kenal berapa lama rajuk Puan Fatin.
"Aus dah cuba panggil,mama tak nak buka pintu."
"Jangan bimbang nanti mama okey."jawab Encik Rosli dengan riak tenang.
Gelas air kosong dicapai dan ubat ditelan.Qayra mengambil alih tugas Puan Fatin.Ubat di asing mengikut waktu.Pagi tengahari dan malam.
"Abah,Aus ingat nak balik rumah.Dah lama tak balik."
Sekilas Qayra pandang Aus.
"Elok sangat lah tu.Bawa Qayra sekali."kata abah.
"Tapi abah belum baik betul lagi."bantah Qayra.
"Abah tak apa.Sihat dah ni.Cuma abah nak berehat saja dekat rumah.Tak apa Qayra ikut Aus balik."Abah menyokong penuh niat Aus.
"Kalau ada apa-apa abah cepat call kami.Nanti mama dah okey abah bagitahu juga ya."pesan Aus.Sebelum berangkat Aus pesan juga pada Kak Pah.Mujur rumah baru dia tidak jauh.
Tengahari itu Aus mengajak Qayra untuk pulang ke rumah.Jujur Qayra lebih selesa di rumah Encik Rosli sahaja dari berduaan dengan Aus.Tapi apa kan daya dia terpaksa ikut Aus juga bagi memberi ruang untuk Puan Fatin.
"Masuklah..jom abang tunjukkan bilik."katanya sambil menjijit beg pakaian Qayra.
"Saya duduk dekat bawah saja lah."Qayra enggan naik ke atas.
"Kat bawah mana ada bilik."
"Tak apa saya...."
Pergelangan tangan Qayra di tarik perlahan mengikut langkahnya.
"Ni bilik kita.Baju nanti Qayra simpan dalam almari."
"Errr...lusa saya nak balik sana."
Aus berpaling semula ke dalam bilik.
"Qayra nak pergi?"Aus berwajah murah balik.Tadi bukan main ceria sekali.
"Ya,saya ada hal sikit."
"Hal apa tu.Boleh bagitahu abang."
Mulanya Qayra enggan menjawab tetapi setelah di desak beberapa kali Qayra akhirnya bersuara juga.
"Saya nak cari kerja."
Muka Aus kembali bertenang sambil memikirkan sesuatu.
"Qayra boleh kerja dekat di ladang.Tak payah balik sana dah.Abang tahu kontrak Qayra dengan syarikat tu dah habiskan.Tak payah balik sana dah."kata Aus.
"Tapi saya..."
"Abang nak minta satu dekat Qayra."
Qayra terkebil.Kedua belah tangan Qayra di gengam erat.
"Jangan pergi jauh dari abang lagi."pinta Aus penuh berharap.
Qayra diam.Ingat nak minta apa tadi.Berdebar juga.Hihihi...
"Abang perlukan Qayra untuk jadi pelengkap hidup abang.Abang sayangkan hubungan kita."jari jemari Qayra di sulam kemas.
"Tapi..."
"Abang sayang Qayra.Tolong jangan pergi..."Aus mengusap pipi Qayra dengan ibu jarinya.
"Saya...saya..."tergagap terus Qayra.
Aus senyum kecil.
"Sorry sayang.Muka sayang kenapa comel sangat.Abang akan tunggu sampai Qayra balas cinta abang."katanya sambil merenung ke dalam mata Qayra.
Qayra tidak menjawab.Dia juga ikut keliru dengan perasaan sendiri.Mulut cakap nak pergi tapi hati dia makin berat.Petanda apa itu?
Semalam Qayra tidur sendirian.Aus pula mungkin tidur di bilik sebelah.Sebab bangun pagi tempat tidur di sebelah Qayra kosong. Aus tahu Qayra masih belum bersedia menerima dia sepenuhnya.
Perasaan Qayra kembali tenang.Dia tidak lagi takut seperti dahulu.Semakin hari dia semakin selesa berada bersama Aus.Sikap Aus membuatkan Qayra senang dan ada kalanya Qayra hampir tewas dengan layanan mesra Aus.
Pintu bilik di ketuk.Terjengul Aus yang sudah siap berpakaian kemas.
"Dah bangun?Jom kita turun sarapan."kata Aus bersama senyuman penuh.
Tak sempat Qayra nak bertudung.Bukan Aus tak pernah tengok.Dengan berani Qayra turun ke bawah dengan rambut yang masih basah.
Aus mengisyaratkannya untuk duduk berdekatan.Qayra terus duduk.Sudah tersedia sarapan depan mata.Walaupun hanya roti bakar dan telur suku masak.
"Ni saja yang abang mampu buat."kata Aus sambil memecahkan telur ke atas roti pada pinggan Qayra.
"Terima kasih."ucap Qayra.Dia pun tak tahu kenapa dia harus mengucapkannya.Sebab sarapan yang ringkas tapi sedap atau terima kasih sebab melayannya dengan baik.
"Sama-sama kasih.Nanti kita pergi beli barang dapur.Abang tak pandai sangat nak beli."
Qayra hanya angguk dan meneruskan suapan.Secawan nescafe di habiskan.Dia mengangkat cawan kotor ke sinki.Aus turut membantu mengemas apa yang patut.
"Kejap abang ambil pen dan kertas.Kita list barang apa yang nak beli."
"Sayang check barang apa yang tak ada.Beras abang baru beli.Gula kopi nescafe pun dah ada.Ha!sabun basuh baju."hampir terlupa sabuh basuh baju sudah habis.
"Sabun mandi?"tanya Qayra.
"Dalam bilik air kita ada botol kecil saja kan.Qayra tulis nak sabun syampu jenama apa.Abang takut silap beli."
Dua kali dah Aus sebut 'bilik kita'.Qayra rasa lain macam perasaan tu bila sebut kita.Maksudnya Aus benar-benar mahu dia ada di sini.
Qayra pun catit senarai barang yang mahu dibeli.Dari barang mandian ke barang dapur semua di catit.Banyak juga memandangkan Aus jarang balik ke sini.
"Awak.."
"Ya sayang.."
"Awak pasti ker nak bagi saya tumpang tinggal sini."dari semalam dia nak tanya tapi tak terkeluar dari mulut.Bila difikirkan balik cadangan Aus untuk dia kerja balik di ladang sangat baik.Tak perlu dia bersusah payah mencari kerja lain lagi.
"Apa sayang ni.Tak nak cakap macam tu.Ni rumah sayang juga.Sayang tahu tak betapa abang teringin sangat nak tinggal berdua dengan sayang."Aus senyum penuh erti.
"Tapi kita kan..."
Aus letak jari telunjuk di bibir Qayra.
"Abang minta satu saja.Jangan sebut benda yang lepas.Abang rasa bersalah sangat.Abang hanya nak Qayra bersama abang."
"Awak tak rasa bersalah ker pada mama?patutnya awak dengar cakap mama awak.Saya tak penting.Mama awak lebih penting."
"Abang tahu mama penting tapi Qayra lebih penting untuk abang.Qayra tahu tak hati abang sakit sangat bila tahu Qayra pergi.Abang dah lama suka kan Qayra sejak kita nikah lagi.Abang cuba benamkan perasaan abang pada Qayra tapi abang kalah dengan perasaan sendiri.Abang tak boleh buang rasa sayang abang pada Qayra."
"Saya tak tahu nak cakap apa.Selama ni saya dibenci.Saya sedar kehadiran saya tak diterima.Saya terima andai benci awak pada saya masih ada lagi."
Terus Aus memeluk tubuh Qayra.
"Demi Allah abang sayangkan Qayra."
Ubun-ubun Qayra di cium.
"Maafkan abang sebab sakitkan hati Qayra selama ini.Abang mengaku abang pernah bencikan Qayra tapi Allah itu Maha Adil.Dia tukar perasaan itu dengan sesuatu yang abang tak jangka kan.Abang pun tak sedar bila perasaan sayang..cinta abang pada Qayra betul-betul wujud.Yang abang tahu abang cemburu tiap kali ada lelaki rapat dengan Qayra.Termasuklah Zain.Nasib Zain dah kahwin dengan Deeja kalau tak hari-hari abang makan hati."kata Aus sambil tergelak kecil.
Aus tidak malu mengaku perasaan sebenarnya.
"Awak dah ada Daria."
"Itu dulu.Perasaan pada Daria sebenarnya dah lama pudar masa kami bertunang.Abang pun tak faham.Makin abang cuba berbaik dengan dia makin perasaan tu hilang."
"Abang minta pada abah untuk kahwinkan kita.Masa tu abang nampak Qayra saja yang boleh tolong abang untuk lari dari Daria.Abang minta maaf.Betul apa yang Qayra cakap,abang hanya gunakan Qayra masa tu."Aus berasa kesal.
Qayra tidak terkejut kerana dia sudah menjangkakan itu dan Aus sendiri pernah mengakuinya.
"Perasaan suka dan sayang mula datang perlahan-lahan.Abang sedar sepatutnya perasaan macam tu tak wujud.Macam-macam cara abang buat untuk sakitkan hati Qayra.Hakikatnya hati abang yang sakit."
"Abang cuba lagi tapi pada masa yang sama hati abang inginkan Qayra.Abang cuba lawan hingga abang kalah dengan perasaan abang sendiri.Abang sedar semakin abang membenci semakin kuat rasa cinta dan sayang pada Qayra."
"Tahu tak apa perasaan abang sekarang?Setenang yang mungkin.Sebulan abang rasa macam hilang arah.Abang biar Qayra pergi untuk jauhkan diri dari abang pada hal abang yang tak boleh hidup tanpa Qayra.Abang takut Qayra lari jauh sebab tu abang tak berani jumpa Qayra.Tapi abang tahu segalanya tentang sayang.Terima kasih pada maksu yang banyak tolong abang.Bukan senang maksu nak tolong tu pun puas abang merayu dan berjanji takkan luka kan hati sayang."
Aus sudah boleh berlapang dada dapat berbaik dengan Qayra.Apa ntah lagi Qayra sudah di depan mata.
Pandangan mata dan ketulusan kata Aus menyikap segala perasaan yang terpendam selama ini.
"Abang faham.Tak semudah itu untuk Qayra terima abang.Abang akan tunggu.Cuma satu abang minta,jangan pergi dari sisi abang.Abang perlukan Qayra."
Aus menunduk mata.Ada kesan air di tubir matanya.Dikesat.
Sementara Qayra masih menghadam setiap bait pengakuan dari mulut Aus.Begitu sekali Aus menyayangi dia.Andai cinta Aus tulus kepada dia,dia tidak tahu harus menerima atau menolak.
"Abang tahu Qayra takut untuk terima abang.Abang nak Qayra tahu yang hati abang tak sanggup berjauhan dengan Qayra lagi."
Qayra berdehem kecil.Sungguh dia rasa terharu tapi dia juga takut untuk menyatakan perasaan pada Aus.Bagaimana penerimaan Puan Fatin nanti.Sungguh ada hati yang perlu dia jaga.
"Saya...saya tak tahu nak cakap apa.Saya sedar ini tak sepatutnya berlaku.Mana mungkin saya dengan awak...kita tak sepatutnya bersama."
"Abang tahu semua ni pasal mama kan.Abang akan cuba fahamkan mama.Insyallah mama akan faham nanti.Selama ni pun abang ikut saja kata mama.Abang cuba nak bahagiakan mama.Tapi abang sedar,abang juga berhak untuk bahagia.Cukuplah selama ini abang berkorban perasaan untuk jaga hati mama.Akhirnya abang sendiri yang tak bahagia."luah Aus.Sudah lama terpendam.
"Saya takut untuk terima awak.Saya tak nak hubungan kita nanti akan buat mama awak bertambah bencikan saya."kata Qayra.Aus kena faham.Andai mereka bersama ada hati yang pasti terluka.
"Percayalah..abang akan buat mama terima Qayra.Abang nak Qayra ada dengan abang untuk bagi semangat."
"Kalau kita gagal?"tanya Qayra.
Aus kembali bersemangat.Dalam hati sudah tersenyum bahagia.
"Abang tak akan benarkan.Abang akan cuba bahagiakan keluarga kita.Abang,Qayra,abah mama.Kita akan bahagia dalam satu keluarga."janji Aus bersungguh.Dia dapat rasakan Qayra juga ada perasaan sama dengannya cuma Qayra masih takut-takut.
Aus mahu memeluk Qayra namun di hentikan Qayra.
"Saya tak kata terima pun."Qayra kulum senyum.
"Maaf abang excited."Aus termalu sendiri.
"Ada apa lagi nak beli?"Qayra simpan dulu perasaan dia pada Aus.Sengaja mahu menduga hati Aus.
"Malam ni kita ada tetamu."
"Siapa?"tertanya Qayra siapa tetamu mereka.
Aus sekadar angkat kening dan senyum.
"Jom sayang.Nanti lambat pula nak masak."katanya bersama sengihan dibibir.Sengaja nak biar Qayra tertanya.
Share this novel