QAYRA sedaya upaya mengelak dari terserempak dengan Aus.Baik di rumah mahupun tempat kerja.Disibukkan diri dengan kerja.Sesekali dapat dirasakan Aus memerhatinya dalam diam.Tapi dia bersikap bersahaja.
"Aku tengok kau sekarang ni diam saja.Kenapa?"Tanya Khadeeja.
"Tak ada apalah."
"Kau bukan macam ni.Selalu ada saja cerita."
"Aku okeylah cuma..."
"Ha!kan dah cakap.Mesti ada sesuatu."Khadeeja sejak bercinta dengan Zain mulut pun dah tak diam.
"Tak tahu aku nak cerita macam mana.Aku rasa nak pergi jauh dari sini."
"Kau dah dapat kerja lain ker?"
"Belum.Tapi aku rasa nak pindah dari sini."
"Kau bergaduh dengan Aus?"
Qayra diam.
"Dah agak mesti Aus asyik cari salah kau kan.Kau dah tak tahan ker.Nanti aku bagitau Abang Zain mana tau dia boleh tolong."
"Aku tak bergaduh tapi dia tu.Susah lah nak cakap."
"Dia buat apa dekat kat kau."
"Dia tak buat apa.Cuma..aku tak tahu lah.Aku dah cakap dengan baik suruh dia selesaikan hal kami.Aku tak nak lah terikat dengan dia.Lagipun Daria dah kembali."
"Daria?Dia masih nakkan Aus,maksud kau macam tu."
"Aku rasa memang dia nak kan Aus balik.Dah banyak kali Daria datang rumah.Jadi aku tak nak jadi penghalang cinta mereka berdua."
"Aus nak kan dia balik ker?"
"Aku tak tahu pulak.Sebab tu aku suruh Aus selesaikan hal kami dulu.Dia nak balik dengan Daria ker apa aku tak nak masuk campur.Masalahnya dia tak nak lepaskan aku.Lepas tu perangai dia pelik sangat kau tahu."
"Pelik macam mana tu?"
"Peliklah.Bila aku cakap dengan serius dia asyik senyum,pandang mata aku.Kadang tangan dia tak boleh duduk diam.Nak sentuh-sentuh aku.Aku tak nak lah.Dia ingat aku ni apa..suka-suka dia nak pegang kat mana pun.."bebel Qayra.
Khadeeja tersengih sambil besarkan mata.Teruja dengan cerita Qayra.
"Aku tahu sebab apa."
"Hah kau pun tahu kan.Tu baru aku cerita sikit.Kau tak tengok real lagi.Aku dah agak dia sengaja nak mainkan aku."
Khadeeja berhenti senyum.Lain yang difikirkan lain yang Qayra fikir.
"Dia suka kan kau."kata Deeja.
"Haah dia suka kan aku kot..."Qayra masih tak sedar.Khadeeja sudah tersenyum lebar.
"Apa!suka kat aku!?"Qayra baru sedar.
Laju Khadeeja mengangguk.
"Eeiii..minta simpang.Kau jangan nak merepek.Aku dengan dia jauh beza.Langit dengan bumi.Langsung tak serasi."bantah Qayra bersungguh.
"Aku cakap betul ni.Dia suka kan kau.Kau tak sedar ni."
"Deeja kau jangan berfikir luar kotak.Aku sikit pun tak ada perasaan dekat dia.Kau tahu kan aku dengan dia dulu macam mana.Jangan lah kau nak...eeiii..tak nak lah aku."
Qayra mengibas-gibas keluar dari kepalanya seolah menghalau pemikiran yang tidak sepatutnya.
"Cuba kau fikir balik kenapa dia tak nak lepaskan kau.Kalau dia nak lepas sekarang pun dia dah buat."
"Tak ada maknanya.Dia memang nak kenakan aku.Dia masih dendam sebab aku ni masuk dalam family dia.Dia takut aku ganti tempat arwah adik dia sebab tu dia kahwin dengan aku."
"Aku tak rasa macam tu lah Qayra.Aku tengok dia pun dah lain sekarang ni.Tak macam dulu.Patut aku tengok cara dia pandang kau lain sangat."
"Deeja aku keluar dengan kau sebab nak hilangkan stress.Tapi aku rasa makin tambah stress.Kau jangan..."muka Qayra dah monyok.
"Okeylah..okeylah.Aku tak cakap dah.Tapi kalau betul kau macam mana?"Pertanyaan Khadeeja buatkan Qayra terdiam.
"Tak betul!"pantas Qayra jawab.Yakin!
Khadeeja kulum senyum,dia tahu pada siapa dia harus cerita masalah Qayra.Mungkin dapat membantu.Kalau betul Aus suka kan Qayra maknanya Aus tak akan benarkan Qayra pergi dari hidup dia.
Qayra..Qayra.Lurus betul.Orang suka kan dia pun dia tak tahu.
"Hei kau!Sini!"panggil Puan Fatin.
Qayra berhenti melangkah.Dia menuju ke arah Puan Fatin.
"Cepat sikit.Hegeh-hegeh."marah Puan Fatin.
"Ada apa mama..err..makcik."tersasul pula.
"Berapa kali aku cakap jangan panggil aku mama.Aku bukan mama kau!"mencerlung matanya memandang Qayra.
Qayra menunduk.Puan Fatin jarang berbual dengannya tapi kalau dah cara begini pasti ada sesuatu yang sangat serius.
"Kau ni tak reti-reti lagi nak berambus dari sini.Makin ligat pulak aku tengok kau."
"Qayra memang nak pergi."
"Habis tu tunggu apa lagi.Ker kau memang ada hati dengan anak aku.Kau memang nak goda dia kan.Lepas tu boleh la kau bersenang lenang dalam rumah ni."
"Tak makcik.Qayra tak ada niat pun.Qayra memang tunggu Aus selesaikan semua."
"Aku tak sangka rupanya kau ni diam-diam ada hati dengan anak aku.Patut aku tengok Aus susah nak lepaskan kau.Entah ubat 'guna-guna' apa yang kau bagi dekat dia."tuduh Puan Fatin
"Qayra tak buat macam tu.Percayalah makcik,Qayra tak ada hati pun dekat dia."
"Kau ingat aku nak percaya cakap kau.Dari dulu aku tak suka kau masuk dalam keluarga aku.Dulu kau nak rampas tempat Auni sekarang kau nak rampas Aus dari aku pulak!"
Qayra menggeleng laju.Puan Fatin masih seperti dulu tidak pernah berubah tanggapannya pada Qayra.
"Sumpah makcik!Sikit pun Qayra tak ada hati dekat dia.Kalau boleh sekarang juga Qayra nak dia selesaikan."
Puan Fatin ketawa sinis.
"Kau ni macam ular tau tak.Bila dah bela sampai besar kau patuk tuan kau balik.Aku tahu kenapa kau susah sangat nak pergi dari sini.Sebab kau nak kaut segala harta milik keluarga aku.Tak cukup lagi dengan apa yang kami bagi dekat kau.Kau nak rembat semuanya.Licik kau ni."
"Makcik jangan cakap macam tu.Qayra tak pernah terlintas pun nak semua ni.Qayra akan bayar balik duit pakcik."
"Kau memang pandai bermuka-muka sampaikan Aus langsung tak nak pandang Daria sekarang ni!Akubdah agak mesti kau hasut Aus kan!Kau burukkan Daria!"
Qayra terkejut.Sampai ke situ tuduhan Puan Fatin.
"Daria lebih layak jadi menantu aku dari kau tahu tak!Aku hanya nak Daria jadi menantu aku!Kau boleh berambus dari sini dengan cepat!Aku tak nak tengok muka kau dekat sini lagi!"marah Puan Fatin.
"Qayra faham makcik.Qayra akan pergi dari sini."Qayra tahan diri dari menangis dia perlu kuat.Dia bukan siapa-siapa untuk terus berada dalam keluarga Encik Rosli.
"Aku nak kau janji yang kau tak akan balik sini lagi.Janji yang kau tak akan dekat dengan Aus lagi."paksa Puan Fatin.
"Qayra janji makcik."tanpa berlengah Qayra menutur janjinya.
"Secepat mungkin aku nak kau berambus dari sini!"kata Puan Fatin sebelum berlalu meninggalkan Qayra.
Qayra terus memerap dalam rumah.Kak Pah panggil pun dia buat tak dengar.Tipulah kalau dia tak sedih.Menangis sampai basah bantal pun tetap dia yang salah.Tak sepatutnya dia berada di sini lagi.Dia perlu buat sesuatu agar Puan Fatin tidak menuduhnya lagi.
Ya dia harus segera pergi dari sini.
"Kenapa nampak sedih sangat ni?"tanya Wajdi.
Beria dia mahu bertemu gadis ini setelah lama tidak berjumpa.Dia baru balik dari Kedah atas urusan perniagaan.
"Mana ada."dalih Qayra.Ketara sangat ker air mukanya.Dia cuba untuk tersenyum.
"Awak macam tak ceria."
"Pandailah awak ni.Saya okey saja."
"Mana tahu awak rindu kan saya sebab lama tak jumpa."
"Perasan lah awak ni."
"Saya rasa awak ada tercicir sesuatu lah tadi."kata Wajdi dengan muka serius.
Qayra memandang ke lantai sekitarnya.Rasa tak ada apa yang tercicir.Diperiksa pula tas tangan.Henfon ada.Beg duit ada.Kunci rumah ada.
"Tak ada lah.Semua barang saya ada."
Wajdi senyum kecil.
"Senyuman awak."
Terus Qayra ketawa kecil.Pandai juga Wajdi bagi dia senyum.
"Saja kan awak ni."
"Tengok senyuman awak dah kembali.Ni baru Qayra yang saya kenal."
Macam lah lama sangat kenal.Rasanya baru dua tiga bulan.
"Jom kita jalan-jalan dulu lepas tu kita pergi makan."saran Wajdi.
"Tadi awak cakap nak cari hadiah untuk mak awak kan.Dah tahu ker nak beli apa."
"Saya tak tahu nak pilih apa sebab tu ajak awak.Boleh awak tolong pilihkan."
"Boleh saja."
"Macam tu jom kita cari dekat sana."Wajdi masuk ke kedai menjual barangan wanita di aras tiga.
Sebenarnya Qayra malas mahu keluar ke mana pun.Moodnya semakin tak menentu bila memikirkan cara untuk dia pergi dari sini.Tapi mengenangkan Wajdi yang mahu memilih hadiah untuk emaknya terpaksa Qayra menemani.
Qayra keluar pun kerana mahu menenangkan fikiran yang tengah berserabut.Biar tumpuannya ke arah benda lain.
Mereka masuk ke butik Siti Khadijah.Qayra mencadangkan sepasang telekung untuk emak Wajdi.Telekung ini sangat selesa dipakai dan berkualiti tinggi serta sering menjadi pilihan wanita.Telekung ini pula sinonim kerana menarik dan eksklusif.
Wajdi sangat menyukai pilihan Qayra.Telekung ini sangat sesuai dihadiahkan buat emaknya.Memandangkan emaknya akan berangkat ke Tanah Suci pada bulan hadapan.
"Terima kasih Qayra.Saya memang tak tahu nak beli apa tadi.Kalau handbag mak saya memang tak minat sangat.Nak beli baju, dia lagi pandai pilih."
"Sama-sama.Harap mak awak suka."
"Mesti dia suka sangat ni.Nanti saya bagitahu awak yang pilihkan."
"Janganlah.Saya tolong awak saja."
Wajdi tersengih.
"Jom saya belanja awak makan."
Terus mereka melangkah ke dalam restoran di tingkat bawah.Keadaan dalam restoran agak penuh.Mujur ada meja kosong lagi di sudut tepi.
Laju saja pelayan mengambil pesanan mereka.Patutlah ramai pelanggan.Servis sangat pantas tak perlu pelanggan menunggu lama.
"Ni untuk awak."Wajdi meletakkan beg kertas berjenama Siti Khadijah di hadapan Qayra.
"Eh..apa pulak.Ni untuk mak awak kan?"Qayra dah blur.
"Ni mak saya punya..tu awak punya."kata Wajdi sambil menujuk satu lagi beg kertas di sebelahnya.
"Err..tak payah la.Bagi mak awak saja."bila Wajdi beli lagi satu pun dia tak perasan.Mungkin sewaktu dia membelek telekung lain.
"Ni awak punya.Tak kan mak saya nak pakai sampai dua telekung."Wajdi pura ketawa.
"Buat susah-susah saja."Baru saja bulan lepas Wajdi hadiahkan minyak wangi sekarang telekung pula.
"Saya memang nak bagi awak."Wajdi senyum.
"Terima kasih awak.."
Qayra mahu ambil dan letak di tepi.Tanpa sengaja Wajdi terpegang tangan Qayra.Dia juga mahu mengalihkan ke tepi memandangkan makanan mereka baru sampai.
"Maaf saya tak sengaja."ucap Wajdi yang sedar akan keterlanjuran dia.
Qayra serba salah.Nak senyum atau sebaliknya.Memang Wajdi tidak sengaja.Tanpa mereka sedari sejak dari duduk tadi ada mata yang sedang memandang.Kecil besar saja anak mata.
Makin tambah berbulu mata bila Qayra dan Wajdi saling bertukar makanan.Dia nampak Wajdi tolong kopekkan kulit udang untuk Qayra.Tak cukup dengan itu,Qayra pula meletakkan sesuatu di pinggan Wajdi.Hatinya semakin sakit.
"Not bad.Pandai Qayra pilih.Sweet gitu."ujar si perempuan.Dia sudah tidak senang duduk.Segera di panggil pelayan untuk membayar bil.
Si perempuan terus berjalan ke meja Qayra tanpa menunggu.Membiarkan si lelaki menyelesaikan urusan bil.
"Hai Qayra lama tak jumpa."tegur si perempuan.
Tercegang Qayra sebentar.Daria!
"Enjoy your lunch..."bisiknya ke telinga Qayra sambil melirik mata ke arah kanan.
Qayra malas mahu menjawab.Tetapi mata ikut memandang ke arah pandangan Daria.
Selang berapa meja,Aus sedang memandang dengan pandangan yang tajam.
"Kami dah nak balik."kata Daria sambil melambai kecil pada Qayra.
Aus berjalan menghampiri meja Qayra dan Wajdi.Wajdi hanya memerhati Aus yang sudah duduk agak dekat di sebelah Qayra.
Aus hulurkan tangan pada Wajdi.Wajdi menyambut.
"Balik cepat tau.Abang nak bincang sesuatu dengan..sayang."katanya tanpa peduli Wajdi dengar.
Tangan Qayra di atas meja di usapnya lembut sebelum pergi.
Qayra ketap gigi.Aus sengaja buat dia macam tu.
"Dia memang macam tu..."kata Qayra pada Wajdi setelah Aus pergi.Wajdi tidak tahu akan hubungan sebenar mereka.Yang dia tahu Aus adalah dua pupu kepada Qayra.Itu saja.
Share this novel