Bab 50

Drama Series 9550

KINI tinggal mereka berdua sendirian di ruang tamu.Aus duduk di sebelah Qayra.Qayra bangun beralih tempat.Sungguh dia tidak tahan duduk si sebelah Aus.Haruman badan Aus seakan menjolok anak tekaknya.Tak pasal ada yang mandi muntah.

Aus ikut bangun mahu mendekati Qayra.

"Awak duduk sana.Saya dengar."kata Qayra sambil menekup hidung.

Aus terpaksa akur dan berasa pelik.

"Sayang...abang minta maaf sangat-sangat.Abang tahu abang dah kecewakan sayang.Tolong bagi abang peluang.Kali ni saja.Abang janji tak akan buat lagi." Aus berkata sambil mengangkat tangan bersumpah.

"Awak tanya lah diri awak sendiri apa yang awak nak."tutur Qayra masih kecewa.

"Abang nak Qayra.Abang nak sayang."jawab Aus tanpa menunggu sesaat.

"Mungkin hubungan kita adalah satu kesilapan.Tak layak untuk saya ada di sisi awak lagi."Qayra berkata dengan tenang.

"Sayang jangan cakap macam ni.Abang tahu sayang kecewa dengan sikap abang.Kebodohan abang telah buat hubungan kita retak."

"Awak dah buat pilihan bagi saya pula buat pilihan untuk hidup saya."

Ucapan Qayra bagaikan merentap tangkai jantung Aus.

"Tak tak tak..bukan ini yang abang nak.Jangan tinggalkan abang.Abang nak hidup dengan Qayra."Suara Aus sudah serak.Melutut dia menghampiri Qayra.

"Kalau awak ikhlas sayangkan saya,awak takkan buat.Saya tahu awak masih anggap saya ni perampas kebahagian awak."

"Sayang jangan cakap macam tu.Abang mengaku abang salah.Abang terlalu ikut kata hati.Abang terlalu sayangkan Qayra.Sayang sangat-sangat.Tolonglah jangan buat abang macam ni.Abang tak nak kehilangan Qayra lagi.Sayang pukullah..hukumlah abang.Tapi jangan tinggalkan abang."
Aus meraup mukanya.Hidung diseka.Berair dan merah.

"Apa yang jadi memang tak boleh patah balik.Mungkin kita tak patut bersama."

Kali ini Aus tidak tunggu lama terus disambar tubuh Qayra.Mendakapnya erat melepaskan rindu yang bersarang lama.Terhinjut bahunya menahan tangisan.

"Tolong jangan tinggalkan abang.Abang cintakan Qayra.Abang tak boleh hidup tanpa sayang lagi.Sayang adalah orang yang buatkan hidup abang bahagia."ucapnya dalam tersedu sedan.

Qayra tidak mahu membalas pelukan Aus.Bohonglah kalau dia tidak rindu pada Aus.Dia rindu pada semua kenangan manis bersama Aus.Cuma dia takut untuk berbuat demikian.Dia takut hati dia rapuh dan dikecewakan lagi.

"Bagi abang peluang.Abang akan rawat hati sayang.Abang tahu susah untuk sayang terima tapi abang akan usaha."

Qayra masih mematung.Setitis airmata diseka.Dia tidak mahu menangis lagi.Sudah cukup puas dia menangis.

"Sayang cakap lah jangan diam.Diam sayang buatkan abang rasa bersalah.Abang nak dengar suara sayang."

Perlahan Aus melepaskan pelukan dan memandang muka Qayra.Tangan Qayra diraih.

"Maafkan abang.Abang tak akan buat lagi.Tak apa kalau sayang tak boleh maafkan abang sekarang tapi tolong jangan pergi jauh dari abang."

"Saya dah penat.Hati saya bukan untuk awak lagi.."Terus Qayra pergi tanpa memandang pada Aus.

Terjelupuk Aus di lantai sambil memandang Qayra yang menapak naik ke atas.

Puan Fatin ikut naik.Dia mahu menemani Qayra.Sikit pun dia tidak kasihan pada anaknya sendiri.Baginya Aus harus di 'ajar'.

Aus tidak dapat melelapkan mata.Kata-kata Qayra siang tadi mengganggu fikirannya.Adakah Qayra mahu meninggalkan dia.Dia tidak rela.Tanpa Qayra hidup dia tidak lengkap.

Inilah terlajak perahu boleh di undur terlajak perbuatan buruk padahnya.

Dia tak boleh biarkan Qayra pergi.Dia nak hidup bersama Qayra.

Aus bangun dan membuka pintu bilik Auni.Dia yakin semua orang sudah tidur.Bimbang juga kalau Puan Fatin terjaga.Sudah lah siang tadi habis habisan dia dileteri.Sikit pun tak bagi peluang untuk Aus dekat dengan Qayra.

Aus bersyukur sebenarnya bila Puan Fatin tidak lagi membenci Qayra.Doa Qayra sudah dimakbulkan tapi sekarang Aus pula 'tersisih'.

Perlahan dia pulas tombol pintu bilik Qayra.Tersenyum dia bila pintu tidak berkunci.Rezeki dia.Perlahan ditutup kembali dan mengunci pintu dari dalam.Lebih selamat begitu.

Qayra dilihat tidur nyenyak seperti malam semalam.Cuma muka Qayra seperti kelesuan.Dia perasan Qayra akan menutup hidung semasa dia mendekat.Busuk sangat ker dia.

Biarlah dia kena halau esok pagi asalkan malam ini dapat tidur sebelah Qayra.Terus dia baringkan badan mengiring ke arah Qayra.

Disabarkan hati agar tidak menyentuh isterinya walaupun dalam hati mengebu rasa ingin memeluk.Dia mahu menawan hati Qayra kembali bukannya buatkan Qayra bertambah menjauh.

Aus terlelap bersama wajah Qayra yang masih dalam tatapan.

Qayra mengenyeh hidungnya.Dia terbau sesuatu yang buatkan tekaknya terasa mual.Makin kuat pula bau itu memenuhi rongga hidungnya.

Dia cuba buka mata.Sedikit demi sedikit.Dia masih atas katil yang sama cuma disebelahnya atau lebih tepat dia yang tidur atas lengan Aus.

Bingkas dia bangun menyebabkan pergerakkan yang pantas mengganggu tidur orang sebelah.

Aus juga ikut bangun mengenyeh mata.Qayra tidak tunggu lama terus dia menuju ke bilik air.Tak sempat nak tutup pintu dia sudah membongkok memuntahkan segala isi perut ke dalam mangkuk tandas.

Aus panik melihat Qayra muntah.Dia ikut masuk dan menggurut belakang Qayra.

"Sayang kenapa ni?Sayang tak sihat?"Tanyanya berulang kali.

Qayra tidak menjawab.Patutlah dia muntah.Aus puncanya.

"Sayang dah ker?"Tanya Aus sambil mengikat rambut Qayra.

Qayra masih lagi muntah hingga tiada apa lagi untuk dikeluarkan.Tubuhnya keletihan.Dia bangun berkumur dan membersihkan wajah.Tidak dipedulikan Aus yang setia menanti.

"Kita pergi klinik ya?"Pujuk Aus.Qayra menggeleng.

"Saya nak mandi."Kata Qayra.Laju Aus mencapai tuala Qayra.

"Keluar lah saya nak mandi."Kata Qayra dengan suara lemah bila Aus enggan berganjak keluar dari bilik air.

"Okey..abang tunggu luar ya."Aus cuba memancing reaksi Qayra.

Daun pintu bilik air ditutup.Aus masih memikirkan tentang Qayra.Dia juga harus membersihkan diri.Qayra tidak sihat.Dia perlu membawa berjumpa doktor.

Lega Qayra bila Aus sudah keluar dari bilik dia.Cepat cepat Qayra mengunci pintu.Bukan boleh percaya nanti Aus bolos ke dalam lagi.

Tak sampai lima minit pintu bilik Qayra diketuk.Rasa malas nak buka.Dia tahu siapa gerangan di luar.Suara Aus memanggil namanya.
Qayra menyapu sedikit minyak angin ke hidung sebelum membuka pintu.

"Awak nak apa?"Tanya Qayra.Aus senyum.

"Sayang okey tak ni?Kalau tak okey jom abang bawa pergi klinik."Kata Aus.Hidung dia dapat menghidu bau minyak angin yang dipakai Qayra.

"Saya okey tak ada apa lah."

"Perut sayang masuk angin kot.Jom turun makan dulu."Masih sesi memujuk.

"Kejap lagi saya turunlah.Awak pergilah dulu."Dia malas nak turun lagi.Rambutnya masih lembap.

"Okey tak apa.Abang ambilkan sarapan.Sayang tak payah turun."

"Tak payah.."Kata Qayra.Dia enggan dilayan sebegitu oleh Aus.Hati dia mudah berbolak-balik.

"Sayang tunggu kejap saja abang pergi ambil."

Aus segera pergi.Puan Fatin yang mengintai di sebalik pintu bilik ketawa kecil.Baru Aus tahu bukan senang nak pujuk perempuan merajuk.

"Kenapa gelak?"Tanya Encik Rosli.

"Biar Aus tahu rasa susah nak pujuk.Sapa suruh buat hal."

Tergeleng Encik Rosli.Dia ikut senang hati melihat telatah isteri dan anak-anaknya.Tahu sangat ini semua rancangan Puan Fatin mahu 'menginsafkan' Aus.

Baru Aus nak ketuk pintu,Qayra sudah buka.Ditatang dulang berisi sarapan pagi.Sepinggan mee goreng bersama secawan teh panas.

"Saya nak turun makan dekat bawah."

"Sayang makan kat sini sajalah.Sayang kan tak sihat."

"Saya dah okey.Awak tak perlu nak layan saya macam ni."

"Abang tahu sayang masih marah lagi tapi makan dulu ya..lepas ni sayang nak marah ker nak pukul abang,abang rela.Sayang kena makan abang takut sayang sakit."pujuk Aus.

"Kalau sakit saya pergi klinik."Jawab Qayra.Sengaja nak buat Aus marah.

"Jom abang temankan sayang makan.Nanti kita pergi klinik."Jawab Aus.Sikit pun dia tidak marah pada Qayra.

"Okey-okeylah..kita makan.Tapi dekat bawah."Qayra terpaksa mengalah.Bukan dia tak kenal sikap Aus suka memaksa.

Aus tersenyum lebar.Sedikit kelegaan bila Qayra akur.Dia masih ada harapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience