Bab 41

Drama Series 9550

QAYRA siap masak nasi bersama lauk untuk dihisangkan buat tetamu mereka. Memandangkan tetamu mereka akan sampai jam makan malam.Selepas Maghrib semua sudah siap terhidang atas meja.Aus turut membantu di dapur.Dia ikut saja apa yang Qayra suruh.Siap susun pinggan atas meja gaya makan di hotel.

Qayra nak gelak tapi ditahan.Biarlah Aus susun begitu nampak kemas dipandangan mata.

"Kejap lagi tetamu kita sampai."beritahu Aus sambil melihat skrin telefon dan tersenyum lebar.

Qayra merapikan tudungnya.Dia bersiap ringkas memadangkan tidak tahu siapa bakal tetamu mereka.

Loceng rumah berbunyi.

"Ha! dah sampai pun.Kejap abang buka kan pintu."Aus mendahului Qayra.Laju saja berjalan macam tak sabar nak sambut tetamu.

Qayra mengikut perlahan dibelakang Aus.Berdebar pun ada.Entah siapa tetamu mereka.Pada hal baru saja mereka pulang ke mari.

Terjengul Khadeeja dan Zain bersama senyuman di bibir.Qayra pula bertukar teruja.Salam di sambut sambil berpelukan seketika dengan Khadeeja.

"Macam mana kau tahu aku ada kat sini?"sempat Qayra bertanya.Dia tak sempat langsung untuk menghantar mesej pada Khadeeja.

Khadeeja tersengih.

"Tak nak bagi aku masuk ker."gurau Khadeeja dengan muka masih berseri pengantin baru.

"Jemputlah masuk.Jom kita makan dulu."pelawa Aus.

"Nah buah tangan untuk kau.Yang ni jangan buka lagi.Special."bisik Khadeeja.

Qayra ambil juga beg kertas di hulur Khadeeja.Satu plastik lagi mengandungi buah-buahan.

"Wah..banyaknya kau masak.Dah terror ya sekarang."usik Khadeeja.

"Tak adalah pandai sangat.Duduklah Deeja,abang Zain."pelawa Qayra.

"Qayra sihat?"tanya Zain.

"Alhamdulillah sihat."

Khadeeja pandang Qayra kemudian beralih pada Aus dan Zain.

"Abang tak payah tanya tengok muka dia pun dah tahu.Sihat dan makin berseri."usik Khadeeja.

"Ada-ada saja kau ni.."Qayra termalu.Berseri kat mananya.Muka dia masih sama.Dilhat Aus ikut tersenyum lebar.

"Jemputlah makan.."kata Aus.

Qayra mencendok nasi ke pinggan tetamunya.Mujur Aus banyak membantu di dapur tadi.Terhasillah pelbagai hidangan.Ikan sambal,sayur kobis goreng,sambal belacan berserta ulaman.

Qayra duduk di sebelah Aus.Khadeeja dan Zain dah senyum-senyum.

"Lega kami bila kau dah balik sini."kata Khadeeja.

"Ada orang tu tak senang hati.Muka asyik monyok memanjang.Tak tahu dah nak pujuk macam mana."tokok Zain sambil menjeling Aus di depan.

Qayra hanya tersenyum kecil.Tak tahu nak cakap lega atau tak.Yang pasti hati dia senang dengar apa yang Zain cakap.

"Sayang nak ikan?"

Khadeeja angguk.Lalu Zain meletakkan ikan ke pinggan Khadeeja.

"Terima kasih abang."ucap Khadeeja sambil berbalas senyuman dengan Zain.

"Amboi!sweetnya kau.Dulu nak pandang perempuan pun takut."usik Aus pada Zain.

Zain tersengih.Termalu Khadeeja.

"Dah ada isteri kena pandai sweet-sweet.Lagi pun susah nak dapat isteri macam ni.."Zain ketawa kecil.

"Untunglah kawan Qayra tu.."usik Qayra pula.Dia pun nak usik Khadeeja juga.Bukan selalu ada peluang.Khadeeja pula tersipu malu.

"Kau lagi untung.Ada orang tu sanggup tunggu sampai sekarang.."balas Khadeeja sambil mata melirik pada Aus di sebelah Qayra.

Aus tunggu dia?Benarkah Aus cintakan dia?

Rasa berona panas saja muka Qayra ketika ini.Dia tunduk meneruskan suapan.Segan nak pandang orang sebelah.Baik dia habiskan nasi di pinggan.

Setelah makan,mereka berbual kosong di ruang tamu.Qayra meminta diri ke dapur.Khadeeja membuntui dari belakang.

"Banyak buah kau bawa.Kejap aku nak potong.Boleh kunyah-kunyah sambil sembang santai."

"Aku nak bancuh air.Kau ada kopi ker nescafe?"

"Ada.Ni dia."Qayra meletakkan balang kaca berisi paket nescafe.

"Abang Zain suka minum nescafe malam-malam.Kalau tak dapat tak boleh tidur."kata Khadeeja sambil sibuk mengacau nescafe dalam jug.

"Aku buat lebih ni.Aus minum kan."

"Err...aku tak pasti pulak.Buat saja lah.."jawab Qayra.Dia tak tahu air apa jadi kegemaran Aus.Dia cuba imbas apa yang Aus suka minum di rumah Puan Fatin.Kak Pah akan bancuh teh untuk sarapan.Tapi dia pernah tengok Aus minum nescafe.Tu pun tak selalu.

"Tak apa lama-lama nanti kau tahulah.Banyak benda yang kita belajar mengenai pasangan kita.Kita saling memerlukan sebab itu lumrah manusia hidup berpasangan.Saling melengkapi."Khadeeja mula bercerita kisah dia dan Zain dari permulaan yang kosong.

"Lepas kahwin ni baru kita kenal lebih mendalam hati budi sebenar pasangan kita.Aku pun masih dalam fasa belajar juga."Deeja ketawa kecil.Nak cakap lebih dia pun baru saja berapa bulan berkahwin.Yang penting kena saling memahami dan bertolak ansur.Itu yang dia belajar.

Qayra setia mendengar sambil meneruskan memotong buah epal dan oren.Anggur dimasukkan ke dalam bakul kecil dan di basuh.

"Entah lah Deeja aku tak tahu nak buat keputusan.Aku takut apa yang aku buat sekarang ni salah."Qayra berasa gusar.

"Cuba kau bagitahu aku.Sekarang ni kau rasa macam mana?Maksud aku,kau rasa hubungan sekarang ni selesa atau rasa tak boleh nak teruskan."

"Aku rasa setakat ni semuanya okey.Malah lagi okey dari sebelum ni.Cuma kadang aku rasa patut ker aku terima dia."

"Qayra,aku rasa kau dah ada jawapannya.Aus betul-betul sayangkan kau."kata Deeja dengan penuh yakin.

"Tapi aku takut untuk mula kan."

"Okey kau rileks.Tenang kan diri.Aku nak tanya dia ada buat apa-apa yang buatkan kau rasa tak selesa?"

"Setakat ni tak ada pula.Cuma dia banyak luahkan perasaan dia.Dia cakap sayang..cinta."

Khadeeja senyum lebar.

"Kalau kau nak tahu,sepanjang kau tak ada Aus dah banyak berubah.Dia banyak luahkan perasaan dekat abang Zain yang dia suka kan kau.Dia dah jatuh cinta dengan kau.Tak tenang aku tengok dia.Muram fikirkan kau.Air muka tu sentiasa sedih bila sebut pasal kau.Dia cuba tahan diri tak nak ganggu kau.Bila dia rindu kau,dia balik rumah maksu kau.Kau tahu tak?"

"Ada maksu bagitahu tapi aku tak yakin.Aku takut dia sengaja berlakon masa tu.Kau pun tahu kan macam mana dia layan aku sebelum ni."

"Qayra..Qayra.Sekarang Aus betul-betul cintakan kau.Bila kau pergi dia orang yang paling sedih.Dia nak bawak kau balik tapi dia tak tahu cara nak pujuk kau.Kau tak perasan ker bila dia jumpa kau balik,dia tak nak lepaskan kau pergi.Setiap minggu dia pergi sana jumpa kau kan."

"Macam mana kau tahu?"

Khadeeja senyum lagi.

"Bukan aku saja tahu.Abang Zain pun tahu.Semuanya dia cerita dekat abang Zain.Kami nampak keikhlasan dia sanggup tunggu kau."

"Jadi selama aku dekat sana memang dia tahu semuanya pasal aku?"duga Qayra.

"Mestilah.Dari hari pertama kau tinggal dekat rumah sewa semua tu dia dah tahu.Cuma dia sengaja biar kau tenangkan diri.Dia takut kau lari dari dia lagi."

"Tapi...makcik tak suka aku."riak Qayra kembali risau bila teringatkan Puan Fatin.

"Mama mertua kau masih terkenangkan arwah adik Aus.Aku percaya suatu hari nanti dia akan terima kau."

"Aku takut.."

"Nak takut apa lagi.Dah terang-terang Aus sayangkan kau.Kesian dia,kau buat dia tertunggu-tunggu.Tapi aku salute dekat dia.Mana ada lelaki sanggup tunggu macam tu.Selama kau tak ada tak pernah aku tengok dia keluar dengan mana-mana perempuan.Aku rasa kalau dia nak dia boleh saja kahwin dengan orang lain tapi dia tetap tunggu kau."

"Tapi Daria..."

"Daria tu cerita lama.Memang mama dia nak jodohkan dia balik dengan Daria tapi hati dia bukan untuk Daria lagi.Untuk kau saja."

"Aku...."

"Dah tak payah pening-pening.Aku doakan kau dengan Aus bahagia sama macam aku dengan abang Zain.Aku sendiri nampak dia berusaha dapatkan kau tanpa berputus asa.Cuba kau tengok muka dia sekarang.Mata dia bersinar tiap kali pandang kau.Aku nampak tu.Dah..jom kita ke depan.Sejuk dah air ni.."

"Aku seganlah.Kau saja lah yang pergi."

"Hei!tak boleh macam tu.Tak payah nak malu sangat.Kau dengan dia pasangan special tau.Patutnya kau bangga."Deeja memberi semangat pada Qayra.

Qayra menarik nafas.Gementar.

"Dah..jom keluar.Kau buat macam biasa saja.Rileks."Khadeeja menarik tangan Qayra.

Sampai di ruang tamu,Zain dan Aus tengah rancak berbual mengenai perlawanan bola di kaca televisyen.

Khadeeja mengisyaratkan agar Qayra memberi cawan air kepada Aus.

Qayra geleng perlahan.Takut gementar berdebar semuanya ada.Perasaannya sekarang makin tidak keruan.

Khadeeja bagi isyrat lagi.Zain dan Aus masih leka menonton perlawanan bola.

Qayra angkat juga cawan setelah berkali Khadeeja buat isyarat mata.

"Awak..awak.."panggil Qayra dengan suara tenggelam timbul.Gementar.Mujur tak mengigil tangan.

Aus berpaling sambil tersenyum manis.

"Air.."Qayra dah gugup.

"Terima kasih sayang.."ucap Aus spontan buatkan Qayra tersipu malu.Tak tahu lah Zain dengar ker tidak.Yang pasti Khadeeja angkat kening sambil senyum penuh makna.

Khadeeja juga menghulurkan air kepada Zain dan dibalas dengan ucapan penuh kemesraan.Begitu sifat kasih sayang dalam rumahtangga.Saling menunjukkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan.

"Jom lah sayang kita balik.Dah lewat ni."ajak Zain.Khadeeja mengangguk setuju.Sudah melangkau jam sepuluh malam.Terlajak waktu kerana dia dan Aus seronok menonton bola sepak.

"Bila senang-senang datang lah lagi.."kata Aus.

"Lepas ni kau dengan Aus pula datang rumah kami."

"Syukur Qayra dah ada.Kalau tak abang Zain tak tahu macam mana nak bagi Aus ni senyum.Qayra dah ada baru nampak muka tu ceria."Zain tepuk perlahan bahu Aus.

"Betul tu.Susah nak tengok Aus senyum macam sekarang ni.Susah hati kami tengok dia monyok manjang."tokok Khadeeja menyokong pendapat Zain.

"Ya lah tu.."Aus tersengih.

"Jangan nak berdalih.Lepas ni aku tak payah lah temankan kau dah.Bidadari kau dah ada."usik Zain.Mereka ketawa kecil.Qayra tersenyum kecil.

Apa yang dia dengar tadi makin meruntun jiwa.Aus betul-betul sedih bila dia tiada.Adakah dia juga begitu saat berjauhan dari Aus.Tak dinafikan kadang terlintas juga di hati dan fikiran mengenai Aus.

"Ok lah kami balik dulu."Zain dan Khadeeja meminta diri untuk pulang.

Aus menutup dan mengunci pintu.Qayra sibuk membersihkan meja dan menyusun cawan kotor ke dalam talam.

Baru saja dia nak angkat,Aus sudah mendahului.

"Mari abang tolong.Kalau sayang nak tidur pergi naik dulu."

Qayra tidak menjawab.Dia membuntui Aus ke dapur.

"Biar abang buat.Pergi lah naik."kata Aus lagi.

"Tak apa saya nak basuh semua ni dulu."

"Abang tahu sayang penat.Duduk sini."Aus menarik kerusi dan menyuruh Qayra duduk sambil melihatnya mencuci cawan kotor hingga selesai.

"Dah siap.Jom naik."kata Aus.Qayra bingkas berjalan.Aus memberi laluan untuk Qayra mendahuluinya.

"Good night sayang.Sweet dream."ucap Aus dan ubun-ubun Qayra dicium lembut sebelum dia masuk ke bilik sebelah.

Qayra tersandar di sebalik pintu bilik.Dadanya berdegup kencang.Turun naik dadanya menahan debaran yang makin kuat.

Perasaan dia semakin tak tentu arah.Wajah Aus terbayang di minda hingga dia sukar melelapkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience