"QAYRA!"hampir terjerit Kak Pah.Lantas tubuh Qayra dipeluk.Bukan main terkejut melihat Aus dan Qayra turun dari atas.Kak Pah gosok mata berkali seakan tidak percaya.
"Lamanya Qayra pergi.Kak Pah rindu sangat.Qayra dah kurus.Mesti tak makan ikut masa kan.Kalau duduk sini boleh Kak Pah masakkan yang sedap-sedap."omong Kak Pah sambil membelek jari jemari Qayra.Habis lengan semua Kak Pah belek.
"Qayra pun rindu Kak Pah."Qayra membalas pelukkan Kak Pah.Baru dua bulan terpisah Kak Pah dah kata dia kurus.Dia rasa dia tetap sama saja.Ada-ada saja Kak Pah ni.
"Pah mana air."laung suara Puan Fatin dari ruang makan.
"Kejap Kak Pah hantar air dulu."tergesa Kak Pah bawa dulang ke meja makan.
"Jom kita makan sekali dengan mama abah."ajak Aus.Tangan Qayra dirangkul.
Qayra membuntui dari belakang Aus dan Kak Pah.Bimbang kehadirannya tidak di alukan.
"Hai!tiba-tiba saja muncul balik."sindir Puan Fatin.
Kan dah cakap...
"Qayra bila sampai?"Encik Rosli juga ikut terkejut melihat Qayra.Dia tersenyum lega.
Qayra tunduk menyalami tangan Encik Rosli.Puan Fatin seperti biasa masih bersikap dingin.
"Kami sampai semalam dah lewat."beritahu Aus.
Aus mengisyaratkan agar Qayra duduk di sebelahnya.Puan Fatin menjeling.
"Abah macam mana dah sihat ker?"tanya Qayra.
"Macam ni lah Qayra.Abah kadang okey kadang tak okey.Dah tua mcam ni lah.Tak tahu lah sampai bila..."mendalam maksud Encik Rosli.
"Jangan cakap macam tu abah.Qayra minta maaf dah lama tak tanya khabar abah."suara Qayra bertukar sebak.Rasa bersalah bersarang di hati.
"Bukan salah Qayra.Abah dah tua.Abah hanya nak tengok anak-anak abah hidup bahagia."pinta Encik Rosli.
"Qayra minta maaf abah.Qayra banyak susahkan abah."mata dah berair.
"Mana ada susah.Abah yang banyak terhutang dengan Qayra.Abah tak jaga Qayra dengan baik."suara Encik Rosli berbaur kesal.
"Bila nak makan ni kalau asyik bersembang.Lepas makan boleh sambung lagi kan.Abang dah la tak sihat.Lepas ni nak kena makan ubat pulak.Kalau sakit bukannya orang lain nak jaga,saya jugak."Puan Fatin tarik muka.
Aus mahu bersuara tetapi Encik Rosli menahan.
"Makan dulu.Qayra kalau boleh jangan pergi lagi."
Qayra terdiam.Permintaan Encik Rosli menambahkan berat di hati.Terdetik di hati andai itu permintaan terakhir abah.
"Abah nak tengok Qayra dengan Aus hidup bersama."luah Encik Rosli penuh pengharapan.
"Abang ni tak habis-habis nak cakap benda yang sama.Dah dia nak pergi biarkan lah.Nak halang buat apa.Aus pun satu dia tak nak Aus masih terhegeh dekat dia buat apa.Berlambak lagi pompuan yang lagi elok dari dia."kemarahan Puan Fatin tidak dapat dibendung lagi.
Qayra tersentak.Pendirian Puan Fatin masih sama.
"Mama,Aus dah cakap macam mana sekali pun Aus tetap akan bersama Qayra."
"Aus ni degil kan.Orang dah tak sudi pun Aus masih lagi nak tunggu.Huh!"cemuh Puan Fatin.
"Qayra balik sini sebab nak lawat abah bukan sebab lain."terpaksa Qayra bersuara.Dia tak suka melihat Aus dan Puan Fatin bertengkar kerana dia.
"Dengar tu Aus!Mama dah cakap.Dia tak peduli pun pasal Aus"tokok Puan Fatin.Geram dengan kedegilan Aus.
Aus pandang Qayra.Dia tahu Qayra tidak mahu mama marah-marah.
"Fatin..biarlah mereka suami isteri selesai sendiri.Kita jangan masuk campur."sampuk Encik Rosli.
"Habis tu abang nak saya diam saja.Dua bulan dia pergi pun masih nak pertahankan dia lagi."bebel Puan Fatin.
"Mama,Aus tahu apa yang Aus buat.Aus nak hidup bersama Qayra."
"Jangan jadi bodoh Aus.Dia tak sayangkan Aus macam Daria.Cuba Aus buka mata tu luas-luas.Mama tak faham lah dengan Aus ni.Tak kenal yang mana satu betul-betul sayangkan Aus."Puan Fatin bertambah geram.
"Aus dah lama tak ada kaitan dengan Daria.Mama jangan cuba nak kaitkan dengan dia lagi.Aus dah muak dengar nama dia."sedaya upaya Aus cuba mengawal suara.Dia tidak mahu bertekak dengan mama mengenai orang yang sudah tidak penting dalam hidup dia.
"Sekarang Aus nak salahkan mama pulak."
"Aus dah cakap kan.Aus sayangkan Qayra.Aus tak akan kahwin dengan perempuan lain.Dalam dua bulan ni apa yang mama tak buat.Mama cuba rosakkan rumahtangga Aus.Mama tak ingat apa yang mama buat?"
Aus sudah tidak tahan lagi.Bukan niat mahu derhaka cuma mahu pertahankan perasaan sendiri.Dia juga punya pilihan hati.Sedari dari kecil segalanya mama yang aturkan sampai nak buat pilihan sendiri pun susah.
"Tengok lah anak abang sekarang nak pandai nak salahkan saya.Saya buat semua untuk kebahagiaan dia jugak."
Encik Rosli tergeleng kecil.
"Aus dah cakap kan Aus juga ada pilihan sendiri.Mama nak juga satukan Aus dengan Daria.Tak cukup lagi mama suruh Daria berbaik dengan Aus.Aus tak nak.Aus dah ada Qayra."
Aus terus capai tangan Qayra dan di genggam erat.Ini menambahkan lagi kemarahan Puan Fatin.
"Puas lah hati Aus sekarang.Daria dah kahwin dengan orang lain.Kalau dulu Aus tak buat hal dah tentu Aus bahagia dengan dia."Puan Fatin masih tidak puas hati.Sakit hati bila bermacam cara dia buat untuk satukan Aus dan Daria tidak menjadi.Daria sudah putus asa lalu memilih berkahwin dengan orang lain.
"Dia pun berhak pilih hidup dia.Semua orang inginkan kebahagiaan sendiri.Mama kena terima yang kami tak asa jodoh."
"Aus yang salah buat pilihan.Nak juga pompuan ni.Sekarang Aus bahagia ker?Mama tengok dia tak peduli langsung pun pasal Aus.Dah elok mama cari kebahagiaan untuk Aus,Aus sendiri yang tolak."radang Puan Fatin melihat Aus memegang tangan Qayra.
"Kebahagiaan Aus atau mama?"
Puan Fatin mencerlung geram dengan pertanyaan Aus.
"Dua-dua.Mama tak suka dengan pilihan Aus sekarang."
Qayra hanya diam tidak bersuara.Terpancar riak wajah kerisauan di wajah.
"Sudahlah Fatin.Kalau awak nak tengok anak kita bahagia jangan campur urusan dia.Dia dah besar panjang.Kita sebagai orang tua hanya perlu bagi nasihat."
"Abang memang nak menangkan orang luar kan."Kemarahannya beralih pada suami sendiri pula.
"Orang luar mana?Qayra?Fatin dah lupa siapa Qayra.Fatin dah lupa kenapa dia ada di sini."suara Encik Rosli sudah naik satu oktaf.Mungkin sudah tidak tahan lagi dengan karenah Puan Fatin.
Qayra sedikit takut.Bimbang akan kesihatan Encik Rosli.
"Abah...abah kan tak sihat..baik abah rehat dulu."Qayra cuba menamatkan situasi yang semakin gamat.
"Tak Qayra.Abah kena cakap juga.Sampai bila semua ni akan habis."
Puan Fatin kurang senang.Sedikit gelisah.
"Sampai bila Fatin nak bencikan Qayra?Apa salah Qayra?Abang rasa Qayra tak pernah buat salah apa pun.Fatin pun tahu.Kematian arwah Auni bukan sebab siapa-siapa tapi sebab Fatin!"
Puan Fatin mula beriak cuak dan muram sambil terduduk.Aus pula terpinga menanti abah menghabiskan kata-kata.
"Arwah Auni mati sebab Fatin lalai.Bukan sebab tu saja,arwah ibu dan ayah Qayra meninggal sebab nak selamatkan Auni.Fatin tak lupa kan!"
"Patutnya Fatin bersyukur sebab abang tak buang Fatin dari hidup abang.Abang terima semuanya.Abang redha dengan kehilangan Auni tapi Qayra dia hilang ibu dan ayah.Abang ambil dan jaga dia.Abang ingat Fatin boleh terima tapi abang silap.Fatin makin bencikan dia."
"Fatin ingat abang tak tahu apa yang Fatin buat.Abang sabar sebab abang takut Fatin sakit.Rupanya Fatin tak sakit pun."
Selepas kematian Auni,Puan Fatin banyak mengasingkan diri dalam bilik.
"Fatin hasut Aus supaya bencikan Qayra.Fatin cakap Qayra rampas tempat Auni pada hal Qayra hanya menumpang kasih kita.Dia tak ada sesiapa dah.Bila ada masalah dalam rumah ni semuanya Fatin salahkan Qayra pada hal Fatin sendiri punca segala masalah."bebel Encik Rosli.Nafasnya turun naik menahan amarah yang meluap.
"Abah..."Qayra menggeleng agar Encik Rosli tidak meneruskan lagi.Kesian pula dia tengok Puan Fatin terus terdiam membisu.
Aus pula sudah tersandar di sofa.Mengenang kembali adiknya Auni yang telah lama pergi.Kini baru dia tahu sebab sebenar kematian Auni.
"Biar semua tahu Qayra.Abah tak nak simpan lagi.Maafkan abah sebab buat Qayra terseksa.Abah gembira Qayra jadi isteri Aus tapi abah kesal bila tahu Aus abaikan Qayra."Encik Rosli tertunduk kesal.
"Maafkan Aus abah.Aus sayangkan Qayra.."Aus melutut di kaki Encik Rosli bersama tangisan.
"Kalau betul Aus sayangkan Qayra jaga dia bukan siakan dia."
"Abang harap Fatin pun berubah.Kita bukannya muda lagi.Aus dengan Qayra perlukan kita.Kenapa nak cari kebahagiaan lain sedangkan bahagia itu sudah ada di depan mata."
Aus bangun mendapatkan Qayra.
"Abang minta maaf.Abang dah banyak buat silap pada Qayra."
Qayra menarik kakinya dari di pegang Aus.Takkan dia nak biar Aus memeluk kaki dia.
"Saya dah lama maafkan.Saya dah lama tahu pasal ni."kata Qayra.Lagilah bertambah sedih hati Aus.Dulu macam-macam dia tuduh Qayra.
"Maafkan abang,Qayra..ampunkan abang.."suara Aus tenggelam timbul bersama esakan tangis.Dia malu pada Qayra.Selalu menuduh Qayra yang bukan-bukan terutama tempat arwah adiknya.Dia berasa sangat kesal.
Puan Fatin terdiam.Hanya titisan airmata mengalir ke pipi.Dia rasa 'tertampar' dengan kenyataan yang disembunyikan selama ini.Aus sudah tahu.Qayra sudah tahu.Pah pun dengar.
"Abah harap Qayra jangan pergi lagi.Tak tertanggung rasa bersalah abah pada Qayra.Tak terhitung dari Qayra kecil sampai sekarang hati Qayra banyak terluka.Abah tahu."
Encik Rosli berasa sebak.Dia juga rasa bersalah membiarkan Puan Fatin membenci Qayra.
"Abah tak salah apa pun.Qayra bersyukur sebab abah jaga Qayra.Qayra sayangkan abah macam ayah kandung Qayra sendiri."ucap Qayra sambil mencium tangan Encik Rosli.Aus juga berbuat demikian.
"Abah hanya nak tengok anak-anak abah bahagia.Cukuplah apa yang berlaku sebagai pengajaran.Kita mulakan hidup baru."
"Abang tahu abang tak layak untuk Qayra maafkan.Banyak salah abang dari dulu sampai sekarang.Ya Allah apa yang abang dah buat.Abah apa yang Aus dah buat pada Qayra."teresak Aus dihadapan Encik Rosli.
Bertimpa-timpa perasaan bersalah pada Qayra.Kenapa baru sekarang dia tahu perkara sebenar.
"Qayra dah maafkan semua.Qayra dah lama lupakan."terus Qayra bangun memeluk tubuh Kak Pah.Kak Pah turut mengesat air mata kegembiraan.
"Alhamdulillah Qayra.."ucap Kak Pah.Bersama mensyukuri hikmah disebalik dugaan yang Qayra terpaksa lalui selama ini.
Share this novel