Bab 4

Drama Series 9550

AWAL pagi Qayra sudah bangun.Dia begitu bersemangat mahu memulakan kerja di hari pertama.

Qayra diberi tugas sebagai kerani akaun.Memandangkan Qayra masih baharu dan memerlukan tunjuk ajar,Encik Rosli menerangkan serba sedikit mengenai pengurusan ladang.

Encik Rosli meletakkan Qayra di bawah pengawasan Haida,kerani akaun yang telah bekerja lama dengannya.

"Eh.. Qayra dah balik.Tak bagitahu pun."sapa Zain sambil tersenyum manis.

"Abang Zain apa khabar?"

"Alhamdulillah baik.Lama tak jumpa Qayra makin cantik sekarang ni."puji Zain.

"Mana ada.Qayra masih sama macam dulu."

Aus dibelakang Qayra sudah mencebik bibir.Meluat mendengar pujian dari Zain.Perasan cantik lah tu.

"Lepas ni boleh kita keluar lepak-lepak.Dah lama kita tak makan cendol.Qayra suka kan."

"Haah..lama dah tak pergi.Gerai Makcik Cah ada lagi ker?"

"Ada lagi.Anak dia pulak jaga.Nanti kita pergi ya.Rindu la nak lepak dengan Qayra.Deeja balik juga kan?Boleh ajak dia sekali."

"Balik.Nanti Qayra ajak dia sekali."

"Ni Qayra dah makan ker belum.Kalau belum jom kita keluar makan sekali."

Aus berdehem kecil.

"Tak apa abang Zain.Qayra ada bawa bekal Kak Pah masak."

"Macam tu lain kali kita makan sama-sama ya."

"Okey abang Zain."Qayra sengih.Zain masih seperti dulu tidak sombong macam yang sorang tu.

"Aku masuk letak fail ni kejap."beritahu Zain pada Aus.

Qayra ditinggalkan bersama Aus.Qayra mula kekok.Semalam Aus sikit pun tidak menyapa dia.Qayra pun rasa berat mulut nak sapa Aus.

Qayra baru berpaling mahu pergi dari situ,Aus buka mulut.

"Orang datang ofis tak pakai baju kurung.Ingat nak duduk saja dalam ofis."tempelak Aus sambil memasukkan sebelah tangan ke dalam poket seluar.

Qayra tersentak.Apa kena mengena dengan baju kurung dia pula.

"Kau ingat nak duduk dalam ofis kena aircond saja.Banyak cantik kau punya muka."sindir Aus dengan pedas.

Qayra pantas berpaling menghadap Aus.Geram dia dengan mulut celupar Aus.Masih sama macam dulu.

"Ab-....awak ada masalah dengan baju saya ker?"tanya Qayra dengan berani.Mujur tak terlanjur panggil abang.

"Habis tu kau ingat nak jadi mem besar datang sini pakai cantik-cantik duduk dalam ofis saja.Kerja kena start dari bawah.Bukan masuk-masuk terus nak jadi bos."sindir Aus.

Qayra cuba sabarkan hati.Baru hari pertama masuk kerja dah kena sembur.

"Baiklah encik.Esok saya datang pakai seluar.Saya baru masuk kerja hari ini.Tak tahu pulak kerani akaun pun kena buat kerja luar."jawab Qayra dengan lembut.Dah sehabis lembut tu.

"Nak kerja biar bersungguh bukan datang nak menggedik."

Kena lagi.Tak puas hati betul Aus dengan Qayra.Membutang mata Qayra.Sakit hati dituduh menggedik.

"Jom Aus,aku dah lapar."mujur Zain muncul.Qayra dah panas hati.

"Qayra betul ni tak nak join sekali?"

"Betul abang Zain."

"Macam tu kami pergi dulu lah.Abang Zain lupa nak cakap..cantik Qayra pakai baju kurung.Nampak ayu..manis."puji Zain buatkan Qayra tersenyum.Aus disebelah Zain terus berubah muka.Sentap lah tu Zain puji Qayra cantik.

"Terima kasih abang Zain."ucap Qayra sambil senyum semanis gula pada Zain.

"Dah lah jom."Aus menyiku tangan Zain mengajak pergi dari situ.Meluat dia melihat Zain bermesra dengan Qayra.Sakit hati!

Nampaknya Aus masih sama macam dulu.Masih benci pada Qayra.

Pulang dari ladang,Qayra terus merebahkan diri atas katil.Penat.Tadi Pakcik Rosli membawa Qayra melawat hampir keseluruhan ladang.Semakin maju ladang Pakcik Rosli.

Dari ke tapak semaian hinggalah melawat ladang cili yang sedang mengeluarkan hasil.Pakcik Rosli juga telah mengamalkan kaedah penanaman secara sistematik.Ada pelbagai jenis cili yang ditanam.Antaranya cili merah besar yang ditanam secara meluas kerana permintaan yang tinggi.Cili itu tidak terlalu pedas berbanding cili besar hijau.

Cili padi merah dan hijau sangat tinggi permintaannya.Kepedasannya lebih pedas berbanding jenis cili yang lain.

Baru hari pertama Qayra rasa seronok bercampur penat.Penat kerana tidak pernah bekerja di bawah cahaya matahari.Betul cakap Aus,baju kurung tak sesuai di pakai ke ladang.Esok Qayra akan pakai seluar baru mudah nak melawat pokok-pokok cili.Teringin nak petik cili lagi.

Qayra bangun juga.Perut mula berkeroncong.Segan nak minta makanan dari Kak Pah,sambil tunggu meggi masak Qayra membasuh baju.

Sedang sedap Qayra menikmati meggi kari,Kak Pah muncul di muka pintu sambil tersenyum sengih.

"Tak kan makan meggi saja.Ni ha Kak Pah buat kuih kaswi pandan.Makanlah."kata Kak Pah sambil menghulur bekas berisi kuih warna hijau.

"Laparlah Kak Pah.."adu Qayra.

"Kenapa tak masuk makan dalam rumah.Pakcik dah pesan suruh Kak Pah sediakan untuk Qayra sama."

"Tak nak lah Kak Pah.Qayra ingat nak beli barang dapur sikit.Boleh masak."

"Dapur pun kecil nak masak apanya.Makan sajalah yang Kak Pah masak."

"Tak nak susahkan Kak Pah."

"Bukan Kak Pah yang beli barang semua,pakcik Qayra yang beli.Kak Pah masak saja."

"Qayra seganlah Kak Pah."

"Jangan makan meggi selalu.Tak bagus."

"Tapi sedap..."

"Ishh..budak ni.."Kak Pah angkat tangan berpura mahu menampar Qayra.

"Macam mana kerja tadi?Okey tak.Jumpa Aus?"

"Kerja okey.Jumpa.."Qayra buat muka kurang senang.

"Ha!tu ada lah tu.Qayra jangan ambil hati dengan dia.Dia tu okey tapi kadang saja ada angin sikit."

"Angin banyak kot.."

Kak Pah pula ketawa lebih.

"Tak lama dah tu nak kahwin."celah Kak Pah.

"Iya ker Kak Pah?"

"Iya.Qayra tengok tak lagi tunang Aus?"

"Belum tapi Qayra kenal.Dulu kawan sekolah Qayra."

"Lah ya ker.Tak sangka kan.Qayra tak balik masa hari dia bertunang.Majlis dah macam kenduri kahwin.Baik kahwin terus.."gumam Kak Pah.

"Opss..tergosip pulak."kata Kak Pah sedar terlanjur.Nasib Fatin tak ada.Kalau tak kena tahan telinga.

Mereka sama-sama ketawa.Terdengar suara memanggil nama Kak Pah mereka berhenti ketawa.

"Kak Pah masuk dulu."tergesa Kak Pah pergi.Takut lah tu.

Baru Qayra nak tanya pasal skuter merah jambu dia.Mungkin ada dalam stor.Kejap lagi dia akan cari skuter kesayangannya itu.

Mujur skuternya masih elok.
Qayra menggelap skuternya.Hadiah dari Pakcik Rosli sempena hari lahirnya yang ke 18 tahun dulu.

"Nak buat apa dengan sekuter ni?"tanya Kak Pah.

"Qayra nak naik pergi kerja."

"Terima kasih Kak Pah tolong jagakan untuk Qayra."

"No hal lah.Hal kecik saja pun.Nanti boleh bawa Kak Pah ronda kampung."

"Tak ada masalah.Berehh..."Kata Qayra sambil kenyit mata.

HARI kedua bekerja semuanya berjalan lancar walaupun ada yang tidak berpuas hati.Siapa lagi kalau bukan Aus.Selalu pandang Qayra macam nak telan.Entah dekat mana salah Qayra lagi.

Qayra memakirkan skuter di bawah bumbung yang telah disediakan.Baru saja dia menanggalkan helmet,kereta Aus berhenti di sebelah.

Keluar Aus bersama tunangnya.Qayra pura tidak nampak dan mahu segera pergi dari situ.

"Hei Qayra!"panggil tunang Aus.Siapa lagi kalau bukan Daria.

Qayra hanya senyum segaris.

"Tak sangka kau dah balik sini.Ingat terus menetap dekat sana."kata Daria dengan lagak.

Qayra hanya mendiamkan diri.Aus sudah berdiri di sebelah Daria.

"Tengok ni Qayra.Aku dah berjaya tawan hati Aus.Tak lama lagi aku akan jadi isteri dia.Dapatlah kita jumpa selalu."

Qayra hanya terkulat mendengar.

"Tahniah."ucap Qayra sepatah.

"Kau jangan pergi mana-mana tau.Tunggu sampai kami kahwin dulu.Mesti kau tak sangka kan aku dengan abang kau..opsss!maksud aku abang sepupu kau."kata Daria sambil meraih jari jemari Aus.Aus pula hanya membiarkan.Seronok barangkali.

"Kalau kau nak tahu aku pikat Aus dari sekolah sampai dapat.Kira aku bertuah tau."Daria ketawa kecil memuji diri sendiri.

"Nanti aku nak bagi kad kahwin dekat Deeja kau tolong bagi dia ya."

Qayra hanya mengangguk.

"Eh.. Qayra takkan kau tak ada boyfriend lagi?Dekat U sana mesti ramai kan.Tapi kalau kau nak aku boleh kenalkan dengan kawan Aus."sempat lagi Daria nak kenen kan dia.Daria ni ejen cari jodoh ker.

"Tak apa terima kasih saja."

"Lain kali lah kita borak.Aku nak masuk jumpa mak mentua aku jap.Nak tunjuk barang hantaran yang kami beli."kata Daria dengan teruja.

"Jom sayang."Daria terus menarik tangan Aus.Aus pula hanya menurut.

"Bye Qayra.Jumpa lagi nanti.."sambil Daria melambai pada Qayra.

Qayra terus berjalan ke tepi rumah dan masuk ke dalam rumah kecil dia.Sikit pun dia tidak teruja bila berjumpa Daria.Sebabkan Daria dulu dia pernah kena marah dengan Aus.

Mereka memang berjodoh bersama.Dulu Aus marah sangat pada Daria tapi sekarang dah jadi tunang tak lama lagi isteri.

Cepatlah aku dapat kerja lain.Tak perlulah bersesak mata nafas dekat sini.

Selepas mandi Qayra masuk ke dapur kecil dia.Dalam kepala dah berlegar nak masak apa.Nasi goreng saja lah.Semalam dah makan meggi.

Selesai menggoreng,Qayra menghidangkan untuk makan.Baru suap semulut,pintu rumah diketuk.Belum tengok dah tahu siapa gerangan yang datang.

Muncul Kak Pah dengan muka monyok bersama sepinggang buah-buahan yang telah siap di potong.

"Apasal muka macam tu?Lapar ker?"tanya Qayra.

"Geram Kak Pah."sambil meronyok bajunya.

"Eh.. kenapa ni Kak Pah. Ada apa yang tak kena?"Qayra pelik dengan kelakuan Kak Pah.

"Tunang Aus tu la.Mengada-gada."kata Kak Pah.

"Lah kenapa pulak?"

"Dah siap potong buah semua,tak nak makan pulak.Nak buah lain.Buah yang tak payah potong macam anggur,strawberi.Fatin tu ikut sangat cakap bakal menantu hantu dia tu.Dipijaknya kepala baru tahu.Belum kahwin lagi dah pandai arah yang tu yang ni."

Qayra hanya mendengar tidak mahu komen apa.

"Dah buat air oren nak jus epal pulak.Susah la macam ni.Sakit hati Kak Pah."rungut Kak Pah.

"Kak Pah sabar ya.Mungkin dia makan apa yang dia suka saja."

"Kalau ya pun cuba lah belajar hormat orang sikit."

Mulut becok bercerita tapi tangan tak henti menyuap nasi goreng kepunyaan Qayra.Sedap sangat ker.

"Aus pun satu macam mana lah boleh bercinta dengan pompuan tu.Tak ada yang lebih elok lagi ker?"

Qayra hanya menyengih.

"Dari dia pilih Dara...ehh Daria.Baik dia pilih Qayra.Tak salah boleh saja kahwin."cadang Kak Pah terus mematikan senyuman di dua ulas bibir Qayra.

Coii!coii!simpang malaikat 44.Tak ingin!

"Apa ke situ pula Kak Pah ni.Dengar dekat makcik nanti marah dia."

Qayra kurang selesa
dengan pendapat Kak Pah.

"Dah la Kak Pah,cepat habiskan nasi goreng tu nanti makcik cari."gesa Qayra.Tak suka bila nama dia dikaitkan dengan Aus.

"Alahh.. sorry Qayra,sedap sangat.."Kak Pah termalu sudah separuh dia makan.

"Makanlah Kak Pah.Ada lagi dekat dapur."

"Sedap.Pandai Qayra masak.Macam ni lah nak jadikan isteri.Ini ntah apa-apa saja.."omel Kak Pah.

"Dah cepat habiskan."Qayra tidak mahu Kak Pah terus berceloteh lagi.Rasa tak perlu dia ada ikut campur hal keluarga Pakcik Rosli.

"Terima kasih abang Zain belanja Qayra."ucap Qayra.

"No hal lah..Qayra tu abang Zain ajak keluar makan tak nak.Jadi terpaksa beli bungkus."

"Malas lah nak keluar jauh-jauh.Senang makan kat sini saja."Ketika itu mereka duduk di taman bunga sebelah tepi pejabat.

"Sedap tak?"tanya Zain.

"Sedap ikan sambal ni."

"Abang Zain tahu Qayra suka kan.Tu abang Zain beli lebih nanti boleh buat makan malam."

"Sukalah.Lama tak makan.Sedap sangat."Qayra sengih.

Di sebalik pintu Aus tengah panas hati.Geram dengar suara gelak tawa Zain dan Qayra.Sakit hati!

Terus di pergi mendekati mereka.

"Eh.. Aus.Tadi kata nak makan dalam ofis."tegur Zain bila Aus muncul secara tiba-tiba.

Bungkusan makanan diketakkan atas meja.Aus duduk sebelah Zain.

"Tak jadi.Dalam ofis panas."katanya sambil mengipas baju.Siap jeling Qayra.

Menunduk Qayra tak angkat kepala dah.

"Panas apanya.Dalam ada aircond.Syok juga lepak kat sini sambil teman Qayra."

"Apa yang syoknya.Baik makan kat kedai."cemuh Aus.

"Boringlah asyik makan kat kedai.Sesekali kena tukar angin."Zain senyum pada Qayra.Qayra ikut tersenyum.

"Dalam panas luar panas.Nak makan pun tak senang."

Zain pandang Aus.

"Pulak dah.Kau ni macam-macam.Kami okey saja.Angin tiup ni kau kata panas.Tu la selalu nak duduk aircond sangat."bebel Zain.

"Sesekali kena lah ambil angin luar.Fresh...bestnya.Qayra nanti kita makan sini lagi."

Qayra nak angguk pun takut-takut.Takut tengok muka bapak singa.Tajam dan bengis.Menakutkan betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience