"QAYRA tengah buat apa tu?"tegur Kak Pah di muka pintu rumah Qayra.
"Baru sudah mandi.Tadi bau taik ayam."
"Hah!bau taik ayam.Kat mana yang kau pergi pijak taik ayam."gelabah Kak Pah melihat ke lantai simen bimbang dia pula terpijak taik ayam.Ayam mana ada kat sini kucing ada lah.Banyak berkeliaran tepi rumah mencari sisa makanan.
"Bukan pijak.Tadi Qayra letak baja dekat pokok cili.Ada la bau sikit-sikit."
"Konfius Kak Pah,Qayra kerja dalam ofis saja kan.Apasal pergi ladang pulak?"Kak Pah ketuk dagunya yang berlapis dua.
"Belajar letak baja dekat pokok cili."
"Siapa suruh?"
"Bos kecil..Tuan Aus."jawab Qayra sambil muncungkan mulut.
"Hah!"ternganga mulut Kak Pah.Qayra tutup dengan tangannya.Tergelak Qayra dibuatnya dengan aksi Kak Pah.
"Aus yang suruh?pelik?setahu Kak Pah kerani dalam ofis tak payah pergi ladang.Kerja kat ladang lain,kerja dalam ofis lain.Kenapa pulak dia suruh Qayra pergi sana.Untuk apa?"Kak Pah tertanya.
"Tak payah pelik sangat lah Kak Pah.Dia memang tak suka Qayra kan..Qayra dah redha."ayat pasrah.
"Iya ke dia tak suka."Kak Pah garu dahi pulak.
"Kak Pah kan tahu dari dulu dia tak suka Qayra.Nak pulak sekarang Qayra kerja dekat situ.Macam-macam cara dia buat nak bagi Qayra sakit hati.Qayra sabar sebab pakcik dah banyak tolong Qayra."
"Mana boleh macam tu.Kenapa Qayra tak bagitahu pakcik?"
"Tak nak lah.Nanti dia cakap Qayra mengada pula.Biar dia lah nak buat apa pun.Harap cepatlah dapat kerja dekat tempat lain secepat mungkin."
"Qayra nak pergi dari sini?"Kak Pah mula buat muka sedih.
Qayra terdiam.
"Sini buka tempat Qayra.Qayra sedar diri."
"Qayra buat Kak Pah sedih.Qayra jangan lah pergi jauh.Nanti sapa nak kawan dengan Kak Pah."nada Kak Pah dah bertukar sayu.
"Lambat lagi.Sampai masa baru Qayra pergi.Kak Pah janganlah sedih.Bukan kita tak boleh jumpa langsung.Ada cuti Qayra datanglah jumpa Kak Pah."ucapan Qayra seolah esok lusa mahu pergi dari sini.
"Nak nangis lah macam ni.."Kak Pah sambar badan Qayra dan peluk kuat.
"Huhu..tak payah lah pergi."rayu Kak Pah dalam nada sedih.
"Jangan lah sedih Kak Pah.Belum dapat lagi kerja Kak Pah dah sedih-sedih."
"Mestilah sedih.Baru saja Qayra balik sini dah nak pergi."
Kak Pah dah sob seb sob seb.Belum lagi pergi betul dah sedih.
"Alaa Kak Pah.Dah la.Tak payah sedih.Hari ni Kak Pah masak apa.Dah lapar ni."sengaja Qayra ubah topik tidak mahu Kak Pah terusan bersedih.
"Hari ni Kak Pah masak tomyam.Jom kita makan."Kak Pah terus tarik tangan Qayra masuk ke dalam dapur.Tak sabar nak bagi Qayra makan tomyam.
"Sedapnyaa.Macam kat kedai.."Puji Qayra.
"Pandailah tu nak bodek.Dah buat orang sedih macam ni."balas Kak Pah buatkan Qayra ketawa kecil.
"Kena makan puas-puas takut nanti Qayra rindu masakan Kak Pah."
Kak Pah tarik mulut muncung berjangkit sudah dengan Qayra.Geli hati Qayra.Kak Pah ni penghibur di kala hati luka lara pun iya jugak.
Sedang sibuk-sibuk makan tomyam,Daria muncul entah dari mana.Tak dengar pun orang bagi salam.Tiba-tiba muncul dekat dapur.
"Hai Qayra.Makan apa tu?"tanyanya sambil lirik ke dakam mangkuk Qayra.Salam pun tak bagi terus sapa orang.
"Tomyam.Nak ker?"selamba Qayra pelawa makan tomyam.
"Tak nak lah.Aku nak keluar dengan Aus.Nak beli cincin kahwin."beritahunya sambil tersengih bahagia.
Qayra meneruskan suapan tanpa menghiraukan Daria.Kak Pah ikut sibuk mengemas dapur.
"Sayang..."panggil Daria sebaik Aus masuk ke dapur.
Balik dari kerja tadi dia dah bau Kak Pah masak tomyam.Lepas mandi ingat nak makan.Daria pula ajak keluar,ingat tak sampai lagi boleh la Aus rasa semangkuk.Dah lama tak makan tomyam.
"Kan dan suruh tunggu dekat kereta."Suara Aus sedikit marah.
"Alaahh.. sayang.Saja lah i masuk sini.Nak jumpa Qayra."
Aus kerling Qayra yang langsung tidak endahkan mereka berdua.
"Qayra nanti boleh tak jadi bridesmaids aku.Ajak Deeja sekali.Baju semua aku sponsor."Daria menanti jawapan Qayra.
Qayra berhenti menyuap.Aus pandang muka Daria minta penjelasan sebab mereka berdua tidak pernah berbincang akan hal ini.
"Tak salahkan sayang ajak kawan-kawan sayang.Lagipun sayang nak majlis kita meriah."
"Boleh kan Qayra?"tanya Daria lagi.
Qayra hanya senyum nipis.Mengiyakan pun tidak.
"Jom sayang.Kita dah lambat ni.Nanti boleh tengok baju untuk bridesmaids kita sekali."Daria paut lengan Aus.
Kembang kempis hidung Aus tercium aroma tomyam dari mangkuk Qayra.Melepas nak makan tomyam.Nampak sedap sangat si Qayra ni makan sampai tak peduli orang dah.
Aus tidak puas hati bila Daria berkeras mahu memakai gaun pengantin ala Cinderella di hari bahagia mereka.
"Kenapa pula gaun ni tak boleh.Cantik sangat.I suka.Warna pink pulak tu.My favourite colour..."Daria teruja mahu mencuba gaun itu.
Kening Aus bertaut.Daria buat kerja gila.Punya banyak gaun dia pilih nak pakai yang ini juga.Mula Aus ingat Daria hanya kenakan dia tapi tak sangka memang itu pilihan Daria.
Aus memang tak setuju langsung dengan design gaun itu.Sangat terdedah.
Menampakkan bahu dan dada.Design gaun ini adalah tube dress.Memang seksi habis dibahagian atas.Tak kan Aus nak kongsi tubuh isteri dia dengan tetamu yang datang.Beribu mata memandang kot.Bukannya sikit panggilan tetamu mama.
"Boleh lah sayang.Kita kahwin sekali ni saja.I nak nampak macam princess."rengek Daria gaya anak kecil.
"Tak boleh Daria.Too much."Aus tetap tak nak bagi.
"Tapi i nak.Sekali ni saja..please..."Daria tetap berdegil.
"No!"tegas Aus.
Daria dah tarik muka.
"Cuba pilih yang sopan sikit.Ini terdedah sangat dekat bahu.. dada lagi.You nak tayang dekat siapa sebenarnya?"tanya Aus dengan nada geram.
Pelayan butik hanya memerhati mereka berdua bertengkar.Itu sudah menjadi kebiasaan bakal pasangan pengantin.Kebanyakannya tidak sependapat.Nak pula dapat pasangan perempuan kaki merajuk.Satu hal pula nak tunggu si lelaki memujuk.
"Bukannya setiap hari.Sekali saja.I teringin sangat nak pakai gaun ni,sayang."rengek Daria lagi cuba memujuk Aus.Tangan sudah naik mengusap dada Aus.Aus tolak perlahan.
"Kalau you pilih gaun yang nampak sopan i okey.Tapi bukan gaun ni.Yang lain.Banyak lagi tu.Cuba pilih yang lain pula."Aus cuba bertolak ansur dengan menyuruh Daria memilih gaun yang lebih sopan.
Daria menghentak kaki tanda protes.Aus tidak bersetuju dengan pilihan dia.Sedangkan sudah lama dia impikan mahu memakai gaun ala Princess Arora.Teringin dari kecil lagi.
"Kita pilih yang lain.Boleh tunjuk gaun yang lebih sopan sikit?"tanya Aus pada pelayan butik itu.
"Ada.Sebentar ya encik.."pelayan butik masuk mencari.
Daria tarik muka masam bila Aus suruh tukar balik.
Tak boleh tolak ansur langsung Aus ni.
Pelayan bukit keluar bersama gaun pengantin berwarna putih kebiruan.Nampak cantik juga.Berlengan tutup.Lebih sopan.
Aus ambil dan hulur pada Daria.Dengan kasar Daria mengambil dari tangan Aus bersama jelingan maut.
Aus tidak peduli.Asalkan baju ini lebih sopan dari yang tadi.
Daria keluar dengan muka monyok.Dia tidak suka akan design gaun ini.Jenis tertutup.Baik dia pakai jubah saja.
"Cantik."puji Aus.Pelayan ikut sama memuji.Kulit Daria yang putih pakai apa pun cantik.Hanya Daria yang sebal.Aus tetap berkeras memilih gaun ini.Daria dah hilang mood.Keinginannya tidak dituruti.
Sewaktu di kedai cincin pun muka Daria tidak seceria waktu datang tadi.Masih berkerut masam seribu.
"Boleh tak jangan buat muka ketat macam ni."rungut Aus.Dia tahu Daria mesti tidak puas hati pasal gaun tadi.
"I tak ada mood."Daria masih masam mencuka.
"Tak kan pasal baju tadi you nak monyok sampai ke sini.Hal kecil saja pun."
"Jujur i tak dak mood.I cuma nak yang terbaik untuk weeding kita."
"Habis tu you ingat i saja nak rosakkan weeding kita."Aus ketap bibir.
"You tak faham sayang.I teringin sangat nak pakai gaun tu.Impian i dari dulu lagi.Jadi i nak sesuatu kelainan di hari bahagia kita."
"Baju tu kerterlaluan sangat.Terlampau terdedah."Aus cuba memujuk.
"Sekali saja pun nak pakai macam tu.Lepas ni dah tak boleh."bentak Daria.
"You nak tayang tubuh you dekat semua orang.Dosa you,i yang kena tanggung."
"Orang lain pakai tak ada apa pun."
"Tu orang lain.I kahwin dengan you,Daria.Bukan orang lain."Suara Aus berubah kecewa.
"Sudah lah i nak balik."Daria terus angkat punggung.Cincin pun tak sempat pilih.
Tergeleng Aus.Susah nak handle perempuan kaki merajuk.Ikut kepala dia saja.
Share this novel