BOLEH katakan setiap minggu Aus akan datang ke rumah sewa Qayra.Tak penat agaknya Aus ni.Hampir sebulan Aus berulang alik setiap minggu.Qayra pun dah tak larat nak halang lagi.
Lama-lama dia jadi suka pula bila Aus melayaninya dengan baik.Setiap kali keluar Aus akan mengingatkan dia untuk solat terlebih dahulu atau mereka akan singgah di mana-mana masjid berhampiran.
"Qayra.Amboi termenung panjang nampak.Senyum-senyum lagi.Orang lain tengah susah hati."tegur Nur Nilam.
"Terkejut aku.Aku susah hati la jugak.Kau dah dapat kerja lain?"
"Itulah pasal,belum lagi.Bos baru ni tiba-tiba nak kurangkan kos pekerja.Habis tu kita ni nak kerja kat mana pula."luah Nur Nilam.
"Nak buat macam mana kita kena cari kerja lain lah.Memang susah sikit nak dapat kerja dalam masa terdekat ni."
"Betul tu.Bukan senang nak dapat kerja sekarang ni.Ada ijazah macam kita ni lagi lah susah.Bila tanya alasan tak dapat nak bayar gaji tinggi setanding pelajaran kita.Last-last mengganggur la kita."sedikit kecewa suara Nur Nilam.
"Bukan hari tu kau kata pergi interview ker.Dah dapat jawapan tak?"
"Belum.Tu yang aku risau.Minta-minta lah ada kosong.Kalau tak aku kena balik kampung lah.Kau macam mana pulak."tanya Nur Nilam pada Qayra.
"Aku pun tengah tunggu jawapan.Harap dapatlah."Qayra berharap.Kontrak Nur Nilam dan beberapa pekerja lain lagi enam bulan terpaksa dihentikan hujung bulan ini.Seramai lima orang mereka yang bekerja tidak tetap terpaksa diberhentikan atas alasan syarikat mahu mengurangkan kos membayar pekerja.
Macam tu lah nasib pekerja kontrak.Bila-bila masa saja ditolak bila tidak diperlukan perkhidmatan mereka lagi.
Bukan tak seronok kerja di syarikat ini,sememangnya bagus.Rakan sekerja pun okey.Yang tak okey cara pengurusan pekerja.Mereka lebih utamakan bangsa lain selain Melayu.Bos lebih suka pekerja yang cantik bergaya.Free hair lebih di utamakan.Di sini yang bertudung boleh kira dengan jari.Tak sampai sepuluh orang.Tak kan nak buka tudung semata-mata untuk dapat kerja.Jauh menyimpang dah tu.
"Minggu depan kita dah keluar dari sini.Rasa sedih jugak.Dah setahun lebih kat sini."Nur Nilam berasa sedih.
"Janganlah sedih.Mana tahu bila dapat kerja baru lagi seronok dari sini."pujuk Qayra.Pada hal dia juga berasa sedih.
"Sedih la.Entah bila pula dapat jumpa kau.Nanti dah tak sama tempat kerja."
"Jangan sedihlah.Insyallah nanti kita jumpa lah.Lepak-lepak macam biasa."
"Ya lah tu.Kau sekarang pun asal cuti jer hilang.Pergi ke mana ntah.Bila agaknya kau nak kenalkan aku dengan boyfriend kau."
"Mengarutlah kau ni.Mana ada.."
"Tadi tu senyum-senyum ingat aku tak tahu."
usik Nur Nilam.
"Dah la kau ni.Jom sambung kerja.Kan kena buang hari ni baru tahu."gertak Qayra.Kelam kabut Nur Nilam menyambung kerja semula.
Qayra tersenyum kecil.Ketara sangatkan air muka dia.
"Awak tak penatkah asyik ulang alik datang sini?"tanya Qayra kepada Aus.
"Abang tak rasa macam tu pun.Lagi seronok adalah.Dapat jumpa Qayra."
"Lagi satu ,awak tak penat ker asyik dapat jawapan yang sama."
"Tak.Abang akan tetap macam ni sampai Qayra boleh terima abang."
"Kalau saya tak nak terima sampai bila-bila."
"Sampai bila-bila abang akan tunggu."
Ini jawapan Aus setiap kali Qayra bertanya.Dia tidak akan berputus asa.Malah sanggup menanti Qayra membuka pintu hati untuknya.
"Betul ni kak Qayra tak nak ikut balik kampung?"tanya Aira beberapa kali.Minggu depan mereka akan pulang kerana cuti semester selama sebulan.
"Betul.Akak nak cuba cari kerja lain."
"Nak Aira temankan ker?risau pulak nak tinggal kak Qayra sorang diri."
"Tak ada masalah.Akak boleh jaga diri.Nanti kirim salam dekat mak ya."
"Baiklah.Aira balik dulu.Apa-apa hal call tau."
Setelah pemergian Aira,Qayra tinggal sendirian.Bukan dia tidak mahu ikut Aira.Dia harus mencari kerja baru memandangkan minggu ini adalah minggu terakhir kontraknya dengan syarikat ini akan tamat.
Dia berusaha mencari kerja dari satu ke satu bangunan yang di lewati.Naik lenguh kakinya.Kebanyakkan syarikat tidak memerlukan pekerja kerana sudah mempunyai kakitangan yang mencukupi.
Ada juga hanya memberi harapan palsu untuk menghubungi jika mereka memerlukan pekerja.Qayra hanya mampu berserah andai ada rezekinya di situ.
Qayra pulang menaiki grab.Sampai di hadapan rumah kereta Aus sudah sedia menanti.Hairan juga bila Aus datang pada hari rabu sedangkan selalu Aus akan datang pada hari jumaat.
"Assalamualaikum."Aus memberi salam pada Qayra sebaik Qayra menghampiri.
"Waalaikumusalam."jawab Qayra perlahan dan keletihan.Dengan cuaca panas terik.Peluh merenik di atas dahi dan muka.Qayra lap dengan tisu.
"Qayra dari mana?"tanya Aus sambil melihat sebuah fail di tangan Qayra.
Qayra tidak jawab pertanyaan Aus sebaliknya dia pula bertanya.
"Kenapa awak datang?"
"Abang nak jumpa Qayra lah.."jawab Aus sambil tersenyum.Cuma senyumannya kurang berseri seperti sebelum ini.
"Hari ni kan baru rabu.Selalu awak datang hari jumaat."
"Abang...rindukan Qayra."
Qayra berpura tidak dengar.Pada hal muka dah rasa panas.Sudahlah berdiri bawah cahaya matahari.
"Abang datang awal sebab jumaat ni tak boleh datang.Abah tak sihat."kendur suara Aus mengenangkan Encik Rosli.
"Abah tak sihat?Abah sakit apa?"tanya Qayra cemas.Sudah lama Qayra tidak menghubungi Encik Rosli.
"Sakit orang tua.Abah dah tak boleh buat kerja lebih masa.Suka pening.Hari tu abah jatuh dekat ladang.Cuaca panas sama kot."
"Bila?Kenapa tak bagitahu.Sekarang abah macam mana?"
"Minggu lepas masa abang datang sini.Tapi Alhamdulillah okey sikit cuma abah kena banyak berehat.Sebab tu abang datang minghu ni awal jumpa Qayra."
Suara Aus perlahan dan berbaur sedih.
"Sekarang abah ada dekat mana?"
"Semalam dah boleh balik rumah.Tiga malam juga abah tidur hospital."beritahu Aus.
"Kenapa tak mesej bagitahu."Qayra benar-benar risau akan keadaan Encik Rosli.
"Abang tak nak lah ganggu Qayra.Lagi pun abah dah okey sikit dah cuma perlu berehat tak boleh buat kerja lagi."
"Saya nak jumpa abah."
Tersentak Aus.Qayra sangat khawatir akan keadaan Encik Rosli.
"Qayra nak ikut abang balik sana?"tanya Aus.Tadi dia berkira mahu memberitahu Qayra yang dia perlu segera pulang.Dalam hati dia terlalu rindukan Qayra tapi kesihatan abah penting juga.Sebab tu dia datang awal semata mahu bertemu Qayra.
"Ya saya nak tengok abah."jawab Qayra.
"Macam tu Qayra kemas baju dulu.Nak abang tolong apa-apa ker?"Aus dah teruja bila Qayra mahu mengikutnya balik.
"Tak apa.Awak tunggu sekejap saya nak pack baju.Rumah tak ada sapa.Aira dah balik kampung."beritahu Qayra.
"Okey abang tunggu sini.Kalau perlu abang panggil saja."Aus senyum kecil melihat Qayra bergegas masuk ke dalam rumah.
Tak sampai sepuluh minit,Qayra sudah siap mengemas baju.Aus menyambut beg Qayra dan diletakkan dalam bonet.Qayra harus melupakan sebentar tentang mencari kerja.Abah lebih penting.
"Kita makan dulu ya.Abang nak singgah masjid sama."
Qayra bersetuju memandangkan perut dia sudah berdondang sayang.Pagi tadi dia hanya makan dua keping roti saja buat alas perut.
Mereka tiba di rumah Encik Rosli lewat tengah malam.Sudah tentu Encik Rosli sudah tidur.Qayra tidak sabar mahu bertemu Encik Rosli.Dia mahu melihat sendiri akan keadaan Encik Rosli.
"Kita masuk tidur dulu.Dah lewat,abah dah tidur."pintu bilik Encik Rosli tertutup rapat.
Qayra mengundur dan mahu menuju ke tangga.
"Nak pergi mana?"tanya Aus.
"Nak turun bawah."
Aus kerutkan kening.
"Qayra lapar ker?Jom abang teman."
"Tak lapar.Nak tumpang tidur bilik Kak Pah."jawab Qayra.
"Kak Pah dah tidur.Jom ikut abang."Aus terus tarik tangan Qayra menuju ke biliknya.
"Tapi...."teragak Qayra nak masuk.
"Masuk."
"Saya tidur dekat bawah saja lah."serba salah dia nak masuk ke situ.Aus dah lupa agaknya.Sudah dua bulan dia tidak balik ke sini.Suasana sedikit canggung dan kekok.
"Bilik ni besar muat untuk kita dua orang.Ker Qayra takut."Aus bersuara nakal.
"Mana ada.Saya tak nak kena fitnah saja."
"Fitnah apa nya.Qayra masih isteri abang."
Qayra akhirnya masuk juga.Dia juga sangat letih.Sudah lah siang tadi berjalan mencari kerja.Tak sempat lagi nak berehat.Berapa kali dia tersenguk dalam kereta menahan kantuk semata mahu menemani Aus memandu.
Qayra segera membersihkan diri dan menukar pakaian.Malam ini dia terpaksa bermalam sekamar dengan Aus.Buat macam tak biasa pula.Pada hal sudah banyak kali mereka pernah tidur sekatil.Kali terakhir di rumah Maksu Suria.
Aus menyuruhnya tidur di katil.Qayra tidak membantah terus meletakkan kepala di bantal.Dia terlalu keletihan.Kaki berasa sangat lenguh.Tak mungkin Aus akan mengapakan dia kerana dia dalam keadaan haid.Jadi dia selamat.Letak saja kepala di bantal terus dia terlelap.
Qayra sudah tidak peduli di mana Aus akan tidur.Katil yang empuk lagi nyaman buatkan matanya terus terpejam.
Bila dia sedar dalam tidur yang panjang,Aus sudah siap mandi.
"Pukul berapa dah?"tanya Qayra termalu kerana bangun lambat.
"Dekat pukul lapan.Kalau ngantuk tidur lah."
"Saya nak mandi."
Qayra terus menuju ke beg bajunya yang terletak ditepi almari.Aus dilihat sedang mengambil bantal dari sofa panjang di hujung katil.Kemungkinan Aus tidur di situ malam tadi.
Qayra mengelap rambutnya yang basah.Sementara menunggu kering,dia memerhati Aus yang sedang menyusun baju ke dalam almari termasuk baju dia.Aus dah banyak berubah.Tidak lagi bercakap kasar dengannya.
"Abang letak baju Qayra dekat sini."beritahu Aus.
Bila Aus kalih pandang Qayra hanya membatu.Hanya mata saja terarah pada Aus.
Tangan Qayra disentuh.Menyedarkan Qayra.
"Awak cakap apa tadi?"kan dah gugup.Mengelamun sangat.
"Abang cakap,abang letak baju sayang dekat dalam almari."Aus senyum.
Enta bila Aus duduk di sebelahnya.
Rambut Qayra yang masih lembap di usap lembut.Qayra dah rasa semacam.Aus masih membelai rambut Qayra.Jarinya beralih ke pipi Qayra pula.
"Abang rindu sangat dengan sayang tau tak."ucap Aus.Pipi Qayra dicium sekilas.Bingkas Qayra tegak berdiri.
"Saya nak jumpa abah."Berdebar dada Qayra dengan tindakkan berani Aus.
Kalut dia mencapai tudung dan merapikan.Aus duduk di birai katil sambil memerhatinya.Setiap gerak geri Qayra di perhatikan hingga Qayra selesai bersiap.
Setelah siap Qayra tergesa mahu keluar dari bilik.Dia rasa sesak seperti udara kekurangan.
Baru nak capai pintu,tangan Aus memeluknya dari belakang.
"Abang sayang Qayra.Sayang sangat."
Bahu Qayra dikucup lembut menghantar getaran ke seluruh tubuhnya.
"Jom turun."tangan Qayra digenggam erat.Sempat Aus mengucup belakang tangan Qayra.
Qayra bagaikan patung.Bibirnya kelu dengan setiap tindak tanduk Aus.
Share this novel