Bab 13

Drama Series 9550

"APA Kak Pah cakap!Kemalangan!?Bila!?"terkejut Qayra.Macam tak percaya apa yang didengar.

"Semalam.Kak Pah pun terkejut.Sekarang Aus dekat hospital lagi.Dengar kata kereta dia teruk juga remuk.Bomba terpaksa potong nak keluarkan dia."

"Patutlah pun Kak Pah miscall ..Qayra tidur awal semalam.."ada panggilan masuk dari Kak Pah,tiga kali pula tu.Semalam dia mengantuk sangat dan masuk tidur awal.Memang tak dengar langsung bunyi henfon.

"Fatin dengan Li pun semalam balik dah lewat."

"Habis tu siapa tunggu dekat hospital?"

"Tak ada siapa.Doktor suruh balik.Biar Aus berehat.Tunang dia pun balik."

"Tunang dia okey tak?"

"Cedera sikit saja Fatin kata.Aus yang teruk.Kereta terbabas langgar tiang elektrik.Mujur tak ada kemalangan jiwa."

"Alhamdulillah dua-dua selamat."

"Dugaan buat Aus.Majlis dah nak dekat.Harap dia cepat sembuh."

"Kesian kan.Semoga dia cepat sembuh."Spontan Qayra berkata.Simpati mendengar.Tak sangka sampai kemalangan.Benda nak jadi sekelip mata saja.

"Alhamdulillah Aus dah bangun"Puan Laila mengangkat tangan menyapu muka.Syukur Aus selamat.

"Alhamdulillah."ucap Encik Amir.

Seawal pagi mereka datang menziarahi Aus di hospital.

"Daria berehat dekat rumah.Nanti dia datang."beritahu Puan Laila bila Aus memandangnya sepi.

"Tak apa biar dia berehat dekat rumah.Mesti dia masih terkejut macam Aus."luah Puan Fatin dengan sayu.

Puan Laila hanya diam tidak mengiyakan langsung.Daria bukannya cedera teruk.Masih boleh berjalan.Tiada langsung riak sedih atau sebaliknya.Ajak datang melawat Aus pun dia tidak mahu.

"Aus nak air?"tanya Puan Fatin.

Aus hanya diam membisu.

"Aus nak balik."

Semua memandang satu sama lain.

"Tapi kaki Aus masih tak okey lagi."jawab Puan Fatin.

"Aus cakap Aus nak balik."Muka Aus kelat dan tegang.

"Siapa nak urus Aus bila balik nanti.Biarlah sihat dulu baru balik."

"Aus tak selesa agaknya duduk lama dekat hospital."tokok Puan Laila.Perihatin melihat keadaan bakal menantu dengan kaki berbalut mesti susah hendak ke bilik air.

"Nanti abah bincang dengan doktor."Mujur doktor yang merawat Aus adalah bekas kawan sekolah anaknya.

"Dekat rumah lain, selesa sikit."sokong Encik Amir.

Hanya Puan Fatin seperti tidak senang hati.
Kemudahan dekat hospital lagi banyak untuk orang sakit macam Aus.Nurse dengan doktor pun ada.Kalau sakit ke apa kan cepat.

Nak saja Puan Fatin bantah tetapi memandangkan yang lain menyokong di0a terpaksa tutup mulut.

Aus akhirnya di bawa pulang.Berkeras dia mahu pulang juga.Puan Fatin memang tidak bersetuju kerana tiada siapa akan menguruskan Aus.Nak harapkan Pah sepenuhnya memang tak boleh.Banyak lagi kerja rumah yang perlu Pah bereskan.

"Aus berehat dulu.Kejap Kak Pah siapkan makan."kata Kak Pah sebaik Aus tiba.

Terkejut mereka berdua saat menyambut Aus di muka pintu.Kaki kiri berbalut.Kepala pun berbalut.Memang tak sangka lah seteruk itu.

Riak muka Aus masih ego walaupun tengah sakit.Qayra hanya memandang dengan simpati.Tak berani nak tegur.Tak pasal kena marah.

"Aus nak naik bilik."

Semua mata tertumpu pada Aus.Puan Fatin lagi lah terus terjegil mata.

"Macam mana nak naik atas dengan kaki berbalut macam ni.Duduk bilik bawah dulu.Senang tak payah turun naik."Puan Fatin geram dengan Aus.Patutnya Aus kena tinggal di hospital lagi tapi sibuk pula minta balik rumah.Duduk hospital kan senang ada nurse yang menjaga.Leter Puan Fatin dalam hati.

"Aus nak masuk bilik Aus juga!"Protes Aus bila Puan Fatin melarangnya naik ke atas.

"Tak boleh!Aus ni degilkan.Dah sakit macam ni pun tak nak dengar cakap lagi.Sebab tu mama tak bagi Aus balik tadi."Puan Fatin menjeling Aus.Geram dengan kedegilan Aus.

"Aus duduk bilik bawah dulu.Dah sihat sikit boleh naik atas."Pujuk Encik Rosli.Berlembut dengan Aus.

"Tu yang saya malas jaga orang sakit.Degil!Banyak karenah!"rungut Puan Fatin dan terus berlalu pergi.

Qayra di dapur hanya mencuri dengar pertengkaran kecil keluarga Encik Rosli.Tidak mahu ambil peduli.

"Mari Kak Pah bawa Aus masuk bilik."Kak Pah menyorong kerusi roda Aus.

"Kak Pah kenapa tadi bising-bising?"tanya Qayra dengan nada perlahan.

"Aus nak naik bilik dia.Fatin marah lah."

"Ohh.."Qayra bulatkan mulut.Patutlah Puan Fatin marah,tuan kecik sakit-sakit pun degil.

"Nanti Qayra tolong kak Pah ya.Aus tu sakit."

"Ya lah.."

"Mama dengar tak?Aus nak pergi bilik air!"jerit Aus.

Puan Fatin mendengus.Penat mahu melayan karenah Aus.

"Aus ni boleh sabar tak sikit.Mama baru saja nak rehat.Ada saja yang Aus nak."Puan Fatin berjalan masuk sambil merungut.

Masuk hari ini sudah tiga hari Aus berada di rumah namun bayangan Daria masih belum kelihatan.Hanya Puan Laila dan Encik Amir yang sering datang melawat.

"Cepatlah baik Aus.Macam mana nak bersanding kalau macam ni."sekali lagi Puan Fatin merungut.

"Mama tengokkan Aus tengah sakit.Tak mati lah kalau tak kahwin."

"Daria tu punya sayangkan Aus.Dah lama tunggu Aus dari sekolah lagi.Tak kesian dekat dia ker asyik tunggu Aus."bebel Puan Fatin.

Aus menghela nafas.Sebut nama Daria saja buatkan hati dia membara panas.Sebab Daria lah dia jadi macam ni.

"Kalau Aus tak bawak kereta laju semua ni tak kan jadi lah."marah Puan Fatin.

Dia sudah mengimpikan majlis Aus dan Daria penuh gilang gemilang.Biar terbeliak biji mata semua tetamu.Perkahwinan satu-satunya anak tunggal dia mestilah hebat dari semua orang.Orang kampung mesti tak pernah buat majlis taraf-taraf orang kaya ni.Mestilah nak menunjuk suami dia kan pemilik ladang cili terbesar dekat kawasan sini.

"Ya semua salah Aus!Baik mama keluar sekarang.Keluar!"jerit Aus.Terkejut Puan Fatin.Selama ini anaknya tidak pernah buat perangai begini.

"Apa Aus ni jerit-jerit dekat mama!"marah Puan Fatin.

"Keluarrr!"jerit Aus sambil membaling bantal dan apa yang ada berdekatan dengannya.

"Jangan berani panggil mama dah!Nak apa buat sendiri!Dah elok-elok boleh berjalan jadi macam ni pula.Kalau tak bawa kereta laju tak kan jadi macam ni."Puan Fatin naik marah.Geram dengan sikap Aus yang tidak kisah akan majlis yang tak berapa hari saja lagi.

"Kenapa ni Fatin?"tanya Encik Rosli yang baru pulang dari ladang.Dia lihat muka Puan Fatin tegang dan merah.

"Tanyalah Aus tu!Malas saya nak layan dia.Saya cakap benda yang betul kalau dia tak bawak laju mesti tak accident."ungkit Puan Fatin.

"Benda nak jadi Fatin.Ni semua Qadak dan Qadar Allah.Kita terima sajalah."

"Macam mana nak bersanding kalau duduk atas kerusi roda macam tu.Kan dah nampak tak elok."Puan Fatin tidak berpuas hati dengan keadaan Aus sekarang.

"Astagfirullah al azim..Fatin.Anak kita sakit awak masih fikirkan pasal bersanding.Kalau Allah dah tetapkan Aus macam tu,kita terima sajalah.Bukannya terlantar atas katil tak boleh bergerak langsung.Cuba bersyukur sikit."tegur Encik Rosli.

"Abang memang tak faham perasaan saya.Saya nak yang terbaik untuk Aus."

"Semua orang nak yang terbaik tapi kenalah terima apa yang jadi.Ada hikmah disebalik semua ini."

"Hikmah apa benda kalau kena duduk atas kerusi roda?Entah bila boleh baik."

"Sudahlah Fatin.Abang malas nak bertekak dengan awak.Apa yang penting kita jaga Aus sampai sembuh."

"Nak tunggu sembuh betul lambat lagi.Majlis lagi berapa hari saja.Malu saya.."

Sekali lagi Encik Rosli tergeleng.Itu saja yang isterinya fikirkan.Bukan nak fikir kesihatan anak mereka.

Encik Rosli terus masuk ke bilik untuk menjenguk Aus.Bercakap dengan Puan Fatin takkan pernah habis.Ada saja cara dia nak pesongkan.

"Daria bila nak pergi tengok Aus.Dah tiga hari dia balik rumah."

Sudah berbuih mulut Puan Laila bertanya.Dari Aus masih dekat hospital hinggalah dah balik rumah,Daria masih enggan melawat tunangnya.

"Malas betul Daria nak pergi.Kalau pergi pun bukan Aus boleh baik cepat."

"Sekurangnya pergilah jenguk Aus.Dia kan tunang Daria.Nanti bakal mak mentua Daria cakap apa pulak."

"Daria tak nak lah.Biar Aus rasa sakit hati.Sapa suruh dia sakitkan hati Daria dulu."kata Daria tanpa rasa bersalah.

"Tak baik Daria cakap macam tu.Punca dia dari Daria jugak.Nak pakai baju yang bukan-bukan.Tengoklah sekarang jadi apa.Kalau ibu jadi Aus pun ibu marah."

"Ibu masih nak sebelahkan dia.Habis tu impian Daria macam mana."

"Dah nak jadi isteri orang pun masih degil!"marah Puan Laila.

"Sepatutnya Daria pergi jaga Aus.Ini langsung tak ada perasaan kesian pada Aus."

Daria buat muka bosan.

"Daria ni sayang kan Aus ker tidak?Ibu tengok Daria macam tak kisah langsung dengan Aus."Puan Laila dapat rasakan sesuatu.

"Daria malas la nak pergi tengok dia."

"Boleh Daria cakap macam tu.Dia tunang Daria,bakal suami Daria.Hujung minggu ni dah nak nikah.Daria jangan nak buat pasal."

"Betul cakap ibu.Daria kena pergi melawat Aus.Segan ayah dengan keluarga Aus."

"Tengoklah macam mana.."kata Daria bersahaja.

"Abang tengoklah anak kita ni.Sakit hati saya.Nanti apa kata keluarga Aus."Puan Laila makin runsing dengan sikap anak gadisnya.

"Daria cuba lah ambil hati keluarga Aus sama.Ayah tengok Daria buat tak kisah langsung.Kalau orang lain lah hari-hari ulang pergi tengok tunang sendiri."

Encik Amir juga perasan akan sikap sambil lewa yang Daria tunjukkan.Langsung tidak risau malah Daria boleh lagi keluar berjumpa kawan-kawan.Sedangkan Aus terbaring sakit.Mana lagi utama kawan atau bakal suami?

"Abang sendiri nampak kan?Ibu tak kira macam mana pun Daria tetap kena pergi rumah Aus."

"Pergi pun bukannya dia boleh sembuh cepat."

"Tak payah cakap banyak.Esok ikut ibu."

"Daria dah buat keputusan Daria sendiri."

Hampir terlopong Puan Laila dan Encik Amir.

"Daria tak nak kahwin!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience