"ABANG boleh lepas tak?Qayra nak tolong Kak Pah masak."rayu Qayra bila Aus enggan melepaskan pelukan.
Pelukan Aus semakin diketatkan.Tidak mahu melepaskan isteri tercinta keluar dari bilik.
"Sayang tau tak abang rindu.Sayang tu kalau borak dengan Kak Pah tak ingat abang dah."Aus pura merajuk.
"Kejap saja nak tolong Kak Pah.Sian dia masak sorang-sorang."
"Dekat abang sayang tak kesian.Tinggal abang lama-lama."
Qayra ketawa geli hati.Dalam satu rumah saja pun bukan dia pergi mana.
"Mengada kan abang ni..Qayra turun bawah sekejap saja tadi."
"Jauh juga tu..abang tak boleh berjauhan dari sayang.Kalau boleh abang nak ikat sayang dekat badan abang macm ni.."
Aus peluk Qayra dari belakang.
"Dah la..nanti apa kata mama,Qayra asyik terperap dalam bilik."
"Biar mama tahu yang anak dia tengah hangat bercinta dengan isteri sendiri."
Qayra cubit manja lengan Aus.
"Aduh! sakit lah sayang.Nanti abang gigit baru tahu."ugut Aus sambil menunjukkan giginya mahu mengigit leher Qayra.
"Okey-okey abang menang.Qayra turun kejap saja.Lepas tu naik balik."
"Janji?"
"Janji"kata Qayra.
"Kalau sayang lambat abang turun bawah tarik sayang naik balik."ugut Aus.Dia kalau boleh nak terperuk dalam bilik sahaja dengan Qayra.
Qayra bingkas teringatkan sesuatu.
"Tadi bukan abang kata nak teman abah ambil angin dekat luar rumah ker?"
"Haah lah.Abang lupa."sambil tepuk dahi sendiri.
"Kesian abah.Mesti tengah tunggu abang dekat bawah.Jom lah turun."ajak Qayra sambil menarik tangan Aus.
"Nasib sayang ingat.Abang memang dah terlupa."
Qayra senyum.Berjaya juga dia mengalihkan perhatian Aus.Kalau dirumah sendiri lainlah nak duduk seharian dalam bilik pun tak apa.
"Tu lah abang banyak makan semut.."gurau Qayra.
"Bukan makan semut tapi selalu ingat sayang lah...."Aus curi cium pipi Qayra.
"Abang!"marah Qayra bila sedar mereka sudah diluar bilik.Terkekek Aus ketawa.
Segan dia bila orang lain nampak.Mujur tiada siapa.Aus ni makin angau pada dia.Tengoklah nakbturun tangga pun sambil pimpin tangan.Aus memang tak kisah kalau Puan Fatin nampak.Lagi dia nak 'menunjuk' ada lah.
"Kak Pah..sorry ya turun lambat.Nak Qayra tolong apa?"tanya Qayra sebaik masuk ke dapur.
"Kak Pah faham..orang dah ada suami..."Kak Pah gelak-gelak.
"Kak Pah ni mana ada."Qayra sedikit malu.
"Tak payah malu lah.Kak Pah tumpang gembira untuk Qayra."
"Terima kasih Kak Pah.Sekarang nak masak apa?"
"Nak masak ketam dengan nanas.Goreng ikan siakap buat masak 3 rasa."beritahu kak Pah.
"Meh Qayra tolong."lengan baju sudah di selinsing ke siku.Ligat tangan dia membasuh bahan-bahan masakkan yang susah siap dipotong.
"Selalu lah datang sini.Kak Pah boring tau sejak Qayra tak ada."
"Insyallah.. nanti Qayra ajak Aus balik sini."
"Kak Pah bukan apa kesian juga dekat Fatin.Dia cakap sunyi sejak Aus tinggal berasingan.Nanti dah ada anak tak lah sunyi.Boleh Kak Pah jaga."Kak Pah senyum-senyum.
"Ke situ pulak Kak Pah ni.."membahang rasa muka Qayra.Awal sangat kak Pah sebut pasal anak.
"Kak Pah rasa bila ada baby riuh sikit rumah ni.Baru atuk dengan nenek tak sunyi dah."tokok Kak Pah memberi galakan untuk Qayra.
Qayra terdiam memikirkan kata-kata Kak Pah.Dia tidak pula terfikir ke arah itu.Lagi pun hubungan dia dan Aus masih baru.Bolehkah mama terima anak yang lahir dari rahim dia sedangkan diri dia pun mama tak boleh terima.
"Baby apa Pah?"
Terkejut mereka berdua bila disergah begitu.Puan Fatin tiba-tiba muncul.
"Errr..baby kucing.Kan kucing kat belakang rumah baru beranak.Comel-comel anak dia."
Pandai Kak Pah auta.Takut pula Qayra dengar suara Puan Fatin yang sedang berdiri dibelakangnya.
"Ada ikan lebih bagi lah.Kang lapar pulak."kata Puan Fatin lagi.
Qayra meneruskan kerja memotong bawang.Mujur Kak Pah pandai cover.
"Pah nanti buatkan jus mangga.Lama dah tak minum."pesan Puan Fatin sebelum pergi.
Qayra bukan tidak mahu menyapa mama mertuanya.Dia sudah tahu reaksi Puan Fatin.Tapi Qayra pelik hari ini Puan Fatin bersikap tenang.Tak ada nak jeling dia atau marah-marah.Sorotan mata Puan Fatin juga kelihatan bersahaja.
Kak Pah mengurut dada sebaik Puan Fatin menghilang.Bukan apa salah cakap kang bagi harapan palsu pulak.Kesian Qayra juga yang kena.
Kesihatan Encik Rosli pun makin bertambah baik.Setiap hujung minggu mereka akan ke rumah Encik Rosli selebihnya di rumah Aus.Hampir enam bulan juga Qayra kembali bekerja semula di ladang.
Walaupun penerimaan Puan Fatin masih gitu-gitu,Qayra tetap menghormati mama mertuanya.Dia faham sangat sikap mama mertuanya.Ada kalanya Puan Fatin okey kadang bila anginnya datang,Qayra faham-faham sendiri lah.
Aus pula semakin sibuk menguruskan hal ladang.Hanya sesekali Encik Rosli turun melihat ladangnya.Rindu mahu melihat hasil ladang yang banyak mengeluarkan hasil sejak beberapa bulan ini.Untung pun berlipat ganda.
Wajdi masih meneruskan urusan pernigaan dengan ladang mereka.Kerap kali juga Wajdi akan datang ke ladang.Dia senang berurusan dengan Qayra.
Ini yang buat Aus kembali cemburu .Walaupun dia tahu Qayra tiada perasaan pada Wajdi.Namun dia tetap tidak boleh buang perasaan cemburunya itu.
Pening Qayra setiap kali Wajdi datang,Aus akan merajuk.Bukan senang nak pujuk.Ada saja cara yang Qayra terpaksa guna untuk memujuk Aus.
"Sejak sayang kerja balik dekat ladang,Wajdi kerap sangat datang.Sebelum ni tak pun."cemburut saja wajah Aus.
"Hal bisnes kan.Abang saja rasa macam tu.Dia tak pun."pangkah Qayra.
"Abang tahu lah.Abang pun lelaki."suara dah tak boleh kawal rasa cemburu.
"Kalau abang tak nak Qayra kerja dekat ladang,Qayra boleh buat dekat rumah."
"Bukan abang tak bagi sayang kerja tapi dia tu macam tak faham bahasa.Kalau sayang bukan isteri abang ntah dia dah masuk minang kan.."telah Aus.
"Ada cakap macam tu.Qayra tak ada perasaan dekat dia pun."tak suka Qayra bila Aus makin kuat cemburu pada hal dia dengan Wajdi tak pernah ada ikatan perasaan.Cuma hampir adalah.
"Sakit hati abang tiiap kali dia cakap dengan sayang."
"Tak sembang apa pun.Kalau abang tak percaya dekat Qayra lain kali dia datang biar Kak Ti yang uruskan."
Aus berfikir sejenak.Macam tak profesional pula bila staff lain yang attend Wajdi.Sedangkan dari awal Wajdi sudah menyatakan senang berurusan dengan Qayra.
"Abang cuma risau sayang jatuh hati dekat dia."ucap Aus tanpa selindung.
"Abang ni suka fikir yang bukan-bukan.Qayra hanya cintakan abang sorang."Qayra terus cium pipi Aus.
"Betul ker?"baru nampak Aus senyum.
"Betullah.Abang sorang saja ada dalam hati sayang."terus Qayra cium pipi Aus sebelah lagi pula.Sekarang dia sudah berani bertindak.Tidak lagi malu-malu meluahkan perasaan yang sedia ada.
"Lagi.."Aus tunjukkan ke bibirnya.
Cup!sekilas Qayra cium.
"Janji tau abang sorang saja.I love sayang..."
ucap Aus.Hatinya yang panas kembali sejuk.
"I love you too..."balas Qayra sambil memandang sedalamnya ke dalam mata Aus.
Kan dah cakap Qayra akan guna segala cara untuk pujuk si suami yang suka merajuk.
Terus Aus gendong tubuh Qayra ke katil.Di situ syurga mereka.Tercetus gelak tawa kebahagiaan.Mereka telah masuk ke dalam dunia mereka cipta sendiri.Hilang sudah nama Wajdi.
Selepas sarapan bersama mama mertuanya,Qayra terus ke dapur.Aus dan Encik Rosli pula ke ladang.Sudah lama dia tidak ke sana.Rindu mahu melihat pokok cilinya.Qayra tidak mahu ikut bersama.Dia mahu membantu Kak Pah di dapur.
"Pah, hari ni kita masak mee kuah daging."terdengar suara Puan Fatin di tepi pintu peti ais.Sedang mengeluarkan bahan-bahan untuk mee kuah daging.
"Kak Pah sidai kain.Nak Qayra tolong apa-apa ker?"tanya Qayra takut-takut.
Puan Fatin pandang Qayra.
"Nah siang sayur ni."
Qayra cepat capai sayur sawi dari tangan Puan Fatin.
Puan Fatin ikut menyertai Qayra yang sedang memotong sawi.Tangannya ligat mengatur sayur yang lain yang hendak dipotong.
"Sawi tu jangan potong kecil sangat.Putik jagung tu potong serong."arah Puan Fatin.
Terangguk-angguk Qayra dibuatnya.
"Lah.. nak masak apa ni Fatin."Terkejut Kak Pah saat masuk melihat Puan Fatin duduk disebelah Qayra.Yang Qayra kelihatan menikus saja.Takut gamaknya.
"Kita buat mee kuah daging.Tak jadilah nak makan udang.Daging dah rebus.Nak potong kejap lagi."
"Kejap saya celur mee."kata Kak Pah.Hairan juga bila dia tengok Puan Fatin boleh duduk di sebelah Qayra.
Sejak kebelakangan ini sikap Puan Fatin sedikit berubah.
"Eh!Pah.Nak pergi mana pulak tu.Duduk makan sekali."suara Puan Fatin jelas dan tegas.
"Tak apa lah Fatin makan dulu.Saya nak kemas dapur kejap."
"Kejap lagi boleh kemas.Duduk makan dulu."
Kak Pah telan liur.Selalu payah benar Puan Fatin nak pelawa dia makan bersama.
Qayra pula muncul bersama dulang berisi jus limau asam boi.Dia segera meletakkan dan mahu kembali ke dapur.
"Duduk makan."arah Puan Fatin.
Langkah Qayra terhenti.Puan Fatin cakap dengan dia ker.Dia pandang Kak Pah.Kak Pah gamit menyuruh dia duduk bersama.
Qayra tercengang.
"Tak dengar ker.Duduk makan."lantang suara Puan Fatin.
"Qayra nak kemas dapur."jawab Qayra perlahan.
"Duduk makan dulu."katanya lagi.
Lambat-lambat Qayra tarik kerusi di sebelah Kak Pah.Kak Pah pun diam tak bersuara.
"Makanlah, tunggu apa lagi."kata Puan Fatin bila Qayra dan Kak Pah asyik pandang sesama sendiri.
Tak tahu nak rasa apa.Was-was pun ada.Ini pertama kali Puan Fatin mengajaknya makan bersama.Selalu makan semeja pun Puan Fatin asyik dengan muka cemburut saja.Kali ini lain pula.Siap tolong tuang air untuk Qayra dan Kak Pah.
Masing-masing makan tanpa berani bersuara sehinggalah Encik Rosli dan Aus pulang.
"Wah,sedapnya.Dah lama tak makan mee kuah daging."Aus terus duduk di hadapan Qayra.
"Amboi! sayang.Sedap sangat ker sampai tak panggung kepala."usik Aus.
Qayra masih menunduk menghirup kuah.Sedap.Pandai juga Puan Fatin masak.
"Kejap Kak Pah ambil mangkuk."Kak Pah masuk ke dapur.
"Mimpi apa Pah buat mee kuah hari ni.Selalu nasi lauk.Tapi bagus juga hari-hari makan nasi pun jemu."celah Encik Rosli.
"Bukan saya yang masak.Fatin yang masak hari ni."kata Kak Pah muncul bersama mangkuk di tangan.
"Mama masak?Macam mimpi pula."Aus ketawa kecil.Qayra bagi isyarat suruh diam.
"Takkan nak mimpi dulu baru boleh masak."Puan Fatin cebik mulut tapi sekejap saja.
"Sedap."puji Aus buatkan Puan Fatin tersenyum lebar.
Puas hati melihat mereka ahli keluarganya makan habis.Tak sangka skill memasaknya masih ada.
"Sayang kena belajar buat mee kuah daging dengan mama."
"Dia tolong mama tadi."jawab Puan Fatin.
Encik Rosli sudah tersenyum penuh erti.Aus pula terkebil seakan tidak percaya.Mama sudah terima Qayra?
Akhirnya senyuman Aus makin lebar.Encik Rosli turut mengucap syukur.Harap Puan Fatin sudah berubah dan dapat menerima Qayra.
Share this novel