Bab 10

Drama Series 9550

DUA tiga menjak ini angin Aus kurang baik.Pantang silap sikit nak mengamuk.Pada hal bukan besar mana pun masalah dia dan Daria.

"Hei!kau ni reti buat kerja ker tak reti!?"mencerlung mata Aus menikam mata Qayra.Kecut perut Qayra dibuatnya.Apa lagi salah dia.Tadi dah kena sembur sekarang kena lagi.

"Apa yang salahnya Tuan Aus.Saya dah semak semua laporan tak ada yang salah pun."

"Telinga kau letak kat mana?Aku suruh order polibeg bukannya baja."marah Aus.

"Tapi tadi.."

"Itulah kalau datang kerja nak menggatal macam ni lah..buat kerja semua tak betul.Buat semak otak aku saja!"Rungut Aus.

Qayra rasa dia masih belum pekak.Aus yang minta dia memesan baja kompos bukannya polibeg.Sekarang dia cakap lain pula.

"Sekarang kau ambik fail semua ni dan keluar!"halau Aus.

Qayra kembali ke tempat duduknya.Sakit hati dia kena marah begitu sedangkan yang salah Aus bukannya dia.

Malas mahu bertekak dengan Aus buat bazir liur saja.Salah sendiri tapi tak nak mengaku.Qayra buka laporan baru.Kena buat lain.Seharian di ofis Qayra rasa masa berjalan lama sangat.Si Aus pun satu asyik meroyan hari ini yang jadi mangsa Qayra.Huh!nasib kau lah Qayra.

"Qayra awat monyok saja ni."tanya Kak Pah sebaik nampak kelibat Qayra mahu masuk ke dalam rumah.

"Letih lah Kak Pah."adu Qayra.

"Banyak sangat kerja.Ambil lah cuti,berehat."cadang Kak Pah.

"Tak apa lah."

"Nah lauk dengan nasi untuk makan malam.Tak cukup bagitahu."

"Terima kasih Kak Pah."Qayra terus masuk ke dalam rumah.Nak berbual dengan Kak Pah pun rasa malas.Sakit hati belum pudar lagi.

Lepas Aus marah dia tadi,entah ke mana menghilang.Macam mana Qayra tak geram.Sampai habis waktu kerja pun dia tak masuk ofis.Kata nak laporan cepat tapi dia tak ada pun.Cakap tak serupa bikin.

Kot ya pun stress majlis nak dekat tak payah la marah orang lain.Geram juga Qayra dibuatnya.

"Malam ni tak keluar pulak?"tegur Puan Laila pada anaknya.

"Malas."jawab Daria.

"Hai! monyok saja muka.Tapi bagus juga tak keluar selalu sebab majlis dah nak dekat nanti hilang seri."

Daria merengus geram.Semua ni pasal Aus.Daria silang tangan ke dada.

"Kenapa pulak ni?"Puan Laila tahu ada sesuatu yang tidak kena.Dia kenal benar perangai anak tunggalnya itu.

"Aus tu lah.Daria dah pilih gaun yang Daria nak tapi dia tak bagi pakai pula.Suruh tukar yang lain."adu Daria dengan muka masam.

"Gaun tu tak cantik kot sebab tu dia suruh tukar."

"Cantik sangat.Daria memang suka gaun tu.Teringin sangat nak pakai."

"Tak kan pasal gaun pun Daria nak masam muka dengan dia."kata Puan Laila.Dia tahu anak perempuannya ini manja dan degil.Apa kehendaknya harus dituruti.

"Ibu faham tak yang Daria teringin nak pakai gaun tu.Aus langsung tak bagi peluang.Dah la kahwin pun sekali saja.Bukannya nak luak pun kalau pakai sekali tu."bentaknya.

"Cuba lah bawa bincang elok-elok.Majlis dah nak dekat.Tak kan pasal gaun pun jadi masalah."

"Ibu bela lah dia sangat.Belum jadi suami dah nak kongkong.Itu tak boleh ini tak boleh.Rimas Daria."

Tergeleng kepala Puan Laila.Degil sungguh anak perempuan tunggal dia ni.

"Gaun apa yang Daria nak?"Tmtertanya juga Puan Laila.

Daria capai henfon dan mula mencari gambar gaun tersebut.Henfon dihulur pada ibunya.

"Cantik cuma...."

"Ibu jangan cakap tak sesuai dengan Daria.Daria dah cuba pakai.Memang cantik elok kena dengan badan Daria."

Puan Laila telan liur.Mana Aus tak bagi pakai,gaun tu seksi sangat.Menampakkan bahagian bahu hingga ke dada.Dah macam berkemban pun ada.

"Ibu rasa Aus tak nak kongsi aurat Daria dengan lelaki lain.Mesti ramai tetamu yang datang.Beribu mata memandang.Aus nak jaga kehormatan Daria dari tercemar dengan mata lelaki lain."Puan Laila rasa itu jawapan yang paling sesuai untuk Daria faham.

"Pakai skirt okey jer tak dak masalah pun.Biasalah gaun pengantin kalau seksi sikit tak ada masalah lah.Kawan Daria,suami dia sporting sangat bagi saja dia nak pakai apa."

"Kita mana boleh ikut cara orang."nasihat Puan Laila.

"Kahwin sekali saja.Tak kan itu pun tak boleh."rungutnya lagi.Masih dengan pendirian sendiri.

"Bincang balik dengan Aus.Dengar apa dia cakap dulu."

"Tak nak lah!Dah malas nak cakap apa pun.Dia tetap tak bagi.Baik tak payah kahwin."

"Daria tak baik cakap macam tu.Kata tu satu doa.Tak jadi terus baru tau."

Daria mencebik.Dia benar-benar kecewa dengan Aus.

"Tak pernah-pernah kau ajak lepak.Malam ni kau ajak lepak sini.Kau okey tak ni?"tanya Zain pada Aus yang nampak macam tengah ada masalah.

"Lama dah tak lepak mamak.Teringin nak makan nasi kandar."kata Aus.

"Ya lah tu.Ingat aku ni tak tahu.Kau kalau tak ada masalah tak kan datang ke sini punya.Berkepit dengan tunang kesayangan kau tu,Daria."

"Jangan sebut nama dia lah.Stress aku."

"Aii..tak kan dah stress.Kau jangan main-main majlis dah nak dekat ni."Zain pula yang risau.

"Macam mana aku tak stress,pasal baju kahwin dia boleh merajuk tak nak cakap dengan aku.Call tak angkat.Mesej tak balas.Kau rasa.."

"Tak kan pasal baju pun nak merajuk.Kau pujuk la dia.Selalu tu aku tengok okey saja.Kau kan pandai pujuk.Ajak lah keluar makan ker apa."

"Aku dah call dia tak nak cakap.Baju yang dia nak tu tak sesuai lah nak pakai.Seksi sangat gaun tu.Nampak habis dada."

Terlopong mulut Zain mendengar.Susah jugak nak kahwin.

"Kalau kau jadi aku kau bagi tak bakal isteri kau pakai gaun seksi macam tu dekat majlis kahwin sendiri.Ramai orang tengok kot.Yang tengok memang tak berdosa tapi yang tanggung aku."

"Punca dia baju pengantin lah.Benda kecil saja.Kau pilih mana yang sesuai dengan dia."

"Aku dah pilih tapi dia tak nak."

Aus kembali menghirup teh tariknya.Sudah sejuk.Lama tak perkena nasi kandar boleh tersandar.Sedap.

"Kena bincang balik sebab majlis nak dekat dah ni.Tak kan pasal baju tak jadi kahwin.Haru juga ni."

"Entah lah.Aku malas nak fikir."jawab Aus selamba.Zain hanya menggeleng.Dugaan orang darah manis macam ni lah.Dia belum sampai seru lagi.Harap tak pening macam Aus.

Zain senyum saat menatap skrin henfon.Entah apa yang seronok sangat.

"Aku cakap dengan kau.Kau senyum pula."tempelak Aus.

"Tak ada apa lah.Qayra ni buat lawak pula."

Aus terdiam bila nama Qayra meniti di bibir Zain.Teringat pasal siang tadi,dia yang salah tapi dia marah Qayra.Sikit pun dia tak mahu minta maaf.Biar gadis itu tahu sampai bila pun dia tak akan terima sesiapa menggantikan tempat arwah adiknya,Auni.

Rindunya aku pada Auni.Satu-satunya adik yang ada telah pergi menghadap pencipta.Kalau lah dia ada sekarang sudah tentu boleh berkongsi segala suka duka dengan dia.

Auni..abang Aus rindu.

"Mama dengar Aus dengan Daria ada masalah pasal baju kahwin."Pagi-pagi lagi Puan Fatin sudah sergah anaknya di meja makan.

Aus buat muka bosan.

"Daria tu lah tak nak dengar cakap Aus."

"Mama rasa tak salah kalau dia nak pakai baju apa pun masa majlis nanti.Kahwin sekali saja pun."bela Puan Fatin.

"Mama tahu tak dia nak pakai apa?Mana Aus nak letak muka.Malu pakai seksi macam tu.Seksa Aus nak menjawab dekat sana."tegang suara Aus.

"Dia dah tunjuk gambar gaun tu.Mama tengok okey saja.Tak adalah seksi sangat."

"Aus tak tahu nak cakap apa dah.Malas dah Aus nak fikir.Ikut dia lah nak pakai.Sanding lah sorang-sorang."Aus angin.Terus naik ke tingkat atas.

"Eh Aus!Dia pergi macam tu saja.."Rungut Puan Fatin.

"Kenapa dengan Aus tu?"tanya Encik Rosli yang baru turun.Dia berselisih dengan Aus di tangga.

"Bergaduh dengan Daria pasal baju."

"Pasal baju saja pun.Biasalah.."

"Itulah orang lelaki bukan nak faham kehendak orang perempuan.Cubalah faham sikit isi hati kami ni."bebel Puan Fatin.

"Bukan tak nak faham tapi malas melayan.Dah minta yang pelik-pelik memang tak layan lah."jawab Encik Rosli.

"Macam tu lah lelaki.."

"Macam tu jugak pompuan..."balas Encik Rosli.

Kesudahan dia dengan Puan Fatin pula bertengkar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience