… Kemarilah
Singgah dulu sebentar
Perjalananmu jauh
Tak ada tempat berteduh
… Menangislah
Kan kau juga manusia
Mana ada yang bisa
Berlarut-larut
Berpura-pura sempurna
… Sampaikan pada jiwa yang bersedih
Begitu dingin dunia yang kau huni
Jika tak ada tempatmu kembali
Bawa lukamu biar aku obati
Tidak kah letih kakimu berlari
Ada hal yang tak mereka mengerti
Beri waktu tuk bersandar sebentar
Selama ini kau hebat
Hanya kau tak didengar
… Ho oh
Menangislah
Kan kau juga manusia
Mana ada yang bisa
Berlarut-larut
Berpura-pura sempurna
… Sampaikan pada jiwa yang bersedih
Begitu dingin dunia yang kau huni
Jika tak ada tempatmu kembali
Bawa lukamu biar aku obati
Tidak kah letih kakimu berlari
Ada hal yang tak mereka mengerti
Beri waktu tuk bersandar sebentar
Selama ini kau hebat
Hanya kau tak didengar
… Uh uh
Oh oh
… Sampaikan pada jiwa yang bersedih
Begitu dingin dunia yang kau huni
Jika tak ada tempatmu kembali
Bawa lukamu biar aku obati
Tidak kah letih kakimu berlari
Ada hal yang tak mereka mengerti
Beri waktu tuk bersandar sebentar
Selama ini kau hebat
Hanya kau tak didengar ah
Tak didengar
… Tidak kah letih kakimu berlari
Ada hal yang tak mereka mengerti
Beri waktu tuk bersandar sebentar
Selama ini kau hebat
Hanya kau tak didengar
… Selama ini kau hebat
Kau pasti kan didengar
LAGI laju airmata yang turun membasahi pipi.Terasa dunia menghimpit diri.Tiada tempat untuk dia mengadu.
Suami yang diharapkan tidak lagi seperti dahulu.Bukan 50 peratus berubah tetapi hampir 100 peratus.
Tak sampai setahun mereka bersama.Inikah yang dikatakan dugaan berumahtangga.Kebahagiaan yang dikecapi kini hanya tinggal memori.
Begitu mudah Aus menuduhnya berlaku curang.Wajdi tu hanya klien mereka tak lebih dari itu.Qayra masih menjaga perbatasan sebagai seorang isteri.Sejak dia kembali bekerja di ladang,tak dinafikan Wajdi kerap berkunjung.Atas alasam kerja bukannya peribadi.Wajdi juga tidak pernah bercakap soal peribadi dengannya.
Apa yang Aus lihat tidak seperti yang nyata.Habis tu macam mana pula Daria boleh muncul kembali.Dia dah berkahwin sebelum Qayra bersama Aus.
Terang-terang Aus keluar berdua dengannya.Mata Qayra sendiri nampak,Daria pegang tangan Aus.Sikit pun Aus tak marah.
Adakah cinta Aus dan Daria kembali berputik?Macam mana dengan rumahtangga mereka?Jika benar Aus mahu memilih Daria kembali,Qayra dan bakal anak mereka tiada tempat lagi di rumah ini.
Tangan turun meraba perutnya yang masih kempis.Aus tak perlu tahu akan kewujudan anak mereka.Harap Puan Fatin dan Kak Pah masih simpan rahsia.
Qayra rasa tak diperlukan lagi di sini.Untuk apa dia bertahan jika Aus sudah tidak ada hati padanya lagi.
Jalan yang dia ada sekarang adalah pergi dari hidup Aus.
Dia tak tahu bagaimana cara mahu memberitahu abah mama dan Kak Pah.Tentu dia akan di soal.Macam mana pun Qayra kena pergi juga.Kali ini dia tekad tidak akan kembali lagi.
Sebelum Qayra pergi ke rumah Encik Rosli.Dia hanya meninggalkan nota untuk Aus.Malas dia mahu bercakap dengan Aus.Lagipun alahannya semakin teruk.Pantang terbau minyak wangi Aus terus rasa mual.
"Abah ada nampak Qayra?"tanya Aus.Tadi dia lihat Wajdi datang ke ofis sekarang sudah menghilang.
"Aus tak tahu ker dia ambil cuti?"Encik Rosli pandang Aus dengan pelik.
"Cuti?Bila?"Aus terperanjat.Kenapa dia tidak tahu langsung.
"Hari ni lah.Tiga hari."
Aus tidak senang duduk.Dia bergegas ke bilik dan mengambil kunci kereta.Laju kereta dipandu menuju ke rumah.
Kereta Ativa yang dihadiahkan pada Qayra terletak elok di depan pintu rumah.
"Qayra..Qayra.."panggil Aus sambil mencari kelibat Qayra di dalam rumah.Pintu bilik dibuka.Kosong.
Tiada kelibat Qayra ataupun tanda Qayra ada di rumah.Hairan dia ke mana Qayra menghilang.
Dia turun semula ke ruang ramu.Duduk di sofa melepaskan lelah.Saat mahu mengambil remote control tv Aus terpandang sekeping kertas terletak di bawah remote tadi.
Aus ambil dan baca.
Assalamualaikum awak..
Saya minta maaf sebab tak cakap berdepan dengan awak.
Saya mohon ampun dan maaf andai selama perkahwinan kita,saya banyak buat kesilapan.
Halalkan segala makan dan minum saya selama ini dan juga selama saya menetap di rumah keluarga awak.
Terima kasih untuk beberapa bulan yang terindah ini.Sekurangnya saya telah diberi kesempatan untuk disayangi.
Saya doakan awak bahagia.Saya akan pergi jauh dari semua.Terima kasih sekali lagi kerana buatkan saya bahagia walaupun hanya seketika.
Sampaikan salam maaf saya pada keluarga awak terutama mama dan abah.Apa yang boleh saya katakan saya terhutang budi pada abah.Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan keluarga awak.
Dan untuk awak.Saya tak pernah berangan untuk gantikan tempat sesiapa.
Saya sedar diri.Saya hanya menumpang kasih.
Terima kasih untuk segalanya.Jangan risau awak tak akan jumpa saya lagi.
Qayra.
Aus tersandar di sofa.Qayra sudah pergi.Kenapa dia begitu kejam sangat hingga buatkan Qayra pergi.Sekarang Qayra sudah tinggalkan dia.Ini yang dia mahukan bukan?
Hati dia bagai direntap.
"Mama tahu tak Qayra pergi mana?"tanya Aus pada Puan Fatin.Semalam dia tak dapat tidur memikirkan keberadaan Qayra.Telefon bimbit Qayra pula dimatikan.Seharian dia menunggu Qayra pulang namun hampa.
"Kak Pah tahu tak.Dia ada datang sini tak?"tanya Aus pada Kak Pah.
"Isteri sendiri hilang pun tahu ke mana.Kenapa nak tanya Kak Pah pula.Dia isteri Aus kan."sindir Puan Fatin.
"Dah merata Aus cari.Maksu cakap Qayra tak balik sana pun."
"Ada isteri sibuk nak kejar isteri orang lain.Sekarang isteri dah hilang baru nak cari."gumam Puan Fatin.
"Aus mengaku Aus salah.Tapi kat mana nak cari Qayra."
"Pandai-pandailah Aus.Mama hairan dengan Aus.Waktu Qayra tak ada dulu Aus dah macam orang gila.Bila dah dapat Aus buat perangai.Aus nak apa sebenarnya.Daria tu dah ada suami kenapa nak cari Aus lagi."marah Puan Fatin.
Aus agak terkejut.Macam mana Puan Fatin tahu.Tentu Qayra sudah cerita pada mama.
"Aus ingat mama tak tahu Aus asyik jumpa Daria.Untuk apa?Masalah dia laki bini biar dia selesai sendiri.Ini Aus nak masuk campur pulak."tempelak Puan Fatin.
Dia dapat tahu sendiri bila Puan Zaza datang berjumpa dengannya tempoh hari.Bahkan Puan Zaza tidak menyenangi sikap anaknya yang kononnya merajuk dari suami.Tak sangka Daria mencari Aus.
"Dia ada masalah dengan suami dia.Kebetulan terjumpa dengan Aus."jelas Aus.
"Salah Aus.Tak sepatutnya layan dia!"marah Puan Fatin.
"Aus minta maaf mama."
"Buat apa minta maaf dengan mama.Sapa suruh Aus buat hal.Settle sendiri."
Kak Pah mengangkat bagasi Puan Fatin ke muka pintu.
"Ni mama nak pergi mana pulak?"hairan Aus melihat 3 bagasi di muka pintu.
"Nak pergi bercuti lah tenangkan diri."beritahu Puan Fatin.
Aus berasa geram.Mama langsung tidak pernah peduli akan dia.
"Pah dah siap ker?"tanya Puan Fatin.
"Dah Fatin."Kak Pah keluar sambil menjijit sebuah beg lagi.
"Kak Pah pun pergi?Abah?"Aus rasa terkilan.
"Semua pergi."Jawab Puan Fatin tanpa rasa bersalah.
Aus garu dahi.Saat dia ada masalah keluarganya pergi bercuti.
"Mama tak kesian kan Aus ker?"tanya Aus dengan riak penuh kesedihan di wajah.
"Kesian lah jugak.Tapi semua salah Aus."bidas Puan Fatin.
"Qayra hilang ma..Kat mana Aus nak cari."Aus kembali runsing.Isteri hilang.Keluarga dia pula sibuk nak pergi bercuti.
"Sorry Aus..mama dah book hotel tak dapat nak tolong Aus.Cepat Pah nanti kita terlepas flight."gesa Puan Fatin.
"Li tunggu kat sana kan."kata Kak Pah.
"Aah Pah.Cepat kunci rumah."kalut Puan Fatin mahu segera pergi.
"Aus nak tinggal sini atau..?"tanya Puan Fatin tanpa rasa simpati pada Aus.
"Nak balik."Suara Aus kendur sekendur jiwanya yang remuk rendam.Isteri tercinta sudah pergi meninggalkan dia.Mama langsung tak memahami keadaan dia.
Balik dari rumah Encik Rosli terus Aus pergi dekat almari baju Qayra.Boleh katakan separuh baju Qayra hilang.Memang benar Qayra sudah pergi meninggalkan dia.
Semua ini sebabkan kebodohan sendiri.
"Aus tolonglah..i dah tak tahu nak minta tolong kat sapa lagi."rayu Daria.Berkali menelefon mendesak Aus untuk menolongnya.
"Kau cari orang lain.Aku tak boleh nak tolong."
"Tolonglah Aus..kali ni saja."
"Apa masalah kau sebenarnya?"
"Husband i kena tangkap dengan polis."
"Habis tu aku nak buat apa?"
"Tolong ikat jamin dia.Nanti ada duit i bayar balik."
"Sebab apa kena tangkap?"
"Dia terlibat dengan geng kongsi gelap."
Aus merengus.
"Pergilah minta tolong dengan keluarga kau.Keluarga mertua kau."
"Tak boleh.I takut papa marah.Keluarga Haikal tak nak masuk campur."
Aus termakan juga dengan pujukan Daria.Berkali mereka berjumpa di luar untuk menyelesaikan masalah Daria.Bukan senang nak bebaskan seseorang dari tahanan pihak polis.
Dalam tak sedar Aus terlibat sama dengan masalah Daria.
Daria pula semakin rapat dengan Aus hingga hubungan Aus dan Qayra semakin renggang.
Di tambah pula dengan kehadiran Wajdi yang sering ke ladang bertemu Qayra makin buatkan Aus bertambah cemburu.
Aus sengaja keluar bersama Daria untuk menguji Qayra.Bila Qayra tidak ambil kisah,dia semakin berani untuk keluar lagi dan lagi.Bukan dia tak rindu pada Qayra tetapi disekat hatinya agar tidak mudah tersentuh dengan wajah kelembutan Qayra.
Semakin hari dia semakin cemburu.Dalam diam dia mula menjarakkan diri dari Qayra.Dia tak boleh lihat Qayra bersama orang lain.Cemburunya makin mengunung.
Dan Daria semakin berani mengambil kesempatan.Setiap kali bermasalah dengan suami,Aus yang di cari.Dan Aus mula menjadi pendengar kononnya Daria tidak bahagia.
Satu hari suami Daria datang berjumpa dengan Aus.Dia meminta Aus untuk menjauhi Daria.Permintaannya seolah Aus yang terhegehkan Daria kembali.
Baru Aus sedar yang Daria mempergunakan dia.Dia pula menerima tuduhan yang berat dari keluarga Daria kerana cuba meruntuhkan rumahtangga Daria.
Daria pula bertindak mendiamkan diri.Pada hal punca masalah dari dia.Haikal terus membawa Daria berpindah jauh.
Tiada pengucapan maaf dari Daria untuk semua masalah yang timbul.Baru Aus sedar yang dia telah mengabaikan Qayra.Dia termakan hasutan Daria hingga segala tentang Qayra kelihatan buruk di matanya.
Kini dia telah sedar.Dia hilang Qayra sekali lagi.Kali ini dia benar-benar jatuh terduduk.
Buntu mahu mencari Qayra di mana.
Qayra sayang...maafkan abang.Abang yang salah.Abang terlalu ikut kata hati.Api cemburu menguasai abang.Abang kalah dengan mainan perasaan.
Share this novel